
Maafkan diriku kerana membuka lembaran kisah kita yang lalu…
Diriku hanya sekadar ingin meluah rasa, kerana bagiku tiada sesiapa pun ingin cuba memahami apa yang tersirat di hati…
Sayang…ingin sekali ku memanggil dirimu dengan panggilan itu..tapi semuanya hanya terucap jauh di sudut hati kerana semuanya sudah berlalu bagimu…hampir setiap malam ku menangis dek kerana terlalu merindui dirimu..jika ku berkesempatan mendengar suaramu, mudah saja air mataku mengalir…sebak, sedih,pilu….Benarkah kata orang, andai kasih terpisah seseorang itu cepat berubah…Dahulu dirimu begitu lembut,penyayang walaupun sebelum itu kita hanya sekadar kawan biasa….sehinggalah kita mengambil keputusan untuk bersama biarpun kita berdua tahu kebahagiaan itu cuma seketika….kerana tubuh sudah dimiliki oleh insan lain…..
Akhirnya ikatan yang kita bina….hampir rapuh jadinya..rentetan kesan yang si dia tinggalkan...sungguh aku rasa bersalah yang teramat sgt…layanan mesramu tidak seperti dulu, segala janji kita terlerai sudah…Biarpun jauh di sudut hatiku, aku amat menyayangimu..tetapi aku tidak sanggup mencipta kegembiraan di atas kesedihan hati….Mungkin aku bukan insan yang terbaik untukmu dari diriku….

Hampir tiap2 detik berlalu….ku tetap begitu..pelbagai cara ku lakukan,tetapi tetap sama..mendengar sahaja namamu,ku sebak..bila takdir menemukan kita berdua,debar di hatiku tetap terasa..Cuma diriku masih tidak tabah untuk berhadapan dengan titik merah darimu yang mampu mbuatkan hati ini carek…bimbang tiba-tiba ‘hujan’…sungguh aku tak ‘kuat’…pelbagai perkara pelik kulakukan,bukan ingin menyakiti hatimu..hanya kerana ingin melindungi apa yang bergolak di lubuk hati..kerana mu sayang…ku cuba menyibukkan diri dengan kerja-kerja di pejabat…sehinggakan setiap hari ku pulang lewat…
Sedikit sebanyak,ia membantuku untuk menerima bahawa…dirimu mungkin hanya ditakdirkan menjadi sahabatku…namun sesekali niatku untuk bertanya khabar dan sayang dirimu,sering disalahertikan..dan kadangkala layananmu terhadap diriku sering membuat ku terkeliru…namun cepat-cepat ku tersedar…tanpa kau sedari,gurauanmu itu melukakan hatiku…nada suaramu, seolahnya kita ini tidak pernah mengenali di antara satu sama lain…melihatkan semua itu, ku teringat dirimu yang dahulu….sangat setia mendengar luahanku,penuh kasih…
Sekadar seorang sahabat, ku harapkan dirimu masih sudi ingin mendengar bicara hatiku.sebaliknya dirimu sering menganggapnya sebagai satu gurauan…entah mengapa kadang-kadang ku bermonolog sendirian…benarkah itu dirimu..yang pernah menyintai,menyayangi,dan merindui diriku…yang pernah membelai diriku penuh kasih…sungguh ku berjauh hati…dan tidakkah dirimu terfikir..segala-galanya ku lakukan hanya ingin melihat dirimu bahagia…tidakkah dirimu mengerti pengorbananku ini....
Sayang…ku cuba menerimanya dengan hati yang terbuka..kerna kutahu di mana letaknya diri ini…biarpun ada kalanya kuterasa seperti orang yang tersisih…terhina..bila melihat dirimu tertawa bahagia..namun mengapa dirimu tidak pernah terfikir saatnya hatiku ketika itu…sungguh sayang, ku tidak pernah membenci diri mu..jika wajahku tidak manis seperti selalu, bermakna aku melakukannya hanya untuk melindungi perasaaan di hati…maafkan ku sayang…
Sampaikan ada satu ketika…ku menyatakan kepada insan-insan di sekeliling ku..mungkin di hari bahagiamu ku tidak dapat menghadirkan diri..diriku tidak tabah seperti dulu…adakalanya ia goyah…ku hanya ingin mengirimkan hadiah senyuman sahaja…namun teman-temanku tidak sudi untuk membantuku…tidakkah mereka faham hati dan perasaanku…
Sayang….ku teringat kata-katamu ….walau apa pun yang terjadi, bey tetap cintakan b sampai bila-bila ..I LOVE U SO MUCH…sungguh ku terharu tika itu…ku tetap setia dengan kata-kata itu..Dari jauh, ku sentiasa mendoakan kebahagiaan mu sayang…walaupun kini dikau semakin jauh..jauh…jauh dari hidupku ……
Akhir kalam teratak ini daku akhirkan.....
0 comments:
Post a Comment