Tuesday, 23 August 2011

MENITI KEMENANGAN DAN KEREDHAAN YANG TIDAK TERNILAI



Assalamualaikum dan salam kemenangan serta salam kemerdekaan buat semua..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi kita semua peluang dalam meraikan kedatangan Bulan Syawal yang bakal kita lalui tidak lama lagi, mungkin seminggu  lagi malah tinggal beberapa hari lagi dalam kita menanti kedatangan Bulan Syawal kali ini. Kalau kanak-kanak sibuk menyiapkan poket yang besar untuk mengumpul duit raya, bagi kita kemaafan adalah perkara yang mampu kita lakukan dalam menanti kedatangan Bulan yang mulia.

Bulan Syawal ini, bagi saya merupakan bukan kemenangan buat kita kerana telah berjaya  melalukan ibadah puasa yang penuh dengan dugaan dan kesabaran buat kita selaku manusia biasa yang tidak dapat  lari dari melakukan kesilapan dan adakala terlalu mengikut nafsu. Biarlah apa sahaja yang kita lakukan baik dalam perbuatan mahupun pertuturan dalam menahan nafsu manusia yang berbagai-bagai.

Disamping kita membuat persiapan dalam merayakan kedatangan Bulan Syawal yang mulia ini adakala hati ini rasa terharu dan sedih kerana takut Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, minggu hadapan malah tahun hadapan. Persoalannya adakah kita layak diberikan peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan akan datang, kerana kita sendiri tidak tahu apakah amalan yang kita lakukan ini sudah cukup membuatkan kita berasa berbangga untuk berhadapan dengan Allah S.W.T. Semoga kita tidak mengalah dalam memanjatkan doa agar kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Kedatangan bulan Ramadhan yang akan datang.

Dalam kita tidak sabar menanti kedatangan bulan Syawal kali ini, kita jangan lupa pada orang yang tidak mampu, berilah apa sahaja dan semampu yang boleh kita lakukan dalam meringankan beban mereka yang kurang mampu. Mungkin ada yang tidak mampu memberi wang ringgit, tapi mereka boleh memberikan dengan cara yang lain seperti mengundang mereka untuk merayakan kedatangan syawal walaupun penuh dengan kesederhanaan.Itupun sudah cukup buat mereka. Banyak lagi cara kita untuk merayakan kedatangan syawal bersama masyarakat yang kurang mampu.Bak kata perpatah melayu, “BERAT SAMA DI PIKUL , RINGAN SAMA DI JINJING” Mungkin dengan cara ini kita semua mampu meringankan beban mereka seadanya. Insya Allah.

Rasanya sampai disini sahaja dapat saya kongsikan buat saudara mara, sahabat serta rakan-rakan yang amat saya sayangi. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa buat semua, Halalkan makan minum saya sepanjang perkenalan kita semua. Akhir kalam salam sayang pengganti diri.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI SAYA DAN KELUARGA

Saturday, 20 August 2011

Kelebihan Malam 1001 Bulan (Malam Lailatulqadar)



Alhamdulillah, roh kita masih berada di dalam dakapan jasad kita. Syukur kerana kita masih diberi peluang untuk melihat keindahan dunia ciptaan Allah Yang Maha Esa. Yang peling kita selalu lupa ialah masih diberi peluang untuk perbanyakkan ibadah dan masih diberi peluang untuk bertaubat.

Kita seharusnya bersyukur kerana kita kini masih diberi peluang untuk berada di hujung bulan yang penuh mendatangkan kerberkatan bagi kita selaku hambaNya yang mengharapkan keampunan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Setelah hampir sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan minum serta di hujani dengan ujian dan kesabaran yang adakala membuatkan kita mengeluh. Kita tetap juga tempuh demi mendapatkan keberkatan dan keistimewaan yang telah dijanjikan oleh Allah.S.W.T didunia dan di akhirat kelak.

