Pengenalan.
Secara tradisinya, definisi bangsa
dan etnik adalah berkait rapat dengan factor-faktor biologi dan sosiologi
masing-masing.Bangsa merujuk kepada penampilan fizikal seseorang, seperti warna
kulit, warna mata, warna rambut, struktur tulang dan lain-lain.Etnik sebaliknya
berkaitan dengan factor-faktor kebudayaan seperti kewarganegaraan, budaya,
keturunan, bahasa dan kepercayaan.[1]Sebagai contoh untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai bangsa adalah mengambil contoh daripada bangsa
Kaukasia. Bangsa Kaukasia mempunyai ciri-ciri berkulit putih sebagaimana
diterangkan oleh MA MacConail sebagai “kulit cahaya dan mata, hidung sempit dan
bibir nipis. Walau bagaimanapun, terdapat banyak etnik dalam bangsa Kaukasia
seperti Ireland, Wales, Jerman dan lain-lain.[2]
Penggunaan
terma ‘ethnicity’ yang digunakan pada masa kini mula berkembang pada
pertengahan abad ke-20. Penggunaan ‘ethnicity’ bertujuan untuk menggantikan
terminologi ‘races’ atay ‘nations’ yang merupakan konsep yang digunapakai pada abad ke-19.[3]Etnik dirujuk sebagai
kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan
sepunya, baik warisan yang benar mahupun dianggap berkait. Wujudnya istilah
etnik ini adalah untuk membezakan kelompok diri daripada kelompok etnik yang
lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama dan tingkahlaku. Turut
dikenali sebagai etnogenesis.[4]
Akibat
terlalu banyak kumpulan etnik di dalam dunia ini telah menyebabkan mereka ini
beperang/konflik antara satu sama lain. Keadaan ini bertepatan dengan teori
realism yang mengatakan manusia ini mempunyai keinginan untuk mendominasi
manusia yang lain. Merujuk kepada etnik ianya dominasi etnik lain ke atas etnik
yang lain seperti yang berlaku di Rwanda iaitu penindasan etnik Tutsi
(minoriti) terhadap etnik Hutu (majoriti). Selain itu, sesetengah sarjana
menjelaskan mengapa berlakunya konflik etnik adalah disebabkan jatuhnya
pemerintahan autoritarian.[5]Contohnya konflik etnik
yang berlaku akibat jatuhnya kerajaan autoritarian adalah semasa jatuhnya
empayar Kesatuan Soviet (USSR) pada 1991, telah menyebabkan berlakunya banyak
konflik antara kumpulan-kumpulan etnik seperti di Bosnia-Herzegovina, Chechnya
dan lain-lain.
Secara
asasnya, sarjana-sarjana hubungan antarabangsa menjelaskan punca berlakunya
konflik etnik berdasarkan level of
analysis : systemic level, domestic level. Jika melihat analisis di
peringkat sistemik, konflik etnik lebih memberikan tumpuan terhadap sifat
sistem keselamatan di mana kumpulan etnik beroperasi dan mengenalpasti masalah
yang wujud dikalangan kumpulan etnik yang lain. Selain itu, konflik etnik
berlaku juga disebabkan asas perjuang etnik mereka dengan etnik yang lain untuk
mencapai kuasa politik dan status. Contohnya penindasan etnik Tutsi terhadap
etnik Hutu di Rwanda ekoran pemberian kuasa oleh penjajah Belgium kepada etnik
Tutsi.Manakala analisis berasaskan tahap domestik pula adalah meilhat peranan
State dalam menangani kebimbangan pengundi mereka, kesan nasionalisme mengenai
hubungan antara kaum, dan kesan pendemokrasian mengenai hubungan antara
kaum.Sekiranya State salah percaturan mampu untuk cetuskan konflik etnik dalam
peringkat domestik. Contoh yang dapat dilihat adalah rusuhan kaum pada 13 Mei
1969 di Malaysia di antara tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina
dan India. Dikaitkan dengan keadaan politik serta diskriminasi kaum.[6]
Latar belakang Malaysia.
