Monday, 2 April 2012

PTPTN MANSUH KE MANA KITA

Asslamulaikum dan salam perjuangan buat saudara tercinta baik saudara seagama mahupun saudara sekampus UMS kampus ceria. Mungkin hari ini saya akan menjelaskan kemana mahasiswa jika PTPTN dimansuhkan? Dan Berapa ramaikah mahasiswa yang bakal dilahirkan?
  

Mungkin ada seseorang dan sesetengah pihak telah menjanjikan jika mereka merampas putrajaya mereka akan memansuhkan PTPTN adakah mahasiswa yang bijak pandai hari ini percaya? Jika mereka orang yang mahu merampas PUTRAJAYA ini akan melaksanakan apa yang telah mereka janjikan. Kita lihat, kita perincikan sedalam-dalamnya apa yang mereka cuba katakan, Benarkah ia akan di perjuangkan atau mereka hanya mempolitikkan isu ini? Bagi saya secara jujur jika ia dimansuhkan adalah benar sayalah orang pertama yang akan menyokong kerana saaya telah berhutang sebanyak RM24 000 dan tidak termasuk lagi yuran pengurusan sebanyak 3%. Kalaulah betul ia akan dimansuhkan Alhamdulillah, Tapi saya bukan jenis cepat melenting dan terpengaruh dengan suara sampah yang cuba menarik perhatian seluruh warga mahasiswa yang ada di UMS mahupun di IPT seluruh Malaysia. Saya juga percaya mahasiswa semua tidak bodoh dan mempercayai kata-kata seorang yang pandai berkata-kata dan pandai menabur janji tapi buatnya tiada.
Kata-kata Ketua Pemuda PKR Tentang Pemansuhan PTPTN

Kalaulah mereka betul untuk memansuhkan PTPTN yang telah di wawarkan mengapa mereka tidak membuat dahulu di kolej dan universiti meraka sendiri seperti KUIS, UNISEL, KUIN dll. Bahkan saya rasa kesemua kolej dan universiti milik mereka telah mengenakan Yuran Pengajian sebanyak RM2000 –RM2500 per Semesta. Bagaimana saya tahu kenyataan demikan, kerna saya merupakan salah seorang alumni Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang mana merupakan salah satu kolej university milik kerajaan negeri Selangor. Yang mana tempat salah seorang penyokong kuat untuk memansuhkan PTPTN ini. Persoalan saya, kenapa mereka tidak mahu memulakan dan membuktikan kata-kata mereka ini bukan kata-kata kosong, tetapi tidak sebenarnya mereka hanya mampu pandai berkata-kata sahaja. Kerana merka tidak ada modal untuk menang isu, dan meraka tidak mempunyai modal untuk menarik undi golongan muda selain mencanangkan kepada semua bahawa meka akan memasuhkan PTPTN jika mereka dapat menawan PUTRAJAYA.

Ini merupakan  Statement Yuran Pengajian Di KUIS.

Saya hanya takut mahasiswa yang bijak pandai pada hari ini ditipu hidup-hidup dengan statement orang yang mahukan undi kita sahaja bukan menjaga kebajikan kita sebagai Mahasiswa. Bayangkanlah jika mereka berjaya menewan PUTRAJAYA, adakah anda yakin mereka akan memansuhkan semua PTPTN dan meraka sanggup membatalkan perjanjian PTPTN yang sudah lepas? Cuba anda dan rakan2 yang bijak pandai hari ini fikirkan anda yakin dengan tindakkan mereka. Kalau mereka ikhlas untuk berbuat begitu sekali lagi saya tegaskan kenapa mereka tidak buat dahulu di university milik mereka kenapa mesti menunggu masa mereka berada di PUTRAJAYA.

