Tuesday, 31 December 2013

Idealogi Pemimpin di Timur Tengah

Istilah ‘Cold War’ atau ‘Perang Dingin’ sebenarnya diperkenalkan oleh Bernard Baruch sekitar tahun 1947 yang merujuk kepada hubungan dingin diantara hubungan Soviet dengan blok Barat terutamanya Amerika[1]. Untuk melihat perang dingin ini yang dikatakan tidak memberi kesan kepada rantau timur tengah boleh dilihat melalui beberapa faktor yang dilihat lebih mendominasi daripada konflik yang berlaku diantara kuasa-kuasa besar. Oleh itu, untuk mengatakan bahawa perang dingin tidak mempengaruhi rantau timur tengah adalah dengan bersandarkan beberapa faktor tertentu diantaranya idealoagi pemimpin itu sendiri. Idealogi dalam kamus dewan edisi keempat ialah bermaksud faham (ajaran) yg dipakai atau yg dicita-citakan utk dasar pemerintahan[2]. Oleh itu untuk melihat adakah perang dingin ini tidak memberi kesan kepada timur tengah kita boleh melihatnya melalui beberapa orang pemimpin di negara-negara Timur Tengah khususnya Iraq, Iran, Mesir, Libya dan Tunisia. Ia boleh dilihat dengan lebih jelas melalui beberapa siri peperangan yang mana boleh kita lihat antaranya adalah Perang Teluk (Iran-Iraq) 1980, Perang Enam Hari (1967) dan Perang Yom Kippur (1973). Dalam setiap siri peperangan ini jelas menunjukkan perang dingin ini tidak memberi kesan atau mempengaruhi  konflik yang berlaku di timur tengah walaupun campur tangan pihak Barat dalam pembekalan ketenteraan, kelengkapan peperangan seperti senjata dan kemahiran petempuran tetapi apa yang kita lihat bagai mana idealogi pemimpin yang dilihat sebagai regime pemerintah di timur tengah sentiasa berubah-ubah dan ada pula yang mengambil langkah  berkecuali iaitu tidak melihat memberi pemberat kepada mana-mana kuasa yang berpengaruh serta yang terlibat dalam konflik perang dingin tersebut.

Era pemerintahan Saddam Hussien di Iraq boleh dilihat sebagai sesuatu yang unik ini kerana pemerintahan beliau sering kali berubah-ubah terhadap idealogi yang dibawanya. Ini kerana sering berubah-ubah dari segi menjalinkan hubungan dan kerjasama diantara dua-dua blok semasa berlakunya konflik perang dingin ini. Ini dapat kita lihat melalu berberapa siri serangan yang dilakukan oleh Iraq ini semasa era pemerintahan Saddam Hussien dari segi mendapatkan sokongan kuasa besar. Perang Iraq-Iran yang dikenali sebagai perang teluk yang berlaku pada tahun 1980. Dimana didalam perang tersebut Blok Barat khususnya Amerika Syarikat telah mengadakan hubungan dengan Iraq. Hubung Iraq dan Barat jelas kelihatan apabila pihak barat telah memberikan bantuan senjata kepada Iraq pada 1982[3].

                Hubungan dan idealogi regime pemerintah Iraq berubah kerana kebergantungan kepada Amerika syarikat khususnya barat dianggap tidak lagi baik malah pada perang teluk 1991. Amerika Syarikat telah melancarkan serangan ke atas Iraq kesan daripada serangan Iraq ke atas Kuwait. Di dalam perang tersebut Amerika dan rakan sekutunya telah bertindak mnyerang Iraq dengan bantuan negara-negara Arab[4] Ini jelas menunjukan bahawa perang dingin tidak memberi kesan kepada konflik rantau timur tengah ini kerana kedua-dua kuasa besar yang ada hanya mahukan penguasaan terhadap sumber dan meningkatkan pengaruhnya ke atas wilawah timur tengah.
Selain daripada Iraq terdapat juga negara yang tidak membawa mana-mana idealogi komunis dan barat ini kerana regime pemerintah ketika itu telah memainkan peranannya dalam politik domestic(idealogi tempatan). Ini dapat dilihat melalui politik Iran yang mana regime pemerintah Iran tidak menyokong mana-mana blok kuasa besar sama ada Soviet mahupun Barat. Regime pemerintah yang dimaksudkan adalah Khomeini. Khomei dilihat sebagai salah seorang regime yang tidak mempunyai dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana kuasa besar.

