PENDAHULUAN
Terma Middle east telah digunakan dengan
meluas terutamanya pasca perang dunia kedua dalam perspektif dunia Islam, Timur
Tengah meliputi Semenanjung Arab, Mekah, Damsyik, Bahdad, Mesir dan Istambul.
Timur Tengah dikenali sebagai pusat kekhalifahan Islam dan merupakan jihad
syi’ar Islam. Ia mengandungi tentang Darul Harb dan Darul Islam, manakala bagi
perspektif alam melayu, Timur Tengah dikenali sebagai ‘Arabia’ dan dikaitan
dengan Cerita Seribu Satu Malam. Dua benda penting yang dibawa masuk ke alam
melayu ialah perdagangan dan syi’ar Islam. Ia dibawa oleh Rehlan Ibnu Batutah
pada 1304-1369 bersamaan 29 tahun, Khalifah Uthmaniah di Champa diilkuti oleh
Raja Merah Silu-Sharif di Mekah dan Parameswara di Melaka. Perkembangan alam
melayu ini meluas dengan syi’ar Islam dengan ibadah haji dan ilmuan di Mekah,
Mesir dan Al-Azhar.
Perkembangan dan perubahan yang berlaku pada abad ke-20 telah
memperlihatkan dengan jelas bagaimana wujudnya negara di Timur Tengah melalui zaman-zaman
Islam. Ia juga dipengaruhi dengan perkembagan zaman Khalifah al-Rashidun, zaman
Bani Umayyah dan zaman Abbasiyyah dalam memperluaskan zaman Islam. Empayar
Islam Uthamaniah merupakan titik permulaan yang terpenting sebelum era
penjajahan kuasa-kuasa Barat dan selepas itu munculnya beberapa buah negara di
Timur Tengah. Tahun 1516 memperlihatkan kekuasaan Uthamaniah meluas kebahagian
Selatan meliputi Mesir dan Syria. Kemudiaan diikuti oleh penaklukan ke atas
Hejaz juga termasuk Kota Mekah dan Madinah. Dalam abad ke-16, negara-negara
Arab-Maghrib iaitu Algeria, Tunisia dan Libya jatuh di bawah kekuasaan
Uthamaniah.
Perkara utama yang dituntut pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 lebih
kepada keadilan sosial. Gerakan nasionalisme Arab moden dengan kebangkitan
Wahhabi di Arabia, Muhammed Ali Pasha dan puteranya Ibrahim Pasha, di Mesir dan
Jamaluddin al-Afghani atau pemberontakan masyarakat Kristian Maronite di Lubnan
setelah kemasukan “missionary” Kristian Barat dalam abad ke-19. Perang dunia
pertama yang berakhir pada tahun 1918 telah memberi kesan terhadap Timur Tengah
khususnya dunia Arab. Ia menyaksikan suatu era baru iaitu era penjajahan
kuasa-kuasa Eropah. Janji bagi kemerdekaan Arab terhapus pada Sidang Damai
Paris tahun 1919.
Tempoh selepas perang dunia II memperlihatkan banyak negara-negara Timur
Tengah telah mencapai kemerdekaan dalam sempadan-sempadan politik hasil
daripada penjajahan barat. Kuasa-kuasa penjajahan seperti British, Perancis,
Sepanyol dan Itali dibahagikan sesama wilayah Arab Afrika manakala bagi wilayah
Arab Asia pula dibahagikan antara British dan Perancis. Berakhirnya empayar
Uthamaniah telah mengakibatkan perubahan ke atas Timur Tengah. Dari segi
ekonomi dapat dilihat rantau ini tertakluk pada sistem perdagangan Eropah dengan
status sebagai pembekal bahan mentah. Terbukti bahawa proses kelahiran negara
di Timur Tengah berkaitan rapat dengan imperialisme kuasa-kuasa barat yang
pelbagai.[1]
LATAR BELAKANG
Istilah lain
yang sedikit berbeza daripada istilah Timur Tengah ialah The Near East dan Asia Barat (The
Western Asia). Istilah Near East dan
Timur Tengah sering digunakan silih berganti. Istilah Near East digunakan untuk empayar Uthmaniyyah dan setelah Perang
Dunia Pertama, istilah ini menjadi tidak popular berikutan kehancuran empayar
tersebut. Menurut The Atlas of Islamic
History, 1954, Near East untuk
kawasan yang meliputi Albania, Southern
Serbia dan Bulgaria, Greek, Mesir, seluruh empayar Uthmaniyyah di Asia termasuk
Semenanjung Barat Afghanistan hingga ke Timur Burma.[2]
Setelah berakhir Perang Dunia Kedua,
dalam tahun 1948 timbul masalah di Lubnan dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
bertindak menubuhkan Jawatankuasa Sementara Timur Tengah berhubung dengan
masalah sempadan. Mengikut mereka, Timur Tengah merangkumi Afghanistan, Iran,
Iraq, Syria, Lubnan, Turki, Arab Saudi, Yaman, Mesir dan Greek. Istilah Timur
Dekat yang berkait dengan Empayar Uthmaniyyah sudah tidak diguna di Britain dan
istilah Timur tengah diguna secara rasmi. Kawasan yang dimaksudkan ialah Mesir,
Turki, Iran, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar,
Aden dan Yaman. Timur Tengah meliputi kawasan yang terletak di antara Libya di
bahagian barat, Pakistan di bahagian timur, Turki di bahagian utara dan
Semenanjung Arab di bahagian selatan.
