Setiap
undang-undang yang wujud didalam sistem antarabangsa ini mempunyai asas-asas
yang tersendiri didalam penubuhannya yang tersendiri begitu juga dengan
wujudnya UUKA ini, yang mana UUKA ini juga mempunyai asas-asas yang tersendiri.
Tiga asas yang telah digariskan dan ditekankan dalam undang-undang ini iaitu asas
kepentingan ketenteraan (military necessity), asas kemanusiaan (humanity)
dan asas adab peperangan (chivalry). Kesemua asas-asas yang disebutkan
ini merupakan tunjang utama yang menjadi asas kepada peraturan-peraturan di
dalam undang-undang kemanusiaan. Kenyataan ini turut dijelaskan oleh Louise
Doswald-Beck dan Sylvain Vité (1993) seperti berikut;
“Traditional manuals
of humanitarian law cite the basic principles of this law as being those of
military necessity, humanity and chivalry.”[1]
Dalam
artikel ini Louise Doswald-Beck dan Sylvain Vité telah menjelas bahawa asas
wujudkan undang UUKA ini adalah daripada seperti yang telah dinyatakan
menunjukkan bahawa asas inilah menjadi dasar pengembangan UUKA sehingga hari
ini.
2.1.1 Asas kepentingan
ketenteraan (military necessity)
Asas
ini membawa maksud bahawa suatu pihak bersenjata mempunyai hak untuk melakukan
setiap tindakan yang dapat mengakibatkan kejayaan suatu operasi ketenteraan
tetapi tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang peperangan.
Walaupun asas ini dilihat seolah-olah memberi kebenaran untuk melakukan sebarang
tindangan yang disifatkan munasabah di dalam situasi peperang namun asas
kepentingan ketenteraan ini mempunyai prinsip-prinsip tertentu dalam
melaksanakan sesuatu tindakan dengan adanya dua prinsip yang perlu ditekankan
dalam mengunakan asas kepentingan ketenteraan ini, prinsip ini disebut sebagai prinsip
had (limitation principle) dan prinsip perkadaran (proportionally
principle).[2]
Prinsip
had merupakan suatu prinsip yang menghendaki adanya sekatan terhadap cara atau
alat serta cara atau kaedah berperang yang dilakukan oleh pihak yang
bersengketa, contohnya larangan penggunaan racun atau senjata beracun. Adanya
prinsip ini adalah untuk mengurangkan kesan yang boleh mengakibatkan luka-luka
yang berlebihan (superfluous injury) dan penderitaan yang tidak perlu (unnecessary
suffering) dalam situasi peperangan. Manakala prinsip perkadaran ini
bermaksud adalah larangan sesuatu tindakan yang boleh mengakibatkan kerosakan
dan kemusnahan yang akan dialami oleh penduduk awam seharus mempunyai kadar
yang minimum sifatnya dan tidak berlebihan semasa berlakukannya serangan
terhadap sasaran tentera. Contohnya larangan menyerang mengunakan senjata
nuklear.
2.1.2 Asas
kemanusiaan (humanity)
Berdasarkan
asas ini telah mengariskan prinsip bahawa pihak yang bersengketa diwajibkan
untuk mengunakan dan memperlihatkan asas-asas kemanusiaan terhadap sesuatu
tindakan serangan yang hendak dilakukan, di mana pihak yang bersengketa
dilarang untuk menggunakan kekerasan yang boleh menimbulkan luka-luka yang
berlebihan atau penderitaan yang tidak perlu[3]. Contoh yang boleh diambil
adalah larangan mengunakan ‘peluru dum-dum’ (dum-dum bullets) dan
‘peluru yang memiliki keupayaan untuk mengembang dalam tubuh badan manusia’ (expanding
bullets), ini kerana kedua-dua peluru ini mampu untuk menghancurkan tubuh
badan manusia dan memberi kecederaan yang kekal kepada anggota badan manusia.
2.1.3 Asas adab
peperangan (chivalry).
Berdasarkan
asas ini, UUKA telah mengariskan bahawa perlunya kejujuran di dalam sesuatu
peperangan. Dalam kata lain tidak dibenarkan mengunakan tipu muslihat oleh
pihak bersengketa untuk menewaskan pihak lawannya.[4] Ia dapat dilihat dengan
penggunaan alat-alat yang tidak dibenarkan oleh atau bertentangan dengan UUKA
serta asas ini turut melarang pengunaan cara-cara berperang yang bersifat
khianat adalah dilarang sama sekali dalam situasi konflik dan peperangan.
Sebagai contoh yang boleh di ambil ialah larangan seseorang tentera dari pihak
negara yang bersengketa dilarang untuk membunuh atau melukai musuh yang telah
menyerahkan diri atau yang tidak mampu lagi untuk mengangkat senjata dalam
situasi peperangan.
[1]Louise Doswald-Beck
dan Sylvain Vité, International Humanitarian Law and Human Rights Law, Geneva: International Committee of the Red Cross,
1993, http://www.icrc.org/eng/resources/documents/misc/57jmrt.htm, diakses
pada 21 Mac 2014.
[2] Jasmine Moussa,
2008, Can jus ad bellum override jus in bello? Reaffirming the separation of
the two bodies of law, International Review of The Red Cross 90(872), 963-990.
[3] Theodor Meron, 2000,
The Martens Clause, Principle of Humanity and Dictates of Public Conscience, The
American Journal of International Law, 94(1), 78-89.
[4] Theodor Meron, 2000,
The Humanization of Humanitarian Law, The American Journal of International
Law, 94(2), 239-278.
0 comments:
Post a Comment