Asslamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua... Hari ini zief nak cerita tentang lawatan yang zief dah buat semperna study week har tu.. Study week hari tu zief pergi berkunjung ke Jakarta Mengunakan Flight Malindo tapi kena transit dekat KL ar.. Transit yang mengambil masa 1 Jam, membuatkan zief bergegas dan berkejar-kejar kerana takut ketinggalan Flight. Hahahahha..
Zief sampai di Jakarta lebih kurang jam 6 waktu Indonesia. Sebaik sahaja terlepas kawalan pihak berkuasa Indonesia zief terus mencari bas untuk tujuan ke Terminal Kereta Api Indonesia. Untuk pengetahuan semua tiket kereta api telah zief tempah awal dengan bantuan kawan zief disana. Nasib ada dia, sebab zief dah cuba hampir 20 kali tu untuk melakukan pembayaran online namun gagal tidak tahu apa sebab. Nak di pendekan cerita, zief pun mintalah bantuan nama kawan zief yang bernama Nuke (Mahasiswi Universiti Pertanian Bogor) untuk membantu..
Zief sampai saja di stasyen Kereta api terus menghubungi kawan zief. Kat sana memang serabutlah sebab sesak dengan orang ramai bagi untuk ketempat masing-masing kebetulan esoknya dalah Pemilu Legistatif di Indonesia. Jadi tidak heranlah kalu ramai yang mahu pulang untuk melaksanakan tanggungjawab. Nuka sampai juga di tempat zief, exited jgalah jumpa sama dia, sebab hampir setahun tidak jumpa dia.. hehhehehe.
Nuke ke Stasyen dengan ayah dia. sempat jugalah berkenalan dengan ayah dia, memang ayah dia open and sporting habis tau. Di Stasyen Nuke banyak membantu zief untuk urusan zief untuk ke Jogjakarta dengan mengunakan kereta Api.. Thanks ye Nuke kerana banyak membantu.. hehheheh..
Jom zief bawakan anda dengan gambar2 yang sempat zief ambil disana.. hehehhe
0 comments:
Post a Comment