Tuesday, 17 June 2014

Dubai Aku Datang - Hari Hari Kedua - Muzium Dubai

Macam yang telah zief katakan dalam artikel sebelum ini.. Kami telah di arahkan untuk bangun awal. Bila sudah bangun apa lagi dalam kelaparan zief pun pergilah sarapan dengan harapan tak mahulah makan apa yang kami jamu sepanjang di Istanbul..

Sampai je di di Restorant Hotel alangkah gembiranya kami bau kari dan rempah ratus asia.. hahhahaha.. macam x pernah jumpa makanan asia je kan.. hahhahhaha.. tp apa yang kami alami di Istanbul memang perit.. kalau boleh masak dah lama dah aku beraksi di dapur namun apa kan daya tak boleh.. hahahha

Habis sarapan kami telah diberitahu untuk bersiap untuk dibawa ke Muzium Dubai.(dalam hati kenapa muzuim? mcm lawatan budak sekolah ar pulak kan). Sampai di Muzium alangkah terkejutnya azief dengan pasa pembangunan yang telah berlaku di Dubai ni.. Dari negara yang miskin dan bergurun pasir sehingga menjadi bandaraya metropolitan yang amat dasyat...

Kalau anda berpeluang singgahlah kesini. memang terbaik.. Banyak benda yang telah kami pelajari sepanjang disana disambil melakukan aktiviti bergambar-gambar.. selfie kita.. hehhehehe.. Jom azief ada juga sediakan gambar2 untuk di lihat apa yang ada disana serba sedikit.
















































Dubai Aku Datang - Hari Pertama - Kepenatan

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Alhamdulillah, setelah menjejakan kaki di bumi Uthmaniyyah (Istanbul), kami ke tempat distinasi kami yang kedua.. Dalam kepenatan melewati perjalanan yang amat panjang kami semua terus ke balai pelepasan di Lapangan Terbang Istanbul. Disana kami hanya mampu berehat di kaki lima kerana tempat duduk yang disediakan amatlah terhad..

Kami berangkai ke Dubai lebih kurang dalam jam 7.05 minit waktu Istanbul. Setelah boarding kami pun pun menaiki Flight EK 122 Emirates Airline.. Namun kali ini tidak terlalui exited ar nak naik Flight ni sebab tak mahu and sedih untuk meninggalkan Istanbul yang teramat cantik ni..

Macam biasa aktiviti di atas kapal terbang kami makan main game dengar lagu and tengok movie..(pokoknya kapal terbang ini gran habis lorr).. Kami sampai di Dubai pada Jam 1 Pagi waktu Dubai.. Sampai sahaja di Dubai kami telah di sambul oleh wakil agent pelancongan kami and terus dibawa ke hotel.. Sepanjang bas tak boleh nak cakap apa-apa. sedar-sedar dah sampai hotel hahahahha (tertido hehhehe).. Dilobi hotel kami diterangkan dengan beberapa aktiviti yang akan berlaku esok. tapi sayangnya zief tak dengar pun apa yang zief fikir, nak masuk bilik and tido sebab esok nak kna bangun awal dan mengikut perancangan yang telah diaturkan untuk kami..

So lihatlah apa2 gambar yang sempat kami ambil ini.

















Malaysia Cheap Web Hosting