Perginya salju pagi, masih belum lagi menamatkan kerjanya sebagai penoreh getah, adakala kerjanya mampu dibawa sehingga ke terik mentari bagi membersarkan dua orang anak yang amat dikasihi. Sharifah Anita atau ita merupakan anak sulungnya yang baik dan sering membantu ibunya membuat kerja rumah sesudah tamat waktu persekolahan. Ashraf Ridwan atau Ash merupakan adik kepada ita yang agak agresif dan sering mendatangkan masalah kepada ibu dan akaknya.
Suatu petang, ita telah menyediakan makan malam untuk ibu dan adiknya. Antara hidangan yang menjadi kebiasaan dalam hidangannya ialah pucuk ubi, ikan masin dan adakala ikan keli yang di tangkap di tasik berdekatan dengan rumahnya. “Akak, masak apa hari ini” suara yang tidak dijangka menerpa dari arah belakang. “masak seperti biasalah” ita menjawab dengan nada yang agak lembut. “Lambat lagi ke?,Ash dah lapar ni” Ash bertanya lagi kepada akaknya. “sekejap lagi siaplah,Ash pergilah solat Zohor dulu” akaknya menjawab.Fadz pergi meninggalkan akaknya kesorangan di dapur.
“Asslamualaikum, ita tolong ambilkan air untuk mak” Suara mariam kedengaran dengan perlahan kerana kepenatan. “Waalaikumusalam, ini airnya mak. Bila mak sampai?” tanya ita yang ingin tahu tentang kepulangan maknya.”baru je sampai ” jawab mariam.
“Mak!!! tadi di sekolah,cikgu minta duit yuran lagi, mak kata nk bayar minggu lepas tapi tak bayar jugak!!!!, Ash dah malu dengan kawan-kawan kat sekolah” Suara Ash dengan tinggi bertanya dengan nada yang amat tinggi sehingga membuatkan ibu dan akaknya terkejut. “Mak tak ada duit lagi, Ash” Suara mariam dengan nada perlahan. “nanti mak usahakan” sambung mariam. “Usaha!! Usaha!!..tapi tak ada jugak”, “mak tahu tak Ash dah malu!!, malu sangat!!”Ash menjawab dengan nada yang amat marah. “Ash!!!!” suara ita mencelah “boleh tak, ash cakap elok-elok dengan mak, diakan mak kita”sambung ita lagi. “cuba akak fikir, Ash dah malu sangat-sangat” jawab Ash. “Malu???, mak lagi malu pergi rumah pak long, pinjam duit utk Ash,tapi Ash tak bayar.Ash belanja kawan-kawan ash” bentak ita. Ash terdiam sambil diperhatikan oleh ibunya.
“Ash tak pedulik mak kena bayar jugak esok!!, Ash Tak pelik!!” Ash bersuara lagi ini dengan nada mengugut. Tak apalah, esok mak bagi duitnya” suara mariam kedengaran sambil bangun menuju ke biliknya.
“esok, kalau tidak ada, Ash tak nak pergi sekolah lagi, baik ash berhenti dari memalukan muka ash”.Suara Ash menjawab dengan selamba. Ita terdiam dengan perbuatan adiknya, Ita sedih, dengan nasib ibunya. Dia tahu ibunya akan menebalkan muka untuk bertandang kerumah Pak Longnya. Ya Allah, Engkau berilah adikku petunjuk dan Engkau tabahkanlah hati ibu dan keluargaku dalam meniti hidup di duniamu. Bisik Ita, sambil mengangkat tangannya.
***********
Hujan renyai turun dengan membunuh kesunyian malam, sambil berselang-seli dengan bunyian suara cengkerik. Mariam masih belum lagi, menjamu apa-apa hidangan yang telah dihidang oleh Ita. Mariam sedih dan sebak apa yang telah berlaku dengan keluarganya sebentar tadi. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, dalam meniti hidupMu. Engkau permudahkan segala urusanku dan keluarga. Bisik hatinya yang terhiris kecewa sambil ditangisi dengan air mata.
Malam itu, Mariam keluar, untuk berkunjung ke rumah saudaranya tanpa menjamah apa-apa makanan dari pagi meskipun menahan kelaparan. Demi anak yang amat di sayangi, mariam pergi sambil ditemani anak sulungnya. Dalam perjalanan hujan turun dengan begitu lebat berselang seli dengan petir. Mariam dengan Ita meneruskan perjalanannya sambil diperhatikan deretan kereta yang laju, hujan, dan petir.Ketika tiba dipersimpangan sebuah kereta menuju ke arah Ita dari arah bertentangan dengan lajunya, dengan pantas mariam telah menolak Ita ke bahu jalan. Tanpa tidak disangka, mariam telah dilanggar oleh sebuah lagi kereta dari arah yang sama denganya. “Maaaaakkkkkkkkkk!!” Suara Ita tiba-tiba memecah keheningan malam, sambil melihat apa yang telah berlaku dihadapan matanya..Ita berlari mendapatkan ibunya yang berlumuran darah. “Makkkkkk, jangan tinggalakn Ita, Ita tak ada sapa-sapa lagi, selain mak” Ita menjerit sambil menangis. “I………ta… maaf…kan mak, ke…rana ti..dak.. da…pat be..sarkan I..ta dan adik den…ngan sempurna”suara mariam kedengaran sambil menahan kesakitan, “tak!!, mak, mak dah cukup baik buat Ita dan adik!” jawab Ita sambil menagisi kesakitan maknya sambil belumuran darah.”I…ta…mak,…mak a..da..bu..at se..dikit… simpan un..tuk I..ta dan a..dik, I..ta jaga..lah, a..dik..” “mak jagan cakap macam tu, Ita tak nk kehilangan mak!!!!, Ita Sayangkan mak”. I….ta… ma…….af…kan……maaaaak…….”Suara mariam tersekat tanpa berkata apa-apa….. Maaaaaakkkkkkkkk!!!!!!!!!, maafkan Ita!!!...Maafkan Ita…. Suara Ita, menjerit sambil memeluk jasad ibunya yang sudah tidak bermaya.. tanpa didatangi oleh orang ramai,Ita terus memeluk ibunya dengan erat sambil menitiskan air mata…..
0 comments:
Post a Comment