Wednesday, 22 January 2014

Istanbul Aku Datang - Hari Kedua - Marmara Universiti

Selapas habisnya kami pergi membuat lawatan di Masjid Biru azief dan kawan2 kami telah dibawa ke tempat makanan tradisi Turkey (Istanbul Sehir Restorant). Best ar juga tapi kna jadi Vegetarian banyak roti, soup, sayur mentah dll.. 

Selepas itu kami telah mengadakan dan membuat lawatan rasmi ke universiti kerajaan di Turkey.. Terbaik.. Di artikel akan datang saya akan terangkan apa yg berbeza dengan kta..

Sekarang jom saya bawakan anda dengan gambar2 k.. 












Selain membuat lawatan ke universiti kami juga telah pergi ke Seorang Alumni UMS di Turkey.. Terbaik.. Kami dibawa ke rumah beliau dan di kenalkan dengan ayah beliau di samping kami dpt mempelajari budaya turkey dengan lebih rapat. Apa2 Gamze and family memang terbaik. 






















Istanbul Aku Datang - Hari Kedua - Masjid Biru

Alhamdulillah tempat kedua yang telah kami lawat selepas topkapi adalah masjid biru.. Ya Allah bersyukur sngat2 zief skrng kerana dapat menunaikan solat Zohor berjamaah dengan penduduk dan pengujung disini terbaik tau..

Sejenak memandang masjid ini sangat indah dan teduh. Bangunan ini berada di Istanbul Turki dan dibangun oleh Sultan Ahmed I berasal dari Dinasti Ottoman yang menguasaiTurki pada abad ke-14. Sultan Ahmed I memerintah Turki mulai tahun 1603 – 1617. Konstruksi masjid mulai dibangun pada tahun 1609, oleh arsitek terkenal pada jaman itu, yaitu Mehmed Aga. Pada tahun 1616, masjid ini selesai dibangun.
Sultan Ahmed I membangun Masjid Biru untuk menandingi bangunan Hagia Sophiabuatan kaisar Byzantine yaitu Constantinople. Hagia Sophia berada satu blok dari Masjid Biru. Hagia Sophia dulunya adalah Gereja Byzantine sebelum jatuh ke daulah Turki Ottoman pada tahun 1453 M .
Kembali ke Masjid Biru yang elok nan rupawan ini, memiliki 6 menara, diameter kubah 23,5 meter dengan tinggi kubah 43 meter, dan kolom beton berdiameter 5 meter. Masjid ini adalah satu dari dua buah masjid di Turki yang mempunyai enam menara, yang satu lagi berada di Adana.
Menurut legenda, Sultan Ahmed I meminta kepada Mehmed Aga untuk membuat menara yang terbuat dari emas. Kata emas dalam bahasa Turki adalah “altin”. Apa mau dikata, sang arsitek salah mendengar. Ia mengira Sultan Ahmed I ingin memiliki masjid dengan 6 menara. Kata enam dalam bahasa Turki bunyinya “alti” dan memang terdengar amat mirip dengan “altin”.
Akhirnya dibuatlah Blue Mosque dengan 6 menara, bukannya 4 menara yang terbuat dari emas. Tadinya Mehmed Aga mengira kepalanya akan dipenggal oleh Sultan Ahmed I, namun ketika selesai, konon Sultan Ahmed I justru terpukau dengan desain 6 menara yang unik itu.
Kabarnya, akibat jumlah menara yang sama dengan Masjidil Haram di Makkah saat itu,Sultan Ahmed I mendapat kritikan tajam sehingga akhirnya beliau menyumbangkan biaya pembuatan menara ketujuh untuk Masjidil Haram.
Jom zief bawakan gambar sepanjang perjalanan ker Masjid Biru daripada Topkapi.

































Sunday, 19 January 2014

Istanbul Aku Datang - Hari Pertama

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua Salam Mukadimah daripada Dunia Istanbul.

  

Hari merupakan hari pertama saya di Istanbul. Perjalanan hari ini memang memenatkanlah sebab tempoh perjalanan yang panjang. Dimana daripada Kota Kinabalu ke KL Penerbangan Kami bermula pada jam 5.30 PM dengan menaiki Malaysisa Airline. Perjalalnan yang memakan masa 2.15 minit so menjadikan perjalanan azief dan rakan-rakan tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 8.30 p.m.

Lama jugalah kami bertapa di KLIA ni sebab Penerbangan kami beri


kutnya pada 1.10 am (19 Hb Jan 2014) dengan mengunakan Penerbangan Emirates Airline (Penerbangan Pertama Dunia). Masuknya azief dalam penerbangan ini memang besar cantik, Pramugari dan Pramuga kat sini memang cantik2 dan style baju mereka pun unik tau(pramugari). Perjalanan kami memakan masa hampir 7 Jam lebih ke Dubai dalam masa 7 jam azief habiskan masa dengan menonton video + Makan + Tido (Itu je boleh buat hehehhe).






