Tuesday, 30 October 2012

Peringatan Buat Orang Yang Rugi

Asslamualaikum buat sekalian sahabat dan teman yang sudi mengunjungi blog azief ni, sekadar ingin mahu berkongsi. Azief ada terbaca satu artikle ni dalam page I Love Islam tentang kelebihan dan tafsiran surah yang sering kali kita baca. mesti anda semua nak tahu surah apa yang cuba azief maksudkan ni. Kalau semua mahu tahu surah apa yang azief maksudkan bacalah dengan lebih lanjut. Artikle ini tanpa azief edit pun. Jom kita memahami dan mengetahui surah yang di maksudkan ini,


Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Asr,

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."

Dalam surah ini, Allah menekankan betapa pentingnya masa. Masa yang dimaksudkan ialah, kehidupan kita. Iaitu masa yang diberikan oleh Allah di sepanjang perjalanan hidup kita di dunia.

Pada awal surah ini Allah menekankan, manusia itu (semuanya) dalam keadaan kerugian. Tidak kira siapapun, selagi dia bergelar manusia, dia berada dalam kerugian. Namun, Allah tidak berhenti setakat itu. Allah menjelaskan lagi, apakah ciri-ciri yang boleh mengelakkan diri daripada tergolong dalam golongan yang rugi.

Sebelum itu, golongan yang rugi ini adalah golongan yang di dunia merana, di akhirat sengsara. Inilah yang dikatakan rugi. Walaupun di dunia, dia merasa bahagia, walhal dalam keadaan tidak sedar (tanpa mencari kebenaran) dia sebenarnya dalam kerugian.

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi, ayat 103 & 104,

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan'."

Inilah orang yang rugi. Dia merasa dirinya berada dalam kebenaran dan kebaikan. Walhal, selagi dia tidak mendapat kepastian dengan mempelajari Islam, selagi itulah dia rugi. pengakhiran bagi orang yang rugi, tidak lain dan tidak bukan adalah kesengsaraan di dunia dan neraka Allah yang amat azab. Na'uzubillah min zalik.

Ciri-Ciri Orang Yang Beruntung

Untuk mengelakkan hamba-Nya dalam kerugian, Allah Maha Pemurah telah memberikan ciri-ciri orang yang beruntung. Allah telah memberi kita dua jalan dalam menyelusuri alam ini. Iaitu Iman dan Kufur, kita boleh memilih mana-mana jalan yang kita sukai. Kitalah yang membuat pilihan apakah pengakhiran kita nanti berdasarkan jalan yang kita lalui.

01.Beriman. Dalam surah al-Asr, Allah mengatakan bahawa, semua manusia ialah orang yang rugi. Namun, Allah mengasingkan orang-orang yang beriman daripada sekalian manusia tadi. Selain daripada orang yang beriman, secara pasti mereka inilah orang yang rugi. Allah kecilkan skop pandangan kepada orang yang beriman. Namun, tidak cukup sekadar itu, Allah kecilkan skop kepada ciri yang kedua.

02.Beramal soleh. Daripada kalangan orang yang beriman tadi, Allah mengasingkan lagi kepada golongan beriman dan beramal soleh. Adapun, yang tidak beramal soleh, mereka ini juga termasuk dalam golongan yang rugi walaupun mereka beriman. Dengan Iman sahaja tidak mencukupi untuk memenangi Syurga Allah yang lebih bernilai daripada segalanya di dunia ini.

Amal soleh ini juga perlu difahami secara jelas. Ramai yang beranggapan cukup sekadar solat, puasa, zakat, haji. Noktah. Inilah pengakhiran amal soleh bagi kebanyakan orang sekarang. Baik.. mari kita kaji, cukupkah empat (4) perkara tadi pelengkap sebagai orang yang beramal soleh?

Dalam kehidupan seharian, kita punyai 24 jam. Masa yang kita peruntukkan untuk solat beserta zikir dan doa, kira-kira 20 min setiap solat fardhu.

Keseluruhannya,

[20 min] X [5 solat] = 100 min = 1 jam 40 min.

Kemudian, ditambah dengan solat-solat sunat, zikir-zikir dan qiamulllail, kita andaikan dua (2) jam dalam sehari.

Dalam sehari,

[100 min solat fardhu] + [2 jam amalan-amalan sunat] = 3 jam 40 min.

Baik, bila dikira, berapa peratuskah amalan soleh kita dalam sehari?

[3 jam 40 min] / [24 jam] X 100% = 15.3%

Persoalannya, adakah ini dikatakan amal soleh? Adakah cukup dengan 15.3% dari kehidupan kita yang dikatakan amal soleh ini menjamin Syurga di akhirat kelak?

Tidak wahai saudaraku. Praktikal kita selama ini amat bertentangan dengan suruhan Allah 'azza wa jalla. Islam mengajar penganutnya untuk mengamalkan secara keseluruhan ajarannya dan kita tidak boleh mengambil separuh-separuh atau sebahagian daripada ajaran yang kita sukai sahaja.

Sudah pasti, keselurahan itu ialah 100%. Namun, dengan pengamalan kita selama ini, mana hilangnya 84.7% lagi daripada kehidupan kita? Adakah kita menyangka kita benar dan baik?

Berbalik kepada ayat 103, surah al-Kahfi, Allah kata mereka yang menyangka begini sebenarnya dalam kerugian. Balasan bagi orang yang rugi firman Allah,

"(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan." [al-Kahfi: 106]

Oleh itu, sebenarnya, Allah menyuruh hamba-hamba-Nya mengamalkan Islam secara 'total', 100%. Ini adalah semata-mata agar umat Islam bahagia dunia dan akhirat.

84.7% dari kehidupan kita tadi juga ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan panduan al-Quran. Solat, puasa dan lain-lain sahaja tidak cukup untuk dikatakan sebagai orang yang beramal soleh. Untuk menjadi orang yang beramal soleh, 100%, seluruh kehidupan diatur dengan Islam.

Sebagai contoh, aurat. Aurat lelaki amat mudah, namun ada juga yang payah untuk patuh. Aurat wanita berbeza, amat unik kerana wanita ini amat mulia di sisi Islam.

Mereka dibaluti jubah bukan kerana fesyen tetapi kerana bernilainya susuk tubuh meraka. Bernilainya harga diri mereka. Mereka hanya untuk kerabat mereka sahaja. Mereka hanya selayaknya dilihat oleh suami mereka sahaja. Keindahan mereka tidak boleh dipertontonkan pada umum.

Berbalik kepada beramal soleh tadi. Sewajibnya, seluruh kehidupan kita diatur dengan Islam. Daripada sekecil-kecil perkara seperti masuk ke tandas, hingga ke sebesar-besar perkara seperti pemerintahan negara.

Nabi S.A.W telah menunjukkan caranya mengikut Islam. Contoh yang lain, apabila kita berjual beli, hendaklah tiada unsur riba. Apabila bergaul dengan masyarakat, perlu ada batas lelaki dan wanita. Apabila kita bekerja, perlulah yang halal.

Apabila kita berjuang untuk Islam, sebenarnya kita berjuang untuk mendapatkan Syurga. Inilah jual beli kita dengan Allah. Begitu juga dengan sistem kehakiman, pendidikan, pemerintahan dan lain-lain. Semuanya wajib diatur dengan Islam, barulah dikatakan beramal soleh.

Di sini kita lihat, indah apabila semuanya diatur dengan Islam. Sejak mata dibuka di awal pagi, sehingga kita menutup mata kembali, semuanya diatur dengan Islam. Inilah golongan yang Allah golongkan sebagai orang yang beramal soleh. Namun, tidak cukup sekadar itu, Allah kecilkan lagi skop pandangan orang yang beruntung.

03.Mengajak ke arah kebenaran. Apa itu kebenaran? Yang hakiki, pasti 100% ISLAM sahajalah yang benar. Islamlah satu-satunya kunci kejayaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, orang-orang yang tidak mengajak ke arah kebenaran walaupun mereka beriman dan beramal soleh tetap dikira rugi. Mungkin ramai yang menyedari kita perlu bersama-sama mengajak ke arah kebaikan. Namun, tidak semua yang berjaya memilih jalan yang betul. Ya, banyak kumpulan-kumpulan yang mengajak membuat kebaikan, tetapi, dalam yang banyak itu, yang manakah menuruti jalan Islam dengan benar? Mana satukah menuruti jalan Nabi S.A.W dengan benar?

Oleh itu, kita perlu bijak mengkaji dan memilih, kumpulan yang manakah yang boleh kita ikuti.

04.Mengajak dengan sabar. Ciri keempat inilah pelengkap. Orang-rang yang beriman, beramal soleh, ajak ke arah kebaikan dan dengan sabar, mereka inilah orang yang terkecuali daripada golongan yang rugi.

