Menurut Massad, istilah Arab Spring
merupakan inspirasi daripada The Spring of Nations iaitu Revolusi Eropah
sekitar tahun 1848, Istilah Spring digunakan adalah bertujuan untuk menggambarkan
perjuangan regim liberal yang menentang pemerintahan ditaktor bagi membentuk
negara demokrasi.[1]
Menurut Lynch Marc (2013) dalam tulisanya yang bertajuk ‘The Arab Uprising:
The Unfinished Revolutions of the New Middle East’ telah mengklasifikasikan
istilah ‘Arab Spring’ adalah seperti berikut;
“What are the Arab uprisings? Clearly
the events of 2011 in the Middle East are not yet a story of democracy
transitions. Nor are they yet clearly revolutions. Arab Springs – a term that I
may have unintentionally coined in a Jan 6, 2011 article – does not do justice
to the nature of the change.”[2]
Berdasarkan petikan di
atas, Lynch cuba menjelaskan bahawa fenomena di Timur Tengah tidak dapat
dijelaskan dengan sempurna sedangkan sebelum ini beliau pernah menyatakan
bahawa penentangan tersebut dikenali sebagai Arab Spring. Bermula daripada
penulisan beliau, istilah Arab Spring telah diterima pakai oleh pelbagai pihak sebagai
satu terma rasmi dalam menggambarkan situasi yang berlaku di negara Timur
Tengah.
Fenomena Arab Spring
diinspirasikan daripada satu peristiwa yang berlaku sekitar Disember 17, 2010,
menyaksikan satu peristiwa pembakaran diri yang berlaku di sebuah pasar di
Tunisia.[3] Seorang pemuda yang
dikenali sebagai Mohammed Bouazizi telah bertindak membakar diri beliau di
hadapan pejabat gabenor setelah menyimbah minyak ke seluruh badan. Hal ini
disebabkan oleh rasa tidak puas hati beliau terhadap tindakan pihak berkuasa
yang merampas barangan jualannya. Oleh itu, beliau ingin menuntut bela terhadap
ketidakadilan yang berlaku.[4] Kejadian tersebut telah
memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar dan membawa kepada bantahan secara
besar-besaran oleh rakyat Tunisia terhadap pihak berkuasa pada ketika itu.[5] Bantahan terhadap kerajaan
terus menular ke negara-negara Timur Tengah lain termasuklah Libya, Yaman,
Mesir, Syria dan Bahrain serta beberapa negara di utara Afrika[6] yang akhirnya mencetuskan
idea penggunaan istilah Arab Spring pada 2011.
Selain peristiwa yang
berlaku di Tunisia, peranan media turut dikatakan menjadi penyumbang utama
kepada gerakan penentangan terhadap kerajaan seperti yang berlaku di Tunisia
apabila Wikileaks bertindak mendedahkan isu penyelewengan dan rasuah yang
berlaku dalam politik negara. [7] Antara tuntutan dalam
perjuangan masyarakat Arab ialah menuntut agar pihak berkuasa menghormati hak
mereka sebagai rakyat dan bukannya sebagai golongan bawahan, maruah mereka dipelihara
dan tidak ditindas, kesamarataan untuk mendapat akses terhadap sumber keperluan
hidup (pekerjaan dan ekonomi), sistem perundangan yang telus kepada semua pihak
tanpa mengira status dan kedudukan, hak mendapat pendidikan, hak menikmati
kemakmuran dan penyertaan rakyat melalui sistem demokratik.[8]
Level of Analysis
Seorang pengkaji Hubungan
Antarabangsa dalam merungkai permasalahan di peringkat antarabangsa seharusnya
membuat beberapa pilihan dalam melakukan penelitian terhadap sesuatu isu yang berlaku
dan isu yang hendak dikaji. Persoalannya dimanakah fokus penelitian yang harus
diberikan? Adakah pada sistem, negara, masyarakat, atau pada individu? Dengan
memberi beberapa fokus kepada penelitian ini terhadap sesuatu isu dan fonemena
di peringkat antarabangsa atau disebut dan dikenali sebagai sebagai Level of
Analysis (LOA).
Menurut Singer David
(1961), LOA merupakan suatu penelitian yang boleh memberi gambaran (description), penjelasan (explanation)
dan pengiraan (prediction) yang tepat
tentang perilaku sesebuah negara.[9] Berdasarkan pendapat
Singer ini, beliau cuba menerangkan bahawa LOA merupakan tingkat analisis yang
akan membantu pengkaji hubungan antarabangsa untuk membuat penelitian dalam menentukan
tindakan aktor dalam sesuatu isu dan fenomena di peringkat antarabangsa.
Di dalam mengkaji LOA
terdapat tiga level analisis yang mampu menjelaskan dasar dan pelakuan
aktor-aktor dalam hubungan antarabangsa. Antara tahap analisis yang akan
diterangkan ini mempunyai tiga tahap iaitu tahap pertama adalah sistem (system-level
analysis), tahap kedua adalah negara (state-level analysis) dan tahap
yang ketiga adalah individu (individual-level analysis).[10]. Level analisis sistem
meruapakan tahap analisis yang paling komprehensif di antara level analisis
yang ada kerana tahap analisis ini dapat memberikan penerangan dan mengambaran
tentang sesuatu fenomena umum tentang tindakakan aktor negara dan tahap saling
pergantungan di antara negara dengan negara yang lain.[11] Manakala menurut Rourke
T.John dan A.Boyer Mark, mereka telah mengatakan tentang fokus tahap analisis
sistem;
“System-level
analysis focuses on the external restraints on foreign policy. This is a
“top-down” approach to world politics that examines the
social-economic-politicalgeographic characteristics of the system and how they
influence the actions of countries and other actors”.[12]
Berdasarkan penulisan diatas Rourke
T.John dan A.Boyer Mark cuba menerangkan fokus yang cuba dimainkan oleh
pengkaji hubungan antarabangsa dengan menerangkan tahap analisis sistem yang
telah dikaitkan dengan dasar luar negara. Di mana kesan yang berlaku ini bakal
atau akan memberikan beberapa kesan terhadap tindakan yang bakal dilakukan oleh
akrtor didalam sesebuah negara. Seterusnya, level analisis sistem juga mampu menjelaskan
tentang pengaruh kekuatan di antara negara-negara super power terhadap
negara-negara lain. Secara ringkasnya, apabila penelitian tahap analisis sistem
dilihat dan diambil, penelitian yang dilakukan ini seharusnya memahami
bagaimana bentuk sistem antarabangsa dan bagaimana sistem ini mampu
mempengaruhi tindakan aktor.
Tahap
analisis kedua dari LOA ini adalah negara atau disebut dalam bahasa english
ialah state-level analysis. Pada tahap analisis ini, penjelasan tentang
perilaku aktor negara akan ditentukan dan dilakukan berdasarkan oleh
faktor-faktor dalaman (Internal) dari negara tersebut. Menurut Rourke
T.John dan A.Boyer Mark, mereka telah berpendapat seperti berikut;
“… Countries are the most
important of these structures. By analyzing the impact of structures on policy
making, state-level analysis improves our understanding of policy. This level
of analysis emphasizes the characteristics of states and how they make foreign
policy choices and implement them (Hudson, 2005; Bueno de Mesquita, 2002)”.[13]
Dalam petikan ini mereka
telah menerangkan bahawa pentingnya aktor negara dalam mengkaji sistem
antarabangsa melalui penelitian LOA. Dimana bagi mereka aktor negara berperanan
dalam membuat pilihan untuk melakukan dasar luar mereka. Dapatlah di ringkaskan
bahawa tahap analisis negara mampu menjelaskan sesuatu keputusan atau fenomena
yang tidak terlalu besar seperti yang dihasilkan pada tahap analisis sistem,
namun tidak pula terlalu kecil seperti menggunakan level analisis individu.
