Friday, 20 June 2014

Sejarah dan Perkembangan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA)

Sejarah dan perkembangan terbentuknya undang-undang kemanusiaan antarabangsa (UUKA) pada dasarnya telah lama diaplikasikan melalui beberapa peraturan agama dan kebudayaan yang telah digunakan sepanjang wujudnya tamadun manusia di dunia ini. Ini turut diterangkan oleh Doswald-Beck Louise dan Vité Sylvain (1993) yang berpendapat seperti berikut;
“Restrictions on hostile activities are to be found in many cultures and typically originate in religious values and the development of military philosophies.”[1]

Melalui petikan ini Doswald-Beck Louise dan Vité Sylvain telah menyatakan bahawa sebarang sekatan keatas kegiatan bermusuhan yang boleh didapati dalam budaya dan kebiasaannya berasal dari nilai-nilai agama didalam pembangunan dan pengembangan falsafah ketenteraan. Maka dengan ini jelaslah bahawa undang-undang peperangan sebenarnya telah wujud dan diaplikasikan sebelum tertubuhnya UUKA ini.

Untuk melihat dengan lebih jelas berdasarkan penerangan ini penulis akan menunjukan beberapa contoh peraturan perang yang telah di amalkan oleh tamadun-tamadun terdahulu. Sebagai contoh yang lebih mudah adalah pada zaman purba tamdun China iaitu pada tahun 546 S.M satu pertemuan telah dibentuk melalui persidangan pertama yang pernah dilakukan berkenaan dengan mibing (penghapusan perang) dan qvbing (pelucutan senjata) di negara Song.[2] Didalam persidangan yang telah dilakukan tersebut wujudlah beberapa peraturan dimana dalam tempoh negara sedang berperang, terdapat beberapa peraturan wujud di kalangan tujuh negara feudal atau juga lebih dikenali sebagai ‘Seven Powers' yang mencakupi mengenai pengistiharan perang, memberi rawatan kepada tawanan perang, larangan menyerang keatas sesebuah negara yang berkabung, larangan serangan secara mengejut, larangan mencederakan pihak lawan secara kejam  dan larangan menangkap orang-orang tua.[3]

Selain tamadun China purba terdapat juga tamadun-tamadun purba yang lain telah mewujudkan beberapa peraturan mengenai peperangan sebagai contoh, Mesir, Babylon, India, Greece dan Rom dimana terdapat juga peraturan yang telah  direkodkan didalam undang-undang peperangan tamadun mereka antaranya peraturan mengenai penglibatan dalam peperangan, larangan mengunakan senjata senjata beracun, larangan menyerang ketika tentera musuh menyerah diri dan berundur atau mereka yang telah meletakkan senjata, dan larangan meletakkan racun pada air minuman.[4]

Pada abad pertengahan kemunculan undang-undang kemanusiaan ini dilihat lebih dipengaruhi oleh ajaran-ajaran agama dan kepercayaan sesuatu kaum seperti agama Kristian, Islam, Hindu dan Budha. Menurut pendapat Fr. Joseph Joblin (1999), beliau telah berpendapat seperti berikut;-

“A new awareness of the importance to be given to humanitarian aspects emerged in the 19th century; but while the legal system for the limitation of violence within the theory of a just war depended on a religious anthropology, the one that was to emerge was supported by rational considerations.[5]

Berdasarkan petikan ini, Joseph Joblin telah mengatakan bahawa sebelum wujudnya suatu kesedaran yang diberikan kepada aspek kemanusiaan yang  telah mencorakkan kemuncul undang-undang kemanusiaan pada abad ke-19, beliau mengatakan wujudnya suatu sistem yang telah digunakan untuk menghadkan keganasan dalam peperangan hanya bergantung pada antropologi agama dalam sesuatu pertimbangan  yang dilihat rasional. Dalam apa yang cuba disampaikan melalui petikan ini adalah wujudnya satu sistem undang-undang yang telah digunakan untuk mengawal sesuatu keganasan dalam peperangan, ini kerana sistem ini telah dikawal oleh golongan agama dalam menentukan rasional sesuatu tindakan undang-undang dalam situasi peperangan.

