Hari ini merupakan hari yang ke-34 Azief memikul amanah Allah S.W.T dan Sahabat sekalian sejak azief memenangi Pilihan raya Kampus Universiti Malaysia Sabah (PRK UMS) sebulan yang lalu. Memang rakan-rakan sekalian maklum menjadi pemimpin bukan kerja yang mudah, bagi azief pemimpin bukan sahaja pandai untuk menuturkan kata-kata, bukan hanya pandai menabur janji untuk mendapatkan perhatian dan sokongan rakan-rakan tetapi sebagai pemimpin, kita akan berhadapan dengan 1001 kemungkinan seperti difitnah, dibenci, dicaci malah dimaki oleh individu mahupun kumpulan yang kurang yakin dan percaya pada kerja kita.

Dengan hadis tersebut juga telah menunjukkan pemimpin adalah satu anugerah daripada Allah SWT. Anugerah ini bukanlah untuk kita memperolehi kemuliaan, namun ia merupakan satu amanah yang pastinya akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Secara zahirnya, setiap individu adalah pemimpin dalam kehidupannya, sama ada dia menjadi pemimpin kepada masyarakat, institusi, keluarga atau diri sendiri.
Azief juga takut jika selama azief memikul amanah ini ada rakan-rakan yang tidak menyenangi cara dan sikap diri azief ini. Azief harapkan teguran daripada rakan – rakan agar azief tahu silap dan salah azief selama ini sama ada sedar mahupun tidak sedar. Azief ini manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangan. Azief percaya pemimpin yang baik adalah dari pengikut yang baik. Pemimpin yang baik juga mampu mengawal dan mendengar kata-kata orang bawahanya. Azief takut sangat jika kata-kata dan ayat yang azief ucapkan secara sedar atau tidak banyak menguris hati sahabat dan kawan-kawan azief. Azief terbaca satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (riwayat Al‐Bukhari, bab Hifdz al‐Lisan, 11/256 , no 2988). Dengan hadis ini juga, kadang-kadang membuatkan azief menangis dan sedih, azief ini terlalu banyak bergurau dengan kawan-kawan. Memang hakikatnya niat untuk ketawa dan bergurau tapi azief takut niat azief untuk bergurau ini disimpan di dalam hati dan menguriskan hati kawan – kawan. Buat semua kawan-kawan dan sahabat azief, azief ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan membuatkan anda semua berkecil hati selama berkawan dengan azief. Maaf sangat2 ye..
Untuk bahagian ini azief ingin menjawab pertanyaan kawan2 yang bgthu tak segan ke bekerja dan menjadi exco dibawah Presiden dan Majlis Tertinggi yang muda. Jawapan azief mudah and senang. Bagi azief semua orang layak memimpin dan menjadi pemimpin kerana itu juga amanah Allah S.W.T buat diorang. So no hal ar.. hehe sebab macam azief cakap tadi pemimpin yang baik lahir dari pengikut yang baik. So azief percaya dan yakin kat diorang semua. Maybe umur azief lebih tua dari diorang (taklah tua sangat pun hahhahahahah) tapi tak semua perkara azief tahu so boleh jadikan sesuatu yang azief tak tahu menjadi ilmu yang berguna untuk azief pada masa akan datang. Buat semua rakan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UMS Sesi 2012/2013. Azief tak akan malu dan mencuba yang terbaik untuk menjadi exco yang baik bagi memudahkan kerja kita semua kerna suara dan kebajikan kawan-kawan adalah lebih penting daripada pangkat kita.. hehehe Good Luck ye semua. Azief sayang kat semua sangat2. Sekian saja buat kali ini dari azief. Semoga hari esok bila kita membuka mata untuk bangun subuh (jangan lupa ye bangun subuh) adalah lebih baik dari hari ini. hehehe. Selamat Malam Asslamualaikum
0 comments:
Post a Comment