Sebelum mengkaji tentang konflik 13
Mei 1969 dan HINDRAF,perlu telebih dahulu
mengenali sedikit latar belakang mengenaiMalaysia. Malaysia merupakan
sebuah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara dan dikelilingi oleh
negara-negara jirannya seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan
Filipina.Negara Malaysia terdiri daripada 13 negeri dan dua wilayah persekutuan
- Kuala Lumpur dan Labuan.Negara Malaysia adalah berpecah antara Barat yang
dikenali sebagai Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.[7] Semenanjung Malaysia
adalah dihubungkan dengan Selatan Thailand dan bersebelahan dengan negara pulau
Singapura di selatan, antara negeri yang terdapat di Semenanjung Malaysia
adalah seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pualau
Pinang, Perlis, Kelantan, Terenganu dan Pahang manakala Malaysia Timur terdiri
daripada dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak yang terletak di bahagian
utara pulau Borneo. Negeri yang terletak di Malaysia Timur ini berkongsi
daratan dan kepulauan dengan dua negara jiran yang terdapat di di kepulauan
Borneo, dua negara tersebut adalah Brunei dan Indonesia.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang bertugas selama lima
tahun dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja[8]. Perlembagaan negara telah
digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu
syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran
atau Eksekutif yang perlu digunakan dalam membentuk sistem demokrasi
berparlimen.Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berasaskan kepada sistem Persekutuan.Sebagai sebuah negara Raja
Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan
Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja.[9]Baginda adalah diberi kuasa
untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di
negeri masing-masing.Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua
Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan
Wilayah-wilayah Persekutuan.
Dari segi demografi penduduk,
Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 29 juta.Keunikkan Malaysia
dapat dilihat kerana Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang mempunyai
kepelbagaian bangsa, budaya etnik dan agama dalam membentuk bangsa
Malaysia.Antara populasi etnik yang ada di Malaysia adalah seperti Orang
Melayu, Cina, India dan suku kaum bumiputera.[10] Orang Melayu bersama-sama
dengan orang asal tertua mereka membentuk kumpulan yang dikenali sebagai
bumiputera terdiri daripada 58% daripada penduduk Malaysia, dengan Cina
membentuk 24%, dan kaum India pada 8%. Kumpulan-kumpulan lain yang lebih kecil
membentuk 10% yang lain.[11]
Dari segi agama dan
kepercayaan, Seperti yang telah dijelaskan bahawa Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai bangsa dan etnik yang pelbagai.Oleh Itu agama dan
kepercayaan dan agama juga mempunyai kepelbagaian tersebut.Ini dapat dilihat
melalui pecahan peratusan yang telah dijelaskan,Islam merupakan agama yang
paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus. Sebagai
negara berbilang kaum, antara agama lain yang dianuti adalah Buddha (19.8%),
Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%).[12] Walaupun Malaysia ini
mempunyai kepelbagaian agama namun menurutPerkara 3, Perlembagaan Persekutuan
menyatakan bahawa “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama
lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan “Tiap-tiap orang adalah
berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4),
mengembangkan ugamanya”.[13]Ini bermakna walaupun
Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya, penduduk Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan
kepercayaan masing-masing.Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara
kaumdan ini telah dibuktikan dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia
selama ini.
Konflik 13 Mei.
Peristiwa 13 Mei
merupakan salah satu sejarah hitam di Malaysia apabila berlaku konflik sehingga
menyebabkan pertumpahan darah.Ia berlaku pada 13 Mei 1969 selepas tamatnya
pilihanraya umum pada ketika itu. isu perkauman menjadi salah satu punca
berlakunya konflik ini. ia berlaku antara kaum melayu dan cina. Akibat daripada
persengketaan yang bermula pada 10 Mei selepas keputusan pilihanraya diumumkan
dilihat ketidakpuashatian parti telah menyebabkan konflik ini dan sekaligus
menyebabkan pertumpahan darah.Isu perkauman telah mendorong berlakunya perkara
ini.pada mulanya ia berlaku adalah disebabkan Parti Perikatan (sekarang
dikenali sebagai Barisan Nasional) terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC telah
memenangi Pilihanraya. Namun kemenangan tersebut bukanlah 2/3 seperti mana yang
kita sedia maklum bagi mana-mana parti yang ingin memerintah perlu memenangi
2/3 dari kerusi Parlimen. Bagi pihak pembangkang yang terdiri daripada PAS,
DAP, Gerakan dan PPP dan kebanyakkannya merupakan dari kaum cina telah bersorak
apabila melihat situasi politik di Malaysia pada ketika itu penguasaannya lebih
dari orang melayu. Hal ini telah menyebabkan orang melayu mula marah dan
seperti mana yang kita tahu kaum melayu merupakan kaum majoriti di Tanah
Melayu.