Inilah tafsiran surah al-Asr, surah yang amat singkat. Tafsiran yang masih banyak lagi lopongnya. Erti kata lain, ilmu Islam ini amat luas, sehinggakan tidak habis untuk kita pelajari. Saya mengajak diri saya sendiri, dan juga semua untuk sama-sama kita menghitung balik diri kita. Persoalkanlah dalam diri kita, apakah kita sudah beriman? Apakah kita sudah beramal soleh? Apakah kita sudah mengajak ke arah kebaikan dengan sabar?

Tanyalah diri kita. Tanyalah sebelum Mungkar dan Nakir yang amat kasar bertanya kepada kita. Tanyalah diri kita sebelum pintu rahmat Allah tertutup. Sayangilah keluarga kita. Kita pasti mahukan semua keluarga kita bersama-sama di Syurga.

Inilah kebahagian sebuah keluarga yang hakiki. Bertanya, Kemudian bertindak dengan cara apa jua. Ayuh bersama-sama menerapkan 100% Islam dalam kehidupan kita. Maksiat yang kita lakukan selama ini, sama-sama bertaubat. Larangan yang kita langgar selama ini, ayuh kita hentikan. Suruhan yang kita abaikan selama ini, ayuh kita laksanakan.

Sungguh benar kata Allah, Allah kurniakan dua jalan. Kita manusia berkuasa penuh memilih, jalan Iman mahupun ingkar. Tiada yang pertengahan. Tiada juga yang diistilahkan sederhana(moderate). Ketahuilah, Islam itu lengkap 100% tidak boleh dibahagi-bahagikan lagi.

Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan dikongsikan kepada insan-insan yang kita sayangi dengan harapan, kita semua berjumpa di satu tempat yang sama, Syurga.

Wallahu a'lam...

Sumber:http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3295-peringatan-buat-orang-yang-rugi.html

Monday, 29 October 2012

Pemimpin Selangkah Ke Neraka


Hari ini merupakan hari yang ke-34 Azief memikul amanah Allah S.W.T dan Sahabat sekalian sejak azief memenangi Pilihan raya Kampus Universiti Malaysia Sabah (PRK UMS) sebulan yang lalu. Memang rakan-rakan sekalian maklum menjadi pemimpin bukan kerja yang mudah, bagi azief  pemimpin bukan sahaja pandai untuk menuturkan kata-kata, bukan hanya pandai menabur janji untuk mendapatkan perhatian dan sokongan rakan-rakan tetapi sebagai pemimpin, kita akan berhadapan dengan 1001 kemungkinan seperti difitnah, dibenci, dicaci malah dimaki oleh individu mahupun kumpulan yang kurang yakin dan percaya pada kerja kita.

Bagi azief siapalah azief ini selaku manusia yang lemah dan sering melakukan khilaf dalam apa jua keadaan malah terlalu kecil jika dibandingkan dengan pemimpin – pemimpin yang lain. Cuma azief kena yakin dengan amanah yang azief pikul ini jika tidak dilaksanakan akan di tuntut di akhirat kelak (Padang Masyar). Kerana itulah azief terlalu takut untuk berjanji setinggi langit, azief takut berjanji untuk mengapai bintang dilangit. kerana azief takut sangat dengan kemurkaan dan azab siksaan Allah S.W.T, sama ada di dunia, Alam Barzakh malah di Hari Pembalasan (Hari Kiamat) kelak. Kerana azief mendengar satu cerita yang selalu diingatkan oleh mak dan abah, ini juga turut dibuktikan dengan Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat tentang perkara yang kamu pimpin. (riwayat Muslim) Bergetar jiwa dan raga bila azief teringat kata-kata dan hadis ni, bayangkan jika azief ini terlupa dan alpa dengan apa yang azief miliki serta amanah yang azief pikul ini. Ya Allah, Janganlah Engkau pesongkan dan gelapkan hati aku, jiwa aku, malah perasaan dan permikiranku untuk mengabdikan diriku dalam memikul amanah yang aku sendiri inginkan. Engkau kuatkanlah semangatku agar aku sentiasa berada dalam keredhaanMu.. Amin..