Disini, penulis akan membawakan beberapa contoh penekanan tentang wujudnya beberapa undang-undang peperangan yang telah digunakan oleh beberapa ajaran agama. Dari agama Kristian misalnya wujudnya satu undang-undang atau peraturan berkenaan dengan peraturan peperangan sehingga peraturan ini telah memberikan sumbangan terhadap konsep dan terma ‘perang adil’ (just war) dalam pengaplikasian undang-undang dalam situasi perang. Contoh yang boleh dilihat disini terhadap larangan ini adalah asas undang-undang yang digunakan oleh ilmuan agama sehingga dikenali sebagai terma ‘Just War Doctrine’, antaranya ialah;-

In the Beatitudes, Jesus tells us "blessed are the peacemakers" (Matt. 5:9). Elsewhere in the Sermon on the Mount he tells us "if any one strikes you on the right cheek, turn to him the other also" (Matt. 5:39).[6]

Berdasarkan petikan yang dimaksudkan daripada ayat adalah berbentuk larangan yang telah dinyatakan oleh agama Kristian tentang perang, ini kerana dari apa yang di fahami dari ayat ini adalah agama Kristian meletakan agama kristian adalah sesuatu agama yang menyintai kedamaian dan menolak segala bentuk bentuk keganasan adalah sesuatu tindakan yang tidak dibenarkan.

Manakala dari perspektif agama Islam pula undang-undang peperangan telah diaplikasikan oleh penganutnya melalui beberapa ayat didalam kitab-kitab Al Quran antara ayat yang boleh melihat sesuatu larangan ini adalah dari surah al Baqarah ayat 190, 191 dan surat at Taubah ayat 5 yang mana telah menerangkan dan memandang perang sebagai salah satu cara untuk membela diri dan sesuatu cara untuk menghindari diri daripada kemungkaran. Berikut merupakan maksud dari potongan dari ayat 190 surah al-Baqarah;-

“Maksudnya:
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh (Al-Baqarah 2:190).[7]
Dari maksud ayat dalam surah ini, ialah Islam membenarkan untuk melakukan tindakan peperangan hanya untuk menegakkan dan mempertahankan sesuatu, namun larangan keras juga telah dinyatakan dalam ayat ini yang mana larangan melakukan peperangan dengan tujuan untuk menceroboh iaitu dengan memulakan peperangan. Maka jelas dari ayat ini terdapat larangan untuk mengambil tindakan memulakan peperangan dengan alasan untuk menguasai negara lain, namun jika terdapat berlaku serangan perang ini dibenarkan bagi tujuan untuk pertahanan kepada sesuatu negara.

Namun perkembangan UUKA bermula pada abad ke-19. Kesan daripada penulisan sebuah buku yang telah ditulis oleh Jaen Henry Dunant atau Henry Dunant yang bertajuk ‘Memories of Solferino’pada tahun 1862.[8] Didalam penulisan buku ini Henry Dunant telah menceritakan tentang kesan kekejaman perang Solferino iaitu perang yang terjadi di antara Perancis dan Itali melawan Austria pada tahun 1856 yang amat dasyat kerana telah mencederakan ribuan tentera dan mengorbankan ribuan nyawa tentera yang terlibat didalam pertempuran tersebut.[9] Didalam penulisan buku ini juga beliau tidak hanya menceritakan tentang penderitaan dan kekejaman yang berlaku pada perang tersebut tetapi beliau juga telah bertanyakan beberapa persoalan didalam penulisan beliau antara persoalan yang telah ditanya adalah seperti berikut;

"Would it not be possible, in time of peace and quiet, to form relief societies for the purpose of having care given to the wounded in wartime by zealous, devoted and thoroughly qualified volunteers? And some international principle, sanctioned by a convention and inviolate in character, which, once agreed upon and ratified, might constitute the basis for societies for the relief of the wounded in the different European countries?"[10]

Dalam petikan diatas ini Henry Dunant telah bertanyakan beberapa persoalan yang mana meminta penjelasan mengenai kesan buruk peperangan tersebut. Dimana beliau telah memberi suatu gambaran yang mana perlu untuk mewujudkan sesuatu badan sukarelawan masyarakat yang berkualiti untuk merawat kumpulan tentera yang cedera kesan daripada peperangan. Selain itu beliau juga telah mempersoalan apakah prinsip antarabangsa yang telah dibenarkan oleh konvensyen dan dilanggar oleh tentera telah dipersetujui dan telah disahkan oleh negara-negara Eropah berbeza untuk memberi rawatan kepada mana-mana pasukan tentera yang telah cedera didalam petempuran. Berdasarkan persoalan dan tulisan yang telah dikemukan oleh Henry Dunant telah membawa kepada pembentukkan komuniti antarabangsa untuk memberi rawatan kepada mangsa peperangan, namun pada tahun 1863 komuniti ini telah dinamakan semula sebagai Komuniti Palang Merah Antarabangsa atau International Committee of the Red Cross (ICRC).[11]  

