Monday, 25 February 2013

Usah Terpedaya Pada Retorik Mulut Tanpa Perbuatan

Assalamualikum dan Salam 1Malaysia.
Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk bermegah-megah dengan apa yang ada, bukan untuk menyokong pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Tetapi artikel ini ditulis untuk mengemukakan pandangan peribadi saya sendiri yang juga Exco 1Malaysia, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah Sesi 2012/2013.

Sejak akhir-akhir ini saya melihat terdapat pihak tertentu yang sering bersuara kononnya mahu menjaga kebajikan dan mengembalikan hak orang asli. Walhal sebenarnya kerajaan yang sedia ada ini telah memberi layanan yang cukup baik dengan masyarakat Orang Asli. Membaiki taraf hidup masyarakat orang asli, memberi pendidikan kepada orang asli sehingga keperingkat universiti.
Peranan Jabatan Kemajuan Orang Asli atau lebih dikenali sebagai JAKOA sememangnya baik dan selari dengan objektif penubuhannya selama ini iaitu untuk menjaga hak dan kebajikan Orang Asli. Hal ini kerana, saya melihat banyak program yang telah dilaksanakan oleh JAKOA telah memberikan manfaat kepada Masyarakat ini, seperti program motivasi untuk persediaan pelajar orang asli dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti, Penempatan Orang Asli, Pengukuhan Ekonomi Orang Asli dan sebagainya.
Saya tidak berbohong dengan fakta yang ada malah untuk apa saya ingin berbuat demikian? Sedangkan ini adalah masa depan kaum saya. Bahkan saya sendiri adalah Mahasiswa Orang Asli dari "Keturunan Kuala". Sejak di bangku persekolahan lagi, saya telah dibantu oleh kerajaan Malaysia melalui JAKOA untuk bersaing dengan masyarakat lain dari sekolah rendah hinggalah ke universiti sekarang ini. Tetapi saya melihat masyarakat Orang Asli kini sudah mula sedar akan tanggungjawab mereka kepada negara dan masyarakat mereka serta mereka sudah mampu bersaing dengan masyarakat luar. Bahkan ada dikalangan pelajar orang asli mendapat keputusan yang cemerlang di semua peringkat pendidikan negara dan luar negara.Walaupun ada segelintir masyarakat Orang Asli kian terpedaya dengan janji-janji manis sesuatu pihak yang sering mahu gunakan Masyarakat Orang Asli demi kepentingan Politik dan untuk mendapatkan pangkat semata-mata.
Saya rasa sudah tiba masyarakat orang Asli berubah kearah yang lebih baik untuk menempuhi cabaran yang semakin jauh dalam memperlihatkan serta menonjolkan peranan orang asli dalam pembentukan negara. Saya akan cuba membantu masyarakat saya ini dengan apa cara sekalipun agar mereka tidak mudah di tindas dan dipergunakan oleh sesetengah pihak.
Buat semua sahabat dan kaumku yang tercinta. Sudah tiba masanya untuk kita berubah selari dengan tranformasikan permikiran kita, ekonomi kita demi masa depan bangsa kita seperti mana yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita dalam proses Mentranformasikan Negara. Jangan terlalu terikut-ikut serta terpengaruh dengan janji manis sesetengah pihak yang mahukan kuasa. Tujuan mereka ingin menunjukan mereka prihatin terhadap kita sebelum mereka mendapatkan kuasa. Apa yang kita takut selepas mereka berkuasa mereka akan meninggalkan dan mengabaikan kita bagai sampah yang tidak mempunyai apa-apa. Sekian sahaja dari saya. Asslamualaikum. Wassalam