Sampai sahaja di Dubai International Airport (DIA) pada jam 4.00 am waktu Dubai. Penerbangan ini memang besar daripada KLIA. Terbaiklah.. Tapi mahal jugalah ia makan dan minum disana. Mcdonals happy Hour di Malaysia pada harga yang rendah tapi kat sini jangan cakaplah 2 kali ganda tau hampir 20-30 Dirham (lebih kurang je duit mereka dengan duit kita). Puas azief dan kawan2 berjalan kat Kawasan AirPort yang tidak akan habis masa satu hari(hehhehe). Kiranya berjalan2 sambil cuci mata je, nak beli memang tidak dapatlah hehhehe sebab terlalu mahal. Oleh kerana masa transit kami memakan masa 5jam kami boleh ar berjalan-jalan di kawasan airport tapi tak boleh keluar sebab masih di kawal oleh Imegeration yang ketat. So apa yang boleh buat berjalan di kawasan Airport dan Pertukaran Penerbangan Antarabangsa.




Perjalan kami ke Istanbul melalui Dubai bermula pada Jam 10.55 am waktu Dubai (-4jam). Perjalan ini memakan masa hampir 5 jam dengan mengunakan penerbangan Emirates Airline. Oleh terlalu menganuk and penat azief just habiskan masa dengan tido and keletihan sebab tidak tahu macam mna nk mandi.. satu hari tau tidak mandi hehehe. Nasib x berpeluh kalau tidak hbis semua satu flight berbau tau.






Sampai sahaja di Airport Artarturk pada jam 2.00 pm waktu Istambul (-6jam waktu Malaysia). Banyak jugalah pelancong yang hadir ke Istanbul sebab kami beratur di Airport hampir memakan masa 1jam 30 minit. Oleh kerana di Istanbul baru sahaja mengalami musim sejuk telah membawa keadaan yang boleh dikatakan sejuk walaupun berada dalam waktu perukaran ke musim bunga. Pemandangan dari bas menuju ke Spice Bazaar di Eminonu.. Pemandangan Tepi laut yang amat cantik tu.. heheehhe terbaik..



Di Spice Bazaar ni dekat dengan masjid. Nama apa ye masjid ni lupa pulak hehehhe.. Di sini kebanyakan mereka menjual bahan-bahan mentah, bahan makanan tradisi Turkey.. Terbaik tau dan banyak juga barang yang sesuai di jadikan cenderhati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Dari segi harga agak murahlah jika mengunakan duit Turkey(TL=Turkey Lira) tapi bila dikira dengan duit Malaysia hampeh jugalah sebab 1TL bersamaan RM2. So setiap barang hendak dibeli kena di kali dengan 2. Sebagai contoh 3TL x RM2 = RM6. Mahalkan.. hahaha.. kat sini juga mereka menerima duit EURO dan USD tapi nasihat saya anda tukarlah siap2 kat mana2 Money Changer. Kat sini rata-rata penjual boleh bercakap bahasa Malaysia. Banga jugalah bila semua sebut tentang Malaysia.



Habis je membeli di kami telah dibawa pergi Makan di Sebuah Restorant nama restoran tersebut ialah Ege Restorant yang terletak hampir 45 minit daripada Spice Bazaar. Makananan yang di hidangkan berkonsepkan Turkey style je.. Bolehlah dah lapar so makan je ar.. Hbis makan kami terus balik ke Hotel yang terletak di Bahagian Eropah.. hehehhehe Nama hotel Gran Cevahir Hotel.. nak tahu berapa Bintang anda cheak k.. heheheheh

Sekian sahaja untuk laporan untuk hari ni… Jumpa lagi nanti untuk bahagian yang seterusnya..


Friday, 17 January 2014

Persediaan Menjelajah Benua Uthmaniyah Turkey (Istanbul) + Dubai

Alhamdulillah syukur yang teramat bulan ni zief telah di beri peluang melancong (Lawatan Sambil Belajar) ke Istambul dan Dubai. Bersyukur plus gembira ar gak sebab diberi peluang macam ni. Siapa yang tak mahukan pergi berjalan menimba pengalaman pergi negara orang lain. Lagi pula pergi negara yang jauh berbeza dengan negara kita dari segi bahasa, budaya dan etnik bertambah seronok tempat tersebut merupakan tempat terletaknya 101 sejarah empayar agung Islam iaitu Empayar Uthmaniyah.

Bebeberapa perkara asas yang perlu disediakan sebelum memulakan perjalan ni. Saya dan sahabat telah melakukan beberapa perancangan agar segar perjalanan yang di atur dapat berjalan dengan lancar. Antara perkara yang telah kami lakukan adalah:

Persediaan Passport
Oleh kerana perjalan kami ini tidak memerlukan visa melalui kedutaan Turkey di Malaysia. Kami telah membuat pass perjalanan antarabangsa yang bernilai RM100.00 untuk tempoh sah pengunaan selama dua tahun. Pass ini boleh ar di buat di mana-mana pejabat Imgresen di seluruh negara.

Pakaian

Oleh kerana perjalanan kami di buat pada pertengahan January tahun 2014 ini musim di Turkey sedang mengalami peralihan cuaca daripada musim sejuk ke musim bunga. Suhu yang di jangka pada waktu itu dari 8 Celsius – 14 Celsius. Oleh itu kami dikehendaki menyediakan baju sejuk (Tapi saya dah terbeli baju salji sebab terlalu exited nk main salji ni tp nk buat mcam mna bukan rezeki kamikan). So kami perlukan jaket untuk dipakai sepanjang perjalanan kami disana.


Duit
Mata wang Turkey sekarang mengikut tarikh hari ini ialah 1 TYR = RM 1.49. Oleh kerana kami susah sangat nak dapatkan duit Turkey ini kami telah menagambil keputusan untuk menukar duit kami kepada US Dollar dan Euