Friday, 4 March 2011

Kelebihan Hari Jumaat (Perkara Sunnat)

Assalamualaikum...
Buat teman-teman yang azief sayangi dan cintai..
Dengan sedar atau tidak kita serng dipertemukan sekali lagi dengan hari yang sungguh istimewa, yang lebih istimewa daripada segala hari, lebih istimewa dari hari kekasih, lebih istimewa dari hari kita memdapat sesuatu yang kita inginkan.

Disini azief ingin membawa dan memberi pendapat tentang kelebihan hari Jumaat. Bagi yang bukan beragama Islam, azief harap dengan adanya penjelasan ini akan memberikan kamu pengetahuan tentang hari yang menjadi penghulu segala hari bagi seseorang muslim.

Azief melihat terlalu banyak fadilat(kelebihan) tentang hari Jumaat. Bukan kerana kita dapat bertemu dengan kekasih yang berjasadkan manusia tetapi kita semakin hampir denagn kekasih junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang mana dia telah membentuk dunia dan apa saja yang Dia mahukan.

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat. Justeru pada yang lelaki mahupun wanita, begitu mudah untuk kita beroleh ganjaran pahala kerana. Bila kita memotong kuku dan berniat untuk mendapat redha Allah.. Insya Allah kita akan mendapat rahmatnya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."
Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda,
"Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."Nabi Muhammad bersabda,
" Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."

Thursday, 3 March 2011

SALAM MAAL HIJRAH

Salam Maal hijrah wat Seluruh Muslimin dan Mulimat,Selamat Menyambut tahun baru hijrah 1431.Sempat saya bertanya kepada rakan-rakan kampus untuk perancangan perarakan maal hijrah ini. Ada yang menjawap tidak perlu kerana bida'ah,ada juga yang menjawap terpaksa menghadiri kelas. Ada juga yang menjawap untuk tinggal diasrama dan menyiapkan kerja yang ditugaskan oleh pensyarah.Bukan pesoalan ini saya ingin bawa dalam ini tapi saya terfikir sejak akhir-akhir ini sambutan atau perayaan seperti Maal hijrah,malidul rasul,malam nisfu saaban dan sebagainya hanyalah semata-mata perayaan tapi adakah sambutan ini dihayati maksud sebenarnya disebalik peristiwa sejarah tersebut.

Oleh itu, Isu (Maal Hijrah) boleh dipergunakan oleh kita untuk kepentingan Dakwah & Tarbiah. Kita ingin mengimbas kembali perjalanan hidup Rasulullah s.a.w untuk dijadikan tauladan kepada kita semua. Ya, memang menyeronokkan, tapi apakah kisah/cerita hidup Rasulullah s.a.w hanya untuk ditonton oleh kita? Untuk mengisi masa lapang? Sebagaimana kita menonton Naruto, Dragon Ball ,felem korea dan lain-lain? Jika sedemikian, apakah maksud firman Allah s.w.t? :

"Sesungguhnya pada Rasulullah itu, contoh tauladan yang baik”

Tidak wahai kawan-kawan, sesungguhnya sejarah hidup & perjuangan Rasulullah s.a.w bukan sebagai halwa telinga untuk didengari, bukan sebagai santapan mata untuk ditontoni, bahkan ia adalah satu pengajaran & iktibar malahan sebagai satu panduan bagi kita seorang Muslim dalam meniti detik-detik kehidupan ini. Apatah lagi bagi seseorang yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. Persoalan sekarang bukan masalah menyambut Hijrah Rasulullah s.a.w tetapi menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.

Menyentuh mengenai Hijrah. Terlintas di fikiran saya, perbincangan Hadis 1 di dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi :

Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk Allah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”

Seringkali apabila kita membincangkan Hadis 1 ini, kita terlupa dari siapakah Hadis ini diriwayat? Hadis ini daripada Saidina Umar Al-Khattab r.a, seorang pemimpin agung Islam yang terkenal dengan bengis, bekeng, pongoh, gedeber, samseng dan perkataan yang sewaktu dengannya semasa di zaman jahiliah beliau. Zaman jahiliah beliau, dipenuhi dengan benci, dendam & permusuhan terhadap Islam. Namun, apabila beliau memeluk agama Islam, sikap & akhlak beliau bertukar, malahan sikap, bakat, kekuatan, pengaruh dan kehandalan beliau digunakan sepenuhnya untuk membela Islam.

Perubahan 100% berlaku kepada Umar Al-Khattab r.a sebaik sahaja memeluk agama Islam. Membuktikan kepada kita, sememangnya Umar AL-Khattab r.a adalah orang yang paling layak untuk menyampaikan hadis ini kepada umum. Hijrah yang berlaku oleh Umar r.a adalah perkara yang luar biasa yang perlu kita contohi. Bukan sebagai bahan cerita & pujaan dikala mengantuk atau sebelum tidur.

