Friday, 20 June 2014

Backpacker Style to Bali - Pantai Kuta & Tanah Lot

Semua orang pasti kenal dengan keindahan Pulau Bali sebagai tempat tempat perlancongan yang banyak dikunjungi dan menjadi pilihan oleh pengemar-pengemar keindahan Alam dan Keunikan Budaya Asia. Memangnya tidak dapat dinafikan dengan keindahan tersebut kerana zief dah lihat dengan mata kepala sendiri. Pada cuti semester yang lepas kalu tidak silap pada bulan Febuari aku telah membuat plan backpacker style untuk membuat melawat ke daerah yang lebih dikenali sebagai Pulau Dewata. Pulau Dewata adalah pulau yang memiliki keindahan alam yang begitu eksotis serta adat budayanya sangat kental dengan tradisi hindu.

Nak cerita lebih-lebih memang banyaklah so zief ni masukan gambar sepanjang zief disana. Banyak tempat yang menarik yang zief dah pergi kat sana.. hahhahaha terbaik siout memang bermacam2 ragam dan budaya disana.. Insya Allah kalau diberi peluang lagi, zief akan kesana lagi. Jomlah, zief bawakan sedikit info tentang Tanah lot ni

Pura Luhur Tanah Lot atau apabila di singkat akan disebut Pura Tanah Lot merupakan salah satu Pura Sad Kahyangan, iaitu pura yang dipercaya oleh orang Hindu sebagai sendi-sendi penjaga pulau dewata. Pura yang lain termasuklah Pura Sad Kahyangan antara lain Pura Besakih, Pura Ulu Watu, Pura Pusering Jagat, dan lain-lain.

Pura Tanah Lot merupakan tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut. Pura ini memiliki ciri khas sebagai pura yang terletak di “tengah” laut (terletak sekitar 50 meter dari pantai ketika pasang). Apabila air laut pasang, maka pengunjung akan menyaksikan pura ini dikelilingi oleh air, sehingga nampak benar-benar di tengah laut. Apabila ingin menjelajahi keindahan pura, ada baiknya untuk datang pada senja hari, sebab biasanya air laut sedang surut. Sementara pada pagi hari, air laut akan pasang sehingga pengujung tidak boleh mencapai pelataran pura. Namun, apabila sedang bulan purnama, pada waktu petang hari pun air laut akan tetap pasang.

Tempat yang pertama yang zief dah lawat adalah tempat popular di Bali iaitu Pantai Kuta dan Tanah Lot. Dua-dua tempat ni memamng terbaik siot..xrugi langsung.

Jom ini adalah gambar-gambar yang azief ambil disana.






























1 comments:

vanslowabato said...

Silver Ring for Men
A micro touch titanium trim where to buy silver tube supplier ring is a piece of brass that's made titanium sponge of brass. They have been designed to show their unique features throughout the world. It is trekz titanium made with mens titanium rings the

Post a Comment

Malaysia Cheap Web Hosting