MAHASISWA ORANG ASLI MENYAHUT CABARAN KEPIMPINAN MAHASISWA


“Mahasiswa orang asli perlu berdaya saing untuk mengubah pemikiran masyarakat sekeliling” Itu adalah kata-kata yang saya pegang sehingga hari ini dalam meniti perjuangan. Alhamdulillah berkat doa mak abah, keluarga serta rakan-rakan di kampus saya telah memenangi Pilihanraya Kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2012/2013 di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ramai kawan-kawan yang tidak mengetahui bahawa saya merupakan salah seorang mahasiswa orang asli berketurunan Kuala berasal daripada Kampung Orang Asli Seri Pantai Senggarang Batu Pahat, Johor. Bagi saya selaku mahasiswa orang asli juga boleh memikul amanah dan tanggungjawab dalam bergiat aktif dalam dunia kepimpinan mahasiswa. Saya juga ingin membuktikan bahawa orang asli juga layak di angkat sebagai pemimpin yang cemerlang dalam menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak iaitu Satu Tranforamasi yang saya adaptasikan sebagai mentranformasikan minda dan pemikiran masyarakat orang asli kearah kecemerlangan dan berkebolehan menjadi seorang pemimpin. Saya berasa amat bersyukur dengan amanah yang telah dipertangungjawabkan kepada saya sebagai seorang Exco 1 Malaysia pada Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013 Universiti Malaysia Sabah.


Melihat kepada reaiti yang berlaku di Malaysia, kebanyakan masarakat orang asli di tanah semenanjung Malaysia tidak berani untuk tampil kehadapan masyarakat. Kebanyakan masarakat orang asli tampil dengan identiti lain iaitu mengakui bahawa mereka juga rumpun melayu dan realitinya mereka tidak mendedahkan siapa diri mereka di khalayak ramai. Kenapa pekara sedemikian berlaku? Hal ini kerana segelintir masyarakat khususnya yang berada disekililing masyarakat orang asli kurang menerima masyarakat orang asli ini dengan baik. Mentaliti sebilangan masyarakat sekitar terhadap orang asli adalah rendah dan mereka mengangap bahawa orang asli tidak setaraf dengan kedudukan mereka. Justeru, pekara ini menyebabkan kebanyakkan masyarakat orang asli tidak berani tampil dengan identiti mereka kerana mereka khuatir akan disisihkan oleh masyarakat sekeliling.
Pekara tersebut sebenarnya menyebabkan masyarakat orang asli merasa rendah diri terhadap identiti mereka sehingga mereka tidak berani untuk menonjol dengan identiti sebagai mahasiswa orang asli. Namun sedar ataupun tidak, pada hari ini, terdapat masyarakat orang asli yang turut berjaya disebalik dilemma tersebut. Mereka meraih kejayaan dengan usaha gigih meeka sehingga mampu menjadi insan yang berjasa kepada negara.

Saya teringat akan sebuah kisah, yang mana saya sendiri yang merupakan mahasiswa orang asli yang kini menuntut di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Hubungan Antarabangsa. Dahulunya, saya merupakan seorang pelajar yang kurang mendapat perhatian di sekolah. Keadaan tersebut menyebabkan beliau merasa rendah diri dan pernah ingin mengambil keputusan untuk tidak mahu ke sekolah lagi kerana sering dicerca dan dihina sebagai pelajar orang asli oleh rakan-rakan. Pendek kata, apa sahaja yang dilakukan oleh pelajar orang asli semuanya buruk. Lantaran dari cercaan itu jiwa saya memberontak untuk mendapatkan perhatian masyarakat lain. Akhirnya saya bertekad untuk mengubah pemikiran masyarakat lain terhadap orang asli dengan berlajar bersungguh dengan melanjutkan pengajian tinggi swasta (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) dan Alhamdulillah setelah tamat pengajian di IPTS saya telah di tawarkan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA. Ramai kawan-kawan dan guru saya tidak menyangka saya akan berada di tempat ini sekarang dan saya mampu buktikan kepada mereka saya juga mampu berjaya untuk mengubah pemikiran masyarakat tentang orang asli.

Namun pada hari ini, sepatutnya dua pekara yang dianggap sebagai kekangan kejayaan orang asli perlu dilihat dari sudut positif. Pertama berkaitan dengan soal identiti, jika masyarakat sekeliling menafikan kedudukan masyarakat orang asli, maka pekara yang perlu dilakukan ialah masayarakat orang asli itu sendiri perlu meningkatkan cara hidup dan pemikiran mereka. Maksudnya masyarakat orang asli perlu menunjukkan bahawa peribadi mereka mempunyai nilai nilai yang jauh lebih baik daripada masyarakat sekeliling mereka. Masyarakat orang asli perlu meningkatkan amalan hidup, taraf pemikiran mereka dan mengangap faktor disisihkan oleh masyarakat sekitar bukan dilihat sebagai alasan kita melakar kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Jangan disebabkan mereka tidak disenangi oleh orang sekitar, maka mereka terus berdiam diri dan tidak berani menunjukkan siapa diri mereka yang sebenar serta terus tengelam dalam meniti arus kemodenan. Oleh itu, rakan-rakan pelajar dan mahasiswa orang asli seharusnya melihat pekara tersebut perlulah dilihat sebagai cabaran bagi mahasiswa orang asli untuk mencapai tahap ketamadunan kehidupan yang gemilang.