[1] George F. Kennan, Soviet-American Relations, 1917-1920: Russia Leaves the War,New Jersey: Princeton University Press,1956 hlm. 52.
[2] Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ideologi, Diakses pada 10 Disember 2013.
[3] Larry Everest, 1980-1988, Iran-Iraq: Helping both sides lose the war, http://coat.ncf.ca/our_magazine/links/issue51/articles/51_30-31.pdf, Diakses pada 10 Disember 2013.
[4] David Klein, Mechanisms of Western Domination: A Short History of Iraq and Kuwait, http://www.csun.edu/~vcmth00m/iraqkuwait.html, DIakses pada 10 Disember 2013.

Ringkasan Seminar Wacana Perbatasan

Masa: 8- 4 Petang     Tempat: Dewan YTL, UMS

Pada hari pembukaan seminar ini telah dirasmikan oleh wakil Naib Canselor iaitu Prof. Madya Dr Asmadi Idris. Ucaptama pembukaan seminar telah dimulakan oleh Prof. Dr. Kamarulnizam Abdullah yang merupakan seorang pennyarah kanan dari Universiti Utara Malaysia dengan tajuk “memperkuatkan kerangka “Connectivity” Asean Dalam Mitra Pengurusan Perbatasan Serantau”. Dalam ucaptama beliau banyak menyentuh hal-hal mengenai pengurusan perbatasan serantau dan juga menyatakan definisi dan maksud perbatasan. Melalui ucapan beliau juga, beliau telah mengatakan bahawa setiap Negara mempunyai kaedah untuk menentukan perbatasan yang berbeza mengikut beberapa faktor yang dianggap lebih dominasi dalam menentukan perbatasan bagi sesebuah negara diantara faktornya adalah dari segi ekonomi, sosial dan politik. Beliau turut mencerakinkan bahawa persempadan dan perbatasan di kawasan-kawasan Malaysia dengan merujuk kepada kawasan perbatasan negara seperti Perlis-Thailand, Sarawak-Kalimantan, Pulau Sebatik, Tawau- Tarakan, dan Johor- Singapura. Beliau juga ada mengatakan mengenai bagaimana sosial mampu mempengaruhi perubahan perbatasan dan mengatakan bahawa kawasan daerah perbatasan biasanya adalah kawasan yang kurang membangun namun pada masa berlakunya peperangan seperti perang dingin ianya merupakan kawasan penempatan ketenteraan dalam menjaga kedaulatan sesebuah negara dari diceroboh oleh musuh-musuh negara.

Sesi pertama seminar perbatasan ini telah dikendalikan oleh Encik Suzalie Muhammed iaitu seorang pensyarah program hubungan antarabangsa bersama-sama dua orang pembicara iaitu ialah Prof Dr Sabirin Jaafar dari Universiti Teknologi Malaysia dengan tajuk penbentangannya “Isu-isu Persempadanan dari perspektif Undang-undang”. Melalui pembentangan ini beliau telah mengutarakan perkara mengenai tuntutan bertindih sejak pembentukan peta baru Malaysia 1979 yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei. Beliau mengatakan terdapat dua sumber undang-undang Maritim iaitu undang-undang Lazim (Custumary Law) dan Triti serta kemunculan United Nation Convention Law Of The Sea (UNCLOS) 1982 yang menyatakan pembahagian tiga batu Nautika adalah milik negara tersebut dari kawasan pesisiran pantai negara tersebut.  Pengawalan sempadan terutamanya di kawasan maritim dilihat amat penting melalui Konvension Undang-Undang Laut (KUUL) 1982 yang mana pembesaran tentera laut dan penubuhan agensi pengawal pantai oleh negara-negara yang menuntut haknya. Oleh itu, wujudnya agensi-agensi kerajaan bagai mengawal perairan ini. Ini boleh dilihat seperti di negara kita sendiri dimana dengan wujudnya APMM (Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia) pada tahun 2004 mampu bertindak bagi melakukan pengawasan dan pengawalan kawasan-kawasan maritim. Beliau juga telah mengatakan bahawa isu tuntutan bertindih yang dialami Malaysia kebiasaannya mempunyai kekangan dari segi kekurangan pemilikan dokumen seperti manuskrip, perjanjian, kitab lama dan dokumen yang melibatkan ‘Active Usage’.