Istilah Timur Tengah dari perspektif Barat adalah merupakan sebuah
masyarakat timur yang ketinggalan dan masih berada dalam zaman kegelapan. Barat
mempunyai pandangan negatif terhadap Timur Tengah kerana bagi Barat, mereka memiliki
ketamadunan yang lebih baik dari Timur Tengah. Sejak zaman purba, Timur Tengah
merupakan laluan utama perdagangan antara Asia dan Eropah. Laluan perdagangan
tersebut berfungsi untuk mengangkut barang-barang dari India dan China ke
Eropah. Para pedagang membawa barangan mereka merentasi Laut Mediterranean ke
Eropah. Aktiviti perdagangan ini menyebabkan berlakunya penghijrahan,
penyebaran agama di Eropah, Asia dan Afrika. Aktiviti perdagangan ini telah
sampai ke alam Melayu dan menyampaikan agama Islam kepada penduduk di sana.
Masyarakat Melayu memanggil Timur Tengah sebagai Arabia dan kisah tentang Timur
Tengah yang popular di alam Melayu ialah Cerita Seribu Satu Malam. Timur Tengah
merupakan tempat yang mempunyai penduduk yang berbeza dari segi bahasa, agama
dan tradisi. Timur Tengah menguasai laluan penting yang berkaitan dengan
pengangkutan minyak. Ia mempunyai kepentingan strategik atas sebab-sebab
ketenteraan dan ekonomi.
Kawasan geografi di Timur Tengah
adalah berpadang pasir. Hal ini menyebabkan masyarakat di sana menetap di
kawasan yang mempunyai bekalan air yang berterusan seperti di persisiran pantai
dan lembah sungai. Kawasan Bulan Sabit Merah ini adalah sepanjang Sungai Tigris
dan Sungai Euphrates sehingga ke Teluk Parsi.
Selain itu, Timur Tengah juga mempunyai beberapa suku atau bangsa dan
budaya yang berbeza seperti Arab, Parsi, Yahudi, Armenia, Assyria, Azeri,
Beber, Greek, Turki dan Yunani. Seterusnya, bahasa utama yang digunakan di
rantau tersebut secara majoritinya ialah bahasa Arab dan bahasa yang lain adalah
seperti bahasa Parsi, Turkish dan lain-lain. Timur Tengah merupakan sebuah
kawasan yang strategik kerana mempunyai sumber minyak yang banyak.
Timur Tengah mula mengalami perubahan
penting selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah kerana dari segi ekonomi, rantau
ini tertakluk kepada sistem perdagangan Eropah sebagai pembekal bahan-bahan
mentah. Melalui sistem pendidikan, media massa dan cetakan menyebabkan
tersebarnya fahaman tentang bagaimana masyarakat harus diatur mengikut asas
nasionalisme.[3]
Dari segi geografi, definisi Timur Tengah dianggap masih kurang jelas.
Penggunaan istilah Timur Tengah telah mendapat banyak kritikan kerana konsep
Timur Tengah ini lebih menjurus kepada
konsep budaya dan bukannya persempadanan. Definisi Timur Tengah ini telah
dipopularkan oleh Amerika Syarikat setelah tamatnya Perang Dunia Kedua.[4]
Ada pendapat yang menyamakan istilah Timur Tengah dengan seluruh dunia Islam.
Adakah definisi Middle East atau
Timur Tengah ini bersesuaian dengan identiti dan budaya masyarakat di Timur
Tengah?