Jika meraka lakukan dan memansuhkan PTPTN ini, baikkah nasib adik2 kita nanti? Adakah mereka berpeluang untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi? Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya memberi persolan sedemikian, Betul tak? Heheh Mari saya bawa anda apa yang cuba saya maksudkan. Sebenarnya macam ini, dalam masa 1-5 tahun benda itu mungkin tidak akan Nampak kesannya tapi jika mereka terpaksa menanggung beban hutang untuk membayar yuran dan memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, saya rasa meraka akan mengurangkan kadar kemasukkan pelajar di disekolah dan malah di university kerana mereka mahu mengurangkan beban kewangan mereka. Jadi, berapa ramai yang akan ke university dan berpa ramai pula yang akan terus terpinggir dari mendapatkan peluang untuk mendapat tempat untuk menyambung pengajian mereka?. Mungkin kita semua tidak terfikir sejauh itu. Saya tidak gentar dan tidak kisah untuk membayar RM24 000 dan 3% Yuran pengurusan PTPTN dan saya tidak gentar untuk melakukan sedemikian dari membiarkan anak-bangsa saya, tidak kiralah, cina, melayu, india dan peribumi sabah dan serawak asalkan mereka terus diberi peluang untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dengan kadar yuran yang berpatutan. 


Jika dibandingkan Yuran Pengajian dan Yuran Perperiksaan yang di keluarkan oleh Universiti Milik kerajaan negeri adalah lebih mahal daripada RM1200- RM1500 Per Semester yang termasuk yuran penginapan. So bagi pendapat sayalah, jika duit itu digunakan untuk kebajikan rakyat, seperti pembinaa sekolah, hospital dll, adalah lebih berbaloi untuk rakyat. Sepatutnya bagi saya mahasiswa yang memperjuangkan pemansuhan PTPTN ini adalah lebih baik jika mereka memperjuangkan untuk menghapuskan kos2 pentadbiran dan faedah pinjaman yang di caj oleh PTPTN bukanlah menghapuskan sepenuhnya. Itulah dinamakan perjuangan bukan hanya mampu mencipta retorik semata-mata.

Saya just mampu untuk menasihatkan kawan2 saya,adik2 saya, teman2 saya. Jangan mudah percaya dengan sesiapa yang cuba memberikan kita kebaikkan, tetapi kita fikir apa yang cuba mereka mahukan dari kite semua sebagai golongan muda. Jangan kerana mahukan kesenangan sehingga kita mahu korbankan peluang rakan2  kita, adik2 kita, anak2 saudara kita yang masih di bangku sekolah. Jangan kita menjadi seperti peribahasa melayu, Yang Di kendung Keciciran dan yang di kejar tidak dapat.


Saturday, 17 March 2012

MEREKA MEMPERJUANGKAN ISLAM TETAPI MEREKA JUGA MENGENEPIKAN ILMU MENYEMPURNAKAN IBADAH.


Asslamualikum dan Salam perpaduan permufakatan Ummah saya titipkan buat sekalian rakan pembaca. Mungkin betul perkara ini sudah berlalu tapi saya mengambil masa untuk menjelaskan semua ini dan apa yang telah saya rasa sedih dan kecewa pada mereka. Perjuangan mereka cukup baik, iaitu berjuang demi agama dan kebajikan masyarakat dan mahasiswa tapi apalah makna sebuah perjuangan jika kita tidak mambantu seseorang yang mahukan perkara kebaikkan.

Mungkin ramai yang Tanya kenapa saya berkata bergini, pada beberapa minggu lepas, saya telah mengikuti satu program yang telah di anjurkan oleh sesebuah sekolah di sepitang. Niat sekolah itu cukup murni dan baik kerana mahu memantapkan solat pelajarnya. Tapi mereka mahu bantuan sedikit dari seseorang untuk memperbaiki solat pelajar sekolah tersebut demi menyempurnakan ibadah yang wajib dilakukan oleh seluruh umat Islam. Tetapi berasa kecewa dan sedih kerana wakil pelajar UMS yang hadir hanyalah 9 orang (4 Lelaki dan 5 Wanita). Kalau peserta program tersebut 20 orang atau satu kelas tidak mengapa kerana kami masih boleh terima tapi kuantiti pelajar tersebut melebihi 80 orang macam mana kami mahu memberi pengajaran yang baik dan kritikal demi membatu seseorang pelajar disana?. Kami juga difahamkan dan lihat sendiri dengan mata kepala kami, ada pelajar di sekolah tersebut masuh tidak tahu sembayang and tidak boleh membaca jawi, bahkan ada juga segelintir pelajar yang tidak tahu membaca niat solat. Bila semua itu kami Nampak timbul persoalan dimana orang yang terlalu taksud untuk memperjuangkan AGAMA?, Ke mereka hanya tahu bercakap dan hanya tahu membantah, hanya tahu mengkritik? Saya ada jugak pergi laman sesewang golongan ini, Alhamdulillah macam2 program mereka lakukan dari membersihkan masjid hinggalah program sayangkan Surau siap ambil gambar dan post di lawan tersebut. Adakah mereka puas berbuat demikian? Memang kita akan mendapat pahala jika kita memakmurkan masjid dan surau tapi solat ini adlah perkara wajib yang di tekankan dalam Islam.