Melalui perbinganan sesi pertama pembicara iaitu Dr Zaini Othman yang merupakan seorang penyarah dari UMS dengan pembentangan tajuk beliau mengenai “Dunia tanpa Sempadan: satu analisis”. Dalam pembicaraan beliau banyak menyentuh mengenai kuasa siber yang semakin meluas pada masa kini yang mana kuasa siber yang mampu melimpasi sempadan dapat membawa kepada perluasan ‘Godamnisme’ yang mampu menjurus kepada jenayah siber yang sememangnya mampu mengugat keselamatan sesebuah negara. Jalur komnunikasi seperti internet juga mampu memudahkan lagi proses kemasukan warga asing ke dalam negara bagi menghubungi keluarga mahupun sahabat yang ada di tempat destinasi tersebut.

          Untuk sesi perbincangan seminar perbatasan yang kedua ini telah di kendalikan oleh moderator iaitu Prof Madya Dr. Gusni Saat dan pembentang yang ketiga ialah En Ramli Dollah iaitu seorang pensyarah hubungan antarabangsa dari UMS dengan tajuk pembentangan beliau mengenai “Elemen fizikal dan Non Fizikal dalam pembentukan Sempadan: Satu kajian kes di pantai timur Sabah”. Dalam pembentangan ini, beliau telah memfokuskan terhadap kajian perbatasan yang terdapat di Pulau Sebatik yang mana garisan sempadan di kepualauab Sebatik adalah kabur walaupun wujud pembahagian fizikal dari segi terdapatnya bendera Malaysia dan Indonesia disetiap kawasan perbatasan tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa kajian sempadan tidak boleh hanya melihat elemen fizikal semata-mata namun elemen non fizikal juga penting untuk mengukur pembentukan sempadan. Beliau mengatakan bahawa sempadan boleh dan akan muncul atas nama fizikal dan bukan fizikal untuk mengukur makna persempadanan yang lebih jelas. Dimana kedua elemen ini sangat berkait rapat dengan kajian perbatasan pada sesuatu kawasan.

Seterusnya, pembentang keempat ialah Dr. Habibah Ahmad dari UKM dengan tajuk pembentangan beliau “Mengurus perlancongan Sempadan Malaysia-Thailand: Pertimbangan faktor Kesepaduan atau Konflik”. Dalam pembentangan ini, beliau telah membentangkan mengenai sempadan Malaysia-Thailand, definisi dan kefahaman yang jelas mengenai kajian beliau serta penerangan mengenai serba sedikit tentang bidang perlancongan yang telah dilakukan oleh kedua-dua negara di kawasan persempandan, menperincikan perlancongan sempadan dari segi kesepaduan atau konflik dan implikasi terhadap pembuat keputusan. Dalam pembentangan beliau banyak menyentuh mengenai perkara yang berkaitan aktiviti perlancongan yang berlaku di sekitar kawasan persempadanan yang sememangnya membawa keuntungan kepada kedua buah negara yang berkongsi garis sempadan. Contoh lain yang boleh kita lihat adalah mengenai sempadan ini adalah Bukit Kayu Hitam, Perlis dan Rantau Panjang, Kelantan yang mana kedua-dua kawasan ini merupakan kawasan yang dilihat telah mendatangkan sumber ekonomi yang begitu pesat di kawasan persempadanan kedua-dua negara.