Terlalu panjang mukadimah yang ingin saya taipkan dilaman ini.Oleh itu baik kiranya saya ringkaskan bahawa malam yang ingin saya cuba ceritakan kepada pembaca ialah malam lailatulqadar yang di yakini bersamaan dengan 1001 bulan. Ramai yang terlupa atau tidak tahu atau hanya tahu nama tapi tak tahu kelebihanNya. Oleh itu saya ingin berkongsi ilmu yang saya tahu melalui bacaan di buku dan paparan rangkaian sesawang ini.

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya:
 "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya:
 "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: 
"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: 
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Saya rasa ini saja yang dapat saya kongsikan kepada anda semua..Mungkin dalam coretan ini mempunyai banyak kesalahan ejaan. mungkin kerana asyik menaip sampai tidak sedar adanya kesalahan tersebut. Saya memohon maaf jika mengganggu kelapangan masaMu. Kerana bagi saya yang baik dan cantik adalah milik Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri selaku manusia yang lemah.

Saturday, 2 April 2011

Besarnya Dugaan Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.


Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan dan pangkat yang bersifat sementara itu. Sehingga kita mampu membunuh sekeping hati yang yang suci dalam menentukan kekhlasan. Dalam mencari redha Allah.S.W.T. Demi mengenalkan dan berbicara dengan hati, adakala sehingga kita mampu menangis. Kita fikir dengan tangisan itu mampu mengubatkan kekecewaan dalam hati.

Antara nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati yang terlalu ikhlas, dan hati juga merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia.

 Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW:

“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Hatilah juga dikatakan punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya, memalukan saudaranya, dan menyakitkan hati orang yang menyintai dan menyayanginya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.

Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.

Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

“ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.



Sungguh besar nikmat hati yang Allah S.W.T beri kepada kita, tetapi mengapa masih ada manusia yang sanggup membunuhkan sekeping hati yang tidak berdosa, sehingga hati menjadi tidak tenang dalam kedudukan sebagai fitrah yang dilakukan oleh hati. Betul juga dikata orang, Dengan hati yang berhawa nafsu manpu mengubah Malaikat Menjadi Iblis, Manusia menjadi Syaitan, Ulama menjadi Penjenayah.. Masya Allah, begini besar dugaan Allah S.W.T memberikan kita sekeping hati.

Wahai sahabat yang di cintai, Maafkan daku, kerana dikala hati ini mengis, memang tiada siapa yang tahu dan ambil peduli. Mungkin kerna hati yang di simpan masih belum cukup untuk mencari dan menilai nikmat dalam mendapat redha Allah..

Tuesday, 29 March 2011

Politik Yang Tidak Matangan Punca Kepada Perbalahan Mahasiswa Dan Masyarakat.

Perbezaan pendapat dan idealogi mengenai sesuatu isu ataupun sesuatu perjuangan menyebabkan semangat perpaduan sesama masyarakat mahapun mahasiswa akan terhakis. Implikasnya, muncul pelbagai keadaan negatif dalam kehidupan bermasyarakat seperti fitnah, prasangka buruk, cabar-mencabar, hasad dengki, dendam dan mendedah keaiban orang lain. Bukan saya menidakkan politik dalam Islam, tetapi cara penyampaian politik itu sendiri lebih kepada bersifat individu atau memperjuangkan suara rakyat. Cuba kita teliti bagai mna politik yang telah dimainkan dan dibawakan oleh Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Kerana Baginda telah mengamalkan satu pembawakan yang baik, dalam politik yang dilaksanakan oleh baginda tidak dilihat malah di dengar ketika berpolitik nabi mengfitnah, cabar mencabar, tidak bersatu dalam kabinetnya. Itu adalah satu cara yang perlu kita contohi. Bukan orang yang sanggup jatuh menjatuhkan, benci membenci, perang memerangi, musuh memusuhi sehingga mengenepikan hukum hakam Allah S.W.T Mahasiswa mahupun masyarakat perlu mengelak sebarang perselisihan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian terbaik bagi merapatkan kembali ikatan perpaduan sesama masyarkat dan mahasiswa. Firman Allah yang bermaksud:

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu)."
(Surah al-Hujurat, ayat 10).

