Di masa silam banyak negara mengunakan pelbagai kaedah atau cara untuk membuat atau memulakan satu hubungan di antara negara, malah ada juga negara yang mengunakan kaedah perperangan untuk menyelesaikan sesuatu konflik dan pertelingkahan yang berlaku diantara dua buah negara atau lebih bagi menjamin mahupun memperolehi beberapa kepentingan bagi sesebuah negara tersebut atau dalam bahasa mudah kepentingan negara (national interest). Dengan cara berperang yang dilihat banyak mengorbankan nyawa dan jiwa insan yang tidak berdosa seperti tentera, kanak-kanak dan wanita. Disebabkan terlalu banyak nyawa dan jiwa yang terkorban negara yang berperang telah mengambil langkah yang baik untuk berdamai bagi mengelakkan banyak lagi nyawa yang terkorban dan itulah disebut sebagai diplomasi. iaitu satu cara untuk mempertemukan seseorang dengan orang yang berkepentingan untuk mengadakan rundingan di antara wakil negara dengan wakil negara yang berkonflik mahupun berperang.
Semenjak pelbagai pihak kian sedar tentang kerugian yang terpaksa di tanggung akibat peperangan dari pelbagai aspek diantaranya adalah kemusnahan harta benda dan kehilangan banyak nyawa yang boleh disumbangkan kepada susuatu yang lebih manfaat buat negara. Oleh itu dengan memilih cara berdiplomasi ini, mampu mengurangkan kesan kerugian disebabkan peperangan yang boleh mengorbankan jiwa serta memusnahkan harta untuk membiayai kos peperangan tersebut. Cara diplomasi ini sangat efektif karana mampu untuk memperbaiki hubungan diantara negara tanpa perlu mengorbankan nyawa dan jiwa yang tidak berdosa.
Apa itu diplomasi?
Diplomasi merupakan satu cara atau amalan berunding yang dilakukan oleh individu atau kumpulan individu yang kebiasaannya mewakili negara atau organisasi tertentu. Diplomasi merupakan salah satu instrumen politik luar bagi sesebuah negera untuk mewujudkan suatu kepentingan nasional dari sebuah negara. Diplomasi sama juga seperti berbincang dan rundingan, atau tawar-menawar untuk mendapatkan sesuatu kepentingan untuk negara. Namun, perkataan atau terma diplomasi ini biasa digunakan dalam amalan sebuah negara berkaitan dengan hubungan antarabangsa. Menurut penulisan jurnal yang telah ditulis oleh Barry H. Steiner pada tahun 2004 telah menyatakan bahawa diplomasi merupakan satu bentuk atau cara rundingan apabila kepentingan negara tidak boleh didamaikan sepenuhnya, dan tawar-menawar yang jelas diperlukan untuk mendedahkan bidang perjanjian bagi sesebuah negara.[1]
Perkataan diplomasi merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Greek bermaksud sebuah surat yang diberikan kepada utusan negara dengan demikian yang memegang surat tersebut adalah individu atau kumpulan yang berhak bercakap atas nama kerajaan ataupun negara dan diberikan hak-hak istimewa seperti mana seorang diplomatik (utusan).[2]
Menurut Konvensyen Vienna yang dikutip oleh David Ziegler 1989[3] Seorang diplomatik adalah sebagai utusan yang mewakili negaranya . Yang bermaksud segala tindak tanduk, perkataan dan perbuatannya serta segala keputusan yang diambil adalah mencerminkan negaranya. maknanya dengan kata lain dia sebagai seorang diplomat perlulah memahami kepentingan negaranya, pemikiran pemimpinnya dan kebiasaannya dikaitkan secara langsung dengan negara asalnya. Selain itu Diplomat tersebut tidak saja melayani hubungan negara dan pemerintahan tetapi juga meluas sampai pada kumpulan dan masyarakat tempat Diplomat itu berada atau diutus.
