Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dan kepada keluarganya, sahabatnya, serta kepada siapa saja yang meniti jalannya dalam mencari rahmat dan redha Allah S.W.T.
Pada hari ini 8 MAC 2011 telah ditetapkan hari wanita sedunia, sesungguhnya peranan wanita dalam mentadbir negara, masyarakat dan juga keluarga adalah menjangkau kemampuan lelaki. Sesungguhnya wanita memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam dan pengaruh yang besar dalam kehidupan setiap lelaki mahupun masyarakat. Sungguhpun telah dijelaskan di dalam Al-Qur’an betapa pentingnya peranan wanita, baik sebagai ibu, isteri, saudara perempuan, mahupun sebagai anak. Demikian pula yang berkenaan dengan hak-hak dan kewajiban-kewajibannya. Adanya hal-hal tersebut juga telah dijelaskan dalam sunnah Rasul.

Peranan wanita dikatakan penting karena banyak beban-beban berat yang harus ditanggung oleh mereka dalam memperjuangkan syiar Islam, bahkan beban yang telah diberikan kepada mereka seharusnya dipikul oleh kaum adam (lelaki).Disini bukan azief hendak meletakkan dan menggambarkan wanita itu lemah tetapi bagi azief wanita tidak seharusnya dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan apa sahaja urusan kerana bagi azief wanita iaitu terlalu istimewa dan telah diletakkan di tempat yang tertinggi standing dengan lelaki. Oleh karena itu, menjadi kewajipan bagi kita untuk berterima kasih kepada ibu, berjasa kepadanya, dan hormat kepadanya. Kedudukan ibu terhadap anak-anaknya lebih didahulukan daripada kedudukan ayah. Ini disebutkan dalam firman Allah,
Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(QS.Luqman: 14).
Manakala dalam sebuah hadits disebutkan bahawa pernah ada seorang pemuda datang kepada Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling berhak bagi aku untuk melakukan bajikan kepadanya?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” pemuda itu bertanya lagi, “Kemudian sesudah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian sesudah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ayahmu.” (HR. Bukhari).
Berdasarkan hadith dan ayat Al-qur'an diatas dapatlah kita gambarkan betapa mulianya kedudukan wanita dalam agama Allah S.W.T (Islam). Oleh sebab ini, tiada seorang pun boleh menidakkan kedudukan wanita dalam Islam bahkan di dalam negara.
Oleh itu azief berharap penerangan ini mampu menepis tanggapan sesetengah pihak yang menidakkan kedudukan wanita dalam Islam, negara dan masyarakat. Kerana azief percaya wanita ini, adalah nadi perjuangan seseorang pemimpin.Akhir Kalam Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia.. Buat Tatapan ibu, mak, mama adik, kakak seluruh dunia..Sambutlah salam sayang dari azief untuk semua
0 comments:
Post a Comment