Buat renungkan adik-adik dan seluruh mahasiswa dan pelajar orang asli yang lain. Kita seharusnya berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan kejayaan dalam genggaman kita dalam membuka pemikiran masyarakat mengenai bangsa kita. Buat rakan-rakan mahasiswa orang asli sudah sampai masanya untuk kita mengubah pemikiran masyarakat kita untuk terus bersaing dalam mendapatkan kejayaan yang cemerlang. Kerana saya sering mengingati firman Allah S.W.T yang berbunyi “aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan ia mengubah nasib kaumnya sendiri”. Oleh itu marilah kita, berubah dan memacu pemikiran kita kearah yang lebih baik demi bangsa dan negara kita sendiri.



Tuesday, 30 October 2012

Peringatan Buat Orang Yang Rugi

Asslamualaikum buat sekalian sahabat dan teman yang sudi mengunjungi blog azief ni, sekadar ingin mahu berkongsi. Azief ada terbaca satu artikle ni dalam page I Love Islam tentang kelebihan dan tafsiran surah yang sering kali kita baca. mesti anda semua nak tahu surah apa yang cuba azief maksudkan ni. Kalau semua mahu tahu surah apa yang azief maksudkan bacalah dengan lebih lanjut. Artikle ini tanpa azief edit pun. Jom kita memahami dan mengetahui surah yang di maksudkan ini,


Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Asr,

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."

Dalam surah ini, Allah menekankan betapa pentingnya masa. Masa yang dimaksudkan ialah, kehidupan kita. Iaitu masa yang diberikan oleh Allah di sepanjang perjalanan hidup kita di dunia.

Pada awal surah ini Allah menekankan, manusia itu (semuanya) dalam keadaan kerugian. Tidak kira siapapun, selagi dia bergelar manusia, dia berada dalam kerugian. Namun, Allah tidak berhenti setakat itu. Allah menjelaskan lagi, apakah ciri-ciri yang boleh mengelakkan diri daripada tergolong dalam golongan yang rugi.

Sebelum itu, golongan yang rugi ini adalah golongan yang di dunia merana, di akhirat sengsara. Inilah yang dikatakan rugi. Walaupun di dunia, dia merasa bahagia, walhal dalam keadaan tidak sedar (tanpa mencari kebenaran) dia sebenarnya dalam kerugian.

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi, ayat 103 & 104,

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan'."

Inilah orang yang rugi. Dia merasa dirinya berada dalam kebenaran dan kebaikan. Walhal, selagi dia tidak mendapat kepastian dengan mempelajari Islam, selagi itulah dia rugi. pengakhiran bagi orang yang rugi, tidak lain dan tidak bukan adalah kesengsaraan di dunia dan neraka Allah yang amat azab. Na'uzubillah min zalik.

Ciri-Ciri Orang Yang Beruntung

Untuk mengelakkan hamba-Nya dalam kerugian, Allah Maha Pemurah telah memberikan ciri-ciri orang yang beruntung. Allah telah memberi kita dua jalan dalam menyelusuri alam ini. Iaitu Iman dan Kufur, kita boleh memilih mana-mana jalan yang kita sukai. Kitalah yang membuat pilihan apakah pengakhiran kita nanti berdasarkan jalan yang kita lalui.

01.Beriman. Dalam surah al-Asr, Allah mengatakan bahawa, semua manusia ialah orang yang rugi. Namun, Allah mengasingkan orang-orang yang beriman daripada sekalian manusia tadi. Selain daripada orang yang beriman, secara pasti mereka inilah orang yang rugi. Allah kecilkan skop pandangan kepada orang yang beriman. Namun, tidak cukup sekadar itu, Allah kecilkan skop kepada ciri yang kedua.

02.Beramal soleh. Daripada kalangan orang yang beriman tadi, Allah mengasingkan lagi kepada golongan beriman dan beramal soleh. Adapun, yang tidak beramal soleh, mereka ini juga termasuk dalam golongan yang rugi walaupun mereka beriman. Dengan Iman sahaja tidak mencukupi untuk memenangi Syurga Allah yang lebih bernilai daripada segalanya di dunia ini.

Amal soleh ini juga perlu difahami secara jelas. Ramai yang beranggapan cukup sekadar solat, puasa, zakat, haji. Noktah. Inilah pengakhiran amal soleh bagi kebanyakan orang sekarang. Baik.. mari kita kaji, cukupkah empat (4) perkara tadi pelengkap sebagai orang yang beramal soleh?

Dalam kehidupan seharian, kita punyai 24 jam. Masa yang kita peruntukkan untuk solat beserta zikir dan doa, kira-kira 20 min setiap solat fardhu.

Keseluruhannya,

[20 min] X [5 solat] = 100 min = 1 jam 40 min.

Kemudian, ditambah dengan solat-solat sunat, zikir-zikir dan qiamulllail, kita andaikan dua (2) jam dalam sehari.

Dalam sehari,

[100 min solat fardhu] + [2 jam amalan-amalan sunat] = 3 jam 40 min.

Baik, bila dikira, berapa peratuskah amalan soleh kita dalam sehari?

[3 jam 40 min] / [24 jam] X 100% = 15.3%

Persoalannya, adakah ini dikatakan amal soleh? Adakah cukup dengan 15.3% dari kehidupan kita yang dikatakan amal soleh ini menjamin Syurga di akhirat kelak?

Tidak wahai saudaraku. Praktikal kita selama ini amat bertentangan dengan suruhan Allah 'azza wa jalla. Islam mengajar penganutnya untuk mengamalkan secara keseluruhan ajarannya dan kita tidak boleh mengambil separuh-separuh atau sebahagian daripada ajaran yang kita sukai sahaja.

Sudah pasti, keselurahan itu ialah 100%. Namun, dengan pengamalan kita selama ini, mana hilangnya 84.7% lagi daripada kehidupan kita? Adakah kita menyangka kita benar dan baik?

Berbalik kepada ayat 103, surah al-Kahfi, Allah kata mereka yang menyangka begini sebenarnya dalam kerugian. Balasan bagi orang yang rugi firman Allah,

"(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan." [al-Kahfi: 106]

Oleh itu, sebenarnya, Allah menyuruh hamba-hamba-Nya mengamalkan Islam secara 'total', 100%. Ini adalah semata-mata agar umat Islam bahagia dunia dan akhirat.

84.7% dari kehidupan kita tadi juga ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan panduan al-Quran. Solat, puasa dan lain-lain sahaja tidak cukup untuk dikatakan sebagai orang yang beramal soleh. Untuk menjadi orang yang beramal soleh, 100%, seluruh kehidupan diatur dengan Islam.

Sebagai contoh, aurat. Aurat lelaki amat mudah, namun ada juga yang payah untuk patuh. Aurat wanita berbeza, amat unik kerana wanita ini amat mulia di sisi Islam.

Mereka dibaluti jubah bukan kerana fesyen tetapi kerana bernilainya susuk tubuh meraka. Bernilainya harga diri mereka. Mereka hanya untuk kerabat mereka sahaja. Mereka hanya selayaknya dilihat oleh suami mereka sahaja. Keindahan mereka tidak boleh dipertontonkan pada umum.

Berbalik kepada beramal soleh tadi. Sewajibnya, seluruh kehidupan kita diatur dengan Islam. Daripada sekecil-kecil perkara seperti masuk ke tandas, hingga ke sebesar-besar perkara seperti pemerintahan negara.

Nabi S.A.W telah menunjukkan caranya mengikut Islam. Contoh yang lain, apabila kita berjual beli, hendaklah tiada unsur riba. Apabila bergaul dengan masyarakat, perlu ada batas lelaki dan wanita. Apabila kita bekerja, perlulah yang halal.

Apabila kita berjuang untuk Islam, sebenarnya kita berjuang untuk mendapatkan Syurga. Inilah jual beli kita dengan Allah. Begitu juga dengan sistem kehakiman, pendidikan, pemerintahan dan lain-lain. Semuanya wajib diatur dengan Islam, barulah dikatakan beramal soleh.

Di sini kita lihat, indah apabila semuanya diatur dengan Islam. Sejak mata dibuka di awal pagi, sehingga kita menutup mata kembali, semuanya diatur dengan Islam. Inilah golongan yang Allah golongkan sebagai orang yang beramal soleh. Namun, tidak cukup sekadar itu, Allah kecilkan lagi skop pandangan orang yang beruntung.

03.Mengajak ke arah kebenaran. Apa itu kebenaran? Yang hakiki, pasti 100% ISLAM sahajalah yang benar. Islamlah satu-satunya kunci kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, orang-orang yang tidak mengajak ke arah kebenaran walaupun mereka beriman dan beramal soleh tetap dikira rugi. Mungkin ramai yang menyedari kita perlu bersama-sama mengajak ke arah kebaikan. Namun, tidak semua yang berjaya memilih jalan yang betul. Ya, banyak kumpulan-kumpulan yang mengajak membuat kebaikan, tetapi, dalam yang banyak itu, yang manakah menuruti jalan Islam dengan benar? Mana satukah menuruti jalan Nabi S.A.W dengan benar?

Oleh itu, kita perlu bijak mengkaji dan memilih, kumpulan yang manakah yang boleh kita ikuti.

04.Mengajak dengan sabar. Ciri keempat inilah pelengkap. Orang-rang yang beriman, beramal soleh, ajak ke arah kebaikan dan dengan sabar, mereka inilah orang yang terkecuali daripada golongan yang rugi.

Inilah tafsiran surah al-Asr, surah yang amat singkat. Tafsiran yang masih banyak lagi lopongnya. Erti kata lain, ilmu Islam ini amat luas, sehinggakan tidak habis untuk kita pelajari. Saya mengajak diri saya sendiri, dan juga semua untuk sama-sama kita menghitung balik diri kita. Persoalkanlah dalam diri kita, apakah kita sudah beriman? Apakah kita sudah beramal soleh? Apakah kita sudah mengajak ke arah kebaikan dengan sabar?

Tanyalah diri kita. Tanyalah sebelum Mungkar dan Nakir yang amat kasar bertanya kepada kita. Tanyalah diri kita sebelum pintu rahmat Allah tertutup. Sayangilah keluarga kita. Kita pasti mahukan semua keluarga kita bersama-sama di Syurga.

Inilah kebahagian sebuah keluarga yang hakiki. Bertanya, Kemudian bertindak dengan cara apa jua. Ayuh bersama-sama menerapkan 100% Islam dalam kehidupan kita. Maksiat yang kita lakukan selama ini, sama-sama bertaubat. Larangan yang kita langgar selama ini, ayuh kita hentikan. Suruhan yang kita abaikan selama ini, ayuh kita laksanakan.

Sungguh benar kata Allah, Allah kurniakan dua jalan. Kita manusia berkuasa penuh memilih, jalan Iman mahupun ingkar. Tiada yang pertengahan. Tiada juga yang diistilahkan sederhana(moderate). Ketahuilah, Islam itu lengkap 100% tidak boleh dibahagi-bahagikan lagi.

Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan dikongsikan kepada insan-insan yang kita sayangi dengan harapan, kita semua berjumpa di satu tempat yang sama, Syurga.

Wallahu a'lam...

Sumber:http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3295-peringatan-buat-orang-yang-rugi.html

Monday, 29 October 2012

Pemimpin Selangkah Ke Neraka


Hari ini merupakan hari yang ke-34 Azief memikul amanah Allah S.W.T dan Sahabat sekalian sejak azief memenangi Pilihan raya Kampus Universiti Malaysia Sabah (PRK UMS) sebulan yang lalu. Memang rakan-rakan sekalian maklum menjadi pemimpin bukan kerja yang mudah, bagi azief  pemimpin bukan sahaja pandai untuk menuturkan kata-kata, bukan hanya pandai menabur janji untuk mendapatkan perhatian dan sokongan rakan-rakan tetapi sebagai pemimpin, kita akan berhadapan dengan 1001 kemungkinan seperti difitnah, dibenci, dicaci malah dimaki oleh individu mahupun kumpulan yang kurang yakin dan percaya pada kerja kita.

Bagi azief siapalah azief ini selaku manusia yang lemah dan sering melakukan khilaf dalam apa jua keadaan malah terlalu kecil jika dibandingkan dengan pemimpin – pemimpin yang lain. Cuma azief kena yakin dengan amanah yang azief pikul ini jika tidak dilaksanakan akan di tuntut di akhirat kelak (Padang Masyar). Kerana itulah azief terlalu takut untuk berjanji setinggi langit, azief takut berjanji untuk mengapai bintang dilangit. kerana azief takut sangat dengan kemurkaan dan azab siksaan Allah S.W.T, sama ada di dunia, Alam Barzakh malah di Hari Pembalasan (Hari Kiamat) kelak. Kerana azief mendengar satu cerita yang selalu diingatkan oleh mak dan abah, ini juga turut dibuktikan dengan Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat tentang perkara yang kamu pimpin. (riwayat Muslim) Bergetar jiwa dan raga bila azief teringat kata-kata dan hadis ni, bayangkan jika azief ini terlupa dan alpa dengan apa yang azief miliki serta amanah yang azief pikul ini. Ya Allah, Janganlah Engkau pesongkan dan gelapkan hati aku, jiwa aku, malah perasaan dan permikiranku untuk mengabdikan diriku dalam memikul amanah yang aku sendiri inginkan. Engkau kuatkanlah semangatku agar aku sentiasa berada dalam keredhaanMu.. Amin..

Dengan hadis tersebut juga telah menunjukkan pemimpin adalah satu anugerah daripada Allah SWT. Anugerah ini bukanlah untuk kita memperolehi kemuliaan, namun ia merupakan satu amanah yang pastinya akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Secara zahirnya, setiap individu adalah pemimpin dalam kehidupannya, sama ada dia menjadi pemimpin kepada masyarakat, institusi, keluarga atau diri sendiri.
Azief juga takut jika selama azief memikul amanah ini ada rakan-rakan yang tidak menyenangi cara dan sikap diri azief ini. Azief harapkan teguran daripada rakan – rakan agar azief tahu silap dan salah azief selama ini sama ada sedar mahupun tidak sedar. Azief ini manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangan. Azief percaya pemimpin yang baik adalah dari pengikut yang baik. Pemimpin yang baik juga mampu mengawal dan mendengar kata-kata orang bawahanya.  Azief  takut sangat jika kata-kata dan ayat yang azief ucapkan secara sedar atau tidak banyak menguris hati sahabat dan kawan-kawan azief. Azief terbaca satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (riwayat Al‐Bukhari, bab Hifdz al‐Lisan, 11/256 , no 2988). Dengan hadis ini juga, kadang-kadang membuatkan azief menangis dan sedih, azief ini terlalu banyak bergurau dengan kawan-kawan. Memang hakikatnya niat untuk ketawa dan bergurau tapi azief takut niat azief untuk bergurau ini disimpan di dalam hati dan menguriskan hati kawan – kawan. Buat semua kawan-kawan dan sahabat azief, azief ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan membuatkan anda semua berkecil hati selama berkawan dengan azief. Maaf sangat2 ye..

Untuk bahagian ini azief ingin menjawab pertanyaan kawan2 yang bgthu tak segan ke bekerja dan menjadi exco dibawah Presiden dan Majlis Tertinggi yang muda. Jawapan azief mudah and senang. Bagi azief semua orang layak memimpin dan menjadi pemimpin kerana itu juga amanah Allah S.W.T buat diorang. So no hal ar.. hehe sebab macam azief cakap tadi pemimpin yang baik lahir dari pengikut yang baik. So azief percaya dan yakin kat diorang semua. Maybe umur azief lebih tua dari diorang (taklah tua sangat pun hahhahahahah) tapi tak semua perkara azief tahu so boleh jadikan sesuatu yang azief tak tahu menjadi ilmu yang berguna untuk azief pada masa akan datang. Buat semua rakan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UMS Sesi 2012/2013. Azief tak akan malu dan mencuba yang terbaik untuk menjadi exco yang baik bagi memudahkan kerja kita semua kerna suara dan kebajikan kawan-kawan adalah lebih penting daripada pangkat kita.. hehehe Good Luck ye semua. Azief sayang kat semua sangat2. Sekian saja buat kali ini dari azief. Semoga hari esok bila kita membuka mata untuk bangun subuh (jangan lupa ye bangun subuh) adalah lebih baik dari hari ini. hehehe. Selamat Malam Asslamualaikum


