Kelemahan dan kelebihan
Rundingan Langsung dan Tidak Langsung
Kebaikan dalam diplomasi dua hala ialah salah satunya rundingan terus. Dalam hal ini, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, hubungan diplomasi dua hala hanya melibatkan dua negara sahaja yang berunding dan bekerjasama tentang satu isu. Apabila hanya melibatkan dua buah negara sahaja dalam diplomasi, keadaan ini sebenarnya akan memudahkan perundingan dan hanya memerlukan ruang perbincangan serta kos yang rendah. Hal ini demikian kerana hubungan diplomasi dua hala hanya memerlukan persetujuan satu pihak sahaja dalam perundingan. Contohnya, hubungan diplomasi dua hala Antara Singapura dengan Malaysia dalam menyediakan bekalan air bersih kepada negara singapura dan berkaitan isu tapak perkuburan masyarakat Islam. Rundingan yang dibawa oleh singapura hanya memerlukan persetujuan daripada kerajaan Malaysia sahaja tanpa melibatkan pengaruh negara yang lain. Pekara inilah yang dirujuk sebagai perundingan secara langsung dan tidak memerlukan ruangan perbincangan yang luas. Berbanding perhubungan diplomasi pelbagai hala yang melibatkan lebih daripada dua buah negara sehingga mencecah puluhan negara, akan menyebabkan perundingan atau konferen yang dijalankan menjadi satu konflik yang mengambil masa berbulan-bulan untuk menyelesaikan satu isu. Meskipun begitu, dalam diplomasi pelbagai hala, ianya mempunyai kelebihan tersendiri apabila menyentuh tentang aspek rundingan terus. Apabila melibatkan lebih daripada dua buah negara isu yang dibincangkan akan melibatkan persetujuan majoriti negara yang hadir bersidang. Pekara ini akan dapat menyelesaikan pelbagai isu secara holistik untuk kepentingan sejagat. Misalnya dalam pertubuhan ASEAN sendiri yang menunjukkan diplomasi pelbagai hala melalui penglibatan negara anggota yang terdiri daripada negara-negara Asia Tenggara. Dalam perundingan ASEAN mengenai isu kelestarian alam sekitar, setiap negara anggota perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh persetujuan majoriti negara anggota. Sebenarnya hubungan diplomasi pelbagai hala ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah alam sekitara, malah turut dapat meningkatkan perkembangan teknologi, dan ekonomi antara negara.[6] Keadaan tersebut menunjukkan bagaimana hubungan diplomasi pelbagai hala dapat menyelesaikan isu melalui rundingan terus dan bersifat holistik.
Tahap Pengaruh Diplomasi
Melalui tahap diplomasi, kita dapat menilai kelemahan dan kelebihan antara diplomasi dua hala dan diplomasi pelbagai hala. Hal ini bermaksud setiap negara pada masa kini mempunyai tahap-tahap kepentingan dan kuasa hegemoni tertentu. Pada dasarnya, tidak semua negara dunia mempunyai tahap pengaruh yang kuat untuk menjadikan hubungan diplomasi antara negara berjalan dengan baik. Dalam hal ini, berdasarkan tahap diplomasi tersebut iaitu sama ada sesebuah negara mempunyai tahap diplomasi yang tinggi atau rendah bergantung kepada kekuatan negara tersebut. Hubungan diplomasi dua hala yang merupakan cara berdiplomasi antara negara berbentuk tradisional merupakan cara berdiplomasi yang tidak dominan dalam mengukur tahap ketertinggian diplomasi. Hal ini demikian kerana hubugan antara dua negara tidak dapat membentuk pengaruh yang kuat dalam sistem dunia. Misalnya perbandingan yang dapat kita teliti antara hubungan diplomasi dua hala dan hubungan diplomasi pelbagai hala melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam PBB, terdapat lima buah kuasa kuat dunia yang menjadi negara anggota dalam pertubuhan diplomasi tersebut antaranya ialah Amerika Syarikat dan Jerman. Apabila terdapat kuasa hegemoni dalam diplomasi pelbagai hala, maka hubungan diplomasi tersebut lebih berpengaruh terhadap sistem dunia kerana negara-negara yang mempunyai kuasa hegemoni ini merupakan negara maju yang menjadi pergantungan oleh negara mundur dan sedang membangun. Misalnya dalam rundingan hak kemanusiaan sejagat dan hak keselamatan antarabangsa yang digariskan dalam PBB sendiri hasil daripada rundingan diplomasi pelbagai hala, telah menjadikan sistem keselamatan dunia dipatuhi oleh semua negara dunia. Sebagai contoh, yang adalah melalui pengenalan dasar kemanusiaan sejagat dalam PBB, sebenarnya masih mempunyai beberapa kekurangan sehingga negara yang tidak kuat seperti Papua New Guinea terpaksa menerima dasar tersebut dan tidak berpengaruh dalam menentukan hak kemanusiaan mereka sendiri.[7] meskipun terdapat beberapa buah negara yang masih terlibat dalam peperangan. Oleh itu, tahap ketertinggian diplomasi yang dimiliki oleh beberapa buah negara akan memudahkan diplomasi pelbagai hala berbanding diplomasi dua hala yang tidak dapat mempengaruhi sistem dunia.
