Friday, 20 June 2014

Konflik Sri Langka

Pendahaluan
Perang Saudara Sri Lanka merupakan nama yang diberikan kepada perang yang belaku antara kaum di Sri Lanka. Kaum majoriti ialah Sinhala di selatan dan kaum Tamil Eelam di utara dan timur. Umumnya sejak 23 Julai 1983 berlaku pemberontakan olehTamil Tiger  atau Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Keturunan Tamil berasal dari benua kecil India di bahagian tenggara atau lebih tepat Tamil Nadu dan Eelam merujuk kepada kawasan timur dan utara yang kini diduduki dan dikuasai oleh kaum Tamil. LTTE berjuang mendapatkan kemerdekaan dari kerajaan Sri Lanka dengan alasan kegiatan ekonomi, politik dan sosial mereka disekat dan dinafikan.[1]

  Umumnya lebih kurang 70,000 terbunuh sejak 1983 dan penduduk semakin berkurangan kerana  telah melarikan diri balik ke India, British, Kanada, Amerika Syarikat, Australia, Malaysia dan sebagainya. Kerajaan India terutama Perdana Menteri India Rajiv Ghandhi memihak kepada kerajaan Sri Lanka. Hal ini adalah kerana faktor politik dan persaingan kuasa untuk menguasai wilayah Tamil Nadu. Pemimpin Tamil Nadu yang terkenal ialah MGR yang dikatakan memihak kepada Tamil Eelam.[2] 

Untuk pengetahuan umum tentera India dikerah ke pulau Sri Lanka pada tahun 1987 hingga 1990 dan tindakan ini mengejutkan LTTE yang menyangka kerajaan India menyokong mereka. Rundingan dan gencatan senjata telah cuba diadakan seperti pada Disember 2001 dan 2002. Tentera pemberontak LTTE semakin meningkatkan kelengkapan senjata termasuk kereta kebal, helikopter dan lain-lain. Dengan kekuatan yang ada, LTTE mengisytiharkan negara merdeka di utara Sri Lanka tetapi dunia tidak mengiktirafnya.[3]

Untuk pengetahuan umum pada 12 Januari 2008, kerajaan beralih kepada serangan di utara dan menuduh LTTE menceroboh perjanjian lebih 10,000 kali. Tentera Sri Lanka mengenalpasti markas dan senjata yang dimiliki oleh Tamil Tiger, kapal penyeludup senjata, dan kawasan yang dikuasai 99 % oleh Tamil Tiger. Ini termasuklah Kilinochchi, pangkalan tentera utama Mullaitivu dan seluruh lebuh raya . Banyak pos-pos kawalan Tamil Tiger berjaya dikuasai dan telah membuatkan pemberontak LTTE berazam meningkatkan perjuangan dengan gerakan bawah tanah, melalui serangan gerila, siri serangan berani mati dan lain-lain.[4]

Maka melalui kajian kes yang diberikan  melalui esei ini bertujuan merungkai apakah sebenarnya yang berlaku yang menjadi titik hitam kepada peristiwa berdarah di Sri Lanka.
                                                                          
 Latar belakang kawasan konflik.

Pada asalnya Sri Lanka dikenali sebagai "Ceylon" dan dijajah oleh Great Britain. dan selepas Perang Dunia Kedua tamat dan India mendapat kemerdekaan dari British pada 1945 telah menybabkan penduduk Ceylon turut berjuang mendapatkan kemerdekaan selepas 1948. Perdana Menteri iaitu Bandaranaike mencetuskan kontroversi apabila menjadikan bahasa Singhasa sebagai bahasa rasmi melalui Akta Singhala Sahaja.[5]

 Melalui peritiwa inilah yang menyebabkan permusuhan dan pemberontakan yang berbau dan bersifat perkauman antara kaum Singhala dan Tamil. Hal ini dapat dilihat pada 1950-an, 1977 sehinggalah terbentuknya Pembebasan Hadapan Tamil Bersatu (TULF). TULF menyokong dan menggalakkan perjuangan militan bersenjata. penduduk Tamil yang menggunakan bahasa Tamil merasakan diri mereka didiskriminasikan, pengangguran yang berleluasa, kemiskinan dan sebagainya.[6]

Ekoran kemenangan besar UNP pada Julai 1977, maka TULF menjadi pembangkang yang utama. 1/6 pengundi dilaporkan mahu pemisahan dari Sri Lanka. Pada akhir 1977, Junius Richard Jayawardene dari kerajaan UNP bertindak hanya meluluskan hak pendidikan bagi kaum Tamil. Semua janji manis pilihan raya telah diabaikan dan sengaja dilambat-lambatkan untuk dilaksanakan sedangkan ekonomi negara tersebut berkembang maju dan dikagumi oleh dunia pada waktu itu.[7]

Pertubuhan yang aktif ke arah militan ialah LTTE. Pada mulanya mereka berkempen melakukan keganasan kemudian mereka semakin berani mengadakan dialog untuk mencari jalan perdamaian atau jalan tengah. Pada tahun 1975 merupakan tindakan pertama mereka dengan pembunuhan Datuk Bandar Jaffna di utara Sri Lanka bernama Alfred Duraiappah. Modus operandi mereka disasarkan kepada pembunuhan pemimpin khususnya. Pada 1977 ahli parlimen Tamil, M Canagaratnam dibunuh sendiri oleh Vellupillai Prabhakaran,iaitu pemimpin tertinggi LTTE.[8]

Pada awal Februari, tentera kerajaan telah meningkatkan serangan ke atas kedudukan gerila LTTE yang kini sedang tersepit dalam sebuah kawasan pantai seluas 85 kilometer di Timur Laut Sri Lanka. Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyatakan hampir 250,000 penduduk awam terperangkap dalam zon perang. Mereka yang terperangkap cuba untuk keluar mencari perlindungan sementara gerila LTTE dikatakan cuba menahan mereka. Pihak tentera kerajaan Sri Lanka menyatakan jumlah penduduk awam yang terperangkap hanya seramai 100,000 dan gerila LTTE dikatakan menjadikan orang awam sebagai perisai manusia. Lebih 50,000 anggota tentera kerajaan digerakkan ke kawasan hutan di Timur Laut Sri Lanka untuk memburu saki baki pejuang pemisah LTTE yang sedang berlindung. Jet tempur turut membedil sebuah kubu dilengkapi tempat tinggal dan peralatan komunikasi yang berkemungkinan adalah tempat persembunyian pemimpin LTTE iaitu Velupillai Prabhakaran,namun tidak dapat dipastikan. Terdapat juga spekulasi yang mengatakan Velupillai Prabhakaran sudah meninggalkan Sri Lanka menggunakan jalan laut.[9]


Peta konflik Sri Lanka

Aktor-aktor yang terlibat


Velupillai Prabhakaran


Prabhakaran, 54 tahun, adalah pemimpin pemberontak Tamil Sri Lanka yang mengasaskan penubuhan LTTE pada tahun 1972. Walaupun pada bulan Januari, komander tentera kerajaan Sri Lanka ada melaporkan yang Prabhakaran sudah melarikan diri, namun laporan terkini menyatakan Prabhakaran dan anaknya Charles Anthony, masih berada di Sri Lanka.[11]

Sementara itu Prabhakaran yang terdesak dengan situasi pertempuran yang meruncing, dikatakan sudah menghantar isteri dan anak bongsu, Balachandran, 10 tahun, ke kawasan selamat. Kini Prabhakaran dan Charles Anthony dikatakan sudah menyelinap di kalangan 100,000 orang awam yang masih terperangkap dalam zon perang.[12]

Tentera kerajaan kini dalam berjaga-jaga kerana Prabhakaran dikatakan sedang merancang untuk melancarkan serangan balas terakhirterhadap tentera kerajaan. Kejadian dua kapal terbang kecil milik gerila LTTE membawa banyak bahan letupan yang ditembak jatuh semasa cuba merempuh lapangan terbang dan Kompleks kerajaan, menguatkan
lagi laporan tindak balas gerila LTTE.[13]

Sebuah kapal terbang yang berjaya ditembak jatuh didapati penuh dengan bahan letupan, namun juruterbang gagal meletupkan nya kerana terputus tangan setelah terkena tembakan. Gerila LTTE dilaporkan mempunyai lima buah kapal terbang kecil untuk serangan bunuh diri.[14]


Sarath Fonseka

Garadihewa Sarath Chundralal Fonseka, atau lebih dikenali sebagai Sarath Fonseka merupakan seorang tokoh patriot yang banyak berjasa kepada kerajaan Sri Lanka kerana usaha dan kejayaan beliau dalam mengalahkan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam yang berlarutan sepanjang 26 tahun. Beliau lahir pada 18 Disember 1950 di Ambalangodo.[15]
Umumnya beliau mendapat pendidikan awal di  Kolej Dharmasoka dan Kolej Ambalangodo Colombo. Atas kejayaan beliau ini telah dianugerahkan beberapa pingat antaranya pingat Citra Kartika, Rana Wickrama Padakkama, Rana Sura Padakkama dan sebagainya.Malah perjalanan hidup beliau penuh dengan pasang surutnya iaitu seorang General tentera yang disegani dan disanjungi sehinggalah beliau dimasukkan penjara setelah kalah dalam pemilihan kerusi Presiden di tangan Presiden Rajapaksi pada tahun 2010 di Sri Lanka.[16]
   
Sepanjang tempoh beliau menjadi Panglima Angkatan Tentera Darat pelabagi sumbangan telah beliau berikan antaranya beliau telah Berjaya menamatkan Perang Saudara selama 26 tahun di Sri Lanka seperti yang diwawarkan sebelum ini. Sejarah awal beliau menjadi memasuki tentera darat pada tahun 1970 dan menjadi Panglima Tentera pada 6 Disember 2005 sehingga 15 Julai 2009. Sepanjang tempoh inilah beliau terus menerus menentang dan melawan kumpulan LTTE sehingga ke titisan akhir yang didalangi oleh organisasi militant Tamil.[17]

Malah sepanjang kariernya sebagai Panglima Tentera Darat beliau pernah terlibat dalam operasi Balawegaya dan Jayasikuru yang menyebabkan penangkapan kumpulan Laluan Gajah dan Mankulam. Hal ini disebabkan angkatan tentera di bawah pimpinan beliau telah membedil dan menyerang kubu kumpulan tersebut sehingga lemah pertahannya dan terus menahan menangkap kumpulan tersebut[18].

