Saturday, 21 June 2014

Konflik yang Berlaku Hari ini Memberi Ancaman kepada Negara atau Individu

Pengenalan
Berakhirnya Perang Dingin adalah menjadi tanda bahawa berakhirnya percaturan dua kuasa (bipolar) dan keseimbangan kuasa yang kini telah digantikan satu kuasa unggul (unipolar) dalam sistem antarabangsa.[1] Jika pada lalu iaitu semasa berlakunya Perang Dingin memang diakui wujudnya pelbagai konflik namun konflik yang berlaku pada masa lalu adalah bersifat “ Traditional Security” atau keselamatan tradisonal yang lebih berfokuskan kepada persaingan ketenteraan dan persenjataan. Hal ini demikian kerana pada masa tersebut terdapat dua blok utama dunia yang saling bersaing iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union. Kedua-dua blok saling bersaing dalam menyebarkan ideologi yang dibawa terutamanya di rantau Asia. Namun, setelah Soviet Union runtuh pada tahun 1991, akhirnya Amerika Syarikat menjadi sebuah kuasa unggul terutamanya dalam aspek ekonomi sehingga digelar sebagai kuasa Hagemoni dunia.

          Bermula daripada peristiwa tersebut, dari tahun ke tahun dunia telah mengalami kemajuan dan pemodenan secara berperingkat-peringkat. Walaupun wujud konflik yang berlaku namun pada masa kini, namun wujud perbezaan dari segi konflik yang tercipta. Hal ini kerana konflik yang berlaku pada hari ini adalah lebih bersifat satu konflik yang baru misalnya migrasi, teknologi, terrorisam, alam sekitar dan globalisasi.[2] Menurut Barry Buzan (1999) menyatakan bahawa negara yang menjadi pelindung rakyatnya juga sering menimbulkan rasa takut dan tidak selamat kepada penduduknya sendiri.[3] Melihat daripada kenyataan ini dapat disimpulkan bahawa konflik yang berlaku pada masa dahulu mahupun kini yang melibatkan negara ataupun domestic secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap rakyat dalam negara itu sendiri.

          Berbalik kepada persoalan adakah konflik yang berlaku pada hari ini akan memberi ancaman terhadap negara ataupun individu jika dibandingkan dengan konflik yang telah berlaku pada masa lalu. Berdasarkan daripada persoalan tersebut, konflik yang pada hari ini adalah lebih bersifat domestic ataupun “ intra-state conflict” iaitu lebih menjurus memberi ancaman terhadap individu berbanding yang state seperti konflik masa lalu. Terdapat dua jenis ancaman keselamatan iaitu Traditional Security dan Non-Traditional Security. Keselamatan tradisional ini lebih berbentuk ketenteraan, ekonomi, kedaulatan dan persempadanan. Namun kini, konflik yang berlaku adalah bersifat bukan keselamatan tradisional misalnya alam sekitar, migrasi, terrrosim dan globalisasi.

Konflik pada era terdahulu
Pada dekad ini konflik yang berlaku memberi ancaman yang berbeza dari semasa ke semasa. Sebelum berlakunya proses globalisasi konflik antarabangsa yang berlaku lebih memberi ancaman pada State. Ini kerana pada peringkat ini state merupakan actor yang utama dalam politik antarabangsa. Apa yang berlaku sama ada perluasan kuasa atau aspek pertahanan memberi kesan lansung kepada state dalam menjamin survival state dalam sistem antarabangsa. Keselamatan state diutamakan bagi menjamin kedaulatan state merujuk pada ketiadaan ancaman terhadap sesebuah entity dalam konteks sebuah negara. Walter Lipman mendefinisikan ancaman keselamatan 

‘a nation is secure to the extent to which it is not in danger of having to sacrifice core values if it wishes to avoid war, and is able if challenged to maintain them by victory in such a war.’ 

Arnold Wolfers memberi pendefinisian ‘security rises and falls with the ability of a nation to deter an attack.’  

