Mungkin semua tertanya-tanya kenapa saya menulis tajuk sedemikian rupa. Jawapannya amat mudah kerana, sekarang bermulanya babak baru saya sebagai anak watan yang berada jauh di benua kecil.. Bermula dengan tangisan yang amat dihayati dan harapan dalam meniti kecemerlangan dalam menimba ilmu amat ditagih.
Saya bersyukur, kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmatnya saya berpeluang untuk meneruskan pengajian di peringkat paling tinggi. Saya akan buktikan pada mereka yang melihat, akan kekurangan diri saya dan keluarga di landasan kehidupan penciptaan yang MAHA ADIL.
Kalau dulu, saya difitnah dengan berbekalkan tafsiran bomoh, keluarga dihina, dan dicaci di merata kampung. Semuanya kami lalui dengan tabah tanpa mendapar pembelaan yang sepatutnya. Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui akan apa yang berlaku. Kami bukan pendendam dalam menghukum makhluk Allah, yang sering alpa dengan ketentuan Allah.Hanya yang mampu kami lakukan hanyalah berdoa agar Allah S.W.T memberikan kami dan mereka pertunjuk kejalan yang diredhai olen NYA.
Sekali lagi,paparan waktu yang berlandaskan atas titah tuhanNYA.. Saya akur dengan ketentuanya, yang mana saya percaya akan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Sekarang, aku mahu membenar sebuah empayar atau kekuatan dalam meniti ruang yang makin berliku. Walaupun aku kurang mengerti, aku yakin ddan sedar akan kemampuan aku dalam mencari sesuatu yang di redhai oleh Allah S.W.T..
Insya Allah, Saya yakin dan akan berusaha dalam mencapai matlamat yang saya harapkan. Iaitu bergelar seoarang jurutera Perisian Islam yang disegani....
Amin..amin..amin
Tuesday, 13 July 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment