Tuesday, 31 March 2009

MUHASABAH Cinta

Wahai pemilik cinta dan nyawaku,
Betapa lemah diriku dan akalku ini,
Berat ujian dari-Mu,
Ku pasrahkan semua pada-Mu,
Kerana aku adalah hambamu..
Tuhan baru ku sadar tentang cinta,
Indah nikmat sihat dan rindu cinta itu,
Tak pandai aku bersyukur akan nikmatmu,
Kini ku harapkan cintanya dariMu.
Kata-kata cinta terucap indah,
Mengalun berzikir di kidung doa dan harapanku,
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosa kekecewaanku.
Butir-butir cinta air mataku,
Teringat semua yang Kau beri untukku,
Ampuni khilaf dan salahku selama ini,
Ya Illahi muhasabah cintaku.
Tuhan kuatkan untuk kumamah dugaanMu,
Lindungiku dari putus asa dan kekesalan hati,
Jika ku harus mati dan pergi,
Pertemukan aku dengannya..
agar bisa aku ungkiykan ayat2 cinta buat nya
berlandas cinta syurgamu

Tuesday, 24 March 2009

Gila2 Short Semester 24/03/09

Pada Hari ni Ana tak tahu apa kena ngn diri a'na..

a'na memang bosan so a'na update ar blog ni

ngn keadaan yang gila2...........
Pada masa ni kebanyakan budak bilik ana ni rajin2 belaka
harap maklumlah bermulanya semester baru
huhuhhuh
cayok...cayok....

Hahahaha Kalau antum tak percaya

Cuba tengok budak ni study buku mastika sambil dengar music

alasan yang dia beri kna mastika dia teringin nk jumpa pocong n kuntilanak

huhhuhuhuhuhuh

Yang ni sorang...

syok layan myspace bukan nak study..alasan yang diberi

knapa myspace

dia cakap nk cari calon....

calon apa????
yang itu kita tak tahu.........

Cis budak belagak ni sebenarnya cover je

conon nak ambil MUET bulan lima ni

apa2 kita doakan je dia dapat band 1

huhuhuhuhuuh

Thursday, 19 March 2009

Sweet Memories Remain At The Mines

10/3/09;Selasa;
Pada tarikh ini banyak kami ukirkan secebis kenangan bersama teman-teman seperjuangan dari institusi pengajian yang sama(Kolej University Islam Antarabangsa Selangor).Zarul, Akmal(Sarjan) dan a'na. A'na berasa amat gembira dapat menghabiskan masa bersama rakan2..

Disini a'na ada menyertakan gambar-gambar semasa berada disana..
a'na harap an'tum semua dapat melihat segalanya dengan baik.Sesunguhnya yang baik hanyalah dari Allah S.W.T......


yang ni a'na & Zarul

Ni Sarjan & zarul
waktu nk ke mine dengan mwnaiki KTM(Gigih sangt)

NI sorang lagi kawan kami (Hujung belah Kiri) Nama dia azraie
pelajar kejururawatan semester 4

Thursday, 5 March 2009

Jahilnya Mereka!!!!!!



Mereka jahil tentang dalil2 drAl-Quran & As-Sunnah mengenaikewajipan menutup aurat. merekaberkata,"maaf kami tak taupun?",mereka juga jahil akanpengertian aurat. mereka tidak kenaldgn alim - ulama' & mereka tidak mahuatau mungkin tidak berpeluangmendekati alim - ulama'.so, kalau dahtak tahu usahakanlah unyuk ambil tahusbb Quran & Sunnah bkn di turunkanuntuk alim - ulama' shj tp untuksemuanya.. Alasan kedua,menutup aurat &bertudung ni panas & merimaskan.tapitidak terfikirkah mereka balasanpanasnya lagi neraka di kemudian hariyang mana akhirat itu adalah tempatyang lebih kekal berbanding dunia fanayang sementaraini.emmm.....tapi,kenapa ramai jugakmengatakan bahawa dengan bertudung danmenutup aurat ni,mereka berasa lebihselesa dan tenteram.Then,kenapa merekaboleh,anda pulak sibuk kata tak boleh?


mereka kata lagi,orang yangpakai tudung pun belum tentu baikperangainya.jadi,adakah itu alasannyauntuk anda tidak memakai tudung?ok,so, anda tu dah baik sangatlahagaknye yer? sebenarnya dua-dua punsalah (sama-sama tak baik). kalauperanagi tak baik,itu pun tak elok.then,kalau tak pakai tudung pun lagilah tak elok.sebenarnya,dalamkehidupan sebagai seorangmuslim,asasnya adalah ketaqwaan dankeimanan iaitu seberapa taat kitakepada ALLAH Tuhan Yang MahaMenciptakan kita.soal siapa baik tidaksepatutnya timbul.tetapi,persoalanyang patut kita fikirkan ialah siapayang lebih taqwanya di sisi ALLAH.adakah kita sudah cukup baik di sisiALLAH atau apakah usaha kita untukmenambahkan taqwa kita?


Baiklah ada juga dikalanganmereka yang tidak menutup aurat nisebenarnya tahu semua tu dan kiracerdiklah jugak kononnya sebab tahuaurat tu wajib ditutup (dengansempurna).tapi, macam ni pulakkatanya,belum sampai serulah nak tutupaurat.tapi dia sebenarnya kategorikurang cerdik jugak atapun mungkintahap jahil!!! Dan mungkin jugasombong dengan ALLAH ( ingkar denganperintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah,ketetapan ALLAH tu macam takpenting jer dan boleh tangguh2 pulakyer. Tapi persoalannya, adakah nakmati tu ada tarikh2nye yg diberitahuterlebih dahulu atau diseur terlebihdahulu, “ hei kamu,pada tarikh sekian-sekian ,maka kamu akan dimatikan ,makabertaubatlah…” ader ker? Ade ker dalamQuran kata,hukum tu boleh ditangguh2ikut suka2 hati jer? Belum sampai serujuga membawa maksud ,hidayah belumsampai. Emmm,peroalannya, dah ko takusahakan & cari hidayah tu, manelahnak datangnya hidayah tu? Dah kalauhidup ko pun tak sukakan kpd yang takbaik ( melanggar ketetapan ALLAH) adeker hidayah tu nak dating dekat padadiri kita?


Lagi,mereka merasakan merekasudah cukup bagus dan bergaya dengangaya yang mereka tampilkan.merekafakir,itulah gaya yang up to date danmoden.tetapi persoalannya,apakahtujuan sebenarnya kehidupan kita dimuka bumi ini? Tak terfikirkah andagaya yg anda tampilkan itu menepatikehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagusdi sisiNYA @ pun tidak? Hei, andajanganlah nak memalukan umat Islam! Dimana akidah anda? Islam ka nada gayanya yg tersendiri. Kenapa nak ikutgaya yang bukan milik Islam ( bolehmengambil budaya lain dengan syarattidak melanggar batas2 yg ditetapkan).Tahu tak? Tindakan anda itu seolah2mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itutidak cantik! So, secara taksengajanya anda telah menghinaketetapan ALLAH dan ianya merupakankesalahan yang amat2 besar!! Danketahuilah bahawa, disisi orang yangbenar2 beriman,yang paling indah ituadalah segala yang menepati kehendakALLAH. Dan sebaik2 wanita ialah wanitayang solehah. Alasan seterusnya,” kami taktau pun,penting sangat ke perkara ni?Mereka mungkin tidak faham secarakeseluruhannya apa itu Islam. Inilahyang paling menyedihkan. Mengaku Islamtetapi jahil sejahil-jahilnya. Danlebih teruk lagi,mereka sombong untukmenimba ilmu yang berkaitan.