Melalui definisi Realist ini, konsep keselamatan ini merujuk pada pada ancaman ketenteraan yang menjadi titik utama ancaman pada negara.[4] Ketika Cold War, isu state dan ketenteraan mendominasi analisis dalam sarjana seperti Wolfers, Bull, Nye dan lain. Pada dekad ini persaingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet (KS) membabitkan pembangunan senjata Nuklear yang mengancam keselamatan negara lain. Dalam hal ini dua kuasa ini cuba menyebarkan pengaruhnya sehingga membawa pada siri peperangan seperti perang Korea 1950-53 yang telah memisahkan korea kepada dua sehingga kini, perang Vietnam yang merupakan kekalahan memalukan buat AS, konfrantasi Malaysia Indonesia dan lain.[5] Pada peringkat ini konflik yang berlaku memberi kesan lansung pada state kerana belum ada actor non state yang mendominasi polisi dalam state sebagaimana selepas globalisasi.

          State bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan kedaulatan negara. Ini kerana dilemma keselamatan yang berlaku hasil daripada tindakan state sama ada dalam meningkatkan aspek pertahanan atau menyebarkan ideology negara. Bagi negara yang baru memperoleh kemerdekaan isu kedaulatan merupakan asas utama dalam soal keselamatan negara. Ini kerana elemen ini merupakan perkara asas dalam sesebuah negara kerana satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan negara untuk tidak terus dijajah atau di‘jajah’. Kedaulatan merujuk pada kuasa tertinggi tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Konsep ini mula diperkenalkan seiring dengan proses pertumbuhan negara moden. Dalam erti kata lain kedaulatan merujuk pada kuasa tertinggi yang dimiliki sebuah institusi dalam masyarakat, politik, dan sosial dalam membuat keputusan berkaitan perkara yang berhubung dengan pentadbiran dan politik. John Bodin (1530-1596) menerusi bukunya ‘Six Books Cancerning The State ’ menegaskan kedaulatan adalah kuasa tertinggi yang terdapat dalam sesuatu kesatuan negara iaitu kuasa tertinggi ke atas warganegara dan rakyat wilayah itu. Kuasa tertinggi merujuk kuasa yang dimiliki oleh golongan raja atau pemerintah yang memiliki kuasa daulat (mutlak).[6] Perbincangan yang melibatkan kedaulatan secara  tidak lansung juga melibatkan aspek keselamatan negara apabila state melihat tindakan negara lain secara aktif mahupun pasif sememangnya boleh memberi ancaman pada kedaulatan apabila menjejaskan strukur keselamatan yang sedia ada wujud. Ini dapat dilihat menerusi konfrantasi Indonesia Malaysia 1963-1966. 

Konfrontasi yang tercetus berikutan dari pengisytiharaan Malaysia 16 september 1963 telah membawa satu rentetan peristiwa pertentangan ideologi dua buah negara  yang mendapat dokongan iaitu Malaysia disokong oleh AS, Britain dan negara komanwel seperti Australia, dan New Zealand. Indonesia pula di bawah pentadbiran Sukarno telah mendapat sokongan daripada KS dan China yang memperjuangkan ideologi komunis. Pengumuman penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman dengan mengabungkan Tanah Melayu, Singapura, wilayah Borneo utara British (Sabah), Sarawak dan Brunei. Tentangan ini bukan sahaja dilancarkan melalui slogan ‘Ganyang Malaysia’ malahan Indonesia turut menghantar unit tentera tidak rasminya untuk melakukan perang gerila dan gerakkan subversif. Konfrentasi berakhir pada 1966 apabila berlaku rampasan kuasa yang didalangi oleh PKI itu sendiri yang diketui oleh Suharto pada 1966 dan aktiviti penyusupun telah dihentikan dan jalinan hubungan antara negara serumpun ini dijalin semula dengan bermulanya era Suharto bagi Indonesia dan Tun Abdul Razak bagi Malaysia.[7] Jika dilihat konflik Konfrantasi ini, Sukarno melihat penubuhan Malaysia sebagai ancaman pada kedaulatan Indonesia apabila bertindak mengabungkan Sarawak dan Sabah kerana Sukarno berhasrat untuk menubuhkan Kalimantan Utara di bahagian Borneo. Sukarno juga melihat penubuhan ini adalah satu penjajahan baru yang boleh mengugat kemerdekaan Indonesia. Untuk itu state cuba mengekalkan kedaulatan negara meskipun boleh membawa kepada konflik dengan negara lain.

