Tuesday, 31 December 2013

Ringkasan Seminar Wacana Perbatasan

Masa: 8- 4 Petang     Tempat: Dewan YTL, UMS

Pada hari pembukaan seminar ini telah dirasmikan oleh wakil Naib Canselor iaitu Prof. Madya Dr Asmadi Idris. Ucaptama pembukaan seminar telah dimulakan oleh Prof. Dr. Kamarulnizam Abdullah yang merupakan seorang pennyarah kanan dari Universiti Utara Malaysia dengan tajuk “memperkuatkan kerangka “Connectivity” Asean Dalam Mitra Pengurusan Perbatasan Serantau”. Dalam ucaptama beliau banyak menyentuh hal-hal mengenai pengurusan perbatasan serantau dan juga menyatakan definisi dan maksud perbatasan. Melalui ucapan beliau juga, beliau telah mengatakan bahawa setiap Negara mempunyai kaedah untuk menentukan perbatasan yang berbeza mengikut beberapa faktor yang dianggap lebih dominasi dalam menentukan perbatasan bagi sesebuah negara diantara faktornya adalah dari segi ekonomi, sosial dan politik. Beliau turut mencerakinkan bahawa persempadan dan perbatasan di kawasan-kawasan Malaysia dengan merujuk kepada kawasan perbatasan negara seperti Perlis-Thailand, Sarawak-Kalimantan, Pulau Sebatik, Tawau- Tarakan, dan Johor- Singapura. Beliau juga ada mengatakan mengenai bagaimana sosial mampu mempengaruhi perubahan perbatasan dan mengatakan bahawa kawasan daerah perbatasan biasanya adalah kawasan yang kurang membangun namun pada masa berlakunya peperangan seperti perang dingin ianya merupakan kawasan penempatan ketenteraan dalam menjaga kedaulatan sesebuah negara dari diceroboh oleh musuh-musuh negara.

Sesi pertama seminar perbatasan ini telah dikendalikan oleh Encik Suzalie Muhammed iaitu seorang pensyarah program hubungan antarabangsa bersama-sama dua orang pembicara iaitu ialah Prof Dr Sabirin Jaafar dari Universiti Teknologi Malaysia dengan tajuk penbentangannya “Isu-isu Persempadanan dari perspektif Undang-undang”. Melalui pembentangan ini beliau telah mengutarakan perkara mengenai tuntutan bertindih sejak pembentukan peta baru Malaysia 1979 yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei. Beliau mengatakan terdapat dua sumber undang-undang Maritim iaitu undang-undang Lazim (Custumary Law) dan Triti serta kemunculan United Nation Convention Law Of The Sea (UNCLOS) 1982 yang menyatakan pembahagian tiga batu Nautika adalah milik negara tersebut dari kawasan pesisiran pantai negara tersebut.  Pengawalan sempadan terutamanya di kawasan maritim dilihat amat penting melalui Konvension Undang-Undang Laut (KUUL) 1982 yang mana pembesaran tentera laut dan penubuhan agensi pengawal pantai oleh negara-negara yang menuntut haknya. Oleh itu, wujudnya agensi-agensi kerajaan bagai mengawal perairan ini. Ini boleh dilihat seperti di negara kita sendiri dimana dengan wujudnya APMM (Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia) pada tahun 2004 mampu bertindak bagi melakukan pengawasan dan pengawalan kawasan-kawasan maritim. Beliau juga telah mengatakan bahawa isu tuntutan bertindih yang dialami Malaysia kebiasaannya mempunyai kekangan dari segi kekurangan pemilikan dokumen seperti manuskrip, perjanjian, kitab lama dan dokumen yang melibatkan ‘Active Usage’.

Melalui perbinganan sesi pertama pembicara iaitu Dr Zaini Othman yang merupakan seorang penyarah dari UMS dengan pembentangan tajuk beliau mengenai “Dunia tanpa Sempadan: satu analisis”. Dalam pembicaraan beliau banyak menyentuh mengenai kuasa siber yang semakin meluas pada masa kini yang mana kuasa siber yang mampu melimpasi sempadan dapat membawa kepada perluasan ‘Godamnisme’ yang mampu menjurus kepada jenayah siber yang sememangnya mampu mengugat keselamatan sesebuah negara. Jalur komnunikasi seperti internet juga mampu memudahkan lagi proses kemasukan warga asing ke dalam negara bagi menghubungi keluarga mahupun sahabat yang ada di tempat destinasi tersebut.

