Latar belakang hubungan US-Malaysia.
· Dasar Luar Malaysia
atau hubungan diplomatik Malaysia dan Amarika Syarikat bermula semenjak tahun
1957.
· Dasar Pro-Barat Tungku merapatkan lagi hubungan ini kerana
perhubungan baik diantara Amarika dan Britain
· Disebabkan era
pemerintahan tengku bersifat pro Barat, beliau telah banyak menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara Barat khususnya Amerika Syarikat, Great
Britain dan Australia.
· Semasa Pres:Johnson, Malaysia berjaya
mendapatkan sokongan Amarika- Sehingga ditawarkan kemudahan bagi askar Malaysia
untuk mengunakan kemudahan tentera di Amarika Syarikat.
·
Semasa Perang
Vietnam Tungku telah menyokong tindakkan Amarika membantu tentera Vietnam
menentang tentera Vietcong.
·
Malaysia juga
dikatakan menyokong Pembentukkan SEATO
dan dikatakan Malaysia ingin menyertai SEATO tetapi menerima tekanan domestik
dan luar negera. Ini kerana Tungku bimbang kemungkinan tersebarnya pengaruh
komunis ke selatan.
·
Era Tungku
melihatkan beliau lebih kepada Great Britain dan hal ini terbukti apabila
beliau tidak menyertai SEATO kerana Tanah Melayu ketika itu terikat dengan
perjanjian pertahanan dengan Great Britain. (Faridah Jaaafar 2007, hlm 36)
·
Era Tun Abdul Razak,
Malaysia memerlukan Amerika Syarikat dalam perkara seperti bantuan ketenteraan,
sokongan (support) untuk rancangan pembangunan lima tahun Malaysia, dan
menghalang program pelupusan(disposal) getah dan bijih timah oleh Amerika
Syarikat. Dean Rusk (Setiausaha Negara
AS) menyatakan bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang maju ekonominya
dan politik yang stabil walaupun mempunyai hubungan yang turun naik dengan Indonesia. (Chandran
Jeshurun 2007, hlm 89)
·
Era Mahathir, idea
penubuhan East Asia Economic Caucus (EAEC) oleh Mahathir dilihat oleh Amerika
Syarikat sebagai langkah untuk menyekat pengaruh ekonominya di Asia Pasifik
(APEC). AS melalui Setiausaha Negaranya
(James Barker) menasihati Jepun untuk tidak menyertai EAEC. Hal ini telah menyebabkan hubungan Malaysia
dengan Amerika Syarikat tegang. (Johan Saravanamuttu 2010, hlm 191)
·
Percanggahan
pendapat dalam menguruskan isu antarabangsa antara Malaysia dan Amerika
menyebabkan hubungan kedua-dua negara ini dalam keadaan yang turun naik.(Rusdi
Omar dan Mas Juliana, hlm 190)
·
Walaupun tegang,
dalam aspek pertahanan, Malaysia dan AS tetap bekerjasama. Malaysia bekerjasama dengan AS melalui
perjanjian Bilateral Training and Consultation (BITAC) dalam tahun 1984. Perjanjian ini akan menggalakkan latihan
ketenteraan, dan peralatan ketenteraan dari AS.
ATM(Angkatan Tentera Malaysia) dihantar ke AS untuk latihan
ketenteraan. Selain itu, tentera
Malaysia juga dibenarkan untuk menggunakan peralatan ketenteraan AS. (Johan
Saravanamuttu 2010, hlm 197)
·
elepas perlantikan
Datuk Seri Najib sebagai PM ke-6 pada 3
April 2009, Presiden AS, Barack Obama mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri
Najib. (Rusdi Omar dan Mas Juliana, hlm 191)
Kedua-dua pemimpin menyatakan hasrat untuk bekerjasama untuk mengharungi
cabaran dalam hubungan dua hala ini. (The Star Online, 17 Mei 2009)
Isu-Isu dalam Hubungan Malaysia-Amarika
1.
Perbezaan Nilai Timur dan Barat
Demokrasi
·
Campur tangan
Amarika dalam urusan domestik Malaysia, dimana Amarika mengatakan Malaysia
mengikut pandangan Amarika adalah negara yang tidak demokrasi ini kerana kerana
Amarika mengatakan Dr. Mahathir dalam mengukuhkan kedudukan telah bertindak
mengunakan cara yang tidak demokrasi.
·
Dr. Mahathir
dikatakan telah menafikan hak pembangkang daripada mengunakan perkhidmatan
kerajaan seperti media,pengangkutan, wang rakyat. Malahan pihak pembangkang
tidak dibenarkan sama sekali muncul di TV.
·
Amarika cukup
lantang menkritik tentang hal ini dan tidak digemari oleh Dr. Mahathir perdana
menteri ketika itu. Dr. Mahathir berkata tidak sepatut dan seharusnya Amarika
mencampuri urusan dalaman negara ini. Maka tidak hairanlah mengapa Amarika
melalui tulisan Harold Crouch menyatakan Malaysia mengamalkan dasar
semi-demokrasi atau semi-authoritarian bukan demokrasi sebenar (Chouch 1996)
·
Dalam keadaaan ini
telah menjadikan hubungan Malaysia-Amarika ketika itu berada dalam keadaan
tengang.
Hak asasi manusia
·
Amarika dikatakan
mengecam tindakan Malaysia apabila kerajaan Malaysia membuat penangkapan
terhadap lebih 100 orang yang terdiri daripada aktivis politik, agama, NGO dll.
·
Amaka sangat
mengecam dan mengkritik tindakan ini atas alas an kerajaan Malaysia telah
menafikan hak asasi manusia di negara ini.
·
Begitu juga apabila
timbul kes Anuar Ibrahim ditahan dibawah ISA yang melihat Amarika begitu
memainkan peranan dalam mengkritik Malaysia.
·
Keadaan ini juga
telah mendorong Al Gore yang menghadiri persidangan APEC di Kuala Lumpur telah
mengkritik tindakkan Dr. Mahathir dan sebaliknya menyokong tindakan gerakkan
reformasi. Hasil ISIS di bawah Tan Sri Noordin Sopiee telah membuat iklan di
akhbar yang mengambarkan rakyat Malaysia dibelakang Dr. Mahathir.
·
Malah Dr. Mahathir telah mengkritik
campurtangan asing dalam politik negara yang membawa kepada ketegangan hubungan
Amarika-Malaysia. Dimana Malaysia juga telah mengkritik tindakan Polis LA dan
NY yang menyerang mereka yang berkulit hitam yang menunjukkan Amarika sendiri
‘Cakap tidak serupa bikin’ dan sibuk untuk mencampuri urusan rumah tangga orang
lain.
·
Beliau juga telah
mengkritik bagaimana Red Indian diperlaku dan dilayan dengan buruk sehingga
mereka lenyap di negara sendiri.
·
Dr. Mahathir juga
mengatakan dan mengkritik sikap Double Standard Barat(Rujuk Amarika di Bosnia
atau Palestin).
Kerjasama keselamatan dan ketenteraan
·
Walaupun terdapat
masalah dari segi politik namun tidak bermakna ia telah menganggu bidang-bidang
lain dalam menjalinkan kerjasama.
·
Antaranya Malaysia
berpeluag mengunakan sepenuhnya BITAC (Bilateral Training and Cooperation) yang
bermula sejak 1984 dan IMET (International Military Education Training). Ramai
pegwai tentera Malaysia yang dihantar bagi mendapatkan latihan ketenteraan di
AS.
·
AS turut menyertai
Forum ARF yang telah dibentuk pada tahun 1996
Pelaburan dan perdagangan
·
Hubungan dagang dan
pelaburan tidak terjejas sama sekali, malah meningkat sejak tahun 1980an
meskipun hubungan politik rengang.
·
Pada tahun 1990 dan
1995, jumlah eksport bagi kedua-dua tahun menunjukkan peningkatan masing-masing
kepada RM13.48 bilion dan RM37.873. Manakala bagi jumlah import adalah RM13.23
bilion pada tahun 1990 dan RM30.126 pada tahun 1995.
·
Peningkatan mendadak
telah direkodkan pada tahun 1999 iaitu sebanyak RM70.301 bilion bagi eksport
dan RM43.317 bagi import sekaligus menjadikan Malaysia rakan dagang AS ke 12
terbesar dan ke 17 bagi eksport.
·
Bagi sektor
pelaburan di Malaysia, AS merupakan pelabur terbesar diikuti oleh Jepun dengan
masing-masing berjumlah RM18.95 bilion dan RM12.15 bilion.
Rujukan
Chandran Jeshurun. 2007. Malaysia:
Fifty Years of Diplomacy 1957-2007. Kuala Lumpur: The Other Press.
Faridah Jaafar. 2007. Perdana Menteri
dan Dasar Luar Malaysia 1957-2005. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Johan Saravananmuttu. 2010. Malaysia’s
Foreign Policy, The First Fifty Years: Alignment, Neutralism, Islamism.
Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
Rusdi Omar dan Mas Juliana. .Dasar
Luar Malaysia Era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak: Keutamaan Dalam Aspek
Hubungan Dua Hala. Political Managements and Policies in Malaysia.(artikel)
The Star Online. 17 Mei 2009.
0 comments:
Post a Comment