
Setelah selesai pendaftaran, Maka berlangsunglah Minggu Suai Mesra (MSM) selama 5 hari bermula pada 7 haribulan Serptember dan berakhir pada 11 haribulan September 2011. Minggu Suai Mesra tersebut bakal dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Sharifudin Md. Shaarani iaitu Ketua Pengarah Minggu Suai Mesra Sesi 2011/2012. Manakala, Perasmian Penutupan pula dirasmikan oleh Naib Canselor UMS: Y.Bhg.Brig. Jen. Prof . Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Hj. Ampun. Untuk pengetahuan semua rakan-rakan setiap tahun MSM akan disertai oleh satu kampus cawangan UMS iaitu Kampus Antarabangsa Labuan tetapi kali ini catatan sejarah baru bakal terpahat diminda an coretan akhbar dan media elektronik dimana MSM kali ini akan turut disertai oleh kampus cawangan baru UMS iaitu Kampus Antarabangsa Sandakan.
Dibawah satu bumbung kita semua akan berteduh dan berkenal-kenal dalam mengikuti dan menjayakan MSM kali ini. Besar juga harapan kami agar adik-adik yang bakal mendaftar dapat bergembira menjadi sebahagian daripada warga UMS disamping kita memikul beban dan tanggungjawab yang telah kita terima iaitu bergelar anak dan mahasiswa yang di hormati budi perketinya dan berbakti kepada ibu bapa serta negara kelak.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang buat pelajar baru Universiti Malaysia Sabah sesi 2011/2012. Terlalu tinggi harapan saya dan rakan-rakan pembimbing minggu suai mesra agar matlamat MSM kali ini tercapai dan memberi kepuasan kepada pelajar-pelajar serta adik-adik kami yang baru ingin bergelar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah.Saya juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Para pelajar yang baru kerana memilih dan terpilih dan menerima untuk memasuki Universiti Malaysia Sabah sebagai medan untuk mencapai cita-cita. Saya doakan agar para pelajar sekalian berjaya di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment