Thursday, 5 March 2009

Anda Adalah Pilihan Anda | Anda Sentiasa Ada Pilihan


Dalam hidup, memang kita akan berdepan dengan permasalahan, cabaran dan dugaan. Kita boleh lari dari masalah, tapi nak lari ke mana dan sampai bila kita menjadi orang yang asyik lari?
Masalah perlu dihadapi, ia datang kerana dia tahu, ada kejayan dan kebahagiaan yang menanti di seberang sana khas buat Anda, miik Anda dan menjadi hak Anda. Masalah cemburu dengan Anda, sebab itu dia muncul.
Anda boleh rasa tertekan dek masalah, tapi jangan biarkan ia mengawal Anda. Tekanan, stress dan buntu hanya emosi yang dijana oleh minda separa sedar. Anda boleh mengubahnya dengan meluahkan dengan orang lain, berkongsi perasaan Anda dengan orang lain mahupun tuliskan ia di atas sekeping kertas dan buang jauh-jauh. Keluarkan rasa tertekan, jangan pendam terlalu lama.
Anda berhak untuk hidup bahagia, berjaya dan kaya. Memang ini Anda sudah tahu, tapi berapa orang yang sanggup meredah jalan penuh masalah dan cabaran semata-mata mahukan kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan?
Tak ramai. Semua orang mahu hidup selesa. Kata mereka, buat apa mahu bekerja keras? Cukuplah dengan apa yang ada.
Saya akui, pemikiran sebegini hanya milik orang yang mahukan hidupnya biasa saja. Pagi bangun pergi kerja, buat kerja, balik, berehat dan kemudian esok pagi pergi kerja lagi. Hujung bulan dapat gaji.
Ini bagai bergerak di satu bulatan, situ-situ saja. Anda tiada apa yang nak dicapai, Anda tiada perkembangan dari segi intelektual, kerjaya, kewangan dan jati diri, hanyalah perkembangan dari senioriti.
Anda punya pilihan, sama ada mahu hidup menjadi orang biasa, atau .. memilih utuk menjadi orang yang luar biasa, sanggup meredah cabaran, meredah halangan dan berdepan permasalahan semata-mata mahukan hidup yang lebih baik, kaya, bahagia dan berharta. Anda mahu?
Jadi, sediakan minda dan tubuh Anda untuk bekerja keras, serajin yang mungkin, mulai hari ini juga. Bangunkan diri Anda ke arah kecemerlangan.
Live Strong !!

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Cheap Web Hosting