          Disebabkan belum ada aktor non-state, jadi state bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan dalam state kerana tekanan yang diterima state secara tidak lansung memberi tekanan pada domestik. Tekanan lebih diterima oleh state kerana domestik akan meletakkan tanggungjawab menjaga kebajikan kepada kerajaan sebagaimana tanggungjawab yang telah diberikan. Ini sebagaimana tekanan yang diterima oleh Jerman setelah berakhirnya Perang Dunia I. setelah mengalami kekalahan Jerman dipaksa untuk menandatangani perjanjian Versailles pada 12 November 1918. Melalui perjanjian ini, Jerman dipaksa mengaku  kesalahan mereka dan dipertanggungjawabkan untuk membayar sebahagian perbelanjaan perang dan ganti rugi kemusnahan kepada negara pemenang. Perjanjian ini telah menjadi politik besar di Jerman apabila timbul rasa tidak puas hati rakyat apabila sebahagian besar pendapatan negara digunakan untuk membayar hutang perang sehingga rakyat hidup dalam kebuluran. Jumlah pampasan yang perlu dibayar adalah sebanyak US$ 32 bilion beserta faedah. Bayaran yang perlu dibayar setahun adalah US$500 juta, ditambah dengan 26 peratus caj tambahan ke atas eksport. Kesan dari penjanjian ini juga Jerman terpaksa melepaskan beberapa wilayah dan koloni utamanya dan menggadai pemilikan sumber aslinya kepada korporat antarabangsa. 

Konsensi perdagangan antarabangsa juga dilepaskan bagi mengumpul wang bagi membayar hutang. Tekanan yang diterima oleh Jerman menyebabkan pihak bangun menentang kerajaan yang sedia ada dan telah membawa kepada Perang Dunia II apabila Hitler membangunkan industri Jerman dalam masa yang singkat iaitu selama lima tahun sejak rampasan kuasa berlaku.[8] Dari keadaan ini, kita memahami tekanan dari antarabangsa memberi tekanan pada State terlebih dahulu sebelum tekanan tersebut dirasai oleh domestik. Keadaan berbeza pula setelah berlaku proses globalisasi pada masa kini yang merubah bentuk ancaman itu sendiri. tambahan pula, sebagai aktor utama tanggungjawab sepenuhnya terletak pada state dalam mengurus ancaman yang melanda pada dekat ini.

Konflik pada masa kini
Untuk melihat  konflik pada hari ini memberi ancaman lebih kepada individu mahupun negara berbanding pada zaman dahulu adalah perlu untuk mengkaji bagaimana konflik hari terjadi dan faktor yang menyebabkan konflik tersebut berlaku. Konflik pada hari ini lebih dilihat memberi ancaman kepada individu berbanding negara atas dasar beberapa faktor yang berlaku ekoran daripada evolusi yang berlaku berbanding konflik yang terjadi pada zaman dahulu. Perubahan yang berlaku dalam masyarakat telah menyebabkan konflik-konflik yang berlaku dalam dunia kini juga turut bertukar wajah. Antara perkara yang menyebabkan perubahan ini ialah peningkatan peranan individual dimana individu perlu bebas dari kuasa arbitari negara,kezaliman dan ketakutan.[9] yang mana telah ditekankan dalam ideologi liberal selepas Perang Dunia Kedua untuk mempromosikan hak setiap individu dalam setiap perkara yang berlaku. Sejarah Eropah telah berubah akibat kemunculan peranan individual ini di mana manusia semakin kurang menerima ikatan kekeluargaan dan masyarakat seperti yang berlaku dalam masyarakat di Timur. Mereka melihat dunia dan diri dalam perspektif dunia masyarakat mereka sendiri sehingga sanggup untuk mengekspresikan individualiti mereka dalam bersaing dengan yang lain walaupun memberi kesan yang negatif kepada masyarakat sekeliling.[10]

Ancaman kepada individu juga meningkat daripada konflik yang berlaku disebabkan globalisasi yang berlaku. Globalisasi telah menyebabkan masyarakat berfikir bahawa semua budaya, kaum dan hak setiap individu adalah sama. Peranan media dan internet dalam dunia moden telah meningkatkan kesedaran terhadap hak yang dimiliki oleh setiap individu.Dengan evolusi yang berlaku dalam dunia moden kini, ancaman yang datang turut berubah serta pada tahap yang berbeza. Ancaman-ancaman non-tradisional ini kini dilihat sebagai faktor yang mampu memberi impak kepada negara dan seterusnya individu dari aspek politik,ekonomi dan juga sosial. Keselamatan terhadap tenaga, makanan serta air merupakan contoh ancaman non-tradisional yang kini menjadi perhatian dunia dalam mengekalkan kelangsungan negara dalam sistem antarabangsa.