DEFINISI MIDDLE EAST
Definisi bagi
terma Middle East boleh dibahagikan mengikut elemen yang dikenal pasti seperti
politik, geografi, dan juga sejarahnya. Definisi bagi terma Middle East juga adalah berbeza mengikut
sarjana dan juga era nya. Sebelum Perang
Dunia Kedua, penggunaan terma Middle East
ataupun Timur Tengah adalah sesuatu yang belum pasti tetapi selepas nya Perang
Dunia Kedua, terma ini telah diguna pakai apabila British mendapat mandate
untuk mengawal daerah di negara Arab, khususnya Mesir. Terma Middle East adalah terma yang diguna
pakai oleh para ahli sejarah dan ahli geografi yang bertujuan untuk
membahagikan negara-negara Timur itu kepada tiga bahagian iaitu Near East yang
merujuk kepada rantau yang berdekatan dengan Eropah, bermula dari Laut
Mediterranean ke Teluk Parsi. Manakala, Middle East merujuk kepada
kawasan teluk ke Asia Tenggara dan kemudiannya, Far East merujuk kepada
rantau yang menghadap Laut Pasifik.[5]
Terma bagi Far, Middle dan Near hanyalah daripada
perspektif Eropah yang mana kedudukan negara-negara Arab adalah melalui
kedudukan geografi mereka.[6]
Sebelum terma Timur Tengah digunakan, terma- terma yang wujud ialah terma
Timur Tengah yang meliputi India, terma Near East yang meliputi Turki
dan juga terma Far East yang meliputi China digunakan bagi menerangkan
kawasan tersebut.[7] Setiap
terma ini menerangkan wilayah- wilayah yang termasuk dalam kawasan tersebut.
Penggunaan terma Near East telah digunakan bagi menjelaskan kawasan yang
meliputi sebelah timur bahagian Eropah Barat sehingga ke wilayah Balkan yang
berada di bawah Empayar Uthmaniyah.[8]
Setelah kejatuhan Empayar Uthmaniyah, penggunaan terma Near East semakin
hilang terutama selepas Perang Dunia Kedua. Penggunaan terma Timur Tengah mula
meluas apabila pada pertama kalinya frasa Timur Tengah digunakan dalam sebuah
artikel pada September 1902.[9]
Menurut Osman Nuri Ozalp, hampir kebanyakan definisi politik yang berkaitan
dengan Middle East dan sebahagian besar daripada perubahan sempadan
politik adalah berdasarkan kepada lingkungan pengaruh British, Perancis, Russia
dan juga German sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.[10]
Terma Middle East menjadi semakin popular semasa dan selepas tamatnya
Perang Dunia Kedua, lebih-lebih lagi dengan adanya Middle East Command
yang merangkumi kawasan taklukan British. Terma Middle East telah digunakan dan ditekankan dengan cara yang mantap
dalam hubungan antarabangsa terutama tamatnya Perang Dunia Kedua. Istilah Middle East telah mula mendapat
perhatian manakala istilah Near East
dan juga Far East telah mula
kehilangan kepentingannya berbanding tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua. Terma Middle East telah menjadi satu
terma politik yang menggambarkan negara-negara Arab bagi negara “English-Speaking Countries”.[11]
Menurut pandangan British, Timur
Tengah adalah wilayah dari Bosporus sehingga ke sempadan Barat India tetapi
akhirnya India telah dikeluarkan dari definisi baru Timur Tengah.[12]
Terma Timur Tengah telah merangkumi kawasan- kawasan yang sebelum ini dikenali
sebagai Near East. Pelbagai definisi bagi terma Timur Tengah juga telah
digunakan bagi menerangkan kedudukan kawasan Timur Tengah. Definisi yang lebih
meluas bagi kawasan Timur Tengah ialah kawasan yang terdiri daripada Ethiopia
di selatan, Turki di utara, Afghanistan dan Pakistan di timur dan Maghribi di
bahagian barat.[13] Menurut
pandangan sarjana berdasarkan kriteria geografi pula, wilayah Timur Tengah
dapat dilihat antara Laut Hitam, Mediterranean, Laut Merah, Teluk Arab dan
Lautan Hindi.[14]
Middle East atau
Timur Tengah merupakan rantau yang sering kali dikaitkan dengan terrorisme,
konflik Arab Israel dan terkini adalah Arab Spring. Konflik Arab Israel merupakan konflik yang
telah lama berlaku di Timur Tengah dan sukar untuk diselesaikan kerana Israel
adalah sekutu rapat Amerika Syarikat.
Arab Spring merupakan peristiwa di mana rakyat telah telah bangkit untuk
menentang pemimpin dan hal ini telah merebak dari satu negara ke negara yang
lain. Terrorisme dikaitkan dengan Timur
Tengah kerana organisasi penganas adalah
berasal daripada Timur Tengah.
Istilah Timur Tengah merupakan istilah
yang telah diwujudkan oleh Alfred Tyler Mahan,
Selepas itu, istilah Middle East
telah digunakan secara meluas oleh Great Britain terutamanya semasa Perang
Dunia Kedua meletus. Hal ini adalah
untuk memudahkan British menguasai sebahagian daripada wilayah di Timur
Tengah. Encyclopedia Britannica menyatakan
Timur Tengah sebagai “the land around the
southern and eastern shore of Mediterranean Sea, extending from Morocco to Arab
Peninsula and Iran and sometimes it beyond.”[15]
Encyclopedia of Middle East pula menyatakan Timur Tengah sebagai “is an imprecise European term that includes
Arab and Muslims lands of Asia and sometimes those of North Africa (the
Maghreb).”[16]
Secara geografi, Timur Tengah tidak jelas persempadannya dengan kawasan
yang lain kerana para sarjana mempunyai pandangan tersendiri apabila
membicarakan tentang lokasi Timur Tengah.
Sesetengah sarjana menyatakan bahawa Turki termasuk dalam Timur Tengah
dan ada juga yang menyatakan Turki bukan Timur Tengah kerana Turiki adalah
sebahagian benua Eropah. Timur Tengah
merupakan rantau yang didiami oleh majoritinya masyarakat Arab, beragama Islam
dan ianya terletak dalam tiga benua iaitu Eropah, Asia dan Afrika. Timur Tengah dikelilingi oleh beberapa laut
iaitu Laut Medidterranean, Laut Merah, dan Lautan Hindi. Timur Tengah merupakan rantau yang unik kerana
terdapat tiga agama utama dunia berasal dari rantau ini. Tiga agama samawi tersebut ialah Islam,
Kristian dan Yahudi.
PERKEMBANGAN BUDAYA DARI SEGI POLITIK EKONOMI DAN SOSIAL DI
TIMUR TENGAH
Sebelum
tercetusnya perang dunia yang pertama pada 1919, kawasan timur tengah merupakan
sebuah kawasan takluk yang kemudianya menjadi sebuah empayar kerajaan Turki
Utmaniyyah. Kerajaan Utmaniyahh ini lahir pada kurun ke 17, dimana kerajaan ini
menjalankan pentakbiran yang bersistemkan kepada khalifah yang dipengaruhi oleh
ajaran Islam. Dalam
sistem politik kerajaan Utmaniyyah, keseluruhan kawasan timur tengah ini
disatukan dalan satu pentakbiran pusat sahaja yang ditakbir oleh khalifah yang
dilantik oleh golongan atasan kerajaan. Dengan pemusatan sistem pentakbiran
tersebut, masyarakat arab timur tengah ini membentuk satu komuniti besar arab.
Melalui sistem politik tersebut, ini menjelaskan bahawa, masyarakat arab Timur
Tengah pada zaman Utmaniyyah ini hanya mempunyai seorang pemimpin yang mutlak.
Tambahan lagi dari segi perundangan, masyarakat Arab akan tertakluk kepada
sistem perundangan Islam yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Uthmaniyyah pada
masa tersebut.
Namun selepas tercetusnya
perang dunia yang pertama pada tahun 1919, keadaan politik di Timur Tengah
telah mengalami perubahan drastik. Hal ini berlaku susulan daripada keruntuhan
empayar Turki Uthmaniyyah akibat kekalahan dalam perang dunia pertama tersebut,
ini secara langsung telah menyebabkan timur Tengah ini menjadi kawasan jajahan
pihak Barat seperti penjajah British, Sepanyol, Itali dan Francis. Pihak penjajah
yang paling dominan di Timur Tengah selepas perang tersebut adalah pihak
British, oleh sebab pengaruh kuasa British di timur Tengah tersebut, maka
secara tidak langsung telah mencipta terma ‘Middle
East’ bagi tujuan memberi gelaran kepada Timur Tengah. Melalui penguasaan
pihak penjajah barat di kawasan bekas empayar Uthmaniyyah itu, maka sekali lagi
pihak ini telah memperkenalkan sistem politik yang baru di Timur Tengah, dimana
pihak british telah memperkenalkan konsep negara bangsa di kawasan tersebut. Dengan pewujudan konsep
yang diperkenalkan ini, kawasan-kawasan di Timur Tengah telah dijadikan sebagai
negara-negara baru. Antara negara-negara yang wujud pada pasca perang dunia
pertama di Timur Tengah adalah negara Iraq, Arab Saudi, Syria, Iran dan
lain-lain. Dengan kewujudan sistem negara bangsa ini, maka secara langsung
telah menyebabkan masyarakat Timur Tengah menjadi masyarakat yang dikelompokan
dalam sesebuah negara yang telah wujud. Pada abad ke-19, melalui ‘Kolonial
baru’ Eropah ke atas dunia Timur dan penciptaan terma Middle East adalah
berkait rapat dengan pandangan ke arah pemeliharaan strategi ketenteraan dan
perluasan cengkaman politik serta penyebaran tamadun Barat.[17]
Sebelum 1950, pembangunan
ekonomi di timur tengah adalah antara yang perlahan di dunia. Salah satunya
ialah Mesir. Pada masa tersebut, Mesir bukan sebuah negara yang berasaskan
sektor industri sepenuhnya dan juga turut bergantung kepada sektor pertanian.
Mesir amat bergantung kepada sektor pembuatan Kapas yang merupakan pendapatan
dan eksport utama bagi kerajaan mesir pada masa itu. Secara umumnya, tahap
pendidikan dalam kalangan negara-negara timur tengah adalah rendah berbanding
negara-negara membangun yang lain pada masa itu. Kadar buta huruf dalam
kalangan orang dewasa pada masa tersebut juga adalah tinggi iaitu pada kadar
85% pada tahun 1939.[18]
Selepas 1960, Mesir dan
negara-negara timur tengah yang lain mencatatkan perkembangan ekonomi yang
mendadak. Pendapatan per kapita penduduk juga meningkat. Hal ini didorong oleh
kenaikan permintaan terhadap komoditi minyak di peringkat antarabangsa. Antara
pengeluar utama komoditi minyak di timur tengah ialah Algeria, Iraq, dan Arab
Saudi. Selain itu, perkembangan ekonomi di Timur Tengah juga turut dipengaruhi
oleh Kolonial British seperti World Bank yang menawarkan bantuan keatas
pembangunan ekonomi di timur tengah.Di Timur Tengah, budaya
masyarakatnya adalah lebih merujuk kepada budaya Arab dan ianya meliputi dari
Moroco hingga ke utara India. Hal ini demikian kerana budaya arab adalah
disebarkan melalui penyebaran Islam di rantau tersebut. Budaya masyarakat
Badawi merupakan lambang kepada budaya masyarakat arab.[19]
Sebelum penyebaran Islam, masyarakat badawi sememangnya terkenal dengan
budayanya dan sering membawa pengaruh kepada masyarat yang tinggal di kawasan
yang mereka kuasai. Sehingga kini budaya masyarakat inilah yang menjadi budaya
dominan di rantau Timur Tengah. Masyarakat di rantau tersebut mengamalkan
budaya berpuak-puak iaitu semangat ‘assabiyah’ yang menjadi budaya keseluruhan
semenanjung tanah arab. Walau bagaimanapun, kehadiran Islam telah berjaya
mengubah cara hidup ini kepada konsep ‘ummah’. Melalui konsep ini budaya arab
iaitu budaya masyarakat Badawi pada asalnya menjadi lebih dominan sehinngga ke
seluruh rantau tersebut.
Pada abad ke-17, Islam adalah kuasa
yang dominan di Timur Tengah dan dalam expedisi dakwah yang dijalankan
sepanjang tempoh tersebut sehingga tamatnya Empayar Uthmaniyah telah meliputi
seluruh semenanjung Arab, utara Afrika, Timur Barat China dan Eropah Timur.[20]
Dalam penguasaan ini, budaya Islam Arab dibawa bersama ke kawasan yang berjaya
ditakluki. Pembinaan masjid-masjid yang dipengaruhi oleh seni bina Islam dan
Arab dapat dilihat hampir ke seluruh Asia, Utara Afrika dan Eropah Timur.
Walaubagaimanapun, keruntuhan pengaruh Islam di Timur Tengah bermula dengan
perkembangan pesat yang berlaku di Eropah. Persaingan oleh Empayar British dan
beberapa kuasa lain mengancam pengaruh dominan Islam di rantau tersebut.
Empayar Uthmaniyah mengalami kemerosotan apabila wujud perselisihan pendapat
tentang siapa yang lebih berhak mengetuai empayar Islam sama ada Bangsa Arab
mahupun Turki. Ini memberi kelebihan kepada kuasa barat untuk membangun dengan
pesat dan menyaingi pengaruh Uthmaniyah. Walaubagaimanapun, budaya arab tetap
berkembang dan lebih dominan di rantau tersebut.
Sebelum penyebaran Islam di timur tengah, masyarakat di rantau tersebut
adalah bersifat kekeluargaan atau lebih dikenali dengan konsep ‘asabiyah’
dimana setiap individu adalah terikat dalam sesebuah keluarga atau kumpulan. Hal ini sangat jelas melalui wujudnya
istilah ‘bani’ yang merujuk kepada keluarga. Contohnya Bani Hasyim iaitu keluarga
Hasyim yang paling berpengaruh di Makkah sebelum kedatangan Islam. Setiap
kumpulan atau keluarga ini bertanggungjawab terhadap ahlinya masing-masing dan
sering berlaku peperangan antara kumpulan-kumpulan ini demi menjaga nama baik
dan pengaruh masing-masing.[21]
Pemimpin negara di rantau ini juga menggunakan konsep yang sama seperti cara
pentadbiran berasaskan kekeluargaan. Contohnya pentadbiran keluarga As Saud di
Arab Saudi yang meletakkan ekonomi dan ketenteraan terus dibawah keluarga yang
memerintah.[22]
Tidak seperti rantau
lain, timur tengah masih mengamalkan cara hidup berpuak-puak sehigga abad ke 21
kini. Contohnya, kemunculan kumpulan-kumpulan seperti puak sunni di Iraq yang
menjalankan penentangan secara gerila terhadap kerajaan boneka yang dilantik selepas
tamat perang. Penentangan secara berpuak ini berlaku hampir di setiap negara di
timur tengah dan situasi ini memang tidak asing bagi rantau tersebut. Oleh
sebab itu, rantau timur tengah sememangnya agak sinonim dengan sifat
masyarakatnya yang agak keras atau kasar. Atas sebab itulah, kebanyakan
perjuangan di rantau tersebut adalah bersifat jihad dan menuntut perjuangan
habis-habisan. Secara umumnya, masyarakat timur tengah sememangnya terkenal
dengan sifat tegas dan semangat nasionalisme yang kuat terhadap keluarga atau
negara sehingga kini.
IDENTITI TIMUR TENGAH
Menerima
definsi Timur Tengah sebagai yang telah dibicarakan memperlihatkan bahawa
sebahagian besar daripada wilayah yang dicakupi adalah terdiri daripada
negara-negara Arab.[23] Negara-negara Arab ini merupakan bekas
taklukan empayar Turki Uthmaniyyah yang memerintah rantau Timur Tengah menerusi
satu sistem pemerintahan berasaskan sistem khalifah yang berunsurkan Islam.
Semasa pemerintahan Uthmaniyyah, Timur
Tengah dikenali sebagai Near East dan
istilah tersebut semakin hilang selepas kejatuhan empayar Uthmaniyyah dan
istilah Middle East pula semakin
popular. Negara bangsa mula wujud di Timur Tengah selepas Perang Dunia
Pertama. Mengikut John Stuart Mill,
“bangsa” bermaksud bahagian rumpun manusia yang terikat oleh rasa ta’sub
bersama yang tidak wujud dalam hubungan di antara rumpun tertentu itu dengan
rumpun bangsa lain, juga yang menjadikan mereka lebih rela bekerjasama sesama
mereka berbanding kesediaan kerjasama mereka dengan rumpun lain, Rasa kesatuan
sedemikian lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya,
sejarah dan agama. [24]
Proses kelahiran negara bangsa di Timur Tengah menjadikan sistem Islam
tidak lagi menjadi faktor dominan dalam kehidupan bernegara namun masyarakat di
Timur Tengah majoritinya menganut agama Islam meskipun wujud agama lain seperti
Judaisme dan Kristian.
Robins berhujah
bahawa sempadan Timur Tengah boleh diperluaskan termasuk
Asia Tengah kerana empat kriteria: yang sistem negara, budaya, agama dan bahasa. Robins juga menyatakan bahawa kedua-dua kawasan mempunyai kesamaan sejarah, warisan budaya dan politik.[25] Meskipun istilah Timur Dekat tidak digunakan oleh pemerintahan Britain tetapi negara-negara yang mencakupi Timur Tengah adalah negara-negara yang terdapat dalam Timur Dekat.
Asia Tengah kerana empat kriteria: yang sistem negara, budaya, agama dan bahasa. Robins juga menyatakan bahawa kedua-dua kawasan mempunyai kesamaan sejarah, warisan budaya dan politik.[25] Meskipun istilah Timur Dekat tidak digunakan oleh pemerintahan Britain tetapi negara-negara yang mencakupi Timur Tengah adalah negara-negara yang terdapat dalam Timur Dekat.
Sebelum kemunculan Timur Tengah, rantau ini merupakan rantau yang menjadi
pusat kegemilangan empayar Islam. Constantinople, Hijjaz, Kufah, Basrah dan
Arab Saudi antara warisan Kesultanan Uthmaniyah. Kehadiran aktor-aktor luar
seperti Austria, Poland dan Venice telah menyebabkan kerajaan Uthmaniyah banyak
menemui kegagalan. Selain itu peristiwa Perang Dunia juga telah menjadi
penyumbang kepada keruntuhan empayar ini sekitar tahun 1922. Runtuhnya Dinasti
Uthmaniyah telah membawa pembentukan negara bangsa. Dari situ, munculnya
negara-negara yang mandiri dalam rantau Timur Tengah.
