Tuesday, 10 November 2009

Apakah Ini diTakdirkan Untuk Ku

Aku penah menyintai seseorang tapi aku lewat untuk melafazkannya. Kerana lewat untuk melafazkan aku telah kehilanganya buat selamanya...
mungkin betul juga kata orang;"Bercintalah dengan orang yang sayang pada kita seikhlas hati,
jangan bercinta dengan orang yang kita minati, kerana orang yang kita minat akan pergi kepada orang yang dia minat."
Kata-kata inilah yang membuat aku takut untuk menerima cinta..

Persoalanya..
Adakah dia sayang pada aku???
Adakah dia boleh terima aku seadaNya????
Adakah dia akan menyintai dan merindui aku???
persoalan ini yang aku takutkan..

Secara jujur aku dah mula jatuh cinta padaNya.. adakah aku boleh membenarkan hati ini pergi kepadanya???
aku takut cinta yang aku harapkan terbang bagai burung yang tidak tahu arah tujuNya..
aku takut sangat... Apakah cinta yang datang kali ini dapat aku zahirkan dengan kata-kata sedangkan bibirnya masih kaku membisu kepada makna cinta???.
Tolonglah pada siapa yang mengerti...

Aku tak nak dan tidak sanggup melihat dan berdepan dengan kenangan lalu....
yang cukup membuatkan aku parah menongkat cinta??
katanya sayang tapi tak penah tunjukkan..
katanya rindu tapi tak diungkap...
katanya aku yang satu tapi payah nak melepaskan...
Apa ini dinamakan cinta.. yang mudah di mamah dan mudah di telan???
apa ini yang dikatakan cinta??
cinta apa ini???
cinta sejati atau sekadar cinta basi???

Tapi benar kata hati..aku amat menyintaiNya..
dialah insan yang amat aku sayang sepenuh dan seikhlas hatiku..
Tiba-tiba satu malam aku tidak mendengar khabar darinya???
akhirnya aku titipkan mesej untuknya tapi tiada apa yang aku terima sebagai balasan...
Bukan aku mengharap tapi berilah aku jawapan untuk diceritakan....
Keasokkan petangnya aku menerima mesej yang bukan dari dirinya..
yang mana mengatakan dia koma tak sedarkan diri sejak kelmarin...
aku terkejut dan tergamam kaku buat seketika.........

Aku hanya mampu panjatkan doa untuknya agar diberikan rahmat dan kesihatan yang baik padanya..
air mata yang mengalir pada pipi jangan dikira arahnya.aku terasa mati bersamanya..
Bonda ku berpesan:"Tak elok ditangisi qada' dan qadar yang di tetapkan olehNYA, Tapi berdoalah keselamatan buatNYA."
Mendengar kata dari bonda.. aku makin kuat untuk menerima..
Aku bertahajud dan bertafakur padaNYA agar diberi rahmat dan kesihatan padanya..
Hanya itu yang aku dapat lakukan selain berserah kepadaNYA...

Pada satu pagi, aku teruskan dengan bersujud,lalu aku membuat aktiviti yang selalu aku lakukan...
tiba-tiba berlaku sesuatu yang tidak pernah dijangka. aku mendapat mesej daripadanya yang dia sudah sedarkan diri..
air mata yang mengalir di pipi jangan dicakap.. aku berasa puas selaku hamba aku hanya mampu mengucapkan alhamdulllah,syukur pada kurniaanNYA..


Aku hanya minta petunjuk kepadanya agar permudahkan aku dan berikanlah aku petunjuk agar aku kuat untuk menerimanya..
Jika dia yang membaca luahan dan cerita dariku ini....
Bacalah apa yang telah aku tutipkan buatnya:

"Jika ditanya angin mengapa bertiup kencang, katakan aku menyintainya. Jika ditanya kepada Laut kenapa aku bergelora, katakan
aku rindu padanya.Jika ditanya pada hujan kenapa turun dengan lebatnya, katakan aku amat mengasihinya..."

Sayangku aku sayang akan dirimu..
Biar dikejauhan ini, aku amat menyintaimu...
salam sayang dariku buat titipan untuk dirimu...
I LOVE YOU SO MUCH......MYDEAR

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Cheap Web Hosting