Satu peristiwa yang menjadi titik hitam kepada Fonseka iaitu pada tarikh 25 April 2006 satu serangan dari kumpulan LTTE yang menyebabkan beliau cedera parah. Hal ini kerana tempat kejadian itu berlaku di sebuah Markas Besar Angkatan Tentera Darat di klinik bersalin untuk orang awam di rumah sakit tentera. Atas kesempatan itu seorang agen LTTE yang merupakan seorang wanita dalam keadaan hamil telah cuba menyusup ke markas tersebut dan berpura-pura menjadi sebahagian dari orang awam.[19]

 Tanpa disangka-sangka dalam keadaan beliau yang sarat mengandung telah melakukan satu serangan bom berani mati yang menyebabkan sembilan orang terkorban dan Fonseka telah mengalami kecederaan yang teruk. Beliau kemudiannya telah dikejarkan ke rumah sakit Militer di Markas Besar Angkatan Darat, dan kemudiannya di hantar ke Hospital Colombo dan terus diterbangkan ke Singapura untuk rawatan perubatan.[20]

Pada tarikh 18 Mei 2009, tentera Sri Lanka sepenuhnya mengalahkan  LTTE selepas 26 tahun perang saudara dan beliau telah dianggap sebagai pejuang bangsa dan pahlawan nasionalisme. Hal ini turut diakui oleh Penasihat Keselamatan Nasional iaitu Kelath Narayanan menggambarkan beliau sebagai komander terbaik di dunia.[21]

Setelah berkhidmat dengan cemerlangnya sebagai Panglima Angkatan Tentera beliau telah memutus untuk bersara dan memasuki dunia politik pada 16 November 2009 dan pada 29 November secara rasminya telah bertanding dalam jawatan Presiden. Waimanya pencalonanya disokong penuh oleh parti-parti pembangkang dan menjadi calon pembangkang utama mencabar Presiden Rajapaksa dan berkempen di bawah bendera angsa dan slogannya Vishuasaniya Venasan yang membawa maksud ‘Pertukaran Kreadibliti’.Dalam pemilihan yang diadakan pada tarikh 26 Januari 2010 beliau telah dikalahkan oleh Presiden Mahinda Rajapakse yang memperoleh 57 peratus dari keseluruhan keputusan pilihan raya.[22]

Setelah kekalahan dalam pilihan raya, Fonseka  telah ditangkap pada tarikh 8 Febuari 2010 dan kerajaan mengumumkan beliau akan dihadapkan ke mahkamah tentera kerana telah dipercayai melakukan ‘pelanggaran etika tentera’. Beliau didapati bersalah kerana rasuah dan telah dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun dan seterusnya telah mengakiri karier beliau.[23]

Mahendra Mahinda Rajapaksa

          Mahendra Mahinda Rajapakse telah lahir pada 18 November 1945. Beliau lahir di Weerakatiya luar bandar Selatan Hambontata. Beliau juga berasal dari keluarga yang berlatar belakangkan politik dan merupakan Beliau pertama kali menjadi ahli parlimen pada tahun 1970 dan menjadi Presiden Sri Lanka yang ke-6 (6 April 2004-2005 dan dipilh semula pada 27 Januari 2010 sehingga sekarang) dan juga Ketua Komander Angkatan Tentera Sri Lanka. Sebelum beliau menjadi Presiden Sri Lanka beliau pernah menjadi pembantu perpustakaan, pelakon teater, peguam dan juga ahli menteri kabinet.[24]

          Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Richmand, Galle kemudiannya Kolej Nalanda Colombo sehinggalah ke Kolej Thurstan, Colombo. Umumnya setelah kematian ayah beliau pada tahun 1967, Rajapaksa telah mengambil alih sebagai tempat ayahnya sebagai calon Por Beliatta SLFP dan terus diangkat ke Parlimen pada tahun 1970 sebagai ahli parlimen yang paling muda iaitu pada usia 24 tahun.[25]

          Minatnya yang mendalam dalam undang-undang telah membuatkan beliau meneruskan pengajianya jurusan undang-undang di Kolej Hukum Sri Lanka dan mengangkat sumpah sebagai peguam pada November 1977. Untuk makluman sebenarnya Rajapaksa pernah kehilangan kerusi parlimen pada tahun 1977 namun pada tahun 1989 beliau telah kembali untuk mewakli Perwakilan Hambantol.[26]