Pada 25 Ogos 1863 ICRC telah memutuskan untuk mengadakan satu persidangan antarabangsa di Geneva dibawah tanggungjawab sendiri untuk mengkaji dan berbincang mengenai cara-cara mengatasi kekurangan perkhidmatan perubatan tentera.[12] ICRC juga telah menghantar beberapa jemputan ke semua negara Eropah dan individu-individu yang berpengaruh pada zaman tersebut.[13] Melalui perhimpun persidangan yang telah dilakukan oleh ICRC ini telah berjaya mengumpulkan 36 penyertaan termasuk 14 daripada perwakilan negara, enam daripada organisasi bukan kejarajaan (NGO) dan tujuh orang daripada individu berpengaruh pada zaman tersebut telah berjaya membentuk 10 resolusi pertukaran maklumat bantuan komuniti dari sebahagian buah negara kepada komuniti peringkat antarabangsa.[14]

Pada 08-28 Ogos 1864, kerajaan Switzerland telah menganjurkan persidangan diplomatik bagi membincangkan draf asas konvensyen yang telah disediakan oleh ICRC. Pada akhir persidangan tersebut 16 delegasi negara yang hadir dipersidangan tersebut telah menandatangani konvensyen yang dinamakan Geneva Konvensyen bagi tujuan memberi rawatan kepada tentera yang cedera dikawasan peperangan.[15] Dengan wujudnya konvensyen pada tahun 1864 ini  yang telah ditandatangan oleh perwakilan negara yang hadir pada persidangan ini maka terbentuklah demensi baru undang-undang berkenaan dengan peperangan yang yang sehingga kini digunakan sebagai rujukan diperingkat antarabangsa sebagai undang-undang peperangan moden, undang-undang ini dikenali sebagai Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa atau International Humanitarian Law.

Secara tidak sedar sejarah penubuhan ICRC merupakan asas yang penting dalam pembentukkan dan penubuhan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa yang ada sehingga kini. Dimana bermulanya penubuhan komuniti yang ingin memberi bantuan kepada tentera yang cedera disebahagian beberapa buah negara sehinggalah diperingkat antarabangsa. Berdasarkan pengalaman inilah semua negara bersetuju untuk membentuk suatu undang-undang lazim mengenai peperangan sehinggalah tertubuhnya Geneva Konvensyen yang menjadi asas kepada penubuhan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.




[1] Doswald-Beck Louise dan Vité Sylvain, International Humanitarian Law and Human Rights Law, Article International Review of the Red Cross, No. 293, International Committee of the Red Cross 1993, http://www.icrc.org/eng/resources/documents/misc/57jmrt.htm, diakses pada 19 Mac 2014.

[2] Sheng Hongsheng, The Evolution of Law of War, Chinese Journal of International Politics, 1 (2): 267-301.

[3] Ibid.
[4] Ibid.

[5] Joseph Joblin, At the Origins of Humanitarian Law: the Attitude of the Holy See, Vatican: L'Osservatore Romano, 1999, http://www.catholicculture.org/culture/library/view.cfm?recnum=1187, diakses pada 19 Mac 2014.

[6] Syse, Henrik, 2010, The Platonic Roots of Just War Doctrine: a Reading of Plato’s Republic, Diametros 7(23): 104–123.

[7] Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu Surah Al-Baqarah ayat 190, http://www.surah.my/2#190, diakses pada 19 Mac 2014.
[8] From the battle of Solferino to the eve of the First World War, International Committee of the Red Cross, 2004, http://www.icrc.org/eng/resources/documents/misc/57jnvp.htm, diakses pada 19 Mac 2014.

[9] Ibid.

[10] Ibid.

[11] Ibid.

[12] Ibid.

[13] Ibid.

[14] Ibid.

[15] Ibid.

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Cheap Web Hosting