“Mahasiswa orang asli perlu berdaya saing untuk mengubah pemikiran masyarakat sekeliling” Itu adalah kata-kata yang saya pegang sehingga hari ini dalam meniti perjuangan. Alhamdulillah berkat doa mak abah, keluarga serta rakan-rakan di kampus saya telah memenangi Pilihanraya Kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2012/2013 di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ramai kawan-kawan yang tidak mengetahui bahawa saya merupakan salah seorang mahasiswa orang asli berketurunan Kuala berasal daripada Kampung Orang Asli Seri Pantai Senggarang Batu Pahat, Johor. Bagi saya selaku mahasiswa orang asli juga boleh memikul amanah dan tanggungjawab dalam bergiat aktif dalam dunia kepimpinan mahasiswa. Saya juga ingin membuktikan bahawa orang asli juga layak di angkat sebagai pemimpin yang cemerlang dalam menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak iaitu Satu Tranforamasi yang saya adaptasikan sebagai mentranformasikan minda dan pemikiran masyarakat orang asli kearah kecemerlangan dan berkebolehan menjadi seorang pemimpin. Saya berasa amat bersyukur dengan amanah yang telah dipertangungjawabkan kepada saya sebagai seorang Exco 1 Malaysia pada Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013 Universiti Malaysia Sabah.
Melihat kepada reaiti yang berlaku di Malaysia, kebanyakan masarakat orang asli di tanah semenanjung Malaysia tidak berani untuk tampil kehadapan masyarakat. Kebanyakan masarakat orang asli tampil dengan identiti lain iaitu mengakui bahawa mereka juga rumpun melayu dan realitinya mereka tidak mendedahkan siapa diri mereka di khalayak ramai. Kenapa pekara sedemikian berlaku? Hal ini kerana segelintir masyarakat khususnya yang berada disekililing masyarakat orang asli kurang menerima masyarakat orang asli ini dengan baik. Mentaliti sebilangan masyarakat sekitar terhadap orang asli adalah rendah dan mereka mengangap bahawa orang asli tidak setaraf dengan kedudukan mereka. Justeru, pekara ini menyebabkan kebanyakkan masyarakat orang asli tidak berani tampil dengan identiti mereka kerana mereka khuatir akan disisihkan oleh masyarakat sekeliling.
Pekara tersebut sebenarnya menyebabkan masyarakat orang asli merasa rendah diri terhadap identiti mereka sehingga mereka tidak berani untuk menonjol dengan identiti sebagai mahasiswa orang asli. Namun sedar ataupun tidak, pada hari ini, terdapat masyarakat orang asli yang turut berjaya disebalik dilemma tersebut. Mereka meraih kejayaan dengan usaha gigih meeka sehingga mampu menjadi insan yang berjasa kepada negara.
Saya teringat akan sebuah kisah, yang mana saya sendiri yang merupakan mahasiswa orang asli yang kini menuntut di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Hubungan Antarabangsa. Dahulunya, saya merupakan seorang pelajar yang kurang mendapat perhatian di sekolah. Keadaan tersebut menyebabkan beliau merasa rendah diri dan pernah ingin mengambil keputusan untuk tidak mahu ke sekolah lagi kerana sering dicerca dan dihina sebagai pelajar orang asli oleh rakan-rakan. Pendek kata, apa sahaja yang dilakukan oleh pelajar orang asli semuanya buruk. Lantaran dari cercaan itu jiwa saya memberontak untuk mendapatkan perhatian masyarakat lain. Akhirnya saya bertekad untuk mengubah pemikiran masyarakat lain terhadap orang asli dengan berlajar bersungguh dengan melanjutkan pengajian tinggi swasta (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) dan Alhamdulillah setelah tamat pengajian di IPTS saya telah di tawarkan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA. Ramai kawan-kawan dan guru saya tidak menyangka saya akan berada di tempat ini sekarang dan saya mampu buktikan kepada mereka saya juga mampu berjaya untuk mengubah pemikiran masyarakat tentang orang asli.
Namun pada hari ini, sepatutnya dua pekara yang dianggap sebagai kekangan kejayaan orang asli perlu dilihat dari sudut positif. Pertama berkaitan dengan soal identiti, jika masyarakat sekeliling menafikan kedudukan masyarakat orang asli, maka pekara yang perlu dilakukan ialah masayarakat orang asli itu sendiri perlu meningkatkan cara hidup dan pemikiran mereka. Maksudnya masyarakat orang asli perlu menunjukkan bahawa peribadi mereka mempunyai nilai nilai yang jauh lebih baik daripada masyarakat sekeliling mereka. Masyarakat orang asli perlu meningkatkan amalan hidup, taraf pemikiran mereka dan mengangap faktor disisihkan oleh masyarakat sekitar bukan dilihat sebagai alasan kita melakar kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Jangan disebabkan mereka tidak disenangi oleh orang sekitar, maka mereka terus berdiam diri dan tidak berani menunjukkan siapa diri mereka yang sebenar serta terus tengelam dalam meniti arus kemodenan. Oleh itu, rakan-rakan pelajar dan mahasiswa orang asli seharusnya melihat pekara tersebut perlulah dilihat sebagai cabaran bagi mahasiswa orang asli untuk mencapai tahap ketamadunan kehidupan yang gemilang.
Buat renungkan adik-adik dan seluruh mahasiswa dan pelajar orang asli yang lain. Kita seharusnya berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan kejayaan dalam genggaman kita dalam membuka pemikiran masyarakat mengenai bangsa kita. Buat rakan-rakan mahasiswa orang asli sudah sampai masanya untuk kita mengubah pemikiran masyarakat kita untuk terus bersaing dalam mendapatkan kejayaan yang cemerlang. Kerana saya sering mengingati firman Allah S.W.T yang berbunyi “aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan ia mengubah nasib kaumnya sendiri”. Oleh itu marilah kita, berubah dan memacu pemikiran kita kearah yang lebih baik demi bangsa dan negara kita sendiri.
0 comments:
Post a Comment