          Mahinda Rajapaksa dipilih oleh Parti Kebebasan Sri Lanka untuk bertanding dengan bekas Perdana Menteri dan Pemimpin Pembangkang iaitu Ranil Wickremasinghe iaitu pemimpin parti Persatuan Nasional dalam pilihan raya Presiden yang diadakan pada tarikh 17 November 2005. Walaupun kempen pilihan raya dilakukan besar-besaran yang dipimpin oleh UNP, Mahinda Rajapaksa mampu mendapatkan kemenangan tipis dengan 190,000 undi dan melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri.[27]

          Selama Tiga setengah tahun berikutnya Fonseka dan Rajapaksa serta Setiausaha Pertahanan iaitu Gotabhaya Rajapaksa memipin pasukan bersenjata negara itu dalam pertempuran mereka melawan pemberontakkan LTTE dan akhirnya berjaya membunuh pemimpin mereka iaitu Velupillai Prabhakaran.[28]

          Namun setelah berakhirnya konflik, telah berlaku satu berkonflik antara Rajapaksa dan juga Fonseka. Pada tarikh 15 November 2009, Rajapaksa telah memerintahkan Fonseka untuk meninggalkan kedudukan sebagai Ketua Staf Pertahanan dengan segera melalui surat dari sekretariat Fonseka sendiri. Fonseka kemudiannya menyertai parti pembangkang dan menjadi pencabar utama kepada Rajapaksa tetapi telah kalah akhirnya.[29] 

 Faktor Pencetus Konflik


Isu Bahasa

Kebangkitan ketenteraan Tamil perlu difahami dalam konteks politik nasional dari kemerdekaan Sri Lanka lagi. Zaman penjajahan British telah memperlihatkan pentadbiran bersekutu di Sri Lanka dan bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi kerajaan.  Sebahagian kecil elit tempatan yang terdiri sebahagian Sinhala dan Tamil telah diasuh dalam tempoh penjajahan British ini terus memegang kuasa selepas kemerdekaan dan memerintah mengikut corak yang sama seperti zaman kolonial. Bahasa Inggeris masih menjadi bahasa rasmi kerajaan manakala sebahagian daripada majority rakyat tempatan memperlihatkan sedikit perubahan walaupun harapan berlakunya transformasi politik dan kebudayaan selepas kemerdekaan Sri Lanka.[30]

Di wilayah selatan Sri Lanka, ketegangan meningkat diantara pemerintah yang menggunakan bahasa Inggeris dan Sinhala. Bahasa Inggeris merupakan penghalang utama dalam negara untuk kumpulan kecil. Tambahan pula,  mereka merasakan komuniti Tamil Sri Lanka terutamanya komuniti Tamil Jaffna telah memperolehi ketidakseimbangan kuasa. Bangsa Tamil sememangnya diberi kepentingan perniagaan yang cukup besar di selatan serta serta diberikan beberapa jawatan dalam pentadbiran juga diberi peluang yang besar dalam pendidikan semasa penjajahan British.[31]

Bangsa Tamil dibawa ke Sri Lanka dari selatan India pada abad ke 19 untuk berkerja sebagai buruh kontrak di ladang teh di pergunungan utama yang baru ditubuhkan dibawah penjajah British. Walaupun memberi sumbangan utama didalam sektor ekonomi Sri Lanka, mereka mengalami penindasan awam dan ekonomi sepanjang sejarah Sri Lanka. Sehingga kini, mereka tidak dikaitan dengan perjuangan untuk menentukan nasib sendiri. Pertubuhan politik utama Tamil melalui kesatuan-kesatuan sekerja yang mana memfokuskan pada ekonomi dam membincangkan isu-isu utama.[32]

Bangsa Sinhala yang berpendidikan merupakan watak utama dalam peningkatan semangat nasionalisme dan mengalahkan kerajaan United National Party(UNP) pada pilihanraya tahun 1956. Mereka merapatkan hubungan diantara bangsa Sinhala dan juga pengganut  agama Buddha, menukarkan nama pulau Ceylon kepada Sri Lanka dan cuba untuk membetulkan dua keadaan iaitu membuang penghalang kepada peluang yang dicipta oleh status formal Inggeris dan memperbetulkan apa yang mereka lihat sebagai kesempatan yang tidak adil yang dinikmati oleh bangsa Tamil.[33]

Selepas pilihanraya tahun 1956, kerajaan Sri Lanka dibentuk oleh  gabungan Mahajana Eksath Peramuna(People United Front-MEP) diketuai oleh S.W.R.D Bandaranaike dari Sri Lanka Freedom Party(SLFP). MEP menjanjikan penganut agama Buddha akan dikembalikan kepada tempat yang sah dalam pemerintahan(sesuai dengan ideologi penganut agama Buddha) dan bahasa Sinhala akan menjadi bahasa rasmi. Sejak inilah kepentingan bangsa Sinhala diutamakan.[34]

