Sunday, 19 January 2014

Istanbul Aku Datang - Hari Pertama

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua Salam Mukadimah daripada Dunia Istanbul.

  

Hari merupakan hari pertama saya di Istanbul. Perjalanan hari ini memang memenatkanlah sebab tempoh perjalanan yang panjang. Dimana daripada Kota Kinabalu ke KL Penerbangan Kami bermula pada jam 5.30 PM dengan menaiki Malaysisa Airline. Perjalalnan yang memakan masa 2.15 minit so menjadikan perjalanan azief dan rakan-rakan tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 8.30 p.m.

Lama jugalah kami bertapa di KLIA ni sebab Penerbangan kami beri


kutnya pada 1.10 am (19 Hb Jan 2014) dengan mengunakan Penerbangan Emirates Airline (Penerbangan Pertama Dunia). Masuknya azief dalam penerbangan ini memang besar cantik, Pramugari dan Pramuga kat sini memang cantik2 dan style baju mereka pun unik tau(pramugari). Perjalanan kami memakan masa hampir 7 Jam lebih ke Dubai dalam masa 7 jam azief habiskan masa dengan menonton video + Makan + Tido (Itu je boleh buat hehehhe).






Sampai sahaja di Dubai International Airport (DIA) pada jam 4.00 am waktu Dubai. Penerbangan ini memang besar daripada KLIA. Terbaiklah.. Tapi mahal jugalah ia makan dan minum disana. Mcdonals happy Hour di Malaysia pada harga yang rendah tapi kat sini jangan cakaplah 2 kali ganda tau hampir 20-30 Dirham (lebih kurang je duit mereka dengan duit kita). Puas azief dan kawan2 berjalan kat Kawasan AirPort yang tidak akan habis masa satu hari(hehhehe). Kiranya berjalan2 sambil cuci mata je, nak beli memang tidak dapatlah hehhehe sebab terlalu mahal. Oleh kerana masa transit kami memakan masa 5jam kami boleh ar berjalan-jalan di kawasan airport tapi tak boleh keluar sebab masih di kawal oleh Imegeration yang ketat. So apa yang boleh buat berjalan di kawasan Airport dan Pertukaran Penerbangan Antarabangsa.




Perjalan kami ke Istanbul melalui Dubai bermula pada Jam 10.55 am waktu Dubai (-4jam). Perjalan ini memakan masa hampir 5 jam dengan mengunakan penerbangan Emirates Airline. Oleh terlalu menganuk and penat azief just habiskan masa dengan tido and keletihan sebab tidak tahu macam mna nk mandi.. satu hari tau tidak mandi hehehe. Nasib x berpeluh kalau tidak hbis semua satu flight berbau tau.






Sampai sahaja di Airport Artarturk pada jam 2.00 pm waktu Istambul (-6jam waktu Malaysia). Banyak jugalah pelancong yang hadir ke Istanbul sebab kami beratur di Airport hampir memakan masa 1jam 30 minit. Oleh kerana di Istanbul baru sahaja mengalami musim sejuk telah membawa keadaan yang boleh dikatakan sejuk walaupun berada dalam waktu perukaran ke musim bunga. Pemandangan dari bas menuju ke Spice Bazaar di Eminonu.. Pemandangan Tepi laut yang amat cantik tu.. heheehhe terbaik..



Di Spice Bazaar ni dekat dengan masjid. Nama apa ye masjid ni lupa pulak hehehhe.. Di sini kebanyakan mereka menjual bahan-bahan mentah, bahan makanan tradisi Turkey.. Terbaik tau dan banyak juga barang yang sesuai di jadikan cenderhati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Dari segi harga agak murahlah jika mengunakan duit Turkey(TL=Turkey Lira) tapi bila dikira dengan duit Malaysia hampeh jugalah sebab 1TL bersamaan RM2. So setiap barang hendak dibeli kena di kali dengan 2. Sebagai contoh 3TL x RM2 = RM6. Mahalkan.. hahaha.. kat sini juga mereka menerima duit EURO dan USD tapi nasihat saya anda tukarlah siap2 kat mana2 Money Changer. Kat sini rata-rata penjual boleh bercakap bahasa Malaysia. Banga jugalah bila semua sebut tentang Malaysia.



Habis je membeli di kami telah dibawa pergi Makan di Sebuah Restorant nama restoran tersebut ialah Ege Restorant yang terletak hampir 45 minit daripada Spice Bazaar. Makananan yang di hidangkan berkonsepkan Turkey style je.. Bolehlah dah lapar so makan je ar.. Hbis makan kami terus balik ke Hotel yang terletak di Bahagian Eropah.. hehehhehe Nama hotel Gran Cevahir Hotel.. nak tahu berapa Bintang anda cheak k.. heheheheh

Sekian sahaja untuk laporan untuk hari ni… Jumpa lagi nanti untuk bahagian yang seterusnya..


Friday, 17 January 2014

Persediaan Menjelajah Benua Uthmaniyah Turkey (Istanbul) + Dubai

Alhamdulillah syukur yang teramat bulan ni zief telah di beri peluang melancong (Lawatan Sambil Belajar) ke Istambul dan Dubai. Bersyukur plus gembira ar gak sebab diberi peluang macam ni. Siapa yang tak mahukan pergi berjalan menimba pengalaman pergi negara orang lain. Lagi pula pergi negara yang jauh berbeza dengan negara kita dari segi bahasa, budaya dan etnik bertambah seronok tempat tersebut merupakan tempat terletaknya 101 sejarah empayar agung Islam iaitu Empayar Uthmaniyah.

Bebeberapa perkara asas yang perlu disediakan sebelum memulakan perjalan ni. Saya dan sahabat telah melakukan beberapa perancangan agar segar perjalanan yang di atur dapat berjalan dengan lancar. Antara perkara yang telah kami lakukan adalah:

Persediaan Passport
Oleh kerana perjalan kami ini tidak memerlukan visa melalui kedutaan Turkey di Malaysia. Kami telah membuat pass perjalanan antarabangsa yang bernilai RM100.00 untuk tempoh sah pengunaan selama dua tahun. Pass ini boleh ar di buat di mana-mana pejabat Imgresen di seluruh negara.

Pakaian

Oleh kerana perjalanan kami di buat pada pertengahan January tahun 2014 ini musim di Turkey sedang mengalami peralihan cuaca daripada musim sejuk ke musim bunga. Suhu yang di jangka pada waktu itu dari 8 Celsius – 14 Celsius. Oleh itu kami dikehendaki menyediakan baju sejuk (Tapi saya dah terbeli baju salji sebab terlalu exited nk main salji ni tp nk buat mcam mna bukan rezeki kamikan). So kami perlukan jaket untuk dipakai sepanjang perjalanan kami disana.


Duit
Mata wang Turkey sekarang mengikut tarikh hari ini ialah 1 TYR = RM 1.49. Oleh kerana kami susah sangat nak dapatkan duit Turkey ini kami telah menagambil keputusan untuk menukar duit kami kepada US Dollar dan Euro dimana kadar pertukaran 1USD= RM 3.30 dan 1 EUR= RM 4.48. So kami bercadang akan membuat pertukaran duit di Turkey. Tapi anda tidak digalakkan untuk menukar duit anda di mana-mana lapangan kapal terbang kerana harga yang mereka jual adalah cukup tinggi.

Flight
Oleh kerana pakej kami ini telah di uruskan oleh travel agent yang cukup berpengalaman (Popular Express Travel) kami telah disediakan dengan penempahan kapal terbang. Untuk perjalanan kami daripada Kota Kinabalu kami akan menaiki Penerbangan MAS pada jam 17.45 dan dijangka tiba di KLIA pada jam 20.20. Namun ada berita yang positif dan negetif mengenai perjalanan nanti. Tapi saya ceritakan benda yang positif dulu ar ye. Yang Positif and buat saya teruja adalah saya akan mengunakan penerbangan Emirates Airline (Syarikat Penerbangan Pertama Dunia Tu) sebab dah lama teringin nak naik Flight ni tapi baru sekarang diberi peluang untuk perjalanan kami ke Turkey. Namun berita yang negative yang terpaksa kami terima dan lalui kami akan melakukan transit ke Dubai dimana Flight kami akan memulakan perjalanan pada 0110 daripada KLIA dan dijangka sampai di Dubai pada 0420 (Lebih kurang 7 jam dalam penerbangan). Manakala penerbangan ke Istanbul akan bermula pada jam 10.55 waktu Dubai dan dijangka sampai ke Istanbul pada Jam 1350. Kami juga telah bertanya kepada agent untuk perjalanan ke Turkey tak boleh ker menggunakan penerbangan MAS, Jawapan yang diberi Penerbangan MAS pada tarikh 18hb telah penuh so nampaknya kepenatan ar kami menunggu nanti.. Tapi nak buat mcam mana ikut je ar.. Dah nasib..

Peta dan guidebook
Sila dapatkan peta semasa di sana. Apa yang kami di beritahu oleh agent travel orang sana banyak yg tak boleh cakap omputeh, so susah nak tanya direction. Nasib baik semua perjalanan kami telah di uruskan oleh agent so kami ikut je di samping kami akan bertemu dengan alumni UMS yang merupakan pelajar daripada Istanbul boleh memudahkan kami untuk berjalan disana nanti tanpa kawalan. .(Upgrte dari blog http://cutifamili.blogspot.com/2013/06/diy-istanbul-aku-datang-part-1.html)  Hehhehehhe

Telefon
Bagi yang bercadang nak call Mesia selalu (kami buat video call ngan family 1-2 kali sehari), jangan susah hati sebab ade alternatif yang murah. Gunakan fungsi henfon android atau iphone korang sepenuhnya. Download lah free call/videocall apps macam 'Tango', WeChat, Whatapps, Line dll. Bila nak kol famili, cari je tempat ade internet/wifi, dan buatlah panggilan. Pastikan yang kat Malaysia pon ade installed 'Tango' ni dan ade internet connection.(Upgrte dari blog http://cutifamili.blogspot.com/2013/06/diy-istanbul-aku-datang-part-1.html)  Hehhehehhe.

Oklah rasa cukup panjang lebar zief terangkan. Nanti zief akan update perkembangan tentang lawatan zief nanti.. Jumpa lagi.. Bye semua.. Asslamualaikum..


Berakhir Perjuangan Mata Pena Berwarna

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Sepanjang awal bulan ni di UMS rata-rata sahabat kita di kampus tekun dan berempas pulas untuk memikul tanggungjawab yang amat besar dalam berjuang untuk berdepan dengan Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2013/2014. Penat, pening kepala jangan cakap lagi penuh dengan bermacam-macam ragam yang dapat dilihat Cuma xde ar sampai nak study di atas bumbung rumah hehhehhehe…

Macam zief untuk semester ini simple and banyak diberikan luang dan waktu untuk belajar. Itu pun kalau digunakan masa dengan bijak ar.. Adatlah mahasiswa kat Malaysia ni kan suka sangat study last minit itu yang nampak sangat bermacam2 ragam dan perangai pelik yang muncul saat2 akhir untuk exam.. Sampai ada juga kawan zief cakap “ Kalau tak tido, kalau x pening bukan final exam ar macam tu” Ayat ini memnag elik tapi mcm betul juga ark an.. hahahhahahha

Semester lima ni zief kana ambil tujuh subjek dalam program hubungan antarabangsa, antara subjek yang berlajar semester ini seperti Politik Amerika Latin, Politik Antarabangsa Asia Barat, Politik Antrabangsa Alam Sekitar, Sejarah Diplomasi, Keselamatan Antarabangsa, ASEAN dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa. Semua subjek ni agak payah gak ar.. Tapi boleh ar untuk difahami sikit. Kalau nak lebih sikit kita kenalah rajin cari bahan bacaan luar dari kuliah seperti jurnal, dan mana2 artikel yang releven untuk dibaca sekadar untuk tambahkan pengetahuan.

Berbalik  pada cerita tadi berkenaan exam(Jauh dah pengenalan ni). Hehehhehe.. Dah nama penulisan maya ni berkenaan exam so cite pasal exam ar… Untuk exam kali ni zief start pada permulaan peperiksaan dan di awal pagi jugalah… Di ikuti dengan rehat sepanjang satu minggu (Bahagia). Tpi minggu ke dua peperiksaan zieg kana tempoh tiga paper dan Minggu ke empat pun tiga paper gak. Naik angina gak ar ngn minggu akhir ni sebab semua mood nk balik kg. Macam mana nk study semua kawan2 kolej ni dah balik tinggal zief sorang2 dalam bilik so nak tak nak terpaksa ar exam mcam anggan dan sedar hahahhahahahha…..

Now berakhir je exam kali ni, berakhirlah dan tamatlah pengajian zief untuk semester lima. Apa yang zief buat sekarang tawakal dan berdoa agar diberikan keputusan yang cemerlang. Zief dah usaha semampunya cuma nk luahkan sem ni subjek yang di ambil semuanya hard core ar… Pening and pitam buat kita akan fikir dua tiga kali untuk memahami…


Sampai sini je cerita zief hari ni k.. semoga kita semua jumpa lagi untuk cerita yang seterusnya.. Bye..Wassalasam.. Asslamualaikum… 

Tuesday, 31 December 2013

Misi dan Target 2014


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua..
Kedatangan 2014 ini diharap mampu menjadikan saya insan yang lebih kuat untuk berbakti pada kluarga dan masyarakat kerana setiap apa yang saya lakukan untuk mak dab abah tersayang... Mungkin saya masih belum baik untuk itu tetapi saya akan cuba yang terbaik untuk jadi seorang anak, pemimpin yang soleh dimata Allah S.W.T, sahabat dan juga rakan...

Meninggalkan 2013 pula bagi saya bukan kita terus untuk melupakan tetapi menjadi peransang untuk saya lebih kuat menimba ilmu dan memuhasabah diri untuk menjadi yang lebih terbaik pada tahun 2014..


Seperti saya kata sebelum ini target untuk tahun ini, memberikan kebahagiaan dan senyuman buat mak and abah pada konvo ke-16 UMS dan Mahu perkukuhkan lagi Bahasa English untuk melangkah keperingkat pengajian yang lebih tinggi.. Durham Universiti(United KingDom) Tunggu aq akan datang ...

        

Akhir kalam, Salam Sayang Penganti Diri..
Pada nukilan sulung 2014 ini.. Selamat Menyambut tahun baru ini dengan bersandarkan konsep iman dan takwa..

Peneraju Nusa Bangsa

Saya ilhamkan sajak dan nukilan ini untuk MU UMS semperna Ulangtahun UMS Ke-20. Saya tidak biasa buat sajak dulu waktu sekolah cuba gak tapi dah lama tinggal bidang sastera ni. So now bacalah hasil yang tidak seberapa ini.

Terbentang Luas Lautan Samudra,
Setinggi Gunung Yang Tersergam Megah,
Secantik Pulau Begitu Indah
Menempah Nama Dipersada Dunia.

Kini Nama Kian Terlakar,
Tersergam Indah di Tanah Bertuah,
Melahir Jiwa Yang Bebas Merdeka,
Memacu Impian Ke Dunia Sebenar,

Bertahun Lama Jiwa Dipapah
Memimpin Jiwa Untuk Melangkah,
Menuju Cita Menjulang Maruah
Melahir Generasi Yang Bijaksana

Banyak Jiwa Sudah Dilahirkan,
Namun Tidak Lelah Dengan Cabaran,
Masih Utuh Menjana Harapan,
Mengukir Nama DiPerbatasan Benua.

Biar Jauh Merentas Samudra NamaMu DiBawa,
Biar Berumur Menjangkau Usia,
Tidak Pernah Berserah Mahupun Mengalah

Dalam Melahirkan Jiwa Yang Ulung Dipersada Dunia.

Kelebihan dan Kekurangan Bentuk Diplomasi

Kelemahan dan kelebihan
Rundingan Langsung dan Tidak Langsung
Kebaikan dalam diplomasi dua hala ialah salah satunya rundingan terus. Dalam hal ini, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, hubungan diplomasi dua hala hanya melibatkan dua negara sahaja yang berunding dan bekerjasama tentang satu isu. Apabila hanya melibatkan dua buah negara sahaja dalam diplomasi, keadaan ini sebenarnya akan memudahkan perundingan dan hanya memerlukan ruang perbincangan serta kos yang rendah. Hal ini demikian kerana hubungan diplomasi dua hala hanya memerlukan persetujuan satu pihak sahaja dalam perundingan. Contohnya, hubungan diplomasi dua hala Antara Singapura dengan Malaysia dalam menyediakan bekalan air bersih kepada negara singapura dan berkaitan isu tapak perkuburan masyarakat Islam. Rundingan yang dibawa oleh singapura hanya memerlukan persetujuan daripada kerajaan Malaysia sahaja tanpa melibatkan pengaruh negara yang lain. Pekara inilah yang dirujuk sebagai perundingan secara langsung dan tidak memerlukan ruangan perbincangan yang luas. Berbanding perhubungan diplomasi pelbagai hala yang melibatkan lebih daripada dua buah negara sehingga mencecah puluhan negara, akan menyebabkan perundingan atau konferen yang dijalankan menjadi satu konflik yang mengambil masa berbulan-bulan untuk menyelesaikan satu isu. Meskipun begitu, dalam diplomasi pelbagai hala, ianya mempunyai kelebihan tersendiri apabila menyentuh tentang aspek rundingan terus. Apabila melibatkan lebih daripada dua buah negara isu yang dibincangkan akan melibatkan persetujuan majoriti negara yang hadir bersidang. Pekara ini akan dapat menyelesaikan pelbagai isu secara holistik untuk kepentingan sejagat. Misalnya dalam pertubuhan ASEAN sendiri yang menunjukkan diplomasi pelbagai hala melalui penglibatan negara anggota yang terdiri daripada negara-negara Asia Tenggara. Dalam perundingan ASEAN mengenai isu kelestarian alam sekitar, setiap negara anggota perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh persetujuan majoriti negara anggota. Sebenarnya hubungan diplomasi pelbagai hala ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah alam sekitara, malah turut dapat meningkatkan perkembangan teknologi, dan ekonomi antara negara.[6] Keadaan tersebut menunjukkan bagaimana hubungan diplomasi pelbagai hala dapat menyelesaikan isu melalui rundingan terus dan bersifat holistik.