Thursday, 25 October 2012

Sambutan Dan Pengertian Pengorbanan



Asslamualaikum dan Salam Sejahtera Buat sekalian rakan dan sahabat. Dikesempatan ini azief ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua terutama sekali buat abah dan mak, adik dan abang, pak cik dan mak cik, atuk and nenek serta sekalian sahabat yang mengenali diri ini dengan doa semoga Allah swt mengembalikan umat Islam di serata dunia kepada kefahaman dan penghayatan Islam yang hakiki, membentuk kekuatan Iman, aqidah, kesatuan dan ukhuwwah dan mampu mengalahkan perancangan dan usaha pihak Kebatilan di serata pelusuk dunia. 

Untuk sekadar pengkongsian buat sekalian Sahabat sambutan Aidil Adha ini mengingat kita kembali peristiwa-peristiwa penting dalam Islam dan mengajak kita bangkit dan bertindak selari dengan pelbagai pengajaran antara yang saya ingat adalah Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail as, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus. Ketaatan Nabi Ismail dan ibunya Hajar dalam mendokong keputusan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah yang sangat berat ini adalah sebesar dan sehebat tanda dan kualiti Muslim yang dibina oleh Kekasih Allah S.W.T

Oleh itu azief ingin mengajak rakan-rakan dan sahabat untu kita bersama-sama  menghayati erti pengorbanan yang dilakukan oleh kekasih Allah S.W.T dalam kita mencari redha Allah S.W.T agar kita sentiasa berada di dalam barakallah Allah S.W.T. Sekian dari azief

Tuesday, 16 October 2012

TAMU GADANG KE-14







Monday, 2 April 2012

PTPTN MANSUH KE MANA KITA

Asslamulaikum dan salam perjuangan buat saudara tercinta baik saudara seagama mahupun saudara sekampus UMS kampus ceria. Mungkin hari ini saya akan menjelaskan kemana mahasiswa jika PTPTN dimansuhkan? Dan Berapa ramaikah mahasiswa yang bakal dilahirkan?
  

Mungkin ada seseorang dan sesetengah pihak telah menjanjikan jika mereka merampas putrajaya mereka akan memansuhkan PTPTN adakah mahasiswa yang bijak pandai hari ini percaya? Jika mereka orang yang mahu merampas PUTRAJAYA ini akan melaksanakan apa yang telah mereka janjikan. Kita lihat, kita perincikan sedalam-dalamnya apa yang mereka cuba katakan, Benarkah ia akan di perjuangkan atau mereka hanya mempolitikkan isu ini? Bagi saya secara jujur jika ia dimansuhkan adalah benar sayalah orang pertama yang akan menyokong kerana saaya telah berhutang sebanyak RM24 000 dan tidak termasuk lagi yuran pengurusan sebanyak 3%. Kalaulah betul ia akan dimansuhkan Alhamdulillah, Tapi saya bukan jenis cepat melenting dan terpengaruh dengan suara sampah yang cuba menarik perhatian seluruh warga mahasiswa yang ada di UMS mahupun di IPT seluruh Malaysia. Saya juga percaya mahasiswa semua tidak bodoh dan mempercayai kata-kata seorang yang pandai berkata-kata dan pandai menabur janji tapi buatnya tiada.
Kata-kata Ketua Pemuda PKR Tentang Pemansuhan PTPTN

