Tuesday, 18 February 2014

Istanbul Aku Datang - Hari Kedua - Topkapi

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.
Hari ini saya ingin ceritakan hari kedua saya sampai di Istanbul.. Memang terasa kagum and exited nk membuat explorasi di bumi Istanbul... Secara peribadi zief katakan Istanbul ini memang cantik and xmungkin dapat zief lupakan seumur hidup. Kalau zief diberi peluang untuk untuk datang kesini lagi.. Pasti zief tak akan lepaskan untuk menjelajah di Bumi Turkey.

Di hari kedua ni saya terus zief dan rakan gunakan peluang untuk menjejaki lagi keindahan bumi Istanbul. Tempat yang pertama zief lawat ialah Topkapi.Sedikit info tentang Istana Topkapi azief selitkan buat pengetahuan anda semua

Istana Topkapi (Turki: Topkapi Sarayi yang bermaksud “Istana Pintu Meriam”) adalah sebuah istana yang besar di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman utama Sultan Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun (1465-1856) daripada 624 tahun era pemerintahan mereka.

Pembinaannya bermula pada tahun 1459, seperti yang diperintahkan oleh Sultan Mehmed II, penakluk Constantinople pada era Byzantine. Kompleks istana ini terdiri daripada empat laman utama dan bangunan-bangunan kecil yang lain. Pernah pada suatu ketika, istana ini menjadi tempat kediaman seramai 4,000 orang.

Istana ini meliputi kawasan yang sangat luas dengan garis pantai yang panjang. Ia dikelilingi oleh dinding tembok sepanjang 5km dan luasnya mencecah 700,000 meter persegi. Kompleks ini juga telah berkembang sehingga berabad-abad dengan beberapa pengubahsuaian selepas gempa bumi pada tahun 1509 dan kebakaran yang berlaku pada tahun 1665 . Istana ini mengandungi masjid, hospital, kedai roti dan tempat mencetak wang.

Berikutan berakhirnya Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1921, Istana Topkapi telah berubah menjadi muzium atas perintah kerajaan Attaturk pada 3 April 1924 . Muzium Topkapi Palace ditadbir oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Walaupun kompleks istana tersebut mempunyai beratus-ratus bilik dan dewan tetapi hanya kawasan tertentu sahaja yang dibuka kepada orang awam dan ia dijaga oleh pegawai-pegawai kementerian serta pengawal bersenjata tentera Turki.

Jom zief zief bawakan anda dengan gambar2 yang telah azief ambil di sepanjang kawasan Topkapi ni.































































Friday, 24 January 2014

Istanbul Aku Datang - Hari Ketiga - Basilica Cistern

Setelah puas menikmati Aya Sophia kemudian azief dan rombongan delegasi bayu ke underground katedral atau Basilika Cistern atau disebut juga  Yerebatan Sarnıci. Tempatnya memang tidak terlihat jelas seperti bangunan-bangunan yang menguasi sejarah Turkey di wilayah Istanbul. Tulisan Basilika Cistern atau  Yerebatan Sarnıc. Di Saat memasuki ke dalam kawasan dan bahagian ini azief teramat terpegun kerana ada ruang dalam tabah yang amat antik dan cantik, ditambah dengan pencahayaan lampu yang tenang dan redup serta suhu yang segar.

Menurut info yang azief baca dan azief tanya kepada tour guide tempat ini merupakan kawasan tadahan air bawah tanah yang sangat besar yang  memiliki kapasiti untuk menyimpan 100.000 tan air. Tempat ini dibangun pada abad ke 6 pada pada masa pemerintahan Kaisar Justinian I atau  Kekaisaran Bizantium.

Atap  Cistern Basilikai ditunjangi oleh 336 tiang yang berukuran 143 meter panjang dan lebar 65 meter dan dibangun 128 meter dibawah tanah.

Bangunan ini merupakan salah satu bangunan sejarah yang telah hilang selama berabad-abad dan  ditemukan kembali oleh seorang warga Francis bernama Peter Gyllius pada tahun 1545. 

Disudut kiri hujung bangunan ini kita boleh melihat dua kepala Medusa. Kedua kepala yang  digunakan sebagai asas tiang tempat ini; yang mana kepala tersebut mempunyai keunikan tersendiri. Ini kerana sunsunan satu dalam kedudukan terbalik dan Satu berkedudukan biasa. Ada yang mengatakan kedudukan tersebut menpunyai mitos yang tersendiri mcm2 versi cerita boleh kta dengar hehe tapi nk percaya biar Allah S.W.T sahaja yang tahu.