Namun penjelasan terhadap tahap ini mampu memberikan kita sedikit sebanyak
bahawa negara mempunyai pilihan untuk menentukan dasar luar dan sturuktur
negara mereka.
Tahap analisis terakhir dari
LOA ini adalah individu atau disebut dalam bahasa english ialah Individual-level
analysis. Di dalam tahap ini pengkaji hubungan antarabangsa akan melihat
dan meneliti faktor individu dalam membuat seseuatu keputusan (decision making) yang
dilakukan oleh manusia di dalam melakukan pertimbangan mengenai sifat-sihat
semula jadi manusia yang mungkin menjadi pertimbangan untuk melakukan dasar
atau mungkin menjadi sesuatu dasar yang perlu mereka elakkan ini kerana
individu (pemimpin) didalam sistem antarabangsa mempunyai hak untuk membuat
pilihan dasar luar untuk negaranya sendiri. Menurut Rourke T.John dan A.Boyer
Mark, mereka telah berpendapat seperti berikut;
“Individual-level analysis begins with the
view that at the root it is people who make policy. Therefore, individual-level
analysis involves understanding how the human decision-making process—people
making decisions (as a species, in groups, and idiosyncratically)—leads to
policy making.”[14]
Berdasarkan petikan diatas ini mereka
telah menerangkan bahawa tahap analisis individu ini merupakan pemahaman
tentang bagaimana aktor individu di dalam negara berperanan yang penting dalam
membuat keputusan mengenai dasar luar negaranya.
Pada
tahap analisis individu ini juga telah mengfokuskan penelitian pada manusia
sebagai aktor yang membuat keputusan. Yang mana keputusan yang telah dibuat dan
bakal dibuat adakala mempunyai ragam tersendiri yang dijadikan sebagai faktor
yang akan mempengaruhi pembuatan keputusan seorang individu (human nature).
Level analisis individu juga boleh digunakan untuk menganalisis bagaimana
individu bertinteraksi di dalam organisasi atau kelompok (organizational
behavior) atau bagaimana faktor tingkahlaku yang pelik atau aneh yang ada
pada individu ini berpengaruh terhadap pembuatan keputusan dasar luar negara (idiosyncratic
behavior).[15]
Level of analisis dan Arab Spring
Dalam menkaji kes Arab Spring
dengan bersandarkan perspektif level of analysis ini amat rumit untuk
dikaitkan dengan semua aktor yang terlibat dalam unit tahap analisis yang telah
diterangkan diatas. Oleh itu penulis kan menerangkan sebaik mungkin dan
memberikan beberapa contoh yang releven untuk menerangkan pendapat berdasarkan
pemahaman dan analisis yang telah dilakukan oleh penulis.
Berlaku
fenomena arab spring di kalangan negara-negara arab ini adalah disebabkan
rakyat mahu menolak pemimpin yang diktator dan pemimpin yang sering dilihat
sebagai pemimpin yang kerap menyalahgunakan kuasa semasa era pemerintahannya.
Inilah yang dilihat sebagai faktor berlakunya fenomena arab spring berdasarkan
tahap analisis negara dalam mengkaji LOA ini amatlah bertetapan. Dimana tingkah
laku dan tindakan regime pemerintah dalam mengawal hal ehwal domestik mampu
menjadi faktor kepada keseimbangan politik di peringkat domestik. Ini turut
dijelaskan oleh Rourke T.John dan A.Boyer Mark (2010) bahawa;
“Leaders tend to formulate policies
that are compatible with their society’s political culture because the leaders
share many or all of those values. Also, even if they do not share a particular
value, leaders want to avoid the backlash that adopting policies counter to the
political culture might cause”.[16]
Menurut petikan ini
seorang pemimpin cenderung untuk mewujudkan dasar yang serasi dengan budaya
politik masyarakat mereka kerana para pemimpin berkongsi banyak nilai identiti
kerana pemimpin lebih mengetahui hal dan perihal rakyatnya. Walaupun mereka
tidak berkongsi nilai tertentu seperti agama dan bangsa. Oleh itu seseorang
pemimpin seharusnya mengelakkan dan membuat sesuatu dasar yang tidak masuk akal
bagi mengelakan kekacauan budaya politik dinegara mereka.