Maksiat yang pernah dilakukan oleh Umar r.a sebelum memeluk Islam teramatlah banyak. Namun, perubahan besar & mendadak berlaku apabila beliau memeluk Islam.Kecilnya jahiliah yang ada pada kita berbanding jahiliah yang Umar r.a lakukan (sblm Islam). Namun, kerana jahiliah yang kecil ini, kita membuang masa kita. Usia remaja/dewasa dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah. Sememangnya tidak syak, pemuda yang statik akan dirosakkan dengan kestatikannya sendiri. Ayuh kawan-kawan, kita menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w..

Tuesday, 7 December 2010

Berpisah Jua

Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang dan mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua

Monday, 4 October 2010

Erti semua Kesedihan

Bermula dengan kejujuran cuba aku tuturkan dan bicarakan...
Aku titipkan rasa kesala dia atas perbuatanku..
AKu berdosa kepadaMu..
Kau bukakanlah jalan syurga untuk ku,
kerana aku tidak mampu menongkat hidup tanpa diriMu..
Aku berterima Kasih kepadamu kerana telah menyedarkan diriku yang telah jauh terpesong di landasanMu..

Tuesday, 3 August 2010

Pergi dan Bukannya AKu

Perginya aku,
bukan kerna bererti terpendam amarahku.
Jauhnya aku,
bukan kerna tersembunyi kebencianku.
Biarlah aku pergi dalam meniti kesepian sendiri.

Relaku..
bermatikan akal decemuh orang,
terbunuhnya hati dek difitnah orang,
Dari berjuang,
Mempertahan kebenaran yang tersembunyi.

Biarkan saja jasad dan rohku berbicara
Tentang apa yang tersenbunyi.

Mahu ku butakan
Pada mata pada yang mencari..
Mahu ku bunuh suara dan nasaf yang datang menghampiri,
dalam mencari kebenaran yang tersembunyi..

Biarkanlah aku dan jasad menangis sendiri..
dalam memahami apa jua yang terjadi...

Bukan diriku meraih simpati dalam meniti hidup..
Bukan diriku mengharap belas ehsan dari mu..
Aku adalah aku yang tidak mahu dikenali dalam meniti simpati darimu..
Biarlah aku sepi dalam mengnongkat dan membangunkan diri..
agar terus berjalan menuju kehendak diri..

Tuesday, 27 July 2010

Wadah Beralun Rindu

Rintik sayu kedengaran hujan turun dari mata langit...
Kerana mencari cinta yang belum tentu miliknya
Aku bagai angin mencari frasarana rindu dipelusuk muka bumi...
Kerana mahu terbang bersama angin menitip rindu.
Hujan merintih sedih tat kala memikirkan kemungkinan terik menanti esok.
Kerana awan mengfitnah mentari muncul di awal pagi
Kesedihan makin membuku tat kala hujan di sekat awan.
Berkata aku pada awan:-

Wahai awan,
Mengapa tergamak kamu menghalang rindu.
Tat kala aku menangis sendu berdarah menanti cinta..
Memikir nasib dihalang sang awan pendusta.....

Puas aku berteriak,
Puas aku merayu..
Agar awan mendengar rintihan rindu...

Tuesday, 13 July 2010

Selamat Datang Perjuangan

Mungkin semua tertanya-tanya kenapa saya menulis tajuk sedemikian rupa. Jawapannya amat mudah kerana, sekarang bermulanya babak baru saya sebagai anak watan yang berada jauh di benua kecil.. Bermula dengan tangisan yang amat dihayati dan harapan dalam meniti kecemerlangan dalam menimba ilmu amat ditagih.

Saya bersyukur, kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmatnya saya berpeluang untuk meneruskan pengajian di peringkat paling tinggi. Saya akan buktikan pada mereka yang melihat, akan kekurangan diri saya dan keluarga di landasan kehidupan penciptaan yang MAHA ADIL.

Kalau dulu, saya difitnah dengan berbekalkan tafsiran bomoh, keluarga dihina, dan dicaci di merata kampung. Semuanya kami lalui dengan tabah tanpa mendapar pembelaan yang sepatutnya. Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui akan apa yang berlaku. Kami bukan pendendam dalam menghukum makhluk Allah, yang sering alpa dengan ketentuan Allah.Hanya yang mampu kami lakukan hanyalah berdoa agar Allah S.W.T memberikan kami dan mereka pertunjuk kejalan yang diredhai olen NYA.

Sekali lagi,paparan waktu yang berlandaskan atas titah tuhanNYA.. Saya akur dengan ketentuanya, yang mana saya percaya akan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Sekarang, aku mahu membenar sebuah empayar atau kekuatan dalam meniti ruang yang makin berliku. Walaupun aku kurang mengerti, aku yakin ddan sedar akan kemampuan aku dalam mencari sesuatu yang di redhai oleh Allah S.W.T..

Insya Allah, Saya yakin dan akan berusaha dalam mencapai matlamat yang saya harapkan. Iaitu bergelar seoarang jurutera Perisian Islam yang disegani....
Amin..amin..amin
Malaysia Cheap Web Hosting