Dengan hadis tersebut juga telah menunjukkan pemimpin adalah satu anugerah daripada Allah SWT. Anugerah ini bukanlah untuk kita memperolehi kemuliaan, namun ia merupakan satu amanah yang pastinya akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Secara zahirnya, setiap individu adalah pemimpin dalam kehidupannya, sama ada dia menjadi pemimpin kepada masyarakat, institusi, keluarga atau diri sendiri.
Azief juga takut jika selama azief memikul amanah ini ada rakan-rakan yang tidak menyenangi cara dan sikap diri azief ini. Azief harapkan teguran daripada rakan – rakan agar azief tahu silap dan salah azief selama ini sama ada sedar mahupun tidak sedar. Azief ini manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangan. Azief percaya pemimpin yang baik adalah dari pengikut yang baik. Pemimpin yang baik juga mampu mengawal dan mendengar kata-kata orang bawahanya.  Azief  takut sangat jika kata-kata dan ayat yang azief ucapkan secara sedar atau tidak banyak menguris hati sahabat dan kawan-kawan azief. Azief terbaca satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (riwayat Al‐Bukhari, bab Hifdz al‐Lisan, 11/256 , no 2988). Dengan hadis ini juga, kadang-kadang membuatkan azief menangis dan sedih, azief ini terlalu banyak bergurau dengan kawan-kawan. Memang hakikatnya niat untuk ketawa dan bergurau tapi azief takut niat azief untuk bergurau ini disimpan di dalam hati dan menguriskan hati kawan – kawan. Buat semua kawan-kawan dan sahabat azief, azief ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan membuatkan anda semua berkecil hati selama berkawan dengan azief. Maaf sangat2 ye..

Untuk bahagian ini azief ingin menjawab pertanyaan kawan2 yang bgthu tak segan ke bekerja dan menjadi exco dibawah Presiden dan Majlis Tertinggi yang muda. Jawapan azief mudah and senang. Bagi azief semua orang layak memimpin dan menjadi pemimpin kerana itu juga amanah Allah S.W.T buat diorang. So no hal ar.. hehe sebab macam azief cakap tadi pemimpin yang baik lahir dari pengikut yang baik. So azief percaya dan yakin kat diorang semua. Maybe umur azief lebih tua dari diorang (taklah tua sangat pun hahhahahahah) tapi tak semua perkara azief tahu so boleh jadikan sesuatu yang azief tak tahu menjadi ilmu yang berguna untuk azief pada masa akan datang. Buat semua rakan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UMS Sesi 2012/2013. Azief tak akan malu dan mencuba yang terbaik untuk menjadi exco yang baik bagi memudahkan kerja kita semua kerna suara dan kebajikan kawan-kawan adalah lebih penting daripada pangkat kita.. hehehe Good Luck ye semua. Azief sayang kat semua sangat2. Sekian saja buat kali ini dari azief. Semoga hari esok bila kita membuka mata untuk bangun subuh (jangan lupa ye bangun subuh) adalah lebih baik dari hari ini. hehehe. Selamat Malam Asslamualaikum


Thursday, 25 October 2012

Sambutan Dan Pengertian Pengorbanan



Asslamualaikum dan Salam Sejahtera Buat sekalian rakan dan sahabat. Dikesempatan ini azief ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua terutama sekali buat abah dan mak, adik dan abang, pak cik dan mak cik, atuk and nenek serta sekalian sahabat yang mengenali diri ini dengan doa semoga Allah swt mengembalikan umat Islam di serata dunia kepada kefahaman dan penghayatan Islam yang hakiki, membentuk kekuatan Iman, aqidah, kesatuan dan ukhuwwah dan mampu mengalahkan perancangan dan usaha pihak Kebatilan di serata pelusuk dunia. 

Untuk sekadar pengkongsian buat sekalian Sahabat sambutan Aidil Adha ini mengingat kita kembali peristiwa-peristiwa penting dalam Islam dan mengajak kita bangkit dan bertindak selari dengan pelbagai pengajaran antara yang saya ingat adalah Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail as, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus. Ketaatan Nabi Ismail dan ibunya Hajar dalam mendokong keputusan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah yang sangat berat ini adalah sebesar dan sehebat tanda dan kualiti Muslim yang dibina oleh Kekasih Allah S.W.T

Oleh itu azief ingin mengajak rakan-rakan dan sahabat untu kita bersama-sama  menghayati erti pengorbanan yang dilakukan oleh kekasih Allah S.W.T dalam kita mencari redha Allah S.W.T agar kita sentiasa berada di dalam barakallah Allah S.W.T. Sekian dari azief

Tuesday, 16 October 2012

TAMU GADANG KE-14







Malaysia Cheap Web Hosting