Friday, 12 February 2010

Ya Allah Aku memohon hidayahmu...

Dikala hati ini menangis.. ada insan lain yang lebih mengerti. Dikala diri ini dicaci ada insan lain yang mengerti.Aku redha dengan ketentuan yang aku alami sekarang. Aku sedar bahawa kata-kata yang penah dia ucapkan dulu, bukan lagi sinar yang amat aku harapkan.

Dari jauh aku datang untuk mencari rezeki dan hendak membantu keluargaku.. tapi semua hampir berakhir denagan kata-kata kesat.. Adakah aku tidak mempunyai rasa malu?? tak mempunyai maruah di caci begini.. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dalam mengharap petunjukmu... Aku tidak tahan dengan dugaan mu sekarang.. maka Engkau berilah aku kekuatan dalam mencari rezeki dan keredhaan yang hakiki.

Cerita yang berlaku, tidak dapat aku unggkapkan kepada yang lain, kerana menjaga martabatnya, dengan zikir dan munajat kepadaMu saja Ya Allah, aku dapat mengapai ketenangan walau berkali aku di cemuh dengan sindiran yang bersulamkan air mata mata kekasalan.

Demi ALLAH YANG MAHA MENDENGAR, Aku memmerlukan mu, dikala ini. berikanlah aku dugaan dalam mencari keredhaan mu.Aku tak meminta diri ini dilayan bagai raja, dan aku tidak meminta ayang yang sedanag berlaku. aku cukup lemah dalam menerima dugaanMu yang mampu merobek hati yang kian hilang pertimbangan.

DEMI ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI, Aku juga pasrah dengan qada dan qadar darimu kerana, ketententuanmu ini tidak sapa yang boleh menolak dan tidak seseorang pun yang boleh lari dari kehendakMu. Jadi denagn rasa diri ini yang hina lagi alpa Engkau berikan aku kekuatan dalam mencari keredhaan.

DEMI ALLAH YANG MAHA ADIL, Aku bukan meminta balasan dengan apa yang berlaku, yang aku harap Engkau berikanlah mereka keimanan dan petunjukMu. Mungkin mereke telah mempunyai maslah sendiri dan ditambah denagan kehadiran orang kampung yang banyak menyusahkan. Secara jujur, aku tidak meminta semua ini terjadi kepada diriku...

"Seronoklah Engkau duduk sini, makan dan tinggal disini secara percuma"

Jika ini yang dilafazkan kepada kamu, apa yang kamu akan lakukan.dan apa yang patut aku lakukan... Ya Allah.... Ya Allah.... Ya Allah
Berikanlah aku petunjukmu. Amin..amin..amin

Jika angin dikatakan pembawa berita,
Berikanlah aku petunjuk yang di redhai,
Jika zikir yangemembawa ketenangan,
Akan aku alunkan sepanjang masa dalam meniti keredhaan dan dugaanMu..

Sekian ..
Dari Hamba yang mengharap petunjuk.

Monday, 1 February 2010

Jurang Mimpi

Bermulanya sebuah cerita tatkala aku membacanya..
Hati ini sayu di panah lembing kekecewaan.. Aku sering bertanya apa sebenarnaya yang di inginkan oleh dia.. Ap yang dia hendak dari aku.. Adakah diri ini hanya tempat persinggahanNya di kala diperlukan..

Ya Allah apa yang berlaku pada ku ini memang tidak pernah aku jangkakan... aku terlalu cinta padanya, aku terlalu sayang padanya, tapi apa yang berlaku seolah-olah aku tidak mempunyai hati dan perasaan.. Apkah aku betul tidak mempunayi hati dan perasaan, airmataku hanya sebuah kisah kebetulan...

Serin kali aku menilai kejujuran dalam mengapai hati dan peraan yang amat aku perlukan... tapi yang ku dapat adalah hambar dek kerana cinta lama.. Semalam aku membca mesej yang tidak diketahui olehnya, hati ku hancur, punah pada apa yang telah aku lihat.. Mungkin benar aku tidak memilik hati dan perasaan. kerana cinta ini senang di tagih dan senang di buang olehnya...

Ya Allah engkau berilah aku kekuatan tunjukkan jalan pada aku, apa yang mesti aku lakukan. aku redha dalam mengapai keputusan..

Ya Allah, hadirnya tanpa aku sedari, mengamit kasih cinta bersemi yang tidak penah aku impikan. Tapi cinta yang dia beri hanyalah kisah dan perbualan yang sementara yang penuh denagan kepalsuan. Wahai pemilik cinta yang teragung, jika kehadiran orang ketiga ketika ini boleh membuatkan dia bahagia.. aku redha dalam penerimaan yang dia bukan miliku.. Aku bukan kuat untuk berkongsi kasih. aku tahu cinta dalam hatinya adalah cinta yang berlandaskan simpati pada ku.

Wahai pemilik cinta dan sayangku..
Aku redha dalam menerima yanga engakau bukan milikku lagi, apa yang aku harap kau dapat lupakan aku buat selamanya.... dan aku harap ko berbahagia denagan orang yang engkau sayang..

Selamat Tinggal cinta dan sayangku..
Aku relakan kau pergi untuk selamanya..
Wassalam.....
Asslamualaikum..

Saturday, 30 January 2010

Retorik Cinta

Bermulanya kisah sepi yang ingin ku titip, bukan hanya satu cerita tapi melibatkan perassan yang kian lama terbuku. Adakala hati ini tiba- tiba menjadi tidak keruan... Aku redha jika ini yang akan di takdir dalam cintaku..

Orang kata cinta dan sayang hanya mainan untuk orang yang tak mengerti maksud alunan lagu cinta. Mungkin betul apa yang dicanangkan oleh setiap insan yang sering terbang mengikuti zaarah-zarah cinta. Aku percaya mungkin cinta pada fahaman dia ini tak pernah wujud.. Aku dapat rasakan cintanya bukan di lahir di atas landasan sayang tapi hanyalah lahir berdasarkan simpati...

Dahulu katanya
Cinta itu indah,
Rindu itu Istana,
Sayang itu langit,

Tapi sekarang,
Cinta ini petanda Mati,
Rindu ini Petanda Tangisan,
Sayang ini Petanda Amarah,

Aku sukar untuk memahami, Aku harap dapat pergi secepat mungkin dari hidupnya..
kerana aku tidak mahu cinta ini berdasarkan kata sayang yang di cipta dari bibir dan di luah dari sms yang tidak mempunyai apa-apa makna,yang ada hanya gelagat cinta yang bersulam dengan 1001 kepalsuan...

Wahai pemilik cintas yang teratas..
Apakah semua maksud coretan yang di ungkap hati ini hanyalah satu penipuan yang direka???

Wahai Pemilik cinta pendusta...
Kenapa mesti ada kata dusta dari bibirmu....
Mengapa kata dusta ini hadir?? mengapa dia hadir dalam perbualan dan perhubunganNya. Aku tahu di awal perkenalan kita kau sering menipu. Tapi aku tabahkan hati dalam mengalunkan rentak mengikut rentakmu dan tari mu. arWalhal aku sering makan hati bersulam dengan air mata ketidak tabahan dan kesabaranku....

Wahai pemilik kata Pemutus...
Aku harapkan kejujuran dariNya yang tak mungkin akan berlaku..
Aku perlukan cinta yang di catang dalam alam mayaku.. tapi yang aku dapat hanyalah cinta palsu disulamkan dengan hirisan hati.. Berikanlah aku kekuatan dalam mengapai ketenangan yang aku harapan.. Jika dia ingin pergi, aku relakan jika membuatkannya bahagia.. aku sangt merelakan..
aku relakan..aku relakan..aku relakan...
walaupun hati ini berdarah dengan keputusanNya, dari aku menangung kesakitan yang membuatkan aku menangis...

Friday, 20 November 2009

FAhamilah..

Mengapa aku dia hadir dalam hati dan cintaku
Mengapa aku mimpi pada benda yang tak pasti
Tapi bila kusedar dia tiba-tiba berubah

kata-kata yang dilafaz sekadar kepalsuan

yang bermain dengan lidah dan mulut.

Apa yang aku harap,

Dia bertemu dengan seseorang yang lebih baik dariku..
Aku akur
Tiada siapa yang tahu apa cinta boleh hadir?
Mengapa, adakah saya biarkan hatiku diseksa,
Mengharap dari kerinduan dari dia?
Bagaimana bisa aku melupakan
Lupakan semua yang wujud di antara kami,

“Aku menunggu mu, sayangku,
Dan ingin sentiasa hidup disisimu”

Ini bicara hati

Tapi aku tahu aku akan bermimpi di siang hari.
Apa ertinya hidup tanpa dirimu
Dan bagaimana saya boleh terus hidup?
Ya Allah

Beikan aku kekuatan

Meredhakan yang dia bukan milikku

Pemerigian Dan Kepergian


Pada insan yang mengerti, Mungkin hari ini hatiku merasa kelam denagn semua dudaan yang hadir pada ku. Aku redha dengan apa yang berlaku.. Mungkin hati ini tidak layak untuk mengenal cinta, merasa sayang, meninggal rindu pada insan yang tidak sudi..
Aku harus akur denagn takdir yang telah dan bakal aku terima.. apa yang aku harap, kau bahagia dengan orang yang kau sayang. Walaupun pahit untuk aku telan permergianmu tapi aku pasrah melawat hari yang pedih.. Apa yang aku pinta pada mu.. Doakan aku menjadi lebih tabah dalam menghadapi dugaan yang akan dating buat sekian kali…
Dahulu aku sangkakan kau adalah insan yang boleh membahagiakan aku dikala aku kesedihan, bersamaku dikala aku dalam tangisan.. tapi ternyata kau campakkan aku pada lurah yang lebih berbisa dalam mencari jalan hidup bersama cinta yang tidak pasti..
Ya Allah…
Berikanlah aku kekuatan dalam mengapai pasrah qada’ dan qadar mu…. Hambamu yang hina ini tahu, yang aku tidak sekuat seperti mana kekasihmu, tidak setabah mariam dalam menjalani hidup tanpa suami, tapi aku memohon berikanlah aku yang terbaik yang boleh meredakan hatiku..
Amin..Amin..Amin

Thursday, 12 November 2009

Warkah Leteran Rindu…


Assalamualaikum..
Ku tatapkan warkah kosong pada seseorng yang amat di sayangi..
Bermulanya cerita, aku gamitkan dengan 1001 ke sayuan hidup yang sedang menitip kalimah dan frasana rindu. Rindu yang lahir dari hati tidak ada sapa yang mengerti. Apakah ini yang dikatakan saying..
Jika diwaktu di hujung rindu, aku harapkan kau hadir mendamping hati kecil ini, bersma menyanyi, bersama menari, mengikut melodi cinta penah kita wujudkan. Aku tak tahu kenapa kini.kita makin berjauhan.. adakah kau sudah mempunyai kekasih hati yang membuatkan engkau bahagia. Aku redha dalam mengapai cinta yang ikhlas dari-Mu

Aku harap kau ukirkan kata2 di dalam menongkat arus cinta yang amat aku nantikan. Apa pun jawapan darimu aku cuba untuk bermuhasabah. Kerana yang berlaku bukan di atas permintaan ku dan bukan permintaan mu. Kerana aku amat yakin dengan qada’ dan qadar Allah pada cinta yang tidak pasti..
Wahai insan yang lembut hatinya..
Sudah lama aku mengecapi pahit dalam mencari arah terhormat,untuk meniti dan menyusuri kalimah cinta.. Bagiku kau merupakan lilin wang mampu menerangi kamar cinta, yang ku tahu hanya buat seketika waktunya menerangi kegelapan kamar. Aku cuba pastikan kalau engkau mampu menjadi mentari. Yang bias menerangi sekeliling alam, dan pabila malam kau memberi cahaya pada bulan dan bintang nan indah..
Wahai bulan yang mendengar bisikku..

Aku tidak mampu menilai rindu tatkala dia hadir merentas masa mengamit rindu, Kerana aku sangat daif dalam meniti rindu.. apakah dia tahu maksud rinduku yang di didikasi untuk dirinya yang tak ada dimana untuk mengubati rindu?? Mungkin pada langit???? Mungkin pada bintang??? Mungkin pada bulan???
Wahai Insan yang yang mengerti..

Berikanlah aku jawapan yang pasti.. Apa maksud pengharapan buat diri ini???. Adakah aku menunggu diriku kosong dalam mencanting kehidupan. Bersama cinta yang tidak kau beri.. apakah diri ini bagai batu yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Adakah anggapanmu kosong pada ku?? Atau aku tidak mempunyai apa2 untuk dirimu..

Sebelum aku pergi meninggalkan teratak ini..kutitipkan karya hati buat dirimu. Agar mengerti apa yang tersirat dihati:

Akan ke manakah angin melayang
tatkala turun senja nan muram
pada siapa lagu kuangankan
kelam dalam kabut rindu tertahan

datanglah engkau berbaring di sisiku

turun dan berbisik tepat di sampingku

belenggulah seluruh tubuh dan sukmaku

kuingin menjerit dalam pelukanmu
akan ke manakah berarak awan

bagi siapa mata kupejamkan

pecah bulan dalam ombak lautan

dahan-dahan di hati berguguran


Tuesday, 10 November 2009

Apakah Ini diTakdirkan Untuk Ku

Aku penah menyintai seseorang tapi aku lewat untuk melafazkannya. Kerana lewat untuk melafazkan aku telah kehilanganya buat selamanya...
mungkin betul juga kata orang;"Bercintalah dengan orang yang sayang pada kita seikhlas hati,
jangan bercinta dengan orang yang kita minati, kerana orang yang kita minat akan pergi kepada orang yang dia minat."
Kata-kata inilah yang membuat aku takut untuk menerima cinta..

Persoalanya..
Adakah dia sayang pada aku???
Adakah dia boleh terima aku seadaNya????
Adakah dia akan menyintai dan merindui aku???
persoalan ini yang aku takutkan..

Secara jujur aku dah mula jatuh cinta padaNya.. adakah aku boleh membenarkan hati ini pergi kepadanya???
aku takut cinta yang aku harapkan terbang bagai burung yang tidak tahu arah tujuNya..
aku takut sangat... Apakah cinta yang datang kali ini dapat aku zahirkan dengan kata-kata sedangkan bibirnya masih kaku membisu kepada makna cinta???.
Tolonglah pada siapa yang mengerti...

Aku tak nak dan tidak sanggup melihat dan berdepan dengan kenangan lalu....
yang cukup membuatkan aku parah menongkat cinta??
katanya sayang tapi tak penah tunjukkan..
katanya rindu tapi tak diungkap...
katanya aku yang satu tapi payah nak melepaskan...
Apa ini dinamakan cinta.. yang mudah di mamah dan mudah di telan???
apa ini yang dikatakan cinta??
cinta apa ini???
cinta sejati atau sekadar cinta basi???

Tapi benar kata hati..aku amat menyintaiNya..
dialah insan yang amat aku sayang sepenuh dan seikhlas hatiku..
Tiba-tiba satu malam aku tidak mendengar khabar darinya???
akhirnya aku titipkan mesej untuknya tapi tiada apa yang aku terima sebagai balasan...
Bukan aku mengharap tapi berilah aku jawapan untuk diceritakan....
Keasokkan petangnya aku menerima mesej yang bukan dari dirinya..
yang mana mengatakan dia koma tak sedarkan diri sejak kelmarin...
aku terkejut dan tergamam kaku buat seketika.........

Aku hanya mampu panjatkan doa untuknya agar diberikan rahmat dan kesihatan yang baik padanya..
air mata yang mengalir pada pipi jangan dikira arahnya.aku terasa mati bersamanya..
Bonda ku berpesan:"Tak elok ditangisi qada' dan qadar yang di tetapkan olehNYA, Tapi berdoalah keselamatan buatNYA."
Mendengar kata dari bonda.. aku makin kuat untuk menerima..
Aku bertahajud dan bertafakur padaNYA agar diberi rahmat dan kesihatan padanya..
Hanya itu yang aku dapat lakukan selain berserah kepadaNYA...

Pada satu pagi, aku teruskan dengan bersujud,lalu aku membuat aktiviti yang selalu aku lakukan...
tiba-tiba berlaku sesuatu yang tidak pernah dijangka. aku mendapat mesej daripadanya yang dia sudah sedarkan diri..
air mata yang mengalir di pipi jangan dicakap.. aku berasa puas selaku hamba aku hanya mampu mengucapkan alhamdulllah,syukur pada kurniaanNYA..


Aku hanya minta petunjuk kepadanya agar permudahkan aku dan berikanlah aku petunjuk agar aku kuat untuk menerimanya..
Jika dia yang membaca luahan dan cerita dariku ini....
Bacalah apa yang telah aku tutipkan buatnya:

"Jika ditanya angin mengapa bertiup kencang, katakan aku menyintainya. Jika ditanya kepada Laut kenapa aku bergelora, katakan
aku rindu padanya.Jika ditanya pada hujan kenapa turun dengan lebatnya, katakan aku amat mengasihinya..."

Sayangku aku sayang akan dirimu..
Biar dikejauhan ini, aku amat menyintaimu...
salam sayang dariku buat titipan untuk dirimu...
I LOVE YOU SO MUCH......MYDEAR
Malaysia Cheap Web Hosting