Tahap Pengaruh Diplomasi
Melalui tahap diplomasi, kita dapat menilai kelemahan dan kelebihan antara diplomasi dua hala dan diplomasi pelbagai hala. Hal ini bermaksud  setiap negara pada masa kini mempunyai tahap-tahap kepentingan dan kuasa hegemoni tertentu. Pada dasarnya, tidak semua negara dunia mempunyai tahap pengaruh yang kuat untuk menjadikan hubungan diplomasi antara negara berjalan dengan baik. Dalam hal ini, berdasarkan tahap diplomasi tersebut iaitu sama ada sesebuah negara mempunyai tahap diplomasi yang tinggi atau rendah bergantung kepada kekuatan negara tersebut. Hubungan diplomasi dua hala yang merupakan cara berdiplomasi antara negara berbentuk tradisional merupakan cara berdiplomasi yang tidak dominan dalam mengukur tahap ketertinggian diplomasi. Hal ini demikian kerana hubugan antara dua negara tidak dapat membentuk pengaruh yang kuat dalam sistem dunia. Misalnya perbandingan yang dapat kita teliti antara hubungan diplomasi dua hala dan hubungan diplomasi pelbagai hala melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam PBB, terdapat lima buah kuasa kuat dunia yang menjadi negara anggota dalam pertubuhan diplomasi tersebut antaranya ialah Amerika Syarikat dan Jerman. Apabila terdapat kuasa hegemoni dalam diplomasi pelbagai hala, maka hubungan diplomasi tersebut lebih berpengaruh terhadap sistem dunia kerana negara-negara yang mempunyai kuasa hegemoni ini merupakan negara maju yang menjadi pergantungan oleh negara mundur dan sedang membangun. Misalnya dalam rundingan hak kemanusiaan sejagat dan hak keselamatan antarabangsa yang digariskan dalam PBB sendiri hasil daripada rundingan diplomasi pelbagai hala, telah menjadikan sistem keselamatan dunia dipatuhi oleh semua negara dunia. Sebagai contoh, yang adalah melalui pengenalan dasar kemanusiaan sejagat dalam PBB, sebenarnya masih mempunyai beberapa kekurangan sehingga negara yang tidak kuat seperti Papua New Guinea terpaksa menerima dasar tersebut dan tidak berpengaruh dalam menentukan hak kemanusiaan mereka sendiri.[7] meskipun terdapat beberapa buah negara yang masih terlibat dalam peperangan. Oleh itu, tahap ketertinggian diplomasi yang dimiliki oleh beberapa buah negara akan memudahkan diplomasi pelbagai hala berbanding diplomasi dua hala yang tidak dapat mempengaruhi sistem dunia.

Diplomasi paksaan
Seterusnya ialah diplomasi paksaan yang merupakan kelemahan yang terdapat dalam hubungan diplomasi pelbagai hala. Apabila terdapat kuasa hegemoni dalam sesuatu pertubuhan diplomasi, maka secara tidak langsung akan terdapat paksaan yang dilakukan oleh kuasa hegemoni tersebut untuk dipatuhi oleh kuasa yang tidak dominan dalam pertubuhan tersebut. Hal ini merupakan satu kelemahan yang terdapat dalam hubungan diplomasi pelbagai hala itu sendiri. Sedangkan, prinsip utama diplomasi itu ialah perundingan antara negara bagi mencapai persetujuan terhadap isu yang dibincangkan. Sebagai contoh, bagi menjamin hak asasi kemanusiaan sejagat, maka negara yang mempunyai kuasa dominan dalam PBB telah mengeluarkan dasar hak kemanusiaan sejagat yang perlu dipatuhi oleh seluruh negara dalam dunia. Sekiranya terdapat sesuatu rundingan diplomasi yang dijalankan juga sebenarnya perlu mendapat persetujuan daripada lima buah kuasa kuat negara dunia ini. Keadaan ini sebenarnya merupakan satu bentuk paksaan secara halus dalam diplomasi pelbagai hala. Namun, dalam diplomasi cara lama iaitu diplomasi dua hala, tidak berlaku diplomasi cara paksaan. Hal ini kerana rundingan yang dijalankan antara dua buah negara tidak dipengaruhi atau melibatkan kuasa negara lain dan sekiranya negara tersebut tidak menerima perundingan yang dijalankan, tidak terdapat paksaan terhadap negara itu untuk membuat keputusan. Contoh yang paling jelas antara Thailand dan Myanmar. Hubungan diplomasi dua hala yang menunjukkan tidak terdapat paksaan dalam perhubungan antara negara tersebut apabila masyarakat minoriti daripada Burma iaitu entik Rohingya datang ke Thailand tidak diterima oleh negara Thailand. Meskipun terdapat deklarasi hak asasi manusi, namun apabila melibatkan hubungan diplomasi dua hala antara negara, maka keputusan yang dibuat oleh negara tidak dapat dipertikaikan oleh negara lain. Demikianlah yang berlaku di Thailand yang tidak menerima rundingan kemasukan masyarakat Rohingya ke Thailand. Oleh itu, sebenarnya hubungan diplomatik pelbagai hala ini telah menyebabkan berlaku paksaan secara tidak langsung.

Kebarangkalian mengatasi masalah dan konflik
Dalam kebarangkalian mengatasi masalah dan konflik, antara cara diplomasi dua hala dengan diplomasi pelbagai hala, masalah dan konflik lebih dominanan diselesaikan melalui hubungan diplomasi pelbagai hala. Hal ini demikian kerana persetujuan daripada negara-negara yang mewujudkan hubungan diplomasi lebih daripada dua buah negara akan mendatangkan hasil yang lebih baik dan signifikan berbanding diplomasi dua hala. Hal ini sebenarnya bergantung kepada konflik yang dihadapi sama ada berskala besar ataupun hanya melibatkan konflik yang boleh diselesaikan antara negara. Contohnya berkaitan isu ancaman Israel terhadap masyarakat Palestin yang menyebabkan banyak nyawa terkorban. Isu tersebut sebenarnya merupakan satu isu yang berskala besar dan memerlukan diplomasi pelbagai hala untuk menyelesaikan konflik berkenaan. Hal ini demikian kerana diplomasi pelbagai hala dapat mencapai keputusan yang mengambil kira pandangan banyak entiti dalam membuat keputusan sama ada ancaman Israel terhadap Palestin adalah konflik yang patut dicampuri atau tidak. Sebaliknya, jika isu tersebut hanya melibatkan diplomasi dua hala sahaja, maka isu berkaitan akan menjadi keputusan berat sebelah dan pencapaian menangani konflik tidak akan dapat dicapai. Oleh itu, dalam mengatasi masalah dan konflik, hubungan diplomasi pelbagai hala adalah lebih efisyen berbanding diplomasi dua hala.
  
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, diplomasi dua hala dan diplomasi pelbagai hala masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Meskipun diplomasi pelbagai hala merupakan bentuk diplomasi yang wujud pada masa kini dan diplomasi dua hala telah wujud sejak zaman dahulu lagi, namun kedua-dua cara diplomasi berkenaan masih lagi mempunyai kelemahan tersendiri. Namun begitu, cara diplomasi ini sebenarnya bergantung kepada keadaan dan situasi yang dialami oleh sesebuah negara. Sekiranya isu tersebut melibatkan kesan yang besar sehingga mempengaruhi sistem dunia, maka diplomasi pelbagai hala diperlukan untuk menyelesaikan konflik berkenaan. Namun sekiranya masalah atau isu yang timbul hanya satu isu yang tidak mengancam keselamatan antarabangsa, ianya sebenarnya hanya memerlukan diplomasi dua hala. Oleh itu, pengaplikasian dan praktik cara diplomasi ini sebenarnya mempunyai kelemahan tersendiri dan mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dipraktikkan mengikut keadaan dan situasi yang dihadapi oleh sesebuah negara.

Diplomasi Dan Bentuk Diplomasi

Di masa silam banyak negara mengunakan pelbagai kaedah atau cara untuk membuat atau memulakan satu hubungan di antara negara, malah ada juga negara yang mengunakan kaedah perperangan untuk menyelesaikan sesuatu konflik dan pertelingkahan yang berlaku diantara dua buah negara atau lebih bagi menjamin mahupun memperolehi beberapa kepentingan bagi sesebuah negara tersebut atau dalam bahasa mudah kepentingan negara (national interest). Dengan cara berperang yang dilihat banyak mengorbankan nyawa dan jiwa insan yang tidak berdosa seperti tentera, kanak-kanak dan wanita. Disebabkan terlalu banyak nyawa dan jiwa yang terkorban negara yang berperang telah mengambil langkah yang baik untuk berdamai bagi mengelakkan banyak lagi nyawa yang terkorban dan itulah disebut sebagai diplomasi. iaitu satu cara untuk mempertemukan seseorang dengan orang yang berkepentingan untuk mengadakan rundingan di antara wakil negara dengan wakil negara yang berkonflik mahupun berperang.

Semenjak pelbagai pihak kian sedar tentang kerugian yang terpaksa di tanggung akibat peperangan dari pelbagai aspek diantaranya adalah kemusnahan harta benda dan kehilangan banyak nyawa yang boleh disumbangkan kepada susuatu yang lebih manfaat buat negara. Oleh itu dengan memilih cara berdiplomasi ini, mampu mengurangkan kesan kerugian disebabkan peperangan yang boleh mengorbankan jiwa serta memusnahkan harta untuk membiayai kos peperangan tersebut. Cara diplomasi ini sangat efektif karana mampu untuk memperbaiki hubungan diantara negara tanpa perlu mengorbankan nyawa dan jiwa yang tidak berdosa.

Apa itu diplomasi?
Diplomasi merupakan satu cara atau amalan berunding yang dilakukan oleh individu atau kumpulan individu yang kebiasaannya mewakili negara atau organisasi tertentu. Diplomasi merupakan salah satu instrumen politik luar bagi sesebuah negera untuk mewujudkan suatu kepentingan nasional dari sebuah negara. Diplomasi sama juga seperti berbincang dan rundingan, atau tawar-menawar untuk mendapatkan sesuatu kepentingan untuk negara. Namun, perkataan atau terma diplomasi ini biasa digunakan dalam amalan sebuah negara berkaitan dengan hubungan antarabangsa. Menurut penulisan jurnal yang telah ditulis oleh Barry H. Steiner pada tahun 2004 telah menyatakan bahawa diplomasi merupakan satu bentuk atau cara rundingan apabila kepentingan negara tidak boleh didamaikan sepenuhnya, dan tawar-menawar yang jelas diperlukan untuk mendedahkan bidang perjanjian bagi sesebuah negara.[1]

Perkataan diplomasi merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Greek bermaksud sebuah surat yang diberikan kepada utusan negara dengan demikian yang memegang surat tersebut adalah individu atau kumpulan yang berhak bercakap atas nama kerajaan ataupun negara dan diberikan hak-hak istimewa seperti mana seorang diplomatik (utusan).[2]

Menurut Konvensyen Vienna yang dikutip oleh David Ziegler 1989[3] Seorang diplomatik adalah sebagai utusan yang mewakili negaranya . Yang bermaksud segala tindak tanduk, perkataan dan perbuatannya serta segala keputusan yang diambil adalah mencerminkan negaranya. maknanya dengan kata lain dia sebagai seorang diplomat perlulah memahami kepentingan negaranya, pemikiran pemimpinnya dan kebiasaannya dikaitkan secara langsung dengan negara asalnya. Selain itu Diplomat tersebut tidak saja melayani hubungan negara dan pemerintahan tetapi juga meluas sampai pada kumpulan dan masyarakat tempat Diplomat itu berada atau diutus.

Pada zaman sekarang dimana pengaruh negara besar sangat menentukan dari diplomasi yang dijalankan. Dengan berakhirnya perang dingin perpengaruh dan kekuatan(power) mula berkurangan jika dibanding dengan pengaruh-pengaruh ketika zaman perang dingin berlaku. Dengan berubahnya situasi global dengan pola yang dulunya bipolar (perimbangan kuasa) menjadi satu hegemoni tunggal akan menyebabkan juga berubahnya cara negara tersebut berdiplomasi (Watson, 2005)[4]. Seperti sekarang untuk diplomasi tidak saja dilakukan oleh diplomat disatu negara, tetapi lebih banyak dengan utusan langsung, penggunaan Media massa dan media sosial yang lebih luas.

Bentuk-bentuk diplomasi?
Untuk menilai bentuk-bentuk yang digunakan oleh sesebuah negara bagi menjalankan atau mewujudkan hubungan diantara negara dengan negara lain melalui cara diplomasi. Oleh  kerana itu cara dan pengunaan kaedah diplomasi ini dilihat amat penting bagi mewujudkan hubungan yang lebih baik dalam menyelesaikan sesuatu isu dan perbincangan mengenai untuk kepentingan negara. Secara amnya diplomasi terbahagi menjadi dua bentuk, iaitu diplomasi dua hala(diplomasi bilateral) dan diplomasi pelbagai hala(diplomasi multilateral). Diplomasi dua hala adalah diplomasi yang dilakukan oleh dua negara saja manakala diplomasi pelbagai hala adalah diplomasi yang dilakukan oleh lebih dari dua negara[5].

Diplomasi dua hala terkenal sebagai bentuk diplomasi yang paling tua kerana ia telah digunakan semenjak zaman kerajaan kuno. Bentuk diplomasi dua hala ini memang sudah sering digunakan disebabkan kebiasaannya kerajaan-kerajaan zaman kuno akan menutup segala perhubungan dan kerjasama dengan sesebuah negara atau kerajaan bagi tujuan dan kepentingan. Diatas dasar inilah negara atau kerajaan memilih untuk mengunakan cara diplomasi dua hala sebagai pendekatan kerjasama antara kerajaan dengan meletakkan diplomatnya atau wakil kerajaan di negara lain.

Manakala diplomasi pelbagai hala ditakrifkan sebagai dalam pengurusan hubungan antarabangsa dengan rundingan antara tiga negeri atau lebih melalui wakil-wakil diplomatik atau negara tanpa perkhidmatan urus setia yang khusus (Boisard & Chossudovsky, 1997). 'Multilateralisme' dalam konteks keselamatan kolektif, bermaksud kuasa atau campur tangan pihak tentera ialah berkurangan berbeza daripada apabila digunakan dalam konteks rundingan diplomatik. Yang terakhir adalah lebih relevan di sini. Kewujudan diplomasi pelbagai hala yang telah dilakukan seakan-akan meningkat dalam persidangan di mana komunikasi dijalankan adalah melalui lisan dan secara terus (direct face to face) dan bukan dalam cara tradisional kebanyakannya mengunakan kaedah diplomasi dua hala (Berridge, 2005). Menurut Ikenberry(2003), "Multilaterism melibatkan penyelarasan hubungan antara tiga negeri atau lebih mengikut satu set peraturan atau prinsip-prinsip ... boleh berbeza dengan interaksi berdasarkan perbincangan lansung diantara wakil kerajaan atau negara atau kelangsungan kuasa politik..." ( Ikenberry , 2003).

BUKU
Bjola Cornelliu dan Kornprobst. (2013). Understanding International Diplomacy: Theory, Practice and Ethic. Kanada: Routledge.

Koh Kheng Lian. (2009). ASEAN Environmental Law, Policy and Governance: Selected Documents. World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd: Singapore.

Todung Mulya Lubis. (2002). Jalan Panjang Hak Asasi Manusia. PT Gramedia Pustaka Utama: Jakarta.

Watson & Adam. (2005) Diplomacy "The Dialogue Between States". United Kingdom: Routledge.

JURNAL
Galtung Johan dan Ruge Mari Holmboe. (1965). Patterns of Diplomacy. Journal of Peace Research. Vol. 2, No. 2.

H. Steiner Barry. (2004). Diplomacy and International Theory. Review of International Studies. Vol. 30. No. 4. Hal. 493-509.

Zigler et al. (1989). War, Peace And International Politic, Little Brown And Company. Boston, USA.

Malaysia Cheap Web Hosting