Pembentang yang kelima ialah Dr. Kassim Thukiman dari UTM dengan tajuk “Menelusuri Sejarah persempadanan Johor”. Dalam perbentangan beliau lebih memfokuskan bagaimana persempadanan Johor dan Singapura melibatkan faktor sejarah. Beliau mengatakan bahawa isu-isu persempandanan kerajaan Johor mempunyai kaitan dengan implikasi politik dan perundangan. Hal ini dikatakan mempunyai kaitan dengan persaingan kuasa dalam kalangan pemerintah, hubungan dengan negeri-negeri jiran dan pengaruh British untuk campur tangan menentukan persempadanan kerajaan Johor. Beliau turut menyatakan betapa pentingnya dokumen-dokumen mengenai pemilikan atau sejarah mengenai pemilikan Pulau Batu putih untuk disimpan bagi mengukuhkan bukti pemilikan Pulau tersebut terhadap Malaysia.

Pembentangan yang terakhir pada hari pertama Seminar Perbatasan ialah Encik Rusdi Omar dari UUM dengan tajuk “ Malaysia perspective on The Southern Thailand Conflict”. Pembentangan beliau adalah mengenai memperlihatkan perspektif Malaysia mengenai konflik yang berlaku di Selatan Thailand. Hal ini kerana Konflik yang berlaku ini adalah benar-benar hampir dengan negara Malaysia ekoran bersempadan dengan kawasan yang mengalami masalah dan pergolakkan seperti Narathiwat, Patani, Songkla dan lain-lain. Hal ini juga dikaitkan dengan faktor persamaan etnik masyarakat Melayu dan beragama Islam disana adalah sama dengan etnik dan kepercayaan yang diamalkan di Malaysia. Persamaan ini juga mampu memberi kesan terhadap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Thailand.

Untuk hari yang kedua  seminar perbatasan ini telah dikendalikan oleh Dr. Kantayya Mariappan sebagai moderator pembentangan sebagai keistinambungan pembentangan dan kupasan mengenai seminar perbatasan yang dianjurkan. Pembentang pertama ialah Encik Wan Shawalludin dari UMS dengan tajuknya “Sempadan dan imigrasi Antarabangsa: Faktor, pendekatan serta Impak”. Beliau menyatakan dalam pembentangan beliau mengenai faktor pergerakan Migrasi antarabangsa iaitu faktor jaringan maklumat, faktor persisiran pantai, kelemahan pihak berkuasa, rasuah, kesukaran hidup ditempat asal, kehadiran sindeket antarabangsa, dan keengganan penduduk tempatan untuk melakukan kerja-kerja 4D. Manakala beliau juga mengemukakan pendekatan untuk mengekang masalah melalui penubuhan pasukan petugas khas persekutuan 1989, tindakan berskala, dan peranan majikan. Impak yang dapat ditemui melalui masalah kebanjiran migran ialah aktiviti jenayah yang semakin berleluasa, pencemaran alam sekitar, masalah pengaliran keluar wang Malaysia ke tempat asal. Beliau menyimpulkan pembentangan beliau dengan menyatakan bahawa isu pendatang asing di Sabah tidak akan selesai memandangkan setiap pihak mempunyai agenda yang tersendiri.

Pembentang yang kedua ialah Dr Marsitah Mohd. Razi dari UMS dengan tajuknya “Jika batas pemisahnya seperti coreta pensil, nescaya dipadamkan: Analisis teoritikal di Kg Aji Kuning Sebatik”. Beliau menyatakan dalam pembentangan beliau mengenai bagaimana garis perbatasan antara Indonesia dan Malaysia di Pulau Sebatik tersebut tidak memberi impak besar atau negatif terhadap penduduk tempatan disana atas terma “Everyday defined” yang mana suda menjadi kebiasaan penduduk tempatan disana tidak menganggap garis sempadan sebagai satu kekangan bagi mereka untuk melakukan aktiviti harian mereka. Selain itu, pengalaman hidup di perbatasan adalah lebih dominan daripada sekatan undang-undang yang dilaksanakan oleh negara. Hal ini juga dapat dilihat melalui faktor kekeluargaan dan perkongsian budaya yang sama di sana.