Analisis
Bagi menjawab persoalan sama ada konflik yang berlaku pada hari ini lebih mengancam ‘State’ ataupun ‘Individu’ berbanding konflik yang berlaku pada era dahulu, ia merujuk kepada persoalan siapa yang lebih terancam diantara kedua-dua aktor ini. Untuk melihat persoalan ini, penulis berpendapat kedua aktor ini saling bergantung diantara satu sama dalam terjadinya sesuatu peristiwa namun dalam dunia yang berubah kini ancaman terhadap individu lebih dominan berbanding ancaman terhadap state. Bagi membincangkan dengan lebih kritis,gambarajah dibawah ini dapat menjelaskan bagaimana kedua-dua aktor ini saling berkait:
  
Berdasarkan gambarajah diatas dapatlah dilihat bagaimana kebergantungan kedua-dua kedua-dua aktor ini berdasarkan isu keselamatan, ini kerana apa yang berlaku kepada State mampu memberi ancaman juga kepada Individu begitu juga sebaliknya apa yang berlaku kepada Individu mampu memberi ancaman kepada State. Untuk melihat dengan lebih jelas tentang kebergantungan ini penulis akan menerangan situasi ini sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.

Sebelum berlakunya Perang Dunia Pertama dan Kedua, faktor yang mendorong berlakunya ancaman keselamatan lebih terkesan kepada aktor State kerana sebelum terjadinya peperangan negara sering bersaing di antara satu sama lain untuk mengurangkan lagi bentuk ancaman dari negara lain. Dalam situasi ini konsep yang sesuai yang digambarkan dalam keadaan ini adalah konsep balance of power atau keseimbangan kuasa yang digunakan untuk menunjukkan tahap kekuatan kepada sesebuah negara.[11]  Dalam erti kata yang lain keseimbangan kuasa yang cuba dimaksudkan dalam teori ini adalah bagaimana keupayaan sesebuah negara dalam membangunkan senjata dan ketenteraan untuk berhadapan pelbagai bentuk ancaman. Dalam situasi ini State masih tidak lagi melihat faktor ancaman kepada individu, ini kerana State hanya melihat dan menekankan faktor keselamatan kepada negara untuk berlindung dari pelbagai bentuk ancaman dan kesan yang berlaku dari situasi ini adalah negara namun dalam meneliti aspek ini, penulis berpendapat individu juga akan terkesan dengan situasi yang berlaku. Ini kerana dalam situasi ini individu juga dilihat amat terkesan dengan apa yang sudah berlaku walaupun kesan yang dilalui dilihat sebagai kesan sampingan jika berlaku peperangan. Sebagai contoh yang diambil, Semasa berlaku perang dunia pertama kekalahan Jerman dalam perang dunia pertama mereka terpaksa menanggung beban hutang yang banyak kesan dari kekalahan tersebut.[12] Namun sedar atau tidak rakyat dan individu juga terkesan didalam situasi tersebut, ini kerana beban hutang yang ditanggung oleh Jerman ini telah menjatuhkan kadar pertumbuhan ekonomi negara dan membuatkan masyarakat dan individu terkesan dengan beban hutang tersebut.

Namun berbeza bentuk ancaman yang berlaku hari ini, kerana sehingga tamat Perang Dunia Kedua keselamatan yang dikatakan hanya memberi tumpuan kepada aspek ketenteraan dan politik sesebuah negara turut mengalami perubahan. Perubahan ini telah menunjukkan aktor yang penting di dalam sistem antarabangsa tidak hanya meliputi negara (state) sahaja bahkan aktor-aktor bukan negara (non-state) seperti individu juga memainkan peranan penting mendefinisi dan mengekalkan nilai dan faktor keselamatan kepada sesebuah negara, dimana faktor keselamatan yang dilihat bukan hanya kepada aspek ketenteraan sahaja kerana faktor globalisasi telah menjadikan aktor bukan negara dilihat sebagai aktor yang memainkan peranan yang penting dalam keadaan dunia yang lebih terbuka dan tidak mempunyai sempadan. Sebagai contoh yang boleh dilihat untuk meneliti perubahan kepada aktor ini telah menyebabkan aktor State kurang ditekankan adalah keselamatan manusia (Human Security). Ini kerana konsep keselamatan manusia atau Human secuity telah diperkenalkan oleh United Nations Development Program (UNDP) dalam Human Development Report 1994. [13] Badan PBB berpendapat bahawa konflik yang berlaku hari ini banyak merujuk kepada keadaan dalam negara dibandingan dengan konflik antara negara. UNDP turut menjelaskan bagaimana aspek bentuk ancaman kepada manusia berlaku,ia turut menjelaskan aspek tersebut melalui petikan ini ;