Constantinople merupakan bekas pusat
pemerintahan empayar Rom dan Byzantine.[26]
Empayar Byzantine telah memakmurkan dan memajukan bandar ini. Namun kota ini
telah ditawan oleh kerajaan Uthmaniyah. Pada 1453, Constantinople telah
diserang dan ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fatih yang kemudiannya menjadikan
bandar ini sebagai pusat pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah dari 1453
sehingga 1922. Tahun 1930, nama Constantinople secara rasmi ditukar kepada
Istanbul dan ianya digunakan sehingga hari ini. [27]
Arab Saudi merupakan negara berkuasa yang menumpukan perhatian kepada
pembangunan dan pemodenan serta peranannya kepada negara serantau. Melihat
kepada sejarahnya dahulu, Arab Saudi yang terletak di bahagian semenanjung
merupakan sebuah negara terbesar yang bersempadanan dengan Yaman di selatan dan
Laut Merah di bahagian barat serta bersempadanan dengan kota Hijaz. Selain
Istanbul, Arab Saudi juga merupakan kota yang ditakluk oleh kerajaan
Uthmaniyah. Bermula 1871, Uthmaniyah telah mengambil alih pemerintahan di
wilayah Hasa. Kemudian pada 1913, Abd al Aziz telah mengambil alih Hasa
daripada Uthmaniyah iaitu setahun sebelum bermulanya peristiwa Perang Dunia
Pertama. [28]
Ketika Perang Dunia Pertama juga, dalam tahun 1916, telah berlaku
pemberontakan Arab yang menentang Empayar Uthmaniyah. Pemberontakan Arab ini
berpunca daripada perisik Britain yang telah menyuburkan semangat nasionalisme
negara-negara Arab. Kebangkitan negara arab ini telah menyebabkan kerajaan
Turki Uthmaniyyah semakin lemah dan mula kehilangan wilayah-wilayahnya
sekaligus memberi impak kepada kegemilangan pentadbiran islam.
Istanbul dan Arab Saudi yang merupakan warisan Kesultanan Uthmaniyah banyak
memberi pengaruh kepada kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Namun, kejatuhan
kerajaan Uthmaniyah telah mengubah corak geografi dan geopolitik di rantau
Timur Tengah. Selepas kejatuhan empayar agung Uthmaniyah, unsur sekularisme
telah tersebar dan meresap dalam pentadbiran serta pendidikan negara rantau
Timur Tengah. Selain itu, munculnya negara di rantau Timur Tengah yang pro
kepada barat demi kepentingan nasional.
Terma Middle East
diperkenalkan oleh Britain dalam Perang Dunia II, disebabkan oleh pengaruh
kuasa besar yang dimiliki Britain dalam menguasai politik. Middle East digunakan untuk menunjukkan negara-negara Islam dan beberapa organisasi antarabangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) menganggap wilayah Middle East adalah wilayah Asia Barat Daya, termasuk Siprus, Iran
dan Mesir. [29] Dalam
wilayah tersebut, terdapat beberapa kelompok bahasa yang digunakan. Antaranya
adalah bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Assyria, bahasa Kurdi dan bahasa
Turki. Istilah Middle East yang wujud
selepas Perang Dunia II berlaku, telah menyebabkan pengaruh luar seperti
pengaruh Barat telah tersebar di rantau tersebut. Namun, dari segi bahasa,
bahasa Arab tetap menjadi bahasa dominan, bukan sahaja dalam bentuk bahasa
perhubungan, malah digunakan juga dalam sistem tulisan. Walaupun mengalami
peralihan atau revolusi sepanjang dan selepas meletusnya Perang Dunia II,
bahasa Arab masih dominan digunakan oleh masyarakat tempatan rantau ini. Ini
kerana, masyarakat yang menduduki wilayah di rantau Middle East merupakan masyarakat yang dominannya berbangsa Arab.
Selain itu, keadaan yang menyebabkan bahasa Arab masih dominan dalam terma Middle East juga dipengaruhi oleh faktor
keagamaan iaitu agama Islam di Timur Tengah. Dalam keagamaan, bahasa Arab merupakan
bahasa Kitab Suci Islam, iaitu al-Quran. Jelas, Middle East yang terdiri daripada negara-negara Islam tidak lari
dari menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa Lingua
Franca yang dominan di Timur Tengah, yang mana ia juga dipengaruhi oleh
majoriti masyarakatnya yang beragama Islam. [30]
Meskipun wujud agama lain seperti Kristian dan Judaisme di Middle East agama Islam
tetap menjadi agama dominan oleh majoriti masyarakat di Timur Tengah. Elemen
agama Islam yang masih kekal di Timur Tengah telah mempengaruhi pengekalan
bahasa Arab sebagai bahasa dominan oleh masyarakat Timur Tengah selepas
meletusnya Perang Dunia II. Selain itu, bahasa Arab bukan sahaja digunakan
dalam elemen keagamaan, malah ia juga masih kekal digunakan dalam mengungkapkan
budaya masyarakat di Timur Tengah.
KESIMPULAN
Penggunaan
Terma Middle East bukanlah berasal
dari faktor warisan sejarah dari penduduk tempatan disana namun ianya telah
diperkenalkan oleh negara Barat untuk mempermudahkan mereka memahami dan
mengawal struktur politik, ekonomi, sosial dan budaya tempatan. Tidak dinafikan
terma Timur Tengah sering digunakan untuk merujuk negara-negara Arab oleh
negara luar terutamanya negara Barat. Seterusnya, terma Timur Tengah
sememangnya bersesuaian dengan identiti dan budaya yang diamalkan negara-negara
Timur Tengah. Walaupun terdapatnya perubahan sebelum dan selepas perang Dunia
kedua namun Identiti masyarakat Timur tengah adalah tidak berubah dan hanya
berlaku perubahan terhadap budaya dari segi Politik, Ekonomi dan Sosial.
[1] Mat Daund Ag. Hamat,
Penjajahan Eropah Dan Kemunculan Negara-Negara Bangsa Di Timur Tengah, Diakses
dari Http://Ejournal.Ukm.My/Islamiyyat/Article/Viewfile/1862/1488, Pada 6 Disember
2013.
[2] Harry W. Hazard, ed,
The Atlas of Islamic History 3rd
ed, 1954, Hlm 34-35,41, Princeton: Princeton
University
Press.
[3] Albert Hourani, “The
Ottoman Background of The Modern Middle East” dalam K.H Karpt, ed. The Ottoman
State
and
Its Place In World History (Leiden E.J. Brill) 1974, Hlm 75.
[4] Goldschmidt, Jr.
Arthur, Concist History of The Middle
East, 1979, The American University in Cairo Press.
[6] Osman Nuri Ozalp, Where
is Middle East? The Definition and Classification Problem Of The Middle East As
A Regional Subsystem In International Relations, Turkish Journal of
Politics, Vol. 2, No. 2, 2011, hlmn 3
[7] Ibid
[8] Ibid.
[9] Ibid.
[10] Osman Nuri Ozalp, Ibid,
hlm 8
[11] Osman Nuri Ozalp,
Ibid, hlmn 9
[12] Ibid.
[13] Ibid.
[14] Ibid.
[15] Middle East, diakses
dari http://global.britannica.com/EBchecked/topic/381192/Middle-East pada 1 Disember 2013.
[16] Middle East, diakses
dari http://www.mideastweb.org/Middle-East-Encyclopedia/middle_east.htm pada 1 Disember
2013.
[17] Mat Daut Ag.Hamat ,‘Penjajahan Eropah & Kemunculan Negara
Bangsa Di Timur Tengah’ m/s 81
[18] Steven
Heydemann, War, Institutions, and Social Change in
the Middle East, Berkeley: University Of California Press, 2000
[19] Philip Carl Salzman,
Why the Middle East Is the Way It Is, TH
E HEDGEHoG REvIEW / FALL 2011, 2011.
[20] ibid
[21] Philip Carl Salzman,
Why The Middle East Is The Way It Is: The Hedgehog Review, 2011, Hlm 24-25
[22] Ibid. Pg27
[23] Mat
Daud Ag. Hamat, Penjajahan Eropah dan Kemunculan Negara Bangsa di Timur Tengah,
Hlm 83. Diakses dari
[24] ibid
[25] Osman Nuri Özalp,
Where is the Middle East? The Definition and Classification Problem of the
Middle East as a Regional Subsystem in International Relations. Turkish
Journal of Politics Vol. 2 No. 2
Winter 2011, Hlm 17.
[26] Encyclopedia
Britannica, 2013, Istanbul diakses
dari http://global.britannica.com/EBchecked/topic/296962/Istanbul pada 2 Disember 2013
[27] BBC News, Turkey Timeline: A Chronology of Key Event
2012, diakses dari http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/1023189.stm pada 2 december 2013
[28] BBC Niews, Saudi Arabia Profile, 2013, diakses dari
http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-14703523 pada 2 Disember 2013
[29] Rashid Khalidi. The “Middle East” as a Framework of Analysis: Re-mapping A Region in
the Era of Globalization. hlm. 75. Diakses dari http://www.cssaame.com/issues/18_1/KHALIDI.pdf
pada 2 Disember 2013.
[30] Ibid.
0 comments:
Post a Comment