Dalam masa yang sama
konflik 13 Mei ini yang turut menjadikan landasan perbalahan kaum bagi
menyemarakkan lagi api perkauman. Antara isu yang dimainkan adalah isu bahasa
melayu yang dijadikan sebagai bahasa kebangsaan, hak bumiputra serta kerakyatan
orang bukan melayu.Perkara ini merupakan salah satu isu yang sensitif di negara
kita.Oleh kerana isu-isu ini telah digunakan pihak tertentu, telah berlakunya
konflik ini. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, menurut Perkara 4(1) menjelaskan bahawa
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama persekutuan dan semua
undang-undang yang diluluskan selepas merdeka dan yang berlawanan dengan
perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu. Berpegang
atas prinsip ini, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu
diiktiraf dan berperanan dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat
Malaysia.Pemimpin terdahulu juga menyedari bahawa perlunya diwujudkan bahasa
kebangsaan untuk menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi
menyatupadukan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.Maka, hasil permuafakatan
perlembagaan ini, telah diterima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang
disentuh dalam Perkara 152. Dalam konteks masyarakat majmuk, kelihatan sukar
untuk setiap etnik berkompromi dalam hal budaya dan agama kerana ia amat
sensitif. Maka, hanya bahasa yang boleh dikompromi untuk dikongsi bersama iaitu
bahasa Melayu sebagai alat penyatuan etnik di Malaysia.[14]dalam
pada itu dalam perlembagaan Malaysia turut dinyatakan dalam perkara 153 yang
menyatakan berkenaan hak berkaitan keistimewaan orang melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak. [15]
Keistimewaan ini menjadikan ketidakpuas hatian oleh pihak lain yang inginkan
hak samarata dalam pada itu juga punca dari ekonomi yang menjadika perkara ini
telah dijadikan sebab mengapa tercetusnya konflik pada 13 Mei.
Ini jelas menunjukkan bahawa konflik yang 13 Mei ini berlaku adalah
disebabkan dari etnik.Hal ini dapat dilihat terdapat beberapa sebab yang
berlaku atas dasar menyentuh sensitiviti perkauman.
Hindraf.
HINDRAF atau Hindu Rights Action
Force yang membawa slogan Makkal Sakthi (People's Power) merupakan gabungan 30
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hindu yang bermatlamatkan memelihara hak dan
warisan komuniti masyarakat Hindu di Malaysia.[16]Isu yang dibangkitkan oleh
HINDRAF pada waktu itu adalah 'temple
cleansing' di Malaysia dan ianya telah menyemarakkan kemarahan dan
sensitiviti kaum dan juga agama. Di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri,
Tun Abdullah Ahmad Badawi, beberapa pemimpin Hindraf telah ditahan pada 12
Disember 2007 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun
kerana mereka dikaitkan dengan LTTE dan organisasi militan RSS di India.[17]
Isu
ini bermula apabila, Presiden HINDRAF iaitu Waythamoorty cuba membawa
pendekatan HINDRAF kedalam cabinet dan membuat tuntutan secara desakan dan
akhirnya membawa kepada demonstrasi jalanan yang diketuai oleh beliau.[18] Isu yang dibawa oleh
Hindraf pula tidak mewakili masyarakat
India secara keseluruhannya. Banyak isu-isu yang dibawa oleh HINDRAF telah
disensasikan seperti agama dan kaum dijadikan isu utama terhadap serangan
psikologi kepada masyarakat Malaysia sehinggakan ianya menimbulkan keresahan etnik
dan terdapat sesetengah pihak berpandangan bahawa hubungan kaum di Malaysia
pada ketika itu berada dalam keadaan yang sangat bahaya dan kritikal.[19]Isu yang
dimainkan oleh Hindraf tentang kaum dan agama mempunyai keupayaan untuk
merencatkan hubungan antara kaum apabila isu tentang ketuanan Melayu, rumah
ibadat, tukar agama, Perlembagaan dan lain-lain dipersoalkan secara terbuka.Isu
ini akhirnya dibawa ke meja perbincangan demi menyelesaikan dan mencari jalan
keluar kepada masalah Hindraf.