Pengesahan Akta Bahasa Rasmi Julai 1956 yang mana sering dirujuk sebagai “Sinhala sahaja” yang menjadi satu langkah utama kearah mentakrifkan Sri Lanka sebagai negara Sinhala. Dibawah undang-undang ini, Sinhala menjadi bahasa rasmi yang tunggal degan jelas mendatangkan implikasi yang negatif untuk prospek pekerjaan bagi bangsa Tamil. Penafian hak bangsa Tamil ini telah menghasilkan protes dan sentmen anti Tamil khususnya di wilayah selatan dan timur Sri Lanka.[35]

Selama bertahun-tahun isu bahasa menjadi rungutan bagi Tamil. Walaupun undang-undang menetapkan untuk penggunaan bahasa Tamil yang “munasabah” telah diluluskan pada Ogos 1958, undang-undang itu tidak diwujudkan hingga tahun 1966,namun bergitu undang-undang tersebut tidak dilaksnakan. Perlembagaan baru Sri Lanka pada tahun 1972 menegaskan status lebih rendah Tamil dan mengisytiharkan Sinhala sebagai bahasa rasmi.[36]

Bentuk Usaha Penyelesaian Konflik

Semasa kerajaan campuran People Alliance (PA) membentuk kerajaan  di Sri Lanka pada Ogos 1994, mereka membawa mandat yang besar untuk membawa keamanan. Pada januari 1995, kerajaan baru telah menghentikan permusuhan dengan mengadakan perjanjian dengan Liberation Tiger of Tamil Ealam (LTTE). Dengan perjanjian ini, jingoisme ketenteraan telah membuka jalan kepada perdamaian, demokrasi dan kempen perdamaian dan juga reformasi perlembagaan selain revolusi politik. Semua ini bagi menamatkan konflik Sri Lanka.[37]

Pada November 1994, jangkaan umum mengenai proses perdamaian seakan-akan mencapai matlamatnya apabila  Chandrika Bandaranaike Kumaratunge dari parti PA memenangi piliihanraya. Kumpulan masyarakat yang cintakan keamanan telah mengadakan perhimpunan di jalan-jalan penting di Colombo dan mengadakan rapat umum bagi menuntut perdamaian antara Presiden dan juga LTTE. Kumpulan tersebut  yang diketuai oleh aktivis-aktivis keamanan Sinhala kemudiannya ke Jaffna dan mereka disambut mesra. Ia mereupakan lawatan yang pertama ke kawasan yang dikuasai oleh LTTE sejak tahun1990.[38]

Perundingan antara kerajaan dan LTTE  

LTTE menunjukan kesediaan untuk berunding dengan kerajaan buat pertama kalinya sejak tahun 1990.[39]

Bermula Oktober 1994, empat pusingan perbincangan diadakan di Jaffna diantara kumpulan kerajaan yang memperbagaikan komposisi diketuai oleh setiausaha kepada Presiden , K. Balapatabandi dan empat orang delegasi LTTE diketuai oleh S.P Tamilselvan. Semua perbincangan diperlengkapkan dengan berkesan oleh pertukaran 40 surat diantara Presiden dan LTTE.[40]

Tiga pusingan perbincangan pertama menghasilkan beberapa keputusan terutamanya menghentikan permusuhan dan mengurangkan sekatan ekonomi kerajaan di Jaffna. Sepanjang tempoh ini, pihak kerajaan dan pihak LTTE mempunyai agenda tersendiri. Pihak kerajaan ingin berunding sekali gus menyediakan garis panduan untuk gencatan senjata secara rasmi. Selain itu juga kerajaan ingin menyediakan program pemulihan dan pembinaan semula selepas perang dan satu pekej politik bagi penyelesaian konflik etnik. Manakala LTTE memerlukan proses langkah demi langkah untuk gencatan senjata rasmi dan memulihkan semula kehidupan rakyat sebelum rundingan politik bermula.[41]

LTTE akan mengadakan rundingan keempat dengan bergantung kepada 4 syarat iaitu mengangkat sekatan ekonomi di Jaffna untuk menyimpan barang seperti bahan letupan dan senjata api, menarik balik larangan untuk memancing di laut, merombak kem tentera di Pooneryn, membina jalan raya yang menghubungkan Jaffna dengan tanah besar dan tidak mengenakan sekatan terhadap kader-kader LTTE di sepanjang Sri Lanka timur.[42]

Kerajaan menerima syarat pertama dan kedua kerana ia berkait dengan kesejahteraan orang ramai dan ia menunjukan kesediaan untuk berkompromi. Sekatan ekonomi dihapuskan dan kebenaran memancing diberi tidak melebihi satu kilometer. Kerajaan juga berjanji akan membuat semakan semula status kem Pooneryn dalam tiga bulan atau dengan penyambungan semula rundingan politik atau mana yang datang terlebih dahulu. Pada masa yang sama kerajaan mempertimbangkan syarat ketiga dan keempat kerana ia memerlukan kajian terperinci.[43]

Walaupun berjaya mengadakan perbincangan peringkat keempat LTTE mengisytiharkan mereka tidak berminat dan tidak komited dan pada 18 April 1995 mereka mengumumkan menarik diri dari proses perundingan. Pada 19 April, LTTE menyerang dan memusnahkan dua bot tentera laut Sri Lanka di Trincomalee.[44]