Pembentang yang ketiga ialah Dr Dayang Suria Hj Mulia dari UMS dengan tajuk beliau “Strengthening Networks for survival, Mobility and security: Social Capital among Borders Community in East Malaysia”. Pembentangan beliau juga mengenai perbatasan yang berlaku di Pulau Sebatik iaitu dimana wujudkan Kg Sg Aji Kuning( Malaysia) dan Desa Sei Aji Kuning (indonesia) yang mana memiliki ikatan budaya yang rapat dan sama seperti etnik Bugis, terdapat juga isu pemilikan dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Indonesia, penduduk yang memiliki 2 buah rumah disetiap negara, dan isu identiti atau perhubungan antara etnik adalah lebih penting berbanding identiti nasional.

Pembentang yang terakhir ialah Encik Mustapa Abd Talip dari UMS dengan tajuknya “Geospatial perbatasan perairan Negeri Sabah”. Pembentangan beliau adalah lebih kepada pengaktifikasikan garis-garis pantai, zon maritim di Sabah dalam perbatasan. Beliau mengutarakan pihak yang menggunakan maklumat sempadan maritim negara, format yang digunapakai, kepentingan carta sebagai sumber kepaa data garis pangkal dan lain-lain.


Secara kesimpulannya, Seminar ini mampu memberikan maklumat dan informasi kepada tetamu dan mahasiswa yang hadir mengenai isu persempadanan yang melibatkan negara. Apa langkah-langkah yang boleh diambil dalam menghasilkan kajian tentang  perbatasan. Oleh kerana ini setiap dan semua pihak perlulah mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan masalah ini dengan berpandukan dengan kajian yag telah dilakukan oleh ahli akademik. 

Friday, 30 August 2013

Salam Kemerdekaan Ke-56 buat semua..


Asslamualaikum dan Salam Sejahtera..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut dan meraikan hari Kemerdekaan Ke-56 buat seluruh rakyat Malaysia tercinta..

Hayati dan sambutlah kemerdekaan secara bersederhana agar kita dapat menghayati setiap apa yang kita merdekakan.. Di sebalik peristiwa yang telah mengugat kedaulatan dan keamanan negara tersebut. Oleh itu Hayatilah dan jagalah keharmonian dan kemerdekaan ini agar kita semua mampu untuk terus hidup dengan aman dan damai.

Jangan di lupa kita hulurkan dan titipkan doa buat para perjuang yang telah mempertahankan negara kita yang tercinta...Al-Fatihah  

Tuesday, 20 August 2013

Demokrasi Diktator Mesir

Hari dunia dan rakyat Mesir telah dikejutkan dengan pembebasan Bekas president Mesir Hosni yg telah digulingkan melalui kebangkitan rakyat dan pejuang demokrasi Mesir oleh kerajaan sementara Mesir. Seolah-olah timbul satu persoalan yg main difikiran sya selaku pelajar tahun akhir Hubungan Antarabangsa. Adakah ini adalah satu konspirasi yang telah dirancang untuk mengembalikan lagi kuasa Hosni di Mesir. Jika benar ini berlaku Mesir Hari ini saya gelarkan sebagai pengamal "Demokrasi Diktator" yg cba memilih acuan pemerintahan secara kekejaman sehingga sanggup mengorbankan ribuan nyawa.

Yang lebih menghairankan bekas president Mesir Mursi yg telah dipilih melalui proses Demokrasi Meair telah digulingkan secara paksaan dan kekerasan oleh tentera. Adakah ini satu bentuk demokrasi yg cba dibentuk?? lebih menyayat hati adalah Mursi telah ditangkap dan dimasukan ke penjara. Oleh itu angapan saya mengenai Corak Pemerintahan Demokrasi Diktator adlah benar dan sukar disangkal sama sekali. 

Bertambah pelik Dimana keberkesan Mahkamah Keadilan Antarabangsa terhadap dua isu ini? Seolah-olah mereka tahu wujudnya konspirasi yg melibatkan semua pihak termasuk kuasa besar terhadap pengulingan kuasa Mursi di Mesir. Dimana juga kretibiliti ICJ dalam menyelesaikan konflik yang secara terang-terangan melanggar regulasi undang-undang Kemanusiaan ICJ.