Cuba kita, selaku golongan yang terpelajar fikir kesan daripada pertelagahan ini sehingga diberi peringatan di dalam Al-Quran, bahawa setiap apa yang kita perjuangkan adalah sama cuma jalan yang kita pilih saja yang berlainan dalam mencapai matlamat yang sebenar. Kesannya dari kita berpecah belah adalah seperti perstiwa 13 MEI adakah anda ingat dengan tarikh itu?? Apa yang terjadi ketika itu?? Berapa banyakah nyawa yang terkorban ketika itu?? Kerana perpecahan yang tidak di ingin inilah punca kepada masalah itu. Itu sebab Ayat Al-Quran di atas telah mengariskan, penyatuan dalam sesuatu masyarakat khususnya sesama Islam. Jika kita lihat pula keadaan sekarang umat Islam, tidak payah kita lihat terlalu jauh, kita lihat saja di Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini. Orang Islam semasa Islam bertelagah dalam memperjuangkan ideology masing-masing sehingga mengfitnah, contohnya ketika rapat umum prk kampus ada pihak yang mengatakan seorang calon yang bertanding tidur bersekedudukan dengan lelaki yang bukan muhrim. Dengan cara ini ke yang kita hendak perjuangkan ideologi kita untuk mentadbir masyarakat? Fikir-fikirkanlah dengan baik anda semua sudah matang.

Politik juga tidak dapat dipisahkan dengan Islam yang bersifat syumul (sempurna) dalam segenap perkara yang membabitkan urusan dunia dan akhirat. Namun, jika masyarakat mahupun mahasiswa terus merenggangkan perbezaan fahaman politik masing-masing, maka akan tercetuslah perpecahan ummah yang mampu melemahkan kekuatan Islam malah perpaduan kaun yang telah kita nikmati sekian lama. Lebih teruk jika perjuangan politik hanyalah semata-mata untuk kedudukan serta kepentingan peribadi. Walaupun bertujuan baik, keadaan yang sesak dalam suasana yang berhimpun padat itu akan mewujudkan situasi kurang sopan yang mencerminkan budaya yang tidak sihat. Ini memudahkan musuh mencatur agenda memusnahkan perpaduan yang ada pada negara kita. Dari perkara yang telah diketahui akan berlaku ini maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantah (berselisihan), kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu." (Surah al-Anfal, ayat 46).

Dari ayat Al-Quran yang telah azief berikan ini yang diambil dari satu blog ulamak sebagai sumber rujukkan penulisan azief ini, mari kita berfikir macam mana jatuhnya sesebuah kerajaan yang besar pada ketika dulu seperti Kerajaan Melaka, Kerajaan Majapahit,Kerajaan Islam di Andalusia dan lain-lain kerajaan besar yang telah jatuh. Mengapakah kerajaan yang begini kuat boleh jatuh tertiarap malah hilang di pandangan dunia. Salah Satunya adalah perpecahan dalam masyarakat dan pemimpinnya ketika itu.

Ada yang lebih pentinting untuk kita ketahui tentang demontrasi yang dilakukan oleh sesetengah pemimpin, masyarakat dan dikalangan pelajar dalam mencari suatu cara memperjuangan ideology politik masing-masing. Tujuan berdemonstrasi harus jelas dan menjamin impak terbaik buat semua. Jika sekadar wadah bagi mengumpul kekuatan dan menunjukkan kehebatan diri sendiri, ia menyalahi tuntutan Islam. Apakah sudah tiada jalan penyelesaian terbaik bagi menangani sesuatu isu selain berdemonstrasi? Cuba kita fikir-fikirkan kesan yang bakal kita dapat dari persepsi masyarakat mahupun dikalangan mahasiswa yang lain. Sebab kita ini boleh dikategerikan sebagai golongan yang terpelajar. Kita masih dikurniakan akal untuk berfikir dan dikurniakan mata untuk melihat mengapa masih lagi berjuang mengikut nafsu dan perasaan? Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak membiarkan ia dizalimi. Barang siapa yang berusaha untuk memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan membantu dan mempermudahkan hajatnya."
(Hadis riwayat Muslim).