Jom azief bawakan gambar sepanjang azief melawat tempat ni. 


















Istanbul Aku Datang - Hari Ketiga - Hagia Sofea

Memang menakjupkan menyelusuri Selat Bosphorus.. Memang amat mengagumkan banyak benda boleh dinampak dengan mata and kepala sendiri. 

Sebaik sahaja kami menamatkan menyelusuri Selat Bosphorus kami terus membuat lawatan ke Hagia Sofia.. Tempat ni memang best tau. Sebuah Gereja dan dijadikan Sebuah Masjid pada era empayar Uthmaniyah.  
Sedikit Info mengenai Hagia Sofea,yang dikenal sebagai  Sancta Sophia dalam bahasa Yunani, manakala dalam bahasa Latin , dan Ayasofya atau Aya Sofya dalam bahasa Turki , adalah bekas gereja Bizantium dan mantan masjid Ottoman di Istanbul . Sekarang museum , Hagia Sophia secara sah diakui sebagai salah satu bangunan besar di dunia. Hagia Sophia adalah salah satu dari beberapa gereja besar yang dibangun di kota-kota penting di seluruh kerajaannya .Setelah penghancuran gereja Konstantinus , yang kedua dibangun oleh anaknya Konstantius dan kaisar Theodosius Agung . Ini gereja kedua dibakar selama kerusuhan Nika dari 532 , meskipun fragmen itu telah digali dan dapat dilihat hari ini.Hagia Sophia dibangun kembali dalam bentuk nya hadir antara 532 dan 537 di bawah pengawasan pribadi Kaisar Justinian I.Hagia Sophia tetap sebuah gereja berfungsi sampai 29 Mei 1453 , ketika Sultan Mehmet Sang Penakluk masuk penuh kemenangan ke kota Konstantinopel .Ia kagum pada keindahan Hagia Sophia dan segera dikonversi menjadi masjid kekaisaran.Hagia Sophia berfungsi sebagai masjid utama Istanbul selama hampir 500 tahun . Ini menjadi model bagi banyak masjid Ottoman dari Istanbul seperti Masjid Biru, Masjid Suleiman , Masjid Shehzade dan Masjid Rustem Pasha .Tidak ada perubahan struktural utama yang dibuat pada awalnya, penambahan mihrab ( doa niche ) , mimbar ( mimbar ) dan menara kayu membuat masjid dari gereja . Jom zief bawakan anda gambar sepanjang lawatan zief kat Hagia Sofea..









































Istanbul Aku Datang - Hari Ketiga - Selamat Bosphorus

Alhamdulillah jelajah kami untuk hari ketiga ini dimulakan dengan lawatan dan menyelusuri Selat Bosphorus yang mana selat ini menghubungkan Laut Marmara di bagian Selatan dan Laut Hitam di Utara. Selama perjalanan di Selat Bosphorus dengan kapal ferry yang menghubungkan Istanbul dibahagian Eropah ke bahagian Asia atau sekedar berlayar dengan kapal pesiaran (cruise) yang di tenpah khas utk delegasi kami untuk menyelusuri selat Bosphorus. Disini kta akan melihat keadaan Turki dengan dua dunia yang berbeza tetapi telah disatukan melalui satu buah negeri yang amat unik iaitu Istanbul.

Pada bahagian Eropah dengan perpaduan modern dan peninggalan sejarah masa lampau, manakala pada bahagian Asia adalah lebih mempunyai tradisional Turkey yang tersendiri. 

Berbalik pada Selat Bosphorus yang mempunyai laluan selat sepanjang kurang lebih 30 kilometer dan mempunyai dua jbuah embatan yang menghubungkan dua bahagian benua iaitu Bosphorus Bridge sepanjang 1.074 meter yang selesai dibangun tahun 1973. Dan Jembatan Fatih Sultan Mehmed sepanjang 1.090 meter diresmikan pada tahun 1988.
Jom azief bawakan pemandangan gambar dan atktiviti kami di sepanjang atas ferry tersebut.








































Malaysia Cheap Web Hosting