Asslamualaikum dan Salam Sejahtera Buat sekalian rakan dan sahabat. Dikesempatan ini azief ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua terutama sekali buat abah dan mak, adik dan abang, pak cik dan mak cik, atuk and nenek serta sekalian sahabat yang mengenali diri ini dengan doa semoga Allah swt mengembalikan umat Islam di serata dunia kepada kefahaman dan penghayatan Islam yang hakiki, membentuk kekuatan Iman, aqidah, kesatuan dan ukhuwwah dan mampu mengalahkan perancangan dan usaha pihak Kebatilan di serata pelusuk dunia.
Untuk sekadar pengkongsian buat sekalian Sahabat sambutan Aidil Adha ini mengingat kita kembali peristiwa-peristiwa penting dalam Islam dan mengajak kita bangkit dan bertindak selari dengan pelbagai pengajaran antara yang saya ingat adalah Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail as, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus. Ketaatan Nabi Ismail dan ibunya Hajar dalam mendokong keputusan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah yang sangat berat ini adalah sebesar dan sehebat tanda dan kualiti Muslim yang dibina oleh Kekasih Allah S.W.T
Oleh itu azief ingin mengajak rakan-rakan dan sahabat untu kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan yang dilakukan oleh kekasih Allah S.W.T dalam kita mencari redha Allah S.W.T agar kita sentiasa berada di dalam barakallah Allah S.W.T. Sekian dari azief
0 comments:
Post a Comment