Banyak spekulasi yang diwar-warkan semasa perundingan itu berlaku antaranya kerajaan Sri Lanka tidak serius mengenai mengembalikan kehidupan orang awam di utara, LTTE dan pihak tentera menggunakan tempoh “keamanan” untuk membentuk kumpulan baru , kepimpinan LTTE keberatan mempersetujui secara terbuka proses demokratik yang membawa kepada penyelesaan konflik etnik dan kerajaan hanya cuba mewujudkan tanggapan baik kepada masyarakat antarabangsa supaya mendapat bantuan ekonomi. Apa yang jelas adalah hanya kerajaan yang bersungguh-sungguh dalam proses damai manakala LTTE hanya menjejaskan krebilitinya dimata rakyat Sri Lanka dan juga dunia.[45]

Peperangan untuk keamanan”
         
          Walaupun proses keamanan yang dipilih oleh kerjaan Sri Lanka telah gagal, namun mereka tetap ingin membawa keamanan dengan pelbagai cara. Untuk sementara waktu, kemarahan di selatan telah membantu memperkuatkan ketenteraan dan kenyataan bahawa LTTE adalah organisasi yang ekslusif adalah salah sebaliknya mereka hanya pertubuhan pemisah yang tidak akan berunding secara damai. Walaupun presiden meneruskan penangguhan penyelesaian politik dan menerima tekanan daripada minoriti rakyat Sri Lanka, beliau merancang untuk melemahkan ketenteraan LTTE dan perlu dihapuskan daripada berkuasa di Jaffna. Oleh kerana itu, pihak kerajaan Sri Lanka telah mengishtiharkan “perang untuk keamanan”.[46]

          Pada Disember 1995, selepas dua serangan utama, pasukan tentera Sri Lanka mengambil kembali Jaffna dari LTTE. Selanjutnya, operasi tentera pada April dan Mei 1996 seramai 30000 angkatan tentera telah dihantar bagi membantu pentadbiran di semenanjung.  Kebimbingan meluas mengenai serangan terakhir di Jaffna akan mengakibatkan kematian dan kemusnahan yang besar. Bagaimanapun, disebabkan LTTE menyamar sebagai tentera memaksa keseluruhan penduduk di tempatkan semula.[47]

          Pemindahan dan pengunduran dari Jaffna merupakan satu perjudian yang di menangi oleh kerajaan dan kekalahan dialami oleh LTTE. Tindakan kerajaan ini jelas mengurangkan kecederaan orang awam. Pada masa yang sama, kejatuhan Jaffna melemahkan kepercayaan orang ramai terhadap LTTE yang dianggap boleh “melawan” tentera kerajaan dan imej LTTE itu sendiri telah rosak akibat serangan ini. Dalam bulan-bulan selepas itu, majoriti besar penduduk-penduduk yang hilang penempatan telah kembali ke Jaffna bagi meneruskan kehidupan mereka, sekaligus meyingkirkan penguasaan LTTE  sejak tahun 1990. Ini membuktikan bahawa rakyat Jaffna menolak LTTE[48].

 Sejak Mei 1996, tentera kerajaan telah cuba meengukuhkan kedudukanya di Jaffna sambil mencuba mengusir LTTE  dari kubu baru di hutan Vanni yang terletak di selatan Jaffna. Operasi itu diberi nama “Jaya Sikurui” yang bermaksud kemenangan yang dipastikan. Operasi tersebut dilancarkan bagi memastikan memutuskan laluan bekalan utama ke Jaffna dalam tiga bulan. Sebaliknya pertempuran berterusan dengan korban yang lebih tinggi dikedua-dua belah pihak dalam tempoh 15 tahun. Bagi mewujudkan keamanan di semenajung Jaffna kerajaan terperangkap didalam konflik yang selama ini cuba untuk diakhiri.[49]

Pekej Politik

          Ketika menjalankan serangan ketenteraan bagi menawan laluan bekalan utama ke Jaffna dan mengusir LTTE dari hutan vanni, kerajaan telah meneruskan untuk membangunkan rangka sebuah perlembagaan tanpa penyertaan LTTE yang mungkin menapung aspirasi nasional Tamil dalam Sri Lanka. Startegi kedua ini dilancarkan bagi menamatkan konflik etnik  diperkenalkan pada Ogos 1995 dengan pelbagai cadangan untuk kawasan autonomi.[50]

          Cadangan-cadangan ini difikirkan unruk penstukturan semula sistem yang sedia ada bagi penyerahan kuasa diperkenalkan dibawah 1987 Indo-Lanka Accord. Kuasa-kuasa pusat dan bahagian disusun semula dengan lebih banyak autonomi diserahkan kepada “ahli lembaga daerah yang baru”. Kemelut senarai yang ada kuasa-kuasa serentak yang telah disekat dan  dimansuhkan.[51]