Saya mahu Tanya. Ini ke yang kamu perjuangkan, Ini ke yang kamu mahukan?. Bagi saya tak perlu anda jawab persoalan saya cukup hanya anda fikir dan muhasabah diri kita kea rah kebaikkan, jangan hanya pandai berkata2, tapi anda perlulah mengambil peluang dan tanggungjawab yang orang bagi dekat anda. Bagi saya Ilmu Solat ini baik, kerana kepintingan merangkumi pelbagai perkara yang kita lakukan utk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Ada satu hadith ini dapat membuktikan :

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ
فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ...

Sesungguhnya perkara pertama yang akan di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jika solatnya baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntungdan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.

Melalui hadih di atas lihatlah bertapa pentingnya solat pada kita ini sebagai orang Islam. Tetepi saya sedih juga dengan apa yang berlaku seseorang ini sanggup menolak dari menguruskan hal ini, mereka terlalu mementingkan kepada perjuagan dunia semata. Sedarlah sahabat2, kita semua akan kembali kepada Allah, Mungkin tidak disini tapi di akhirat kita akan dituntut dengan apa yang mereka katakana dan janjikan, kamu seoarang pemimpin, jika perkara ini kamu serahkan kepada orang lain walhal ini adalah tanggungjawab kamu, bermakna sia-sia je ar kamu di pilih.

Bayangkanlah apa yang kita akan dapat membanyuu orang untu melaksanakan Ibadah daripada kita berjemuh di tengah panas, berkumpul, menjerit membuat sesuatu yang tidak pasti kesahihannya alangkah elok kita membantu mereka yang memerlukan bantuan kita untuk mendekati Allah S.W.T. Kerana kertinggian solat tu telah di letakkan oleh Allah S.W.T dalam semua perkara melibatkan umat Islam. Dimana ada satu hadith yang meletakkan ketertinggian solat itu sendiri, ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ.

Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat,
dan puncak tertingginya adalah jihad.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan bahawa ibadah solat adalah penentu keimanan seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelakunya gugur keimanannya. Ancaman ini pernah disuarakan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana sabdanya:

الْعَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ.
“Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat,dan barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir.”


إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ.

“Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat.”


Beginilah tingginya martabat ibadah solat di sisi Islam. Maka tidaklah menghairankan sekiranya perkara yang mula-mula dihisab ketika di hari akhirat nanti adalah ibadah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat maka sia-sialah segala amal ibadahnya yang lain. Dengan ini kita lihatlah betapa penting solat itu, tapi ada orang lebih mementingkan dunia dari semua ini. Bertaubatlah kamu sebelum Allah  menjemput kalian dengan apa yang telah kamu lakukan.

Rasa saya terlalu banyak, faedah yang akan kita dapat jika kita mengajar perkara wajib(solat) walaupun kita hanya mengajarkan mereka berwuduk, menghafal bacaan niat solat. Kita mulakan perlahan-lahan, mungkin tidak hari ini meraka akan solat. Tetapi kita akan lebih gembira jika apa yang yang kita ajarkan meraka lakukan dengan sempurna. An-Nawawi pernah berkata: “Mengajar para penuntut ilmu hukumnya fardhu kifayah. Jika hanya ada satu orang yang mampu mengajar, maka fardhu ‘ain hukumnya bagi orang tersebut.” Ibn al-Hajj juga pernah berkata: “Wajib atas seorang ‘alim, jika ia melihat manusia berpaling dari ilmu, menampakkan diri di hadapan mereka untuk mengajari dan memberi nasihat kepada mereka.”

Dalam al-Qur’an:
A122 
Maksudnya:
 “Mengapa tidak pergi beberapa orang dari tiap-tiap golongan di antara mereka untuk memperdalam pengetahuan agama mereka, dan memberi peringatan kepada kaumnya jika mereka telah kembali kepadanya, agar mereka bisa memelihara diri mereka.” (at-Taubah ayat 122)

A187 

Maksudnya:  
“Dan ingatlah ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi al-Kitab, yaitu hendaklah mereka menerangkan isi kitab tersebut kepada manusia dan janganlah menyembunyikannya.” (Ali ‘Imraan ayat 187)

Cuba bayangkan jika solat dan doa mereka yang kita ajar mendapat redha dan di terima oleh Allah S.W.T. Tidak banyak sedikit kita akan mendapat ganjarannya, Buat yang terasa, bertaubatlah dan berfikirlah tentang Ilmu Allah dan kebesaran Allah. Jangan terlalu kamu mengerja dunia, nama, pangkat,dan popular kerana telah di khabarkan ketika peristiwa besar yang berlaku keatas Nabi Muhammad S.A.W (israk mikraj) telah di tunjukan keadaan bumi yang sudah tua dan uzur, bila2 masa hayat bumi ini akan berakhir. Bermuhasabahlah selagi kita masih diberi peluang. Sekian dan hanya sekadar perkongsian untuk meluahkan kesedihan.

Friday, 16 March 2012

IMBASAN 7 PETALA CINTA


Asslamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan serta sahabat yang dirahmati oleh Allah S.W.T HendakNYA. Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan kampus sempat meluangkan masa untuk menyaksikan Movies Terbaru pada pasaran filem negara. Dalam keseronokan yang membuatkan timbul satu persoalan akhirnya makin ramai yang meminati bercinta dan berkasih secara ISLAM. Mari zief bawakan anda semua dengan synopsis cerita tersebut. Cerita ini mengisahkan Seorang remaja berna Hamka iaitu seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar yang telah ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya Hamka terpaksa berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.
Rasa sedar semua orang terhadap CINTA DALAM ISLAM tu semakin banyak tp kebanyakkan hanya pandai mengatakan cinta tetap tiada yang fahami apa itu cinta dalam Islam itu sendiri. Mungkin ada yang bertanya bagaimana Cinta Dalam Islam tu?? Sama ke Dengan cerita dalam movie 7 Petala Cinta. Sejujurnya bagi zief mereka dapat mengambarkan istilah cinta dalam Islam tetapi untuk memahami cinta dalam Islam masih terlalu jauh dan sukar untuk kita rungkaikan. Oleh itu azief pun cuba untuk bercerita dan memahami di samping memuhasabahkan diri agar setiap apa yang dikatakan ini menjadi pedoman buat kite semua, tapi kalu ada yang salah tolonglah berikan tunjuk ajar ye.. Hehehe

Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Ini dapat digambarkan dengan Firman Allah S.W.T 

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.


Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya. Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.


Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.
Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Ingatlah!
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.



Monday, 5 September 2011

Selamat Datang Pelajar Baru Sesi 2011/2012


Kota KInabalu: Sesi kemasukan pelajar baru di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bakal memulakan minggu suai mesra pada 7 September 2011 yang akan datang. Pertama, pendaftaran buat Pelajar baru di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah keduanya, pendaftaran penempatan buat Pelajar-pelajar baru di kolej-kolej kediaman. Dianggarkan bahawa jumlah kemasukan pelajar baru kali melebihi 3000 orang.

          Setelah selesai pendaftaran, Maka berlangsunglah Minggu Suai Mesra (MSM) selama 5 hari bermula pada 7 haribulan Serptember dan berakhir pada 11 haribulan September 2011. Minggu Suai Mesra tersebut bakal dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Sharifudin Md. Shaarani iaitu Ketua Pengarah Minggu Suai Mesra Sesi 2011/2012. Manakala, Perasmian Penutupan pula dirasmikan oleh Naib Canselor UMS: Y.Bhg.Brig. Jen. Prof . Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampun. Untuk pengetahuan semua rakan-rakan setiap tahun MSM akan disertai oleh satu kampus cawangan UMS iaitu Kampus Antarabangsa Labuan tetapi kali ini catatan sejarah baru bakal terpahat diminda an coretan akhbar dan media elektronik dimana MSM kali ini akan turut disertai oleh kampus cawangan baru UMS iaitu Kampus Antarabangsa Sandakan.

          Dibawah satu bumbung kita semua akan berteduh dan berkenal-kenal dalam mengikuti dan menjayakan MSM kali ini. Besar juga harapan kami agar adik-adik yang bakal mendaftar dapat bergembira menjadi sebahagian daripada warga UMS disamping kita memikul beban dan tanggungjawab yang telah kita terima iaitu bergelar anak dan mahasiswa yang di hormati budi perketinya dan berbakti kepada ibu bapa serta negara kelak.

          Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang buat pelajar baru Universiti Malaysia Sabah sesi 2011/2012. Terlalu tinggi harapan saya dan rakan-rakan pembimbing minggu suai mesra agar matlamat MSM kali ini tercapai dan memberi kepuasan kepada pelajar-pelajar serta adik-adik kami yang baru ingin bergelar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah.Saya juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Para pelajar yang baru kerana memilih dan terpilih dan menerima untuk memasuki Universiti Malaysia Sabah sebagai medan untuk mencapai cita-cita. Saya doakan agar para pelajar sekalian berjaya di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah.

Thursday, 1 September 2011

Hikmah Kelebihan Puasa Pada Bulan Syawal

          Bahang bulan Syawal dan Aidilfitri masih lagi terasa akan nikmat dan kesyukurannya dalam kita meraikannya dengan bermaaf-maafan serta berkunjung mesra kerumah sanak dan saudara. Dalam usaha meningkatkan amalan sunat yang berterusan yang baik serta disukai oleh Allah S.W.T selepas Ramadhan, umat Islam sangat digalakkan tetapi tidak dipaksa untuk terus ibadah puasa sunat pada Syawal (lebih dikenali sebagai puasa enam).

          Bagi mereka yang ingin memulakan puasa enam pada bila-bila masa dalam bulan syawal masih tidak terlewat untuk melaksanakan amalan sunat itu selagi kita semua masih lagi berada di dalam bulan Syawal. Banyak hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa.
Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. 

Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: 

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun. Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.

Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. 

Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: 

“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

“Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:
  • Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh.

  • Puasa Syawal dan Sya’aban bagaikan solat sunat rawatib, dan berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang kekurangan. Perkara ini kerana pada hari qiamat, perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat.

  • Seperti keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan menyempurnakannya.

Bagi saya egala amalan yang dikerjakan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri dan tawaduk serta berserah kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada rakan-rakan ambilah peluang selagi mampu, kerana kita semua telah di tinggalkan ramadhan. Kita sendiri tidak tahu apa kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan Ramdhan dan syawal akan datang. akhir kata dari saya beramalah selagi mampu dan SELAMAT BERPUASA ENAM

Tuesday, 23 August 2011

MENITI KEMENANGAN DAN KEREDHAAN YANG TIDAK TERNILAI



Assalamualaikum dan salam kemenangan serta salam kemerdekaan buat semua..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi kita semua peluang dalam meraikan kedatangan Bulan Syawal yang bakal kita lalui tidak lama lagi, mungkin seminggu  lagi malah tinggal beberapa hari lagi dalam kita menanti kedatangan Bulan Syawal kali ini. Kalau kanak-kanak sibuk menyiapkan poket yang besar untuk mengumpul duit raya, bagi kita kemaafan adalah perkara yang mampu kita lakukan dalam menanti kedatangan Bulan yang mulia.

Bulan Syawal ini, bagi saya merupakan bukan kemenangan buat kita kerana telah berjaya  melalukan ibadah puasa yang penuh dengan dugaan dan kesabaran buat kita selaku manusia biasa yang tidak dapat  lari dari melakukan kesilapan dan adakala terlalu mengikut nafsu. Biarlah apa sahaja yang kita lakukan baik dalam perbuatan mahupun pertuturan dalam menahan nafsu manusia yang berbagai-bagai.

Disamping kita membuat persiapan dalam merayakan kedatangan Bulan Syawal yang mulia ini adakala hati ini rasa terharu dan sedih kerana takut Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, minggu hadapan malah tahun hadapan. Persoalannya adakah kita layak diberikan peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan akan datang, kerana kita sendiri tidak tahu apakah amalan yang kita lakukan ini sudah cukup membuatkan kita berasa berbangga untuk berhadapan dengan Allah S.W.T. Semoga kita tidak mengalah dalam memanjatkan doa agar kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Kedatangan bulan Ramadhan yang akan datang.

Dalam kita tidak sabar menanti kedatangan bulan Syawal kali ini, kita jangan lupa pada orang yang tidak mampu, berilah apa sahaja dan semampu yang boleh kita lakukan dalam meringankan beban mereka yang kurang mampu. Mungkin ada yang tidak mampu memberi wang ringgit, tapi mereka boleh memberikan dengan cara yang lain seperti mengundang mereka untuk merayakan kedatangan syawal walaupun penuh dengan kesederhanaan.Itupun sudah cukup buat mereka. Banyak lagi cara kita untuk merayakan kedatangan syawal bersama masyarakat yang kurang mampu.Bak kata perpatah melayu, “BERAT SAMA DI PIKUL , RINGAN SAMA DI JINJING” Mungkin dengan cara ini kita semua mampu meringankan beban mereka seadanya. Insya Allah.

Rasanya sampai disini sahaja dapat saya kongsikan buat saudara mara, sahabat serta rakan-rakan yang amat saya sayangi. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa buat semua, Halalkan makan minum saya sepanjang perkenalan kita semua. Akhir kalam salam sayang pengganti diri.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI SAYA DAN KELUARGA

Saturday, 20 August 2011

Kelebihan Malam 1001 Bulan (Malam Lailatulqadar)



Alhamdulillah, roh kita masih berada di dalam dakapan jasad kita. Syukur kerana kita masih diberi peluang untuk melihat keindahan dunia ciptaan Allah Yang Maha Esa. Yang peling kita selalu lupa ialah masih diberi peluang untuk perbanyakkan ibadah dan masih diberi peluang untuk bertaubat.

Kita seharusnya bersyukur kerana kita kini masih diberi peluang untuk berada di hujung bulan yang penuh mendatangkan kerberkatan bagi kita selaku hambaNya yang mengharapkan keampunan dan keredhaan dari Allah S.W.T. Setelah hampir sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan minum serta di hujani dengan ujian dan kesabaran yang adakala membuatkan kita mengeluh. Kita tetap juga tempuh demi mendapatkan keberkatan dan keistimewaan yang telah dijanjikan oleh Allah.S.W.T didunia dan di akhirat kelak.

Terlalu panjang mukadimah yang ingin saya taipkan dilaman ini.Oleh itu baik kiranya saya ringkaskan bahawa malam yang ingin saya cuba ceritakan kepada pembaca ialah malam lailatulqadar yang di yakini bersamaan dengan 1001 bulan. Ramai yang terlupa atau tidak tahu atau hanya tahu nama tapi tak tahu kelebihanNya. Oleh itu saya ingin berkongsi ilmu yang saya tahu melalui bacaan di buku dan paparan rangkaian sesawang ini.

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya:
 "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya:
 "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: 
"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu."

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: 
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Saya rasa ini saja yang dapat saya kongsikan kepada anda semua..Mungkin dalam coretan ini mempunyai banyak kesalahan ejaan. mungkin kerana asyik menaip sampai tidak sedar adanya kesalahan tersebut. Saya memohon maaf jika mengganggu kelapangan masaMu. Kerana bagi saya yang baik dan cantik adalah milik Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri selaku manusia yang lemah.
Malaysia Cheap Web Hosting