Ini dapat dilihat
daripada peristiwa fenomena arab spring yang mana rata-rata pemimpin
mengamalkan dasar dan sistem politik yang dilihat lebih menekan rakyat. Sebagai
contoh, apa yang berlaku di Tunisia tempat dimana bermulanya fenomena Arab
Spring di Tunisia, ia bermula dengan tindakan seorang sarjana yang bernama
Bouazizi membakar diri sebagai lambang protes terhadap kerajaan yang gagal
menyediakan peluang pekerjaan serta membaiki ekonomi Tunisia telah menjatuhkan
kerajaan.[17]Selain
itu, isu rasuah, penyelewengan dan nepotisme yang meluas di bawah pemerintahan
Zine al- Abidine Ben Ali juga menjadi faktor kebangkitan revolusi massa di
negara itu. Dalam jangka masa beberapa hari sahaja, kerajaan Tunisia pimpinan
Zine al-Abidine Ben Ali telah dapat digulingkan.[18]
Berdasar petikan artikel ini maka
jelas menunjukan kejatuhan pemimpin boleh berlaku jika sesuatu dasar yang telah
dilaksanakan tidak diterima oleh rakyatnya. Selain itu juga faktor penyalah
gunaan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin dan rasuah menjadi salah satu faktor
berlakunya Arab Spring di Tunisia.
Contoh kes lain yang boleh diambil
adalah Mesir dimana kejatuhan pemimpin ini juga dikatakan mengamalkan dasar
pemerintahan yang lebih menekan rakyat sehingga membawa kepada merebaknya
fenomena Arab Spring di Mesir.
[1]Massad
Joseph, The 'Arab Spring' And Other American Seasons, Al Jazeera, 29
Ogos 2012. http://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2012/08/201282972539153865.html.
Diakeses pada 20 April 2014
[2]
Lynch Marc, The Arab Uprising: The Unfinished Revolutions of the New Middle
East, New York: PublicAffairs, 2013, hlm.3.
[3]
Beck Martin dan Hüser Simone, Political Change in the Middle East: An
Attempt to Analyze the “Arab Spring” Germany: German Institute of Global
and Area Studies, 2012, hlm.2, http://www.giga-hamburg.de/en/system/files/publications/wp203_beck-hueser.pdf,
Diakeses pada 20 April 2014.
[4]
Ibid.
[5]
Ibid.
[6] Képel
Gilles, Big Idea: Towards a new Arab World, Kitchen, N.(ed.), The Arab
Spring, London : LSE IDEAS, 2011,
hlm. 4, http://www.lse.ac.uk/IDEAS/publications/ideasToday/08/full.pdf,
Diakses pada 20 April 2014.
[7]
Beck Martin dan Hüser Simone, op. cit., hlm.3.
[8]
Beck Martin dan Hüser Simone, op. cit., hlm.4.
[9] David
Singer, The Level-of-Analysis Problem in International Relations, World
Politics, Vol. 14, No. 1 (1961), 77-92. 5 Bruce Russett
[10]
Rourke T.John dan A.Boyer Mark, International Politic on the world Stage:
Brief Eighth Edition, New York: McGraw-Hill, 2010, hlm.55.
[11] Bruce
Russett & Harvey Starr, World Politics: The Menu for Choice (New York: W.
H. Freeman Company, 1996, hlm. 11.
[12] Rourke
T.John dan A.Boyer Mark,, op. cit., hlm.91
[13] Ibid,
hlm.77
[14] Ibid,
hlm.65
[15] Ibid.
[16]
Ibid, hlm 81
[17]
Mohd. Ayop Abd. Razid, Pengajaran kejatuhan kerajaan Tunisia, Akhbar Utusan
Online, 2011, http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive#ixzz2zgeTU9Na,
Diakses pada 21 April 2014.
[18] Ibid.
0 comments:
Post a Comment