          Sistem penyerahan kuasa yang dibayangkan itu perlu pindaan perlembagaan bagi memastikan ianya menjadi kenyataan. Pindaan yang paling kontroversi adalah merumuskan semula negara Sri Lanka dari satu kesatuan kepada “satu republik bersatu dan berdaulat dengan penyatuan kawasan”. Perubahan perlembagaan itu menetapkan akan memerlukan kelulusan rakyat melalui satu pungutan suara serta memerlukan majority 2/3 parlimen.[52]
          Pada Januari 1996, kerajaan telah menyediakan satu draf yang sah bagi idea untuk penyerahan kuasa telah diserahkan untuk dibincangkan oleh jawatankuasa pemilihan parlimen untuk reformasi perlembagaan. Malangnya, jawtankuasa ini tidak dapat hadir dengan sebarang makna walaupun hampir dua tahun membincangkannya.[53]

Analisis usaha-usaha penyelesaian

          Walaupun banyak usaha-usaha damai yang dijalankan antara kerajaan dan juga LTTE, namun konflik di Sri Lanka tetap tidak tamat sehingga kematian Verupplai Pharbahkaran.

          Jatuh dan bangun inisiatif perdamaian kerajaan PA adalah yang paling mukhtahir beberapa pusingan dimana satu-satunya harapan dan keamanan terhormat rakyat Sri Lanka telah runtuh dalam kehampaan, kepahitan dan kekecewaan. Indo-Lanka Accord 1987 dan inisiatif-inisiatif terdahulu yang ditaja oleh kerajaan India gagal menyelesaikan koflik di Sri Lanka. Satu usaha perdamaian oleh kerajaan UNP dibawah pimpinan presiden Ranasinghe Premadasa untuk meneruskan penyelesaian melalui rundingan dengan LTTE pada 1989-90 juga tidak berhasil. Malah sebelum tercetusnya peperangan banyak peluang untuk meredakan ketegangan namun ianya tidak diambil kira.[54]

          Perdamaian di Sri Lanka sebahagian besarnya memperlihatkan kegagalan. Bagaimanapun, kegagalan-kegagalan ini memberi pengajaran berguna bagi mencari keamanan  yang sejati di dalam Sri Lanka.[55]

          Kerajaan Sri lanka menjustifikasikan serangan tentera semasa operasi di kawasan-kawasan LTTE adalah perlu bagi menghapuskan ancaman kepada politik demokrasi di Sri Lanka. Startegi ini memerlukan nilai yang tinggi apabila ramai rakyat yang tidak berdosa terkorban.

          Sesetengan sarjana berpendapat bahawa pembangunan startegi bagi “war for peace” dalam konteks kerajaan PA merupakan percubaan bagi kerajaan bagi menyelesaikan masalah etnik. Mereka merasakan niat asal dan keperihatinan kerajaan dapat ditunjukan melalui perundingan. Bagaimanapun, kos kematian orang awam bagi menjamin kemenangan ketenteraan amat bererti. Tanpa satu startegi yang dipercayai boleh menyambung semula perundingan, dasar kerajaan akan menjadi cacat.[56]

          Diantara halangan terbesar bagi penyelesaian melalui perundingan di Sri Lanka adalah kekurangan penganalisis politik yang pakar bagi menyelesaikan konflik. Kekurangan ini mencerminkan dan mengukuhkan satu krisis kepercayaan di tengah-tengah penentangan diantara kerajaan dan nasionalis Tamil, satu krisis yang bertambah rumit dengan pembunuhan ahli-ahli politik Sri Lanka. Jika perundingan berjaya, penganalisa memerlukan pemahaman konflik dari semua persfektif dan motivasi dan aspirasi penentang-penentang mereka.[57]

          Ianya tidak jelas jika dan apabila sosial dan kos-kos ekonomi semasa perang tidak dapat dipertahankan oleh kerajaan ataupun yang jelas ketara kuasa kemungkinan memenuhi ruang politik apabila startegi “peperangan untuk keamanan” menjadi.  Apa yang jelas ialah, keamanan yang diimpikan oleh rakyat Sri Lanka itu memerlukan rundingan antara kerajaan Sri lanka dan juga nasionalis Tamil.

          Kerajaan Sri Lanka sepatutnya meminta bantuan dari seluruh dunia dalam aspek perundingan dan penyelesaian konflik Sri Lanka. Hal ini kerana seluruh dunia dapat memberi nasihat dan juga menberi alternatif bagi penyelesaian konflik etnik di Sri Lanka. Selain itu juga masyarakat dunia mampu memberikan pakar-pakar yang boleh digunakan semasa rundingan.

          Pemimpin LTTE dan Sri Lanka perlulah bersikap tolak ansur bagi mengelakan pertumpahan darah serta para pemimpin boleh mencari alternatif lain dalam membuat keputusan. Pemimpin kedua-dua pihak hendaklah memikirkan keadaan rakyat Sri Lanka yang sekian lama terpinggir dan juga  menderita akibat peperangan.Para pemimpin Sri Lanka seharusnya membuka ruang untuk kemasukan tentera pengaman supaya tidak ramai penduduk ataupun orang awam terkorban.