“Human security can be said to have two main aspects. It means, first, safety from such chronic threats as hunger, disease and repression. And second, it means protection from\ sudden and hurtful disruptions in the patterns of daily life – whether in homes, in jobs or in communities”.[14]

Berdasarakan petikan ini telah menjelaskan bahawa aspek yang dinilai untuk merujuk kepada keselamatan manusia mempunyai dua aspek iaitu pertama adalah keselamatan daripada ancaman kronik seperti kebuluran, penyakit dan penindasan dan kedua, ia bermakna perlindungan daripada gangguan tiba-tiba dan menyakitkan dalam corak kehidupan harian - sama ada di rumah, dalam pekerjaan atau dalam komuniti.

Antara contoh isu-isu yang sering berlaku pada masa ini yang boleh dilihat mampu memberi ancaman kepada manusia antaranya adalah seperti masalah isu persekitaran. Dari isu persekitaran kehidupan masyarakat, ia merujuk kepada keselamatan persekitaran hidup dan masyarakat. Hal ini bertujuan melindungi masyarakat dari kesan buruk akibat bencana alam kesan daripada kegiatan manusia, dan menurunnya kualiti perseitaran kehidupan manusia dan masyarakat. Di negara yang sedang membangun, masalah pencemaran air boleh dijadikan isu kepada keselamatan negara kerana mampu memberi ancamakan kepada manusia dalam mendapatkan air bersih adalah salah satu bentuk ancaman alam sekitar terbesar. Ini kerana di negara maju, salah satu ancaman utama yang berlaku adalah pencemaran udara. Dimana jika kemusnahan alam yang berlaku hari ini tidak dibendung, akan mengakibatkan peningkatan bencana alam diseluruh dunia sehingga membawa kematian ratusan ribu nyawa manusia lebih tinggi daripada kesan berlakunya konflik peperangan. Contoh yang isu alam sekitar yang telah meragut ratusan ribu nyawa manusia adalah Tsunami yang berlaku di Aceh ada tahun 2004 dan Jepun pada tahun 2011.

Selain itu, ancaman jelas lebih kepada individu berbanding state pada zaman kini apabila konflik dan peperangan yang berlaku secara dalaman dalam negara tersebut. Walaupun peperangan tradisional antara dua negara mahupun antara dua blok ideologi telah lama berakhir  namun tidak bermakna bahawa keamanan dan stabiliti telah dicapai. Peperangan dalaman negara antara dua puak yang berbeza adalah menjadi ancaman kepada individu apabila ia berlaku dan memberi kesan terhadap individu. Perkara ini menjadi perhatian dunia kerana konflik sivil pada hari ini adalah berada pada tahap yang  sama seperti konflik bersenjata (Harbom dan Wallersteen, 2010)[15]. Kebarangkalian untuk tercetusnya konflik sivil adalah lebih tinggi apabila negara yang mempunyai tahap kesihatan dan nutrisi yang teruk menurut Pinstrup-Anderson dan Shimokawa (2008).[16] Perkara ini melihat kembali bagaimana sesebuah negara tersebut ditadbir oleh kerajaan negara tersebut kerana negara-negara di dunia terbahagi kepada negara maju, sedang membangun serta negara lemah dan gagal. Fokus dalam melihat konflik yang berlaku di seluruh dunia pada ketika ini tertumpu kepada negara lemah dan gagal. Perkara ini dikaitkan dengan berlakunya pentadbiran yang lemah, kemunduran ekonomi dan ketidakadilan dalam sesebuah negara seperti mana yang berlaku di negara Afrika, Asia Tengah dan Amerika Tengah.[17] Konflik yang berlaku dalam negara tersebut secara tidak langsung telah melanggar hak asasi rakyat dalam mendapatkan keperluan asas untuk kelangsungan hidup apabila hidup dipenuhi dengan ketakutan dan trauma akibat perbalahan yang terjadi.