Kalaulah mereka betul untuk memansuhkan PTPTN yang telah di wawarkan mengapa mereka tidak membuat dahulu di kolej dan universiti meraka sendiri seperti KUIS, UNISEL, KUIN dll. Bahkan saya rasa kesemua kolej dan universiti milik mereka telah mengenakan Yuran Pengajian sebanyak RM2000 –RM2500 per Semesta. Bagaimana saya tahu kenyataan demikan, kerna saya merupakan salah seorang alumni Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang mana merupakan salah satu kolej university milik kerajaan negeri Selangor. Yang mana tempat salah seorang penyokong kuat untuk memansuhkan PTPTN ini. Persoalan saya, kenapa mereka tidak mahu memulakan dan membuktikan kata-kata mereka ini bukan kata-kata kosong, tetapi tidak sebenarnya mereka hanya mampu pandai berkata-kata sahaja. Kerana merka tidak ada modal untuk menang isu, dan meraka tidak mempunyai modal untuk menarik undi golongan muda selain mencanangkan kepada semua bahawa meka akan memasuhkan PTPTN jika mereka dapat menawan PUTRAJAYA.

Ini merupakan  Statement Yuran Pengajian Di KUIS.

Saya hanya takut mahasiswa yang bijak pandai pada hari ini ditipu hidup-hidup dengan statement orang yang mahukan undi kita sahaja bukan menjaga kebajikan kita sebagai Mahasiswa. Bayangkanlah jika mereka berjaya menewan PUTRAJAYA, adakah anda yakin mereka akan memansuhkan semua PTPTN dan meraka sanggup membatalkan perjanjian PTPTN yang sudah lepas? Cuba anda dan rakan2 yang bijak pandai hari ini fikirkan anda yakin dengan tindakkan mereka. Kalau mereka ikhlas untuk berbuat begitu sekali lagi saya tegaskan kenapa mereka tidak buat dahulu di university milik mereka kenapa mesti menunggu masa mereka berada di PUTRAJAYA.

Jika meraka lakukan dan memansuhkan PTPTN ini, baikkah nasib adik2 kita nanti? Adakah mereka berpeluang untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi? Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya memberi persolan sedemikian, Betul tak? Heheh Mari saya bawa anda apa yang cuba saya maksudkan. Sebenarnya macam ini, dalam masa 1-5 tahun benda itu mungkin tidak akan Nampak kesannya tapi jika mereka terpaksa menanggung beban hutang untuk membayar yuran dan memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, saya rasa meraka akan mengurangkan kadar kemasukkan pelajar di disekolah dan malah di university kerana mereka mahu mengurangkan beban kewangan mereka. Jadi, berapa ramai yang akan ke university dan berpa ramai pula yang akan terus terpinggir dari mendapatkan peluang untuk mendapat tempat untuk menyambung pengajian mereka?. Mungkin kita semua tidak terfikir sejauh itu. Saya tidak gentar dan tidak kisah untuk membayar RM24 000 dan 3% Yuran pengurusan PTPTN dan saya tidak gentar untuk melakukan sedemikian dari membiarkan anak-bangsa saya, tidak kiralah, cina, melayu, india dan peribumi sabah dan serawak asalkan mereka terus diberi peluang untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dengan kadar yuran yang berpatutan. 


Jika dibandingkan Yuran Pengajian dan Yuran Perperiksaan yang di keluarkan oleh Universiti Milik kerajaan negeri adalah lebih mahal daripada RM1200- RM1500 Per Semester yang termasuk yuran penginapan. So bagi pendapat sayalah, jika duit itu digunakan untuk kebajikan rakyat, seperti pembinaa sekolah, hospital dll, adalah lebih berbaloi untuk rakyat. Sepatutnya bagi saya mahasiswa yang memperjuangkan pemansuhan PTPTN ini adalah lebih baik jika mereka memperjuangkan untuk menghapuskan kos2 pentadbiran dan faedah pinjaman yang di caj oleh PTPTN bukanlah menghapuskan sepenuhnya. Itulah dinamakan perjuangan bukan hanya mampu mencipta retorik semata-mata.

Saya just mampu untuk menasihatkan kawan2 saya,adik2 saya, teman2 saya. Jangan mudah percaya dengan sesiapa yang cuba memberikan kita kebaikkan, tetapi kita fikir apa yang cuba mereka mahukan dari kite semua sebagai golongan muda. Jangan kerana mahukan kesenangan sehingga kita mahu korbankan peluang rakan2  kita, adik2 kita, anak2 saudara kita yang masih di bangku sekolah. Jangan kita menjadi seperti peribahasa melayu, Yang Di kendung Keciciran dan yang di kejar tidak dapat.


Malaysia Cheap Web Hosting