Diplomasi paksaan
Seterusnya ialah diplomasi paksaan yang merupakan kelemahan yang terdapat dalam hubungan diplomasi pelbagai hala. Apabila terdapat kuasa hegemoni dalam sesuatu pertubuhan diplomasi, maka secara tidak langsung akan terdapat paksaan yang dilakukan oleh kuasa hegemoni tersebut untuk dipatuhi oleh kuasa yang tidak dominan dalam pertubuhan tersebut. Hal ini merupakan satu kelemahan yang terdapat dalam hubungan diplomasi pelbagai hala itu sendiri. Sedangkan, prinsip utama diplomasi itu ialah perundingan antara negara bagi mencapai persetujuan terhadap isu yang dibincangkan. Sebagai contoh, bagi menjamin hak asasi kemanusiaan sejagat, maka negara yang mempunyai kuasa dominan dalam PBB telah mengeluarkan dasar hak kemanusiaan sejagat yang perlu dipatuhi oleh seluruh negara dalam dunia. Sekiranya terdapat sesuatu rundingan diplomasi yang dijalankan juga sebenarnya perlu mendapat persetujuan daripada lima buah kuasa kuat negara dunia ini. Keadaan ini sebenarnya merupakan satu bentuk paksaan secara halus dalam diplomasi pelbagai hala. Namun, dalam diplomasi cara lama iaitu diplomasi dua hala, tidak berlaku diplomasi cara paksaan. Hal ini kerana rundingan yang dijalankan antara dua buah negara tidak dipengaruhi atau melibatkan kuasa negara lain dan sekiranya negara tersebut tidak menerima perundingan yang dijalankan, tidak terdapat paksaan terhadap negara itu untuk membuat keputusan. Contoh yang paling jelas antara Thailand dan Myanmar. Hubungan diplomasi dua hala yang menunjukkan tidak terdapat paksaan dalam perhubungan antara negara tersebut apabila masyarakat minoriti daripada Burma iaitu entik Rohingya datang ke Thailand tidak diterima oleh negara Thailand. Meskipun terdapat deklarasi hak asasi manusi, namun apabila melibatkan hubungan diplomasi dua hala antara negara, maka keputusan yang dibuat oleh negara tidak dapat dipertikaikan oleh negara lain. Demikianlah yang berlaku di Thailand yang tidak menerima rundingan kemasukan masyarakat Rohingya ke Thailand. Oleh itu, sebenarnya hubungan diplomatik pelbagai hala ini telah menyebabkan berlaku paksaan secara tidak langsung.
Kebarangkalian mengatasi masalah dan konflik
Dalam kebarangkalian mengatasi masalah dan konflik, antara cara diplomasi dua hala dengan diplomasi pelbagai hala, masalah dan konflik lebih dominanan diselesaikan melalui hubungan diplomasi pelbagai hala. Hal ini demikian kerana persetujuan daripada negara-negara yang mewujudkan hubungan diplomasi lebih daripada dua buah negara akan mendatangkan hasil yang lebih baik dan signifikan berbanding diplomasi dua hala. Hal ini sebenarnya bergantung kepada konflik yang dihadapi sama ada berskala besar ataupun hanya melibatkan konflik yang boleh diselesaikan antara negara. Contohnya berkaitan isu ancaman Israel terhadap masyarakat Palestin yang menyebabkan banyak nyawa terkorban. Isu tersebut sebenarnya merupakan satu isu yang berskala besar dan memerlukan diplomasi pelbagai hala untuk menyelesaikan konflik berkenaan. Hal ini demikian kerana diplomasi pelbagai hala dapat mencapai keputusan yang mengambil kira pandangan banyak entiti dalam membuat keputusan sama ada ancaman Israel terhadap Palestin adalah konflik yang patut dicampuri atau tidak. Sebaliknya, jika isu tersebut hanya melibatkan diplomasi dua hala sahaja, maka isu berkaitan akan menjadi keputusan berat sebelah dan pencapaian menangani konflik tidak akan dapat dicapai. Oleh itu, dalam mengatasi masalah dan konflik, hubungan diplomasi pelbagai hala adalah lebih efisyen berbanding diplomasi dua hala.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, diplomasi dua hala dan diplomasi pelbagai hala masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Meskipun diplomasi pelbagai hala merupakan bentuk diplomasi yang wujud pada masa kini dan diplomasi dua hala telah wujud sejak zaman dahulu lagi, namun kedua-dua cara diplomasi berkenaan masih lagi mempunyai kelemahan tersendiri. Namun begitu, cara diplomasi ini sebenarnya bergantung kepada keadaan dan situasi yang dialami oleh sesebuah negara. Sekiranya isu tersebut melibatkan kesan yang besar sehingga mempengaruhi sistem dunia, maka diplomasi pelbagai hala diperlukan untuk menyelesaikan konflik berkenaan. Namun sekiranya masalah atau isu yang timbul hanya satu isu yang tidak mengancam keselamatan antarabangsa, ianya sebenarnya hanya memerlukan diplomasi dua hala. Oleh itu, pengaplikasian dan praktik cara diplomasi ini sebenarnya mempunyai kelemahan tersendiri dan mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dipraktikkan mengikut keadaan dan situasi yang dihadapi oleh sesebuah negara.
0 comments:
Post a Comment