Allah berfirman yang bermaksud:

"Wahai orang beriman, janganlah sesuatu puak dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk."
(Surah al-Hujurat, ayat 11).

Jika dilihat secara positif, terdapat beberapa cara yang dituntut Islam bagi menyuarakan sesuatu pendapat atau mengajak manusia ke arah kebaikan. Contohnya, apabila Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun menemui Firaun bagi menerima keesaan Allah, lalu diperintah mereka menuturkan kata-kata yang lembut dan bukan dengan angkuh atau menggunakan kekerasan. Firman Allah yang bermaksud:

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut."
(Surah Toha, ayat 43-44).

Konsep tegur-menegur secara berhikmah dan berhemah adalah sesuatu yang amat indah bagi menggambarkan keindahan Islam itu sendiri. Rasulullah s.a.w pernah bersabda berkaitan perihal menegur pemimpin yang antara lain bermaksud.

"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan.Tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan nasihatilah dia secara sembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) sudah melaksanakan tanggungjawabnya."
(Hadis riwayat Ahmad).

Budaya demonstrasi perlu dibendung agar ia tidak menjadi acuan serta budaya dalam masyarakat di negara ini. Jika budaya ini menular, masyarakat mahupun mahasiswa dan anak-nak mudah memberontak kepada kedua orang tuanya, murid cepat melenting dengan gurunya malah pekerja tiada kerja lain melainkan mahu menunjuk perasaan kepada majikannya sahaja. Demonstrasi keterlaluan akan menyebabkan nama negara tercemar di mata dunia serta kepimpinan negara mendapat aib yang besar.

Saturday, 26 March 2011

Tawakal Jalan Terbaik Hadapi Dugaan Hidup


Kita selalu mendengar keluhan sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan adakah ini lumrah dalam percaturan dunia atau lebih kepada dugaan Allah kepada manusia. Azief bawakan anda semua dengan firman Allah yang bermaksud: 

"Aku tidak akan menduga seseorang hambaku, dengan dugaan yang tidak mampu mereka dia tanggung." 

Melalui firman Allah S.W.T ini dapatlah azief beri gambaran bahawa Allah maha mengetahui dengan apa yang telah Dia berikan pada kita, So Mustahil Allah akan menerunkan dugaan yang tidak dapat kita lalui, kerana itu janji Allah berdasarkan firmannya. Cuma kita sahaja yang tahu dan perlu mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Dakala manusia ini iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat. Hakikatnya, inilah asam garam dalam meniti kehidupan dunia yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah (pemimpin) di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah diri kita sendiri terhadap sesuatu perkara. Berfikirlah secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.Kerana Allah juga pernah berjanji dalam firmanNya yang bermaksud:

"Aku tidak akan mengubah nasid sesuatu hambaku melain dia yang mampu mengubah nasibnya sendiri"

Berdasarkan firman dan janji Allah di atas cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus? Jawapan yang lebih tepat bagi persoalan ini adalah "USAHA" dimana setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan yang ada pada setiap individu dalam masyarakat, cuma sejauh mna mereka berusaha dan bertawakal. Azief bagi anda satu contoh yang begitu muda untuk difahami: Ada seorang pelajar A dan seorang lagi pelajar B, Pelajar A selalu menunaikan solat dan tidak penah berusaha dalam pelajarannya kerana dia percaya dengan kekuasaan Allah akan memberikan dia kejayaan. Manakala Perlajar B selalu menunaikan solat, berusaha dalkam pelajarannya untuk  mengubah masa depannya dan keluarganya di samping dia bertawakal kepada Allah. Satu Hari Pelajar A telah gagal dalam peperiksaannya dan menyalahkan ketentuan Allah, kerana dia selalu berdoa. Manakala pelajar B berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaannya. Adakah pelajar A wajar melalukan tindakkan sedemikian? kita bebalik dengan janji Allah dalam firmannya di atas. Cukup jelas maksud firman Allah itu. Cuma kita sahaja yang membuat percaturan dan penyelesaian yang berbeza-beza. Kerana setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
 (Surah an-Nahl, ayat 18)

Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT. Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka. Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita. Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.”
 (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian. Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.”
 (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasanNya. Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’. Dan janganlah kita menjadi seperti Pak Pandir dan Mak Andir dalam melakukan perbuatan bodoh tanpa perlu berfikir.. Kerana manusia ini dapat dibezakan dengan Haiwan adalah dengan akal.

Friday, 25 March 2011

Berjanji: Permata atau Sampah

Dalam membuat perceritaan ini mungkin ada yang terasa kedudukan dan pangkat membuatkan mereka boleh beroleh sombong dan takbur dengan apa yang mereka miliki. Kita silap menilai yang mana rakan dan yang mana musuh. Ramai orang yang tidak mengerti mengapa setiap orang itu diletakkan diatas mahupun berada di dalam kedudukkan yang rendah dalam kata lain orang yang di letak dalam kedudukan yang terbawah. 

Tapi kita kena ingat dalam mengatur setiap perjuang dan mengorak langkah dalam mencari dan meniti rahmat Allah adalah satu perkara yang mesti kita pegang hingga dihujung kejatuhan atau kehujung kejayaan. Pelikan bunyinya.Tapi jika kamu tidak mengerti tetang ini bacalah dengan hari yang amat terbuka nescaya kita akan dapat memahami sesuatu perkara dengan baik.

Dalam kita menilai seoarang pemimpin yang sama ada baik dan buruk, azief melihat pemimpin yang baik adalah seorang pemimpin yang menjadi pendengar yang terbaik kepada anak buah atau masyarakat pimpinannya dalam sesuatu masyarakat mahupun mahasiswa itu sendiri. Azief teringat satu hadith yang telah diriwayatkan oleh Muslim beliau pernah mendengar Rasullullah s.a.w bahawa baginda bersabda yang bermaksud:

 ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu.

Dalam kita menilai apa yang cuba dimaksudkan oleh Rasullullah s.a.w bahawa baginda telah menerang cara untuk menjadi pemimpin yang baik, dengan hanya menjadi pendengar, kerana mereka di pilih di atas menjaga kebajikan masyarakat pimpinannya. Bukanlah pemimpi yang sukar mendengar masalah masyarakatnya. 

Diatas dasar ini azief ingin betulkan, bahawa sebagai peminpin yang menerima janji atau membuat janji adalah perkara yang terpenting untuk di tepati oleh segenap peminpin. Tak mahulah pemimpin yang pandai bermain drama-drama bagai drama Senetron Indonesia. Kalau betullah mereka sedang bermain dengan drama. Azief persoalkan babak apa yang kamu permainkan. Apa tujuan kamu melakonkan babak ini? Tapi sayang babak yang cuba kamu lakukan adalah babak yang telah menunjukkan siapa kamu yang sebenar.

Sebagai, sahabat walaupun taraf azief ini mungkin di anggap serendah sampah dan kamu adalah secantik permata, "Yes" memang besar jurang kita, bak kata orang dulu "Enggang dan pipit, manakah boleh terbang bersama. Betul Ke? hhahahahahhaha dah lama tak mengunakan prosa-prosa klasik. Azief tahu azief tak layak untuk berkawan dengan kamu kerana kedudukkan kamu, Tapi. azief tidak tahu dalam keadaan ini siapa yang silap atau membuat silap? Azief ada terbaca satu hadith yang cukup menarik untuk dikongsikan agar kita semua sedar siapa kita di marhas Allah.

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, 

Bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”.
 (Hadith riwayat Muslim).

Untuk menyamakan azief dengan hadith ini adalah satu perkara yang tidak akan berlaku tetapi tidak tidak mustahil untuk dilakukan. Apa yang penting biarlah Allah sahaja menilai keadaan ini. 

Tuesday, 22 March 2011

BAGAIMANA BERCINTA DALAM ISLAM?

Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
Malaysia Cheap Web Hosting