Reaksi antarabangsa mengenai 13 Mei dan HINDRAF
Reaksi
antarabangsa mengenai peristiwa 13 Mei 1969 yang melanda Malaysia adalah di
sebabkan oleh rusuhan kaum pada ketika itu. Dalam hal ini dapat dilihat, Melbourne dalam surat khabar “Age”
mengeluarkan artikel yang bertajuk “Nation Headed for disaster” pada 14 Mei.
Artikel tersebut mengeluarkan kenyataan dengan menyalahkan pihak keselamatan
kerana bertindak kejam sehingga menyebabkan kematian.[20]
Hal ini kerana, peristiwa 13 Mei merupakan tragedi yang banyak mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan pihan
raya umum 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia.
Selain itu, dalam artikel tersebut
telah menyebarkan dan memperlihatkan bahawa konflik ini telah merebak ke utara
Malaysia. Hal ini telah menyebabkan peristiwa 13 Mei yang berlaku di Kuala
Lumpur telah tersebar sehingga merebak ke bahagian utara. Dalam hal ini, Tunku
Abdul Rahman memberi respon dengan menyatakan, adakah mereka berhak menilai
sedangkan mereka tidak berada di tempat kami? Tahukah mereka bahawa jarak
KL-Penang berbatu-batu, mustahil begitu mudah kekecohan merebak pada ketika itu.[21]
Di samping itu juga, media asing telah
menyebarkan beberapa gambar telah didedahkan dalam akhbar-akhbar luar Negara.
Hal ini juga, telah menyebabkan negara-negara luar memandang enteng dengan
pengurusan Malaysia. Seterusnya, berlakunya manipulasi terhadap gambar tersebut.
Contohnya di masjid Jalan Hale dimana gambar seolah-olah pihak keselamatan
sedang berpakat dengan perusuh. Hasil daripada siasatan gambar tersebut diambil
ketika rundingan dijalankan sebelum berlaku pertempuran sebenar.[22]Status
kaum cina juga digambarkan sebagai kaum minoriti dalam peristiwa tersebuat dan
menyebabkan kedudukan kaum cina terancam. Retetan daripada itu, selepas 9
minggu peristiwa 13 Mei, Majalah Life juga turut mengkritik dan menyebarkan
berita tentang peristiwa 13 Mei yang berlaku di Malaysia.[23]
HINDRAF
adalah merupakan satu kumpulan gerakan gabungan yang di dakwa daripada 30
organisasi yang berusaha menegakkan hak-hak pengekalan masyarkat Hindu dan
warisan mereka di dalam pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini dapat dilihat
respon daripada pihak antarabangsa mengenai HINDRAF hak asasi masyarakat
ataupun kaum India di Malaysia. Di mana, US Department of State 2008, Country
Reports on Human Rights Practise for 2007 yang mana, NGOs tempatan dan
antarabangsa serta masyarakat tempatan telah mengutuk kerajaan Malaysia mengenai
tahanan pemimpin HINDRAF di bawah ISA.[24]
Hal ini kerana, kutukan tersebut adalah berkaitan hak asasi seseorang. Retetan
daripada itu, kutukan tersebut telah mennyebabkan Malaysia di pandang rendah
oleh pihak luar khususnya pihak antarabangsa seperti NGOs antarabangsa yang
mana kutukan tersebut tersebut adalah berkaitan dengan hak asasi seseorang.
