Friday, 20 June 2014

Perbezaan Comnbatant and Civilian dalam UUKA


COMBATANT
CIVILIAN
DEFINISI
·         Dibawah Art 43 protokol 1: semua ahli pasukan bersenjata mana-mana pihak yang berkonflik adalah combatant (kecuali kakitangan perubatan dan ‘chaplain’)
·         Dalam konteks ini, pasukan bersenjata adalah pasukan atau unit yang teratur:
1.    Angkatan tentera yang diiktiraf oleh sesebuah negara.
2.    Memiliki tanda yang nyata. Cth: uniform.
3.    Membawa senjata secara terbuka.

·         Mana-mana individu yang tidak menganggotai angkatan bersenjata.
·         Orang awam, mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam sesuatu peperangan atau konflik.
·         Memiliki perlindungan sepenuhnya daripada diserang dan menjadi tawanan.

HAK-HAK & TANGGUNGJAWAB
·         GC mengariskan hak dan tanggungjawab combatant (Conduct of Combatant).
·         Dilarang menggunakan senjata, cara atau material yang menyebabkan kecederaan yang melampau.
·         Dilarang menggunakan tipu helah dengan tujuan untuk membunuh, mencederakan atau menangkap pihak musuh.
·         Dilarang menggunakan ugutan (tiada tawanan yang akan dilepaskan).
·         Musuh yang telah menyerah, atau menunjukkan niat untuk menyerah tidak boleh dijdikan sasaran.
·         Sekiranya pihak yang menangkap tidak mempunyai kemampuan untuk memindahkan tawanan, pihak berkenaan hendaklah melepaskan mereka dan mengambil segala tindakan berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan mereka.
·         civilian dan harta benda mereka tidak boleh dijadikan sasaran.
Serangan ini termasuklah semua bentuk kekerasan samada ia merupakan tindakan mempertahankan atau menyerang.
·         Kehadiran dan pergerakan civilian tidak boleh dijadikan sebagai perisai operasi ketenteraan.
·         Mereka yang cedera, sakit, cacat, orang tua dan wanita hendaklah dipindahkan daripada kawasan konflik.
KEHILANGAN HAK
·         Combatant yang menyerah kalah atau menjadi tawanan musuh akan mendapat status ‘prisoner of war’(POW)
·         Status POW membolehkan mereka mendapat perlindungan daripada pihak yang menawan.
1.    Menganggotai/menyokong pasukan tentera
2.    Pemimpin civilian mengetuai operasi.
3.    Penggabungan antara kakitangan penguatkuasa undang-undang dan militari agensi.

RUJUKAN
Mohd Akram, 2005, International Humanitarian Law: Hague and Geneva Convention on War Crimes, War Victims and Prisoner of War, Petaling Jaya: International Book Services.
Nurhalida Mohamed Khalil, 2006, The Treatment of Person in Armed Conflict and the UDHR dalam Larry Maybee (et.al), Custom as Source of Unternational Humanitarian Law, ICRC.

Watkin K.W.. Combatants, Unprivileged Belligerents and Conflicts in the 21st Century <http://www.hpcrresearch.org/sites/default/files/publications/Session2.pdf> Akses pada 08 Oktober 2012, 01:30 a.m.

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Cheap Web Hosting