Kesimpulan
Analisis berdasarkan persoalan yang telah dikemukakan yang menyatakan konflik pada hari ini lebih memberi ancaman kepada individu ataupun state berbanding konflik yang berlaku pada era terdahulu, menjelaskan bahawa ancaman daripada konflik yang berlaku terhadap individu dan state adalah saling berkaitan dan mempengaruhi. Namun dalam konteks zaman sekarang dengan berlaku pelbagai perubahan akibat daripada globalisasi telah menyebabkan ancaman terhadap invidual lebih dominan berbanding ancaman terhadap state. Faktor-faktor yang telah mendorong perkara ini terjadi adalah kerana peningkatan kesedaran terhadap hak sebagai seorang individu yang mana human security menjadi aspek yang penting diketengahkan dalam menjaga hak asasi setiap individu. Selain itu, konflik yang berlaku pada hari ini adalah tertumpu kepada konflik sivil yang  berlaku dalam sesebuah negara dan bukan antara dua negara  ataupun lebih  seperti yang berlaku pada Perang Dunia Pertama dan Kedua. Konflik sivil telah menambahkan signifikan human security yang terjejas akibat daripada perbalahan yang terjadi dalam negara tersebut. Penambahan terhadap elemen security yang tidak hanya melihat kepada traditional security tetapi perkara-perkara seperti sumber semulajadi yang terdapat, perolehan air bersih serta bencana alam. Elemen tersebut adalah penting bagi sesebuah negara untuk memastikan kelangsungan kehidupan rakyat serta memberi impak secara tidak langsung kepada ekonomi. Sekiranya elemen non-traditional security ini diabaikan ia boleh menyebabkan ekonomi negara terjejas dan akan menyebabkan potensi konflik berlaku adalah tinggi.


[1] Ruchita Beri, Traditional and Non-Traditional Threats in a Changing Global Order : An Indian Perspective, Institute for Defence Studies and Analyses, India, 2007. Hlm 1.
[2] Michael Raab, Concepts of Comprehensive Security, Oriental Institute of the Vienna University, Vienna, 2001. Hlm 2.
[3] Ramli Dollah, et. al.,
Pendatang Filipina Di Sabah : Satu Pemerhatian Dari Sudut Keselamatan, Malaysia, 2003. Hlm 21.
[4] Ruhanas Harun, PENINGKATAN KESELAMATAN BERSAMA MELALUI KERJASAMA DUAHALA MALAYSIA DAN NEGARA-NEGARA JIRAN (http://journalarticle.ukm.my/358/1/1.pdf/ dilayari pada 18/5/2015)
[5] Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah, ISU-ISU KESELAMATAN SABAH DAN IMPAK KEPADA MALAYSIA (http://jatidseas.um.edu.my/filebank/published_article/437/049%20%20068%20%20Wan%20Sharwaluddin.pdf/ dilayari pada 18/5/2014)
[6] Mohd. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Mohd Izani Mohd Zain, Muhammad Afifi Abdul Razak, KEDAULATAN DAN KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA(http://repo.uum.edu.my/1838/1/21.pdf/ dilayari pada 18/5/2014)
[7] Mohd . Noor Yazid, POLITIK ANTARABANGSA ASIA PASIFIK, UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN BHD: 2000, ms 81-82.
[8] Sabaruddin Hussein, Konspirasi Yahudi Perang Dan Penaklukan, PTS Islamika SDN BHD: 2012, Ms 26-27.
[9] Burchill,S,2001, Theories of International Relations : Liberalism, New York : Palgrave Macmillan,pp.55
[10] Conflict Resolution of Modern World – The Modern World,pp.1
[11] Sheehan Michael, The Balance of Power: History and Theory, New York: Routledge, 1996, hlm.4-5.
[12]William R. Keylor, World War I, Detroit: Wayne State University Publication, http://www.is.wayne.edu/MNISSANI/WWI/Encarta.htm, diakses pada 20 Mei 2014.
[13] United Nations Development Programme (UNDP), Human Development Report 1994, New York: Oxford UniversityPress, hlm.23.
[14] Ibid.
[15] Brinkman,H-J & Hendrix ,C.S, July 2011, Food Insecurity d and Violence Conflict: Causes, Conseqences and a            Addressing the Challenge, World Food Programme, pp.7
[16] Ibid
[17] Minister of Defense, UK, Future Character of Conflict,

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Cheap Web Hosting