Saya juga mengecam tindakan Arab Saudi yang seolah2 telah mengenepi hak kebebasan berhimpun dan kebebasan bernyawa yang telah dinafikan oleh pihak pemerintahan sementara mesir. Saya juga berharap agar kerajaan sementara mesir ini segera dibawa kemuka pengadilan utk dibicarakan bukan terus menghukum dan rakus menafikan kebebasan hak asasi manusia..

Sekian sahaja pandangan peribadi sya mengenai isu pembebasan Hosni mantan Peresiden Mesir ini.

Wednesday, 14 August 2013

Jenayah Kemanusiaan Dan Kebeban di Mesir

Asslamualaikum dan Salam Perjuangan buat semua sahabat dan teman semua.

Minggu ini kita telah digemparkan dengan rintihan airmata dan darah para perjuang rakyat mesir. Bersama2 kita mdoakan agar saudara kita disana selamat dan dilindungi rahmat dab berkat Allah S.W.T


Pendapat peribadi saya terhadap isu ini ada dua jenayah besar yang telah dilakukan oleh pihak tentera melangar hak kemanusiaan antarabangsa dan perkara ini wajar dibawa kemuka pengadilan.

Pertama,Pihak kerajaan sementara dan tentera telah mengulingkan kerajaan yang sah dipilih melalui proses demokrasi (pilihanraya) jadi atas sebab apakah kerajaan ini harus digulingkan sehingga semua barisan pimpinan kerajaan ditangkap dan dimasukan kedalam penjara. Adakah ini dinamakan demokrasi?? Jika inilah yg dinamakan demokrasi suka saya namakan ini adalah sebagai "Demokrasi Hitam". Kerana tidak mbawa kepada perjalanan Demokrasi yang sebenar. Perkataan Hitam disebab kuasa tentera dan kerajaaan sementara Mesir hari ini telah menafikan suara demokrasi rakyat Mesir. Jadi amatlah perlu kerajaan Sebelum ini diberikan mandat untuk memerintah Mesir.


Jenayah yang kedua, Tindakan pemerintah dan tentera menyerang dan membunuh para penyokong dengan mengempur tempat-tempat penyokong kerajaan yang digulingkan telah menafikan hak kepada rakyat Mesir untuk bersuara. Dengan mengunakan pendekatan kekerasan tentera ini saya lihat sebagai kerajaan dan tentera pembunuh kerana telah mengorbankan banyak nyawa dalam menyelesaikan konglik secara tidak berperikemanusiaan dengan mengorbankan nyawa pra perjuang dan syuhadah dibumi Mesir.


Oleh kerana itu saya menyeru untuk kita terus berdoa agar Allah S.W.T melindungi dan memberikan kekuatan utk mereka terus berjuang menentang kekejaman yang sebenar.

Tinta Ikhlas
Insan Pencinta Kedamaian

Monday, 25 February 2013

Usah Terpedaya Pada Retorik Mulut Tanpa Perbuatan

Assalamualikum dan Salam 1Malaysia.
Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk bermegah-megah dengan apa yang ada, bukan untuk menyokong pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Tetapi artikel ini ditulis untuk mengemukakan pandangan peribadi saya sendiri yang juga Exco 1Malaysia, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah Sesi 2012/2013.

