Saturday, 5 March 2011

PERTIKAIKAN DAN PEMBETULAN ISU PRK UPM

Pertikaian keputusan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (BHEP UPM) untuk membatalkan kemenangan calon.

pro-Mahasiswa berakhir dengan pertembungan fizikal berdarah. Kejadian ini berlaku apabila pegawai keselamatan mengasari mahasiswa yang enggan beredar untuk menuntut penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor, Fauzi Ramlan.

Ratusan siswa-siswi berkumpul di depan pejabat TNC pada jam 8.30 pagi hari ini, untuk membantah keputusan BHEP UPM membatalkan kemenangan calon pro-Mahasiswa, semalam. Walaupun pihak BHEP akhirnya berganjak dengan menarik balik pembatalan tersebut pada tengah hari, tetapi siswa-siswi tetap enggan beredar dari situ untuk menuntut penjelasan.

Pada kira-kira jam 3.30 petang, pintu kaca pecah kerana dihimpit, dan di sini berlakunya pertembungan fizikal berdarah.Pegawai keselamatan mengasari siswa sehingga berdarah. Sebelumnya, seorang siswa bernama Lokman ditumbuk oleh pegawai keselamatan pada bahagian muka.

Pada jam 10.30 semalam, kesemua calon pro-Mahasiswa menerima panggilan daripada Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, dan diminta untuk mengambil sepucuk "surat bantahan" di BHEP. Sebagaimana yang diketahui, "surat bantahan" ini diserahkan oleh seorang siswa UPM, yang menuntut agar kemenangan calon pro-Mahasiswa dibatalkan, dan pihak UPM bersetuju dengan cadangan itu. Hanya seorang calon pro-Mahasiswa yang mengambil surat tersebut daripada BHEP, dan beliau diminta untuk dibatalkan kelayakannya kerana bertanding atas nama "pro-Mahasiswa".

Ratusan siswa-siswi berkumpul dan mengepung pejabat TNC pada pagi ini, dengan kain rentang yang mengecam "BHEP Zalim", "Demokrasi Mati" dan sebagainya. TNC Fauzi Ramlan pada asalnya bersetuju untuk menarik balik surat tersebut, tetapi mengubah fikiran kemudiannya. Siswa-siswi yang marah akhirnya cuba menempuh ke dalam pejabat TNC, dan di sini berlakunya pertembungan fizikal.

Berdasarkan cerita yang direka di atas azief terasa ingin memberi komen yang baik pro anf kontra tentang sesuatu kes.. mcm peguam pulak nk membela atau dibela.. Menurut cerita yang saya dapat, Pihak berhaluan kiri(Pro M) yang telah berjumpa pihak universiti TNC untuk membatalkan keputusan PRK UPM atasa alasan Pihak berhaluan kanan(Pro A)telah melanggar peraturan PRK iaitu mereka telah berkempen secara berkumpulan.

Bagi azief pihak berhaluan kiri mempunyai hak untuk membuat bantahan dengan cara yang betul, mereka perlu melihat apa sebenarnya yang berlaku sehingga permohonan mereka ditolak.. Mereka ada hak untuk bersuara tapi mereka harus mempunyai akal dan otak bukan mengamalkan perjuangan tepi longkang. Maaf klu bahasa azief terlalu kasar tapi bagi azief perjuangan berdasarkan emosi adalah perjuangan bersifat emosi dan berdemotrasi adalah perjuangan tepi longkang. Saya yakin visi dan misi perjuangan meraka cukup baik tapi cara pembawakan mereka bersifat longkang ke mereka telah menerapkan idologi politik luar dalam kampus??.

Saya juga tertarik dengan suatu isu yang buat saya ketawa, mengapa saya ketawa??? jawapan yang saya bagi senang sahaja mereka terlalu mengikut perasaan dan bertindak tanpa berfikir, mereka bagaikan kera dan katak yang melompat2 di hujung dahan yang rapuh. Kelakarkan, belum dicerita dah cakap kelakar.. klau kamu nk tahu sebab saya berkata demikian, anda masuk ke profile FB anda dan anda taip "SUARA GELAP" saya telah mengatakan berdemotrasi adalah bukan cara Islam, sehingga boleh mengatakan kalau bukan cara Islam mengapa Yusof AlQardawi berdemontrasi dan menyertai demontrasi di mesir. Lepas itu mereka suruh saya belajar lagi pelikkan mereka ni. Untuk pertanyaan saudara tu saya jawab disini, Yusof Al Qardawi tidak menyertai demontrasi tapi beliau hanya menyampaikan Khutbah Jumaat dihadapan semua yang membuatkan demotrasi. Beliau ingin menyedarkan maksud perjuangan mereka sehingga melumpuhkan dan menjatuhkan Kerajaan Mesir yang berselindung dengan pemerintahan Israel(YAHUDI) itu perjuangan dalam Islam. Bukan Perjuangan mengikut nafsu kerana ingin sesuatu pangkat dan nama kan berlainan. Jadi siapa yang kena belajar sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Cheap Web Hosting