Kesimpulan
Keadaan
yang tercetus ini mengakibatkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat
pada 16 Mei 1969, dan menyebabkan fungsi Parlimen digantung dan Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara, dan Tun Abdul
Razak telah dilantik sebagai pengarah operasi di bawah Akta Perintah Darurat
selama 22 bulan sehinggalah perintah darurat telah dibubarkan.[25] Melalui MAGERAN
juga telah ditubuhkan Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab dalam
menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara dan salah satu hasilnya adalah
dengan lahirnya satu ideologi kebangsaan seperti Rukun Negara yang digubal
sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara
bangsa yang stabil.[26]Sekitar tahun 1970 terutama semasa
negara ditadbir oleh MAGERAN, langkah-langkah untuk menformulasikan dasar-dasar
kerajaan telah dilakukan dengan serius.Tujuannya adalah untuk memastikan supaya
masyarakat di negara ini tidak lagi terjebak dengan konflik perkauman sepertimana
yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Isu Hindraf pula yang berlaku pada
yahun 2007 telah membawa kepada ancaman konflik etnik yang membawa kepada
sensitivity masyarakat,Sebagai langkah penyelesaian terhadap isu HINDRAF,
kerajaan telah bertindak dengan mengharamkan pertubuhan tersebut. Pengharaman
HINDRAF dianggap tepat kerana, kedudukan hubungan kepelbagaian kaum di Malaysia
perlu dikawal sebaik mungkin supaya tidak tercetus konflik kaum yang lebih
besar.Isu yang dimainkan oleh Hindraf tentang kaum dan agama mempunyai
keupayaan untuk merencatkan hubungan antara kaum.
[2]Ibid.,Ethnicity Vs. Race.
[3]Ethnicity definition, Oxford,http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/ethnicity?q=ethnicity,
diakses pada 15 Mei 2014.
[4] Etnogenesis merupakan proses di mana satu
komuniti etnik terbentuk daripada pelbagai komponen etnik yang lain. http://encyclopedia2.thefreedictionary.com/Ethnogenesisdiakses 15 Mei 2014.
[5]Brow.M.,
E., Nationalism and Ethnic Conflict, 2001,
London; Mit Press, hlm.4.
[6]Cordell.K.,&
Wolff. S., Ethnic Conflict: Cause,
Consequences, and Responses,2009, UK;Polity Press, hlm 8.
[7]Malaysia Background, Washington: Central
Intelligence Agency,
https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/fields/2028.html,
diakses pada 10 Mei 2014.
[8]Demokrasi
Berparlimen, Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1201-demokrasi-berparlimen.html,
diakses pada 10 Mei 2014.
[9]Ibid.
[10]Demografi penduduk,
Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia, http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7962-demografi-penduduk.html,
diakses pada 12 Mei 2014.
[11]Malaysia profile,
London: BBC News, http://www.bbc.com/news/world-asia-pacific-15356257, diakses
pada 11 Mei 2014.
[12]Laporan Taburan
Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi 2010, Putrajaya : Laman Web Rasmi Jabatan
Perangkaan Malaysia,
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&id=1215&Itemid=89&lang=bm,
diakses pada 12 Mei 2014.
[13]Agama, Putrajaya:
Jabatan Penerangan Malaysia,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7960-agama.html,
.diakses pada 12 Mei 2014.
[14]Nazri Muslim, Zaharah Hassan,
& Abdul Latif Samian, 2011, Bahasa
Melayu dalam perlembagaan persekutuan:kedudukan dan peranannya dalam konteks
komunikasi perpaduan, http://journalarticle.ukm.my/3311/, Sari-International
Journal of the Malay World and Civilisation , diakses pada 21 Mei 2014,hlm 1
[15]Perlembagaan Malaysia
Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia, UPM, http://vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/skp2204_1330913282.ppt, diakses pada 21 Mei
2014.
[16]Hindraf:
Serpihan atau Demokrasi Terpimpin,Kuala Lumpur : Utusan Melayu Online, 2011,http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0310&sec=rencana&pg=re_02.htm, diakses pada 25 Mei 2014.
[17]Ibid.
[18]Zulkiflee Bakar,2014,Apa lagi Hindraf Mahu,
Kuala Lumpur: Utusan Melayu Online,http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140220/re_01/Apa-lagi-Hindraf-mahu,diakses pada 25 Mei 2014.
[19]Abdul Rahman Abdul Aziz, Rukun Negara Dalam Memperkukuhkan Pertahanan
Negara, PoliticalManagements and Policies in Malaysia,
http://repo.uum.edu.my/3186/1/S22.pdf hlm 446
[20] Tunku Abdul Rahman Putra, 1969, 13
Mei :Before and After Tunku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur. Utusan Ed.hlm.167
[22]Ibid.
[23]Ibid.
[24]
https://www.ecoi.net/file_upload/1997_1293627601_mys33820.pdf
[25]Ibid.
[26]Ibid.
0 comments:
Post a Comment