Thursday, 22 April 2010

KaLaM MaHfuZ RinDu

Mentari telah ku redah bagai lautan, dalam mencari sesuatu yang pasti membuatkan aku sering merindu. "Aku rindu akan kamu" merupakan perkataan keramat yang mampu membuatkan tiang kasih pada damparan sayang. Aku teringat akan namaMu pada lembaran bayu yang kian memberi kedinginan pada malam.
Puas aku mencari....
Puas aku gali.......
Puas aku kejar......
Tetapi semua penantian ku hambar dek kerana terhentinya denyutan jantung. Puas aku bercerita pada bingkisan nur alam. agar ia memberi aku kekuatan, ketenangan, kebahagian yang hakiki........

Ya Allah......
Dalam sujudku aku terpersona akan keikhlasanMu dalam memberi rahmat..
Dalam doa ku, aku meminta tanpa memberi retorik pada setiap kataku..
aku tak mampu menangkis akan kesedihanku dalam menangung rindu....
rindu yang kian kuat membuatkan aku lupa, akan ada pencipta yang masih tidak jemu melihat,berkata seakan berbisik, pada diriku tanpa aku sedari...
Kenapa aku buta dalam mengejar bayang,bayang yang hilang pada sinaran mentari...

Ya Allah....
Ya Rabbii....
Ya Malek.....

Aku bersujud pada lamparan bumi, sambil menadah ke dua mataku dengan titisan air yang mengalir.. Aku mahu mahu menjadi seperti Mentari.....

Yang tidak pernah jemu menerangi manusia...
Yang tidak pernah jemu dalam menghasilkan haba..
Yang tidak pernah jemu dalam memberi kegembiraan..

Aku tidak inginkan sesuatu berdasarkan kecantikan dan kelembutan.. makin ku sedar, kecantikan dan kelembutan, keayuan merupakan retorik dalam menongkat cinta yang tidak berseri...

Aku harap, cerita yang ingin aku zahirkan.. mendapat memberi pengajaran kepada insan yang bergelar Manusia..

Akhir kalam

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Cheap Web Hosting