          Untuk sesi perbincangan seminar perbatasan yang kedua ini telah di kendalikan oleh moderator iaitu Prof Madya Dr. Gusni Saat dan pembentang yang ketiga ialah En Ramli Dollah iaitu seorang pensyarah hubungan antarabangsa dari UMS dengan tajuk pembentangan beliau mengenai “Elemen fizikal dan Non Fizikal dalam pembentukan Sempadan: Satu kajian kes di pantai timur Sabah”. Dalam pembentangan ini, beliau telah memfokuskan terhadap kajian perbatasan yang terdapat di Pulau Sebatik yang mana garisan sempadan di kepualauab Sebatik adalah kabur walaupun wujud pembahagian fizikal dari segi terdapatnya bendera Malaysia dan Indonesia disetiap kawasan perbatasan tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa kajian sempadan tidak boleh hanya melihat elemen fizikal semata-mata namun elemen non fizikal juga penting untuk mengukur pembentukan sempadan. Beliau mengatakan bahawa sempadan boleh dan akan muncul atas nama fizikal dan bukan fizikal untuk mengukur makna persempadanan yang lebih jelas. Dimana kedua elemen ini sangat berkait rapat dengan kajian perbatasan pada sesuatu kawasan.

Seterusnya, pembentang keempat ialah Dr. Habibah Ahmad dari UKM dengan tajuk pembentangan beliau “Mengurus perlancongan Sempadan Malaysia-Thailand: Pertimbangan faktor Kesepaduan atau Konflik”. Dalam pembentangan ini, beliau telah membentangkan mengenai sempadan Malaysia-Thailand, definisi dan kefahaman yang jelas mengenai kajian beliau serta penerangan mengenai serba sedikit tentang bidang perlancongan yang telah dilakukan oleh kedua-dua negara di kawasan persempandan, menperincikan perlancongan sempadan dari segi kesepaduan atau konflik dan implikasi terhadap pembuat keputusan. Dalam pembentangan beliau banyak menyentuh mengenai perkara yang berkaitan aktiviti perlancongan yang berlaku di sekitar kawasan persempadanan yang sememangnya membawa keuntungan kepada kedua buah negara yang berkongsi garis sempadan. Contoh lain yang boleh kita lihat adalah mengenai sempadan ini adalah Bukit Kayu Hitam, Perlis dan Rantau Panjang, Kelantan yang mana kedua-dua kawasan ini merupakan kawasan yang dilihat telah mendatangkan sumber ekonomi yang begitu pesat di kawasan persempadanan kedua-dua negara.

Pembentang yang kelima ialah Dr. Kassim Thukiman dari UTM dengan tajuk “Menelusuri Sejarah persempadanan Johor”. Dalam perbentangan beliau lebih memfokuskan bagaimana persempadanan Johor dan Singapura melibatkan faktor sejarah. Beliau mengatakan bahawa isu-isu persempandanan kerajaan Johor mempunyai kaitan dengan implikasi politik dan perundangan. Hal ini dikatakan mempunyai kaitan dengan persaingan kuasa dalam kalangan pemerintah, hubungan dengan negeri-negeri jiran dan pengaruh British untuk campur tangan menentukan persempadanan kerajaan Johor. Beliau turut menyatakan betapa pentingnya dokumen-dokumen mengenai pemilikan atau sejarah mengenai pemilikan Pulau Batu putih untuk disimpan bagi mengukuhkan bukti pemilikan Pulau tersebut terhadap Malaysia.

Pembentangan yang terakhir pada hari pertama Seminar Perbatasan ialah Encik Rusdi Omar dari UUM dengan tajuk “ Malaysia perspective on The Southern Thailand Conflict”. Pembentangan beliau adalah mengenai memperlihatkan perspektif Malaysia mengenai konflik yang berlaku di Selatan Thailand. Hal ini kerana Konflik yang berlaku ini adalah benar-benar hampir dengan negara Malaysia ekoran bersempadan dengan kawasan yang mengalami masalah dan pergolakkan seperti Narathiwat, Patani, Songkla dan lain-lain. Hal ini juga dikaitkan dengan faktor persamaan etnik masyarakat Melayu dan beragama Islam disana adalah sama dengan etnik dan kepercayaan yang diamalkan di Malaysia. Persamaan ini juga mampu memberi kesan terhadap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Thailand.

Untuk hari yang kedua  seminar perbatasan ini telah dikendalikan oleh Dr. Kantayya Mariappan sebagai moderator pembentangan sebagai keistinambungan pembentangan dan kupasan mengenai seminar perbatasan yang dianjurkan. Pembentang pertama ialah Encik Wan Shawalludin dari UMS dengan tajuknya “Sempadan dan imigrasi Antarabangsa: Faktor, pendekatan serta Impak”. Beliau menyatakan dalam pembentangan beliau mengenai faktor pergerakan Migrasi antarabangsa iaitu faktor jaringan maklumat, faktor persisiran pantai, kelemahan pihak berkuasa, rasuah, kesukaran hidup ditempat asal, kehadiran sindeket antarabangsa, dan keengganan penduduk tempatan untuk melakukan kerja-kerja 4D. Manakala beliau juga mengemukakan pendekatan untuk mengekang masalah melalui penubuhan pasukan petugas khas persekutuan 1989, tindakan berskala, dan peranan majikan. Impak yang dapat ditemui melalui masalah kebanjiran migran ialah aktiviti jenayah yang semakin berleluasa, pencemaran alam sekitar, masalah pengaliran keluar wang Malaysia ke tempat asal. Beliau menyimpulkan pembentangan beliau dengan menyatakan bahawa isu pendatang asing di Sabah tidak akan selesai memandangkan setiap pihak mempunyai agenda yang tersendiri.

Pembentang yang kedua ialah Dr Marsitah Mohd. Razi dari UMS dengan tajuknya “Jika batas pemisahnya seperti coreta pensil, nescaya dipadamkan: Analisis teoritikal di Kg Aji Kuning Sebatik”. Beliau menyatakan dalam pembentangan beliau mengenai bagaimana garis perbatasan antara Indonesia dan Malaysia di Pulau Sebatik tersebut tidak memberi impak besar atau negatif terhadap penduduk tempatan disana atas terma “Everyday defined” yang mana suda menjadi kebiasaan penduduk tempatan disana tidak menganggap garis sempadan sebagai satu kekangan bagi mereka untuk melakukan aktiviti harian mereka. Selain itu, pengalaman hidup di perbatasan adalah lebih dominan daripada sekatan undang-undang yang dilaksanakan oleh negara. Hal ini juga dapat dilihat melalui faktor kekeluargaan dan perkongsian budaya yang sama di sana.

Pembentang yang ketiga ialah Dr Dayang Suria Hj Mulia dari UMS dengan tajuk beliau “Strengthening Networks for survival, Mobility and security: Social Capital among Borders Community in East Malaysia”. Pembentangan beliau juga mengenai perbatasan yang berlaku di Pulau Sebatik iaitu dimana wujudkan Kg Sg Aji Kuning( Malaysia) dan Desa Sei Aji Kuning (indonesia) yang mana memiliki ikatan budaya yang rapat dan sama seperti etnik Bugis, terdapat juga isu pemilikan dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Indonesia, penduduk yang memiliki 2 buah rumah disetiap negara, dan isu identiti atau perhubungan antara etnik adalah lebih penting berbanding identiti nasional.

Pembentang yang terakhir ialah Encik Mustapa Abd Talip dari UMS dengan tajuknya “Geospatial perbatasan perairan Negeri Sabah”. Pembentangan beliau adalah lebih kepada pengaktifikasikan garis-garis pantai, zon maritim di Sabah dalam perbatasan. Beliau mengutarakan pihak yang menggunakan maklumat sempadan maritim negara, format yang digunapakai, kepentingan carta sebagai sumber kepaa data garis pangkal dan lain-lain.


Secara kesimpulannya, Seminar ini mampu memberikan maklumat dan informasi kepada tetamu dan mahasiswa yang hadir mengenai isu persempadanan yang melibatkan negara. Apa langkah-langkah yang boleh diambil dalam menghasilkan kajian tentang  perbatasan. Oleh kerana ini setiap dan semua pihak perlulah mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan masalah ini dengan berpandukan dengan kajian yag telah dilakukan oleh ahli akademik. 

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Cheap Web Hosting