Kita selalu mendengar keluhan sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan adakah ini lumrah dalam percaturan dunia atau lebih kepada dugaan Allah kepada manusia. Azief bawakan anda semua dengan firman Allah yang bermaksud:
"Aku tidak akan menduga seseorang hambaku, dengan dugaan yang tidak mampu mereka dia tanggung."
Melalui firman Allah S.W.T ini dapatlah azief beri gambaran bahawa Allah maha mengetahui dengan apa yang telah Dia berikan pada kita, So Mustahil Allah akan menerunkan dugaan yang tidak dapat kita lalui, kerana itu janji Allah berdasarkan firmannya. Cuma kita sahaja yang tahu dan perlu mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.
Dakala manusia ini iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat. Hakikatnya, inilah asam garam dalam meniti kehidupan dunia yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah (pemimpin) di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah diri kita sendiri terhadap sesuatu perkara. Berfikirlah secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.Kerana Allah juga pernah berjanji dalam firmanNya yang bermaksud:
"Aku tidak akan mengubah nasid sesuatu hambaku melain dia yang mampu mengubah nasibnya sendiri"
Berdasarkan firman dan janji Allah di atas cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus? Jawapan yang lebih tepat bagi persoalan ini adalah "USAHA" dimana setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan yang ada pada setiap individu dalam masyarakat, cuma sejauh mna mereka berusaha dan bertawakal. Azief bagi anda satu contoh yang begitu muda untuk difahami: Ada seorang pelajar A dan seorang lagi pelajar B, Pelajar A selalu menunaikan solat dan tidak penah berusaha dalam pelajarannya kerana dia percaya dengan kekuasaan Allah akan memberikan dia kejayaan. Manakala Perlajar B selalu menunaikan solat, berusaha dalkam pelajarannya untuk mengubah masa depannya dan keluarganya di samping dia bertawakal kepada Allah. Satu Hari Pelajar A telah gagal dalam peperiksaannya dan menyalahkan ketentuan Allah, kerana dia selalu berdoa. Manakala pelajar B berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaannya. Adakah pelajar A wajar melalukan tindakkan sedemikian? kita bebalik dengan janji Allah dalam firmannya di atas. Cukup jelas maksud firman Allah itu. Cuma kita sahaja yang membuat percaturan dan penyelesaian yang berbeza-beza. Kerana setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah an-Nahl, ayat 18)
Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT. Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka. Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita. Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.
Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.”
(Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian. Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.”
(Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasanNya. Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’. Dan janganlah kita menjadi seperti Pak Pandir dan Mak Andir dalam melakukan perbuatan bodoh tanpa perlu berfikir.. Kerana manusia ini dapat dibezakan dengan Haiwan adalah dengan akal.
0 comments:
Post a Comment