Kesimpulan

          Kesimpulan yang boleh dirumuskan adalah konflik disesuatu negara mampu mengorbankan jutaan nyawa dan membantutkan ekonomi serta pembangunan sesebuah negara. Perkara sedemikian dapat dilihat dalam aspek konflik Sri Lanka. Dalam aspek ini juga, sekiranya pemimpin bertolak ansur dan mengenepikan dasar ketenteraan kemungkinan konflik dapat diselesaikan. Dalam konflik Sri Lanka ini, punca konflik hanya adalah hak kesamarataan antara bangsa Tamil dan bangsa Sinhala sahaja.[58]     
           
         

                                                                                                                                                          

 

Rujukan :
1)    Donald L. Horowitz,1985, Ethnic Groups in Conflict ,Berkeley: University of California Press.
2)    Tudor Silva, 2003, Poverty, Ethnicity and Conflict in Sri Lanka, Sri Lanka, Department of Peradenyia
3)    U.S Department of State, 2009,Report to Congress on Incident During the Recent Conflict in Sri Lanka, Washington, U.S Department of State Publisher
4)    Sandra Destradi, 2010, India and the Civil War in Sri Lanka : On the Failures of Regional Conflict Management in South Asia,  Hamburg, German Institue of Global and Area Studies.
5)    Balasingham, Adele. (2003) The Will to Freedom - An Inside View of Tamil Resistance, Fairmax Publishing Ltd, 2nd
6)    Balasingham, Anton. (2004) War and Peace - Armed Struggle and Peace Efforts of Liberation Tigers, Fairmax Publishing Ltd
7)    Narayan Swamy, M. R. (2002) Tigers of Lanka: from Boys to Guerrillas, Konark Publishers; 3rd ed
8)    www.lankalibrary.com/pol/militancy_history.htm diakses pada 26 mac 2011
10) Hansard Australia (2006), Senate Transcript for 16 June 2006
11) Gamage, Siri and I.B. Watson (Editors). (1999) Conflict and Community in Contemporary Sri Lanka - 'Pearl of the East' or 'Island of Tears'?, Sage Publications.



                                                                                         

       




[1] Donald L. Horowitz,1985, Ethnic Groups in Conflict ,Berkeley: University of California Press.
[2] Ibid
[3] Ibid
[4] Irbid
[5] Tudor Silva, 2003, Poverty, Ethnicity and Conflict in Sri Lanka, Sri Lanka, Department of Peradenyia
[6] Irbid
[7] Irbid
[8] U.S Department of State, 2009,Report to Congress on Incident During the Recent Conflict in Sri Lanka, Washington, U.S Department of State Publisher
[9] Irbid
[10] Irbid
[11] Sandra Destradi, 2010, India and the Civil War in Sri Lanka : On the Failures of Regional Conflict Management in South Asia,  Hamburg, German Institue of Global and Area Studies.
[12] Irbid
[13] Irbid
[14] Irbid
[15] U.S Department of State, 2009,Report to Congress on Incident During the Recent Conflict in Sri Lanka, Washington, U.S Department of State Publisher
[16] Irbid
[17] Irbid
[18] Irbid
[19] Irbid
[20] Irbid
[21] Irbid
[22] Irbid
[23] Sandra Destradi, 2010, India and the Civil War in Sri Lanka : On the Failures of Regional Conflict Management in South Asia,  Hamburg, German Institue of Global and Area Studies.
[24] Irbid
[25] Irbid
[26] Irbid
[27] Irbid
[28] Irbid
[29] Irbid
[30] Balasingham, Adele. (2003) The Will to Freedom - An Inside View of Tamil Resistance, Fairmax Publishing Ltd, 2nd
[31] Irbid
[32] Irbid
[33] Irbid
[34] Balasingham, Anton. (2004) War and Peace - Armed Struggle and Peace Efforts of Liberation Tigers, Fairmax Publishing Ltd
[35] Irbid
[36] Irbid
[37] Irbid
[38] Irbid
[39] Narayan Swamy, M. R. (2002) Tigers of Lanka: from Boys to Guerrillas, Konark Publishers; 3rd ed
[40] Irbid
[41] Irbid
[42] Irbid
[43] Irbid
[44] Irbid
[45] Irbid
[46] www.lankalibrary.com/pol/militancy_history.htm
[47] Irbid
[48] Irbid
[49] Irbid
[50] www.c-r.org/our-work/accord/sri-lanka/staining-consensus.php
[51] Irbid
[52] Irbid
[53] Irbid
[54] Hansard Australia (2006), Senate Transcript for 16 June 2006
[55] Irbid
[56] Gamage, Siri and I.B. Watson (Editors). (1999) Conflict and Community in Contemporary Sri Lanka - 'Pearl of the East' or 'Island of Tears'?, Sage Publications
[57] Irbid
[58] Hansard Australia (2006), Senate Transcript for 16 June 2006

1 comments:

Post a Comment

Malaysia Cheap Web Hosting