Perbezaan pendapat dan idealogi mengenai sesuatu isu ataupun sesuatu perjuangan menyebabkan semangat perpaduan sesama masyarakat mahapun mahasiswa akan terhakis. Implikasnya, muncul pelbagai keadaan negatif dalam kehidupan bermasyarakat seperti fitnah, prasangka buruk, cabar-mencabar, hasad dengki, dendam dan mendedah keaiban orang lain. Bukan saya menidakkan politik dalam Islam, tetapi cara penyampaian politik itu sendiri lebih kepada bersifat individu atau memperjuangkan suara rakyat. Cuba kita teliti bagai mna politik yang telah dimainkan dan dibawakan oleh Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Kerana Baginda telah mengamalkan satu pembawakan yang baik, dalam politik yang dilaksanakan oleh baginda tidak dilihat malah di dengar ketika berpolitik nabi mengfitnah, cabar mencabar, tidak bersatu dalam kabinetnya. Itu adalah satu cara yang perlu kita contohi. Bukan orang yang sanggup jatuh menjatuhkan, benci membenci, perang memerangi, musuh memusuhi sehingga mengenepikan hukum hakam Allah S.W.T Mahasiswa mahupun masyarakat perlu mengelak sebarang perselisihan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi merapatkan kembali ikatan perpaduan sesama masyarkat dan mahasiswa. Firman Allah yang bermaksud:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu)."
(Surah al-Hujurat, ayat 10).
Cuba kita, selaku golongan yang terpelajar fikir kesan daripada pertelagahan ini sehingga diberi peringatan di dalam Al-Quran, bahawa setiap apa yang kita perjuangkan adalah sama cuma jalan yang kita pilih saja yang berlainan dalam mencapai matlamat yang sebenar. Kesannya dari kita berpecah belah adalah seperti perstiwa 13 MEI adakah anda ingat dengan tarikh itu?? Apa yang terjadi ketika itu?? Berapa banyakah nyawa yang terkorban ketika itu?? Kerana perpecahan yang tidak di ingin inilah punca kepada masalah itu. Itu sebab Ayat Al-Quran di atas telah mengariskan, penyatuan dalam sesuatu masyarakat khususnya sesama Islam. Jika kita lihat pula keadaan sekarang umat Islam, tidak payah kita lihat terlalu jauh, kita lihat saja di Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini. Orang Islam semasa Islam bertelagah dalam memperjuangkan ideology masing-masing sehingga mengfitnah, contohnya ketika rapat umum prk kampus ada pihak yang mengatakan seorang calon yang bertanding tidur bersekedudukan dengan lelaki yang bukan muhrim. Dengan cara ini ke yang kita hendak perjuangkan ideologi kita untuk mentadbir masyarakat? Fikir-fikirkanlah dengan baik anda semua sudah matang.
Politik juga tidak dapat dipisahkan dengan Islam yang bersifat syumul (sempurna) dalam segenap perkara yang membabitkan urusan dunia dan akhirat. Namun, jika masyarakat mahupun mahasiswa terus merenggangkan perbezaan fahaman politik masing-masing, maka akan tercetuslah perpecahan ummah yang mampu melemahkan kekuatan Islam malah perpaduan kaun yang telah kita nikmati sekian lama. Lebih teruk jika perjuangan politik hanyalah semata-mata untuk kedudukan serta kepentingan peribadi. Walaupun bertujuan baik, keadaan yang sesak dalam suasana yang berhimpun padat itu akan mewujudkan situasi kurang sopan yang mencerminkan budaya yang tidak sihat. Ini memudahkan musuh mencatur agenda memusnahkan perpaduan yang ada pada negara kita. Dari perkara yang telah diketahui akan berlaku ini maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantah (berselisihan), kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu." (Surah al-Anfal, ayat 46).
Dari ayat Al-Quran yang telah azief berikan ini yang diambil dari satu blog ulamak sebagai sumber rujukkan penulisan azief ini, mari kita berfikir macam mana jatuhnya sesebuah kerajaan yang besar pada ketika dulu seperti Kerajaan Melaka, Kerajaan Majapahit,Kerajaan Islam di Andalusia dan lain-lain kerajaan besar yang telah jatuh. Mengapakah kerajaan yang begini kuat boleh jatuh tertiarap malah hilang di pandangan dunia. Salah Satunya adalah perpecahan dalam masyarakat dan pemimpinnya ketika itu.
Ada yang lebih pentinting untuk kita ketahui tentang demontrasi yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin, masyarakat dan dikalangan pelajar dalam mencari suatu cara memperjuangan ideology politik masing-masing. Tujuan berdemonstrasi harus jelas dan menjamin impak terbaik buat semua. Jika sekadar wadah bagi mengumpul kekuatan dan menunjukkan kehebatan diri sendiri, ia menyalahi tuntutan Islam. Apakah sudah tiada jalan penyelesaian terbaik bagi menangani sesuatu isu selain berdemonstrasi? Cuba kita fikir-fikirkan kesan yang bakal kita dapat dari persepsi masyarakat mahupun dikalangan mahasiswa yang lain. Sebab kita ini boleh dikategerikan sebagai golongan yang terpelajar. Kita masih dikurniakan akal untuk berfikir dan dikurniakan mata untuk melihat mengapa masih lagi berjuang mengikut nafsu dan perasaan? Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak membiarkan ia dizalimi. Barang siapa yang berusaha untuk memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan membantu dan mempermudahkan hajatnya."
(Hadis riwayat Muslim).
Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang beriman, janganlah sesuatu puak dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk."
(Surah al-Hujurat, ayat 11).
Jika dilihat secara positif, terdapat beberapa cara yang dituntut Islam bagi menyuarakan sesuatu pendapat atau mengajak manusia ke arah kebaikan. Contohnya, apabila Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun menemui Firaun bagi menerima keesaan Allah, lalu diperintah mereka menuturkan kata-kata yang lembut dan bukan dengan angkuh atau menggunakan kekerasan. Firman Allah yang bermaksud:
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut."
(Surah Toha, ayat 43-44).
Konsep tegur-menegur secara berhikmah dan berhemah adalah sesuatu yang amat indah bagi menggambarkan keindahan Islam itu sendiri. Rasulullah s.a.w pernah bersabda berkaitan perihal menegur pemimpin yang antara lain bermaksud.
"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan.Tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan nasihatilah dia secara sembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) sudah melaksanakan tanggungjawabnya."
(Hadis riwayat Ahmad).
Budaya demonstrasi perlu dibendung agar ia tidak menjadi acuan serta budaya dalam masyarakat di negara ini. Jika budaya ini menular, masyarakat mahupun mahasiswa dan anak-nak mudah memberontak kepada kedua orang tuanya, murid cepat melenting dengan gurunya malah pekerja tiada kerja lain melainkan mahu menunjuk perasaan kepada majikannya sahaja. Demonstrasi keterlaluan akan menyebabkan nama negara tercemar di mata dunia serta kepimpinan negara mendapat aib yang besar.
0 comments:
Post a Comment