Anda Adalah Pilihan Anda | Anda Sentiasa Ada Pilihan


Dalam hidup, memang kita akan berdepan dengan permasalahan, cabaran dan dugaan. Kita boleh lari dari masalah, tapi nak lari ke mana dan sampai bila kita menjadi orang yang asyik lari?
Masalah perlu dihadapi, ia datang kerana dia tahu, ada kejayan dan kebahagiaan yang menanti di seberang sana khas buat Anda, miik Anda dan menjadi hak Anda. Masalah cemburu dengan Anda, sebab itu dia muncul.
Anda boleh rasa tertekan dek masalah, tapi jangan biarkan ia mengawal Anda. Tekanan, stress dan buntu hanya emosi yang dijana oleh minda separa sedar. Anda boleh mengubahnya dengan meluahkan dengan orang lain, berkongsi perasaan Anda dengan orang lain mahupun tuliskan ia di atas sekeping kertas dan buang jauh-jauh. Keluarkan rasa tertekan, jangan pendam terlalu lama.
Anda berhak untuk hidup bahagia, berjaya dan kaya. Memang ini Anda sudah tahu, tapi berapa orang yang sanggup meredah jalan penuh masalah dan cabaran semata-mata mahukan kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan?
Tak ramai. Semua orang mahu hidup selesa. Kata mereka, buat apa mahu bekerja keras? Cukuplah dengan apa yang ada.
Saya akui, pemikiran sebegini hanya milik orang yang mahukan hidupnya biasa saja. Pagi bangun pergi kerja, buat kerja, balik, berehat dan kemudian esok pagi pergi kerja lagi. Hujung bulan dapat gaji.
Ini bagai bergerak di satu bulatan, situ-situ saja. Anda tiada apa yang nak dicapai, Anda tiada perkembangan dari segi intelektual, kerjaya, kewangan dan jati diri, hanyalah perkembangan dari senioriti.
Anda punya pilihan, sama ada mahu hidup menjadi orang biasa, atau .. memilih utuk menjadi orang yang luar biasa, sanggup meredah cabaran, meredah halangan dan berdepan permasalahan semata-mata mahukan hidup yang lebih baik, kaya, bahagia dan berharta. Anda mahu?
Jadi, sediakan minda dan tubuh Anda untuk bekerja keras, serajin yang mungkin, mulai hari ini juga. Bangunkan diri Anda ke arah kecemerlangan.
Live Strong !!

Luahan Hati(Waktu ngh bosan2)

Menanti esok fajar menyinsing..Fajar esok,pasti tiba untuk kita,membawa bersama penawar segala kerinduan,untuk menyingkir segala kesunyian....

Kesunyian..Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.Kesunyian..Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaanKesunyian..Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.Kiranya ada tercalar dihati,kiranya ada tercalar di kata,buat kenangan akhirnya,sambutlah kasihku yang tulus, kerana aku amat menyintaimu.Pada saat pengakhiran ini, terasa diri ini begitu terasing,terasa diri ini terlalu sunyi,ketika itu,suaramu aku terdengar, membisikkan sayangmenyatakan cinta.Aku pasrah dalam kesunyian mencari kasih abadi..Kiranya kau hadir menyingkap kesunyian ini menjadi kasih,akan kuberikan seluruh hidupku hanya padamu.

Dalam usia keremajaanku pernah kurasai kepahitan pada suatu kehilangan kasih dan cinta..sehingga hatiku menemui kasih mu, cintaku kembali berbunga.Kau mengubati kepahitanku musim lalukuhiburkan kesunyian musim lampau. Betapa diri mu amat berharga sebagai teman meranjauoanak duri kehidupan iniBayangan semalam menghantui jiwakulagi,Peristiwa sedekad lalu memburu harapanku.Walau terbentang lautan api aku tetap mengahrunginyauntuk hidup bersamamu.Kasih moga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti. Seketika itu..limpahkan kasihmu padaku,curahkan sayangmu dijiwaku.kasih,kupohon padamu..Kuharap daripadamu..Lontarkan aku..Secebis harapan,sekelumit kasih..untuk kuubati kelukaan laluKasih,sudikah kiranya kau hamparkan padaku saujana harapan untuk mengecapi setitis kebahagian,walau..sepi tanpa berkasih.

TErpahat ingatan, berputaran beredar,perjalanan kehidupan,dicorak mencorakkan, kenangan teridahpengalaman bersamamu,terbayang diingatan.Pada kedewasann yang meniti,kulukiskanimpian,kuukirkan haluan,ketika itu terasa diriku kekosongan dalam pencarian hingga ku temui daripadamu erti kasih.Kasih, ku abadikan kenangan, sejuta harapan bersamamu,dan..Biarlah aku mencari dan mencari..Harapan yang tak pasti.Kasih, dalam penantianmu,dalam harapan yang kusemai,pasti ada ujian dan hikmah,kerana TuhanMaha Mengetahui,kasih jiwa seorang insan.Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya.BErsyukuratas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupanKucoretkan padamu kata penyambung bicara.Maluku bagaikan berlipat di dalam lembaran itu,Bagaimanananti tawamu yang tidak pasti,memberi harapan atau khayalan.Maafkan ku sayang.Memang mudah mengucapkan,aku menyedari.

Percayalah,jika kau membenci bicarakukini,pasti rinduku tak terubat selamanya.Ingin sekali aku berbisik padamu kasih, mengintai hari hari menjelang bersama sebuah ketulusan sebagai ingatan rinduku yang berpanjangan.Hujan malam..seorang gadiss dibuai sepi. Didadanya ada luka. Dihatinya da sengsara.. di dihatikusebak menanggung rindu padamu yang jauh dimataAku megharapkan kasih kita bukan seperti dedaun itu yang kini gugur dan tersadai umpamadaun daun kering ditaman terasing.Biarpun cuaca tak selalu cerah. Pelangi juga tak selalu indah. Namun bukanlah satu mimpiandai mentari yang tenggelam, merah lagi diesok hari.Cinta ..sebuah anugerah nukilan jiwa.Manis hadirnya pengubat lara.Cinta.. adalah penyeri asyik disanubari, berpaut ditangkai hati.Bulan tak selalu purnama. mentari takkan sentiasa menyinar.

Mendung tak semestinya hujan andai cinta kita sekuat akar.Cinta Kita ibarat api, membakar dedaun.Kau ibarat dedaun basah . aku ibarat dedaun kering..Cinta kita pasti akan menyemarak.Cinta sejati tanpa bersyarat,andai bersyarat reputlah ia.Cinta sejati tak pohon dibalas,kerana ia kekal sepanjang hayat.Cinta sejati tak bertambah dengan kebaikan. Cinta sejati tak bertambah dengan kekayaan.Cita sejati tak berkurang dengan keburukan.Cinta sejati tak berkurang dengan kemiskinan.Cinta sejati tak pernah terancam. Cinta sejatitak pernah curiga.Cinta sejati pertimbangan adil.Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi.Cinta sejatisemakin tua semakin sayang.

Tiap tiap malam kuterbayang wajahmu yang ayu dan manis.Bagiku.. lambaian suaramu diiringi dengan kesyahduan malam bermain digegendang telingaku.Redup tatapanku adalah luahan kasih. Tajam renunganku adalah ucapan dendam.Jernih sinarku adalah kalimat harapan.Merindu pada rembulan,impian mencari kepastian,biarpun dia masih menanti,menanti sebuah kebahagiansebuah kebahagian yang akan kau berikan.Akukah yang engkau cinta? Engkaukah yang aku cinta?Bicaralah sepuas hatimu,bicaralah semahumu.bicara cinta takkan berakhir disini.

BIngkisan Hati

Sayang….
Maafkan diriku kerana membuka lembaran kisah kita yang lalu…
Diriku hanya sekadar ingin meluah rasa, kerana bagiku tiada sesiapa pun ingin cuba memahami apa yang tersirat di hati…

Sayang…ingin sekali ku memanggil dirimu dengan panggilan itu..tapi semuanya hanya terucap jauh di sudut hati kerana semuanya sudah berlalu bagimu…hampir setiap malam ku menangis dek kerana terlalu merindui dirimu..jika ku berkesempatan mendengar suaramu, mudah saja air mataku mengalir…sebak, sedih,pilu….Benarkah kata orang, andai kasih terpisah seseorang itu cepat berubah…Dahulu dirimu begitu lembut,penyayang walaupun sebelum itu kita hanya sekadar kawan biasa….sehinggalah kita mengambil keputusan untuk bersama biarpun kita berdua tahu kebahagiaan itu cuma seketika….kerana tubuh sudah dimiliki oleh insan lain…..



Akhirnya ikatan yang kita bina….hampir rapuh jadinya..rentetan kesan yang si dia tinggalkan...sungguh aku rasa bersalah yang teramat sgt…layanan mesramu tidak seperti dulu, segala janji kita terlerai sudah…Biarpun jauh di sudut hatiku, aku amat menyayangimu..tetapi aku tidak sanggup mencipta kegembiraan di atas kesedihan hati….Mungkin aku bukan insan yang terbaik untukmu dari diriku….

Setelah itu, ku mengambil keputusan untuk menukar status perhubungan bagi mengelakan kau meningalkan diriku….walau akhirnya ia cukup menyeksa batin ku..Sangkaku dirimu akan cuba memujuk diriku,tetapi telahan ku salah…kau gembira dengan status yang penah aku ungkapkan..katakanlah padaku sayang,bagaimana semudah itu aku melupakannya..rindu juga tak pernah padam kerana ia membesar bersama waktu….mulut sahaja ku katakan ya,tetapi hati ini masih mencintaimu walau di mana sahaja kau berada…biarlah ku simpannya sehingga ke akhir hayat…

Hampir tiap2 detik berlalu….ku tetap begitu..pelbagai cara ku lakukan,tetapi tetap sama..mendengar sahaja namamu,ku sebak..bila takdir menemukan kita berdua,debar di hatiku tetap terasa..Cuma diriku masih tidak tabah untuk berhadapan dengan titik merah darimu yang mampu mbuatkan hati ini carek…bimbang tiba-tiba ‘hujan’…sungguh aku tak ‘kuat’…pelbagai perkara pelik kulakukan,bukan ingin menyakiti hatimu..hanya kerana ingin melindungi apa yang bergolak di lubuk hati..kerana mu sayang…ku cuba menyibukkan diri dengan kerja-kerja di pejabat…sehinggakan setiap hari ku pulang lewat…


Sedikit sebanyak,ia membantuku untuk menerima bahawa…dirimu mungkin hanya ditakdirkan menjadi sahabatku…namun sesekali niatku untuk bertanya khabar dan sayang dirimu,sering disalahertikan..dan kadangkala layananmu terhadap diriku sering membuat ku terkeliru…namun cepat-cepat ku tersedar…tanpa kau sedari,gurauanmu itu melukakan hatiku…nada suaramu, seolahnya kita ini tidak pernah mengenali di antara satu sama lain…melihatkan semua itu, ku teringat dirimu yang dahulu….sangat setia mendengar luahanku,penuh kasih…

Sekadar seorang sahabat, ku harapkan dirimu masih sudi ingin mendengar bicara hatiku.sebaliknya dirimu sering menganggapnya sebagai satu gurauan…entah mengapa kadang-kadang ku bermonolog sendirian…benarkah itu dirimu..yang pernah menyintai,menyayangi,dan merindui diriku…yang pernah membelai diriku penuh kasih…sungguh ku berjauh hati…dan tidakkah dirimu terfikir..segala-galanya ku lakukan hanya ingin melihat dirimu bahagia…tidakkah dirimu mengerti pengorbananku ini....

Sayang…ku cuba menerimanya dengan hati yang terbuka..kerna kutahu di mana letaknya diri ini…biarpun ada kalanya kuterasa seperti orang yang tersisih…terhina..bila melihat dirimu tertawa bahagia..namun mengapa dirimu tidak pernah terfikir saatnya hatiku ketika itu…sungguh sayang, ku tidak pernah membenci diri mu..jika wajahku tidak manis seperti selalu, bermakna aku melakukannya hanya untuk melindungi perasaaan di hati…maafkan ku sayang…

Sampaikan ada satu ketika…ku menyatakan kepada insan-insan di sekeliling ku..mungkin di hari bahagiamu ku tidak dapat menghadirkan diri..diriku tidak tabah seperti dulu…adakalanya ia goyah…ku hanya ingin mengirimkan hadiah senyuman sahaja…namun teman-temanku tidak sudi untuk membantuku…tidakkah mereka faham hati dan perasaanku…

Sayang….ku teringat kata-katamu ….walau apa pun yang terjadi, bey tetap cintakan b sampai bila-bila ..I LOVE U SO MUCH…sungguh ku terharu tika itu…ku tetap setia dengan kata-kata itu..Dari jauh, ku sentiasa mendoakan kebahagiaan mu sayang…walaupun kini dikau semakin jauh..jauh…jauh dari hidupku ……
Akhir kalam teratak ini daku akhirkan.....
Malaysia Cheap Web Hosting