Pada zaman sekarang dimana pengaruh negara besar sangat menentukan dari diplomasi yang dijalankan. Dengan berakhirnya perang dingin perpengaruh dan kekuatan(power) mula berkurangan jika dibanding dengan pengaruh-pengaruh ketika zaman perang dingin berlaku. Dengan berubahnya situasi global dengan pola yang dulunya bipolar (perimbangan kuasa) menjadi satu hegemoni tunggal akan menyebabkan juga berubahnya cara negara tersebut berdiplomasi (Watson, 2005)[4]. Seperti sekarang untuk diplomasi tidak saja dilakukan oleh diplomat disatu negara, tetapi lebih banyak dengan utusan langsung, penggunaan Media massa dan media sosial yang lebih luas.
Bentuk-bentuk diplomasi?
Untuk menilai bentuk-bentuk yang digunakan oleh sesebuah negara bagi menjalankan atau mewujudkan hubungan diantara negara dengan negara lain melalui cara diplomasi. Oleh kerana itu cara dan pengunaan kaedah diplomasi ini dilihat amat penting bagi mewujudkan hubungan yang lebih baik dalam menyelesaikan sesuatu isu dan perbincangan mengenai untuk kepentingan negara. Secara amnya diplomasi terbahagi menjadi dua bentuk, iaitu diplomasi dua hala(diplomasi bilateral) dan diplomasi pelbagai hala(diplomasi multilateral). Diplomasi dua hala adalah diplomasi yang dilakukan oleh dua negara saja manakala diplomasi pelbagai hala adalah diplomasi yang dilakukan oleh lebih dari dua negara[5].
Diplomasi dua hala terkenal sebagai bentuk diplomasi yang paling tua kerana ia telah digunakan semenjak zaman kerajaan kuno. Bentuk diplomasi dua hala ini memang sudah sering digunakan disebabkan kebiasaannya kerajaan-kerajaan zaman kuno akan menutup segala perhubungan dan kerjasama dengan sesebuah negara atau kerajaan bagi tujuan dan kepentingan. Diatas dasar inilah negara atau kerajaan memilih untuk mengunakan cara diplomasi dua hala sebagai pendekatan kerjasama antara kerajaan dengan meletakkan diplomatnya atau wakil kerajaan di negara lain.
Manakala diplomasi pelbagai hala ditakrifkan sebagai dalam pengurusan hubungan antarabangsa dengan rundingan antara tiga negeri atau lebih melalui wakil-wakil diplomatik atau negara tanpa perkhidmatan urus setia yang khusus (Boisard & Chossudovsky, 1997). 'Multilateralisme' dalam konteks keselamatan kolektif, bermaksud kuasa atau campur tangan pihak tentera ialah berkurangan berbeza daripada apabila digunakan dalam konteks rundingan diplomatik. Yang terakhir adalah lebih relevan di sini. Kewujudan diplomasi pelbagai hala yang telah dilakukan seakan-akan meningkat dalam persidangan di mana komunikasi dijalankan adalah melalui lisan dan secara terus (direct face to face) dan bukan dalam cara tradisional kebanyakannya mengunakan kaedah diplomasi dua hala (Berridge, 2005). Menurut Ikenberry(2003), "Multilaterism melibatkan penyelarasan hubungan antara tiga negeri atau lebih mengikut satu set peraturan atau prinsip-prinsip ... boleh berbeza dengan interaksi berdasarkan perbincangan lansung diantara wakil kerajaan atau negara atau kelangsungan kuasa politik..." ( Ikenberry , 2003).
BUKU
Bjola Cornelliu dan Kornprobst. (2013). Understanding International Diplomacy: Theory, Practice and Ethic. Kanada: Routledge.
Koh Kheng Lian. (2009). ASEAN Environmental Law, Policy and Governance: Selected Documents. World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd: Singapore.
Todung Mulya Lubis. (2002). Jalan Panjang Hak Asasi Manusia. PT Gramedia Pustaka Utama: Jakarta.
Watson & Adam. (2005) Diplomacy "The Dialogue Between States". United Kingdom: Routledge.
JURNAL
Galtung Johan dan Ruge Mari Holmboe. (1965). Patterns of Diplomacy. Journal of Peace Research. Vol. 2, No. 2.
H. Steiner Barry. (2004). Diplomacy and International Theory. Review of International Studies. Vol. 30. No. 4. Hal. 493-509.
Zigler et al. (1989). War, Peace And International Politic, Little Brown And Company. Boston, USA.
0 comments:
Post a Comment