Sejak akhir-akhir ini saya melihat terdapat pihak tertentu yang sering bersuara kononnya mahu menjaga kebajikan dan mengembalikan hak orang asli. Walhal sebenarnya kerajaan yang sedia ada ini telah memberi layanan yang cukup baik dengan masyarakat Orang Asli. Membaiki taraf hidup masyarakat orang asli, memberi pendidikan kepada orang asli sehingga keperingkat universiti.
Peranan Jabatan Kemajuan Orang Asli atau lebih dikenali sebagai JAKOA sememangnya baik dan selari dengan objektif penubuhannya selama ini iaitu untuk menjaga hak dan kebajikan Orang Asli. Hal ini kerana, saya melihat banyak program yang telah dilaksanakan oleh JAKOA telah memberikan manfaat kepada Masyarakat ini, seperti program motivasi untuk persediaan pelajar orang asli dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti, Penempatan Orang Asli, Pengukuhan Ekonomi Orang Asli dan sebagainya.
Saya tidak berbohong dengan fakta yang ada malah untuk apa saya ingin berbuat demikian? Sedangkan ini adalah masa depan kaum saya. Bahkan saya sendiri adalah Mahasiswa Orang Asli dari "Keturunan Kuala". Sejak di bangku persekolahan lagi, saya telah dibantu oleh kerajaan Malaysia melalui JAKOA untuk bersaing dengan masyarakat lain dari sekolah rendah hinggalah ke universiti sekarang ini. Tetapi saya melihat masyarakat Orang Asli kini sudah mula sedar akan tanggungjawab mereka kepada negara dan masyarakat mereka serta mereka sudah mampu bersaing dengan masyarakat luar. Bahkan ada dikalangan pelajar orang asli mendapat keputusan yang cemerlang di semua peringkat pendidikan negara dan luar negara.Walaupun ada segelintir masyarakat Orang Asli kian terpedaya dengan janji-janji manis sesuatu pihak yang sering mahu gunakan Masyarakat Orang Asli demi kepentingan Politik dan untuk mendapatkan pangkat semata-mata.
Saya rasa sudah tiba masyarakat orang Asli berubah kearah yang lebih baik untuk menempuhi cabaran yang semakin jauh dalam memperlihatkan serta menonjolkan peranan orang asli dalam pembentukan negara. Saya akan cuba membantu masyarakat saya ini dengan apa cara sekalipun agar mereka tidak mudah di tindas dan dipergunakan oleh sesetengah pihak.
Buat semua sahabat dan kaumku yang tercinta. Sudah tiba masanya untuk kita berubah selari dengan tranformasikan permikiran kita, ekonomi kita demi masa depan bangsa kita seperti mana yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita dalam proses Mentranformasikan Negara. Jangan terlalu terikut-ikut serta terpengaruh dengan janji manis sesetengah pihak yang mahukan kuasa. Tujuan mereka ingin menunjukan mereka prihatin terhadap kita sebelum mereka mendapatkan kuasa. Apa yang kita takut selepas mereka berkuasa mereka akan meninggalkan dan mengabaikan kita bagai sampah yang tidak mempunyai apa-apa. Sekian sahaja dari saya. Asslamualaikum. Wassalam

MAHASISWA ORANG ASLI MENYAHUT CABARAN KEPIMPINAN MAHASISWA


“Mahasiswa orang asli perlu berdaya saing untuk mengubah pemikiran masyarakat sekeliling” Itu adalah kata-kata yang saya pegang sehingga hari ini dalam meniti perjuangan. Alhamdulillah berkat doa mak abah, keluarga serta rakan-rakan di kampus saya telah memenangi Pilihanraya Kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2012/2013 di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ramai kawan-kawan yang tidak mengetahui bahawa saya merupakan salah seorang mahasiswa orang asli berketurunan Kuala berasal daripada Kampung Orang Asli Seri Pantai Senggarang Batu Pahat, Johor. Bagi saya selaku mahasiswa orang asli juga boleh memikul amanah dan tanggungjawab dalam bergiat aktif dalam dunia kepimpinan mahasiswa. Saya juga ingin membuktikan bahawa orang asli juga layak di angkat sebagai pemimpin yang cemerlang dalam menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak iaitu Satu Tranforamasi yang saya adaptasikan sebagai mentranformasikan minda dan pemikiran masyarakat orang asli kearah kecemerlangan dan berkebolehan menjadi seorang pemimpin. Saya berasa amat bersyukur dengan amanah yang telah dipertangungjawabkan kepada saya sebagai seorang Exco 1 Malaysia pada Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013 Universiti Malaysia Sabah.


