Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2011M Peringkat Universiti Malaysia Sabah
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS diadakan selaras memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan sebahagian cara kita untuk menzahirkan rasa kecintaan kita terhadap baginda. Dimana rasa kecintaan tersebut adalah juga rasa kecintaan kita kepada Allah S.W.T.
Sambutan Maulidur Rasul ini juga adalah satu cara untuk menyedarkan umat Islam dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadian baginda S.A.W, maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.
Sehubungan dengan itu juga, sambutan seumpama ini amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah S.A.W, manusia yang agung di sisi Allah S.W.T.
Objektif
Antara objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut:-
- Menanam rasa cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan menjadikan baginda sebagai teladan utama dalam kehidupan.
- Mengeratkan ukhuwah Islamiah, mengukuhkan persefahaman dan memantapkan semangat perpaduan.
- Menyuburkan kecintaan dan kefahaman warga kampus terhadap unsur kesenian dan kebudayaan Islam.
- Menanamkan budaya syura dan amal jama'i dalam kalangan warga kampus.
Tema
Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah "1 Malaysia, 1 Ummah".
Perlaksanaan
Program ini akan diadakan selama lebih kurang 3 minggu bermula pada 27 Januari 2011 (Khamis) sehingga 3 Mac 2011 (Khamis) dan diadakan bertempat di Universiti Malaysia Sabah.
Sasaran Peserta
Sasaran peserta program ini adalah seperti berikut:-
- Pelajar UMS
- Kakitangan UMS
- Masyarakat sekitar UMS
Sambutan Maulidur Rasul 1432H/ 2011M Universiti Malaysia Sabah kali ini diharapkan dapat memberi manfaat yang berguna melalui program dan aktiviti yang diadakan kepada warga UMS khususnya dan masyarakat sekitar amnya. Semoga usaha yang sedikit ini menjadi bukti cinta kasih kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya mendapat syafaat daripada baginda di padang mahsyar nanti. Amin.
0 comments:
Post a Comment