Melihat kepada reaiti yang berlaku di Malaysia, kebanyakan masarakat orang asli di tanah semenanjung Malaysia tidak berani untuk tampil kehadapan masyarakat. Kebanyakan masarakat orang asli tampil dengan identiti lain iaitu mengakui bahawa mereka juga rumpun melayu dan realitinya mereka tidak mendedahkan siapa diri mereka di khalayak ramai. Kenapa pekara sedemikian berlaku? Hal ini kerana segelintir masyarakat khususnya yang berada disekililing masyarakat orang asli kurang menerima masyarakat orang asli ini dengan baik. Mentaliti sebilangan masyarakat sekitar terhadap orang asli adalah rendah dan mereka mengangap bahawa orang asli tidak setaraf dengan kedudukan mereka. Justeru, pekara ini menyebabkan kebanyakkan masyarakat orang asli tidak berani tampil dengan identiti mereka kerana mereka khuatir akan disisihkan oleh masyarakat sekeliling.
Pekara tersebut sebenarnya menyebabkan masyarakat orang asli merasa rendah diri terhadap identiti mereka sehingga mereka tidak berani untuk menonjol dengan identiti sebagai mahasiswa orang asli. Namun sedar ataupun tidak, pada hari ini, terdapat masyarakat orang asli yang turut berjaya disebalik dilemma tersebut. Mereka meraih kejayaan dengan usaha gigih meeka sehingga mampu menjadi insan yang berjasa kepada negara.

Saya teringat akan sebuah kisah, yang mana saya sendiri yang merupakan mahasiswa orang asli yang kini menuntut di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Hubungan Antarabangsa. Dahulunya, saya merupakan seorang pelajar yang kurang mendapat perhatian di sekolah. Keadaan tersebut menyebabkan beliau merasa rendah diri dan pernah ingin mengambil keputusan untuk tidak mahu ke sekolah lagi kerana sering dicerca dan dihina sebagai pelajar orang asli oleh rakan-rakan. Pendek kata, apa sahaja yang dilakukan oleh pelajar orang asli semuanya buruk. Lantaran dari cercaan itu jiwa saya memberontak untuk mendapatkan perhatian masyarakat lain. Akhirnya saya bertekad untuk mengubah pemikiran masyarakat lain terhadap orang asli dengan berlajar bersungguh dengan melanjutkan pengajian tinggi swasta (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) dan Alhamdulillah setelah tamat pengajian di IPTS saya telah di tawarkan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA. Ramai kawan-kawan dan guru saya tidak menyangka saya akan berada di tempat ini sekarang dan saya mampu buktikan kepada mereka saya juga mampu berjaya untuk mengubah pemikiran masyarakat tentang orang asli.

Namun pada hari ini, sepatutnya dua pekara yang dianggap sebagai kekangan kejayaan orang asli perlu dilihat dari sudut positif. Pertama berkaitan dengan soal identiti, jika masyarakat sekeliling menafikan kedudukan masyarakat orang asli, maka pekara yang perlu dilakukan ialah masayarakat orang asli itu sendiri perlu meningkatkan cara hidup dan pemikiran mereka. Maksudnya masyarakat orang asli perlu menunjukkan bahawa peribadi mereka mempunyai nilai nilai yang jauh lebih baik daripada masyarakat sekeliling mereka. Masyarakat orang asli perlu meningkatkan amalan hidup, taraf pemikiran mereka dan mengangap faktor disisihkan oleh masyarakat sekitar bukan dilihat sebagai alasan kita melakar kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Jangan disebabkan mereka tidak disenangi oleh orang sekitar, maka mereka terus berdiam diri dan tidak berani menunjukkan siapa diri mereka yang sebenar serta terus tengelam dalam meniti arus kemodenan. Oleh itu, rakan-rakan pelajar dan mahasiswa orang asli seharusnya melihat pekara tersebut perlulah dilihat sebagai cabaran bagi mahasiswa orang asli untuk mencapai tahap ketamadunan kehidupan yang gemilang.

Buat renungkan adik-adik dan seluruh mahasiswa dan pelajar orang asli yang lain. Kita seharusnya berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan kejayaan dalam genggaman kita dalam membuka pemikiran masyarakat mengenai bangsa kita. Buat rakan-rakan mahasiswa orang asli sudah sampai masanya untuk kita mengubah pemikiran masyarakat kita untuk terus bersaing dalam mendapatkan kejayaan yang cemerlang. Kerana saya sering mengingati firman Allah S.W.T yang berbunyi “aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu,melainkan ia mengubah nasib kaumnya sendiri”. Oleh itu marilah kita, berubah dan memacu pemikiran kita kearah yang lebih baik demi bangsa dan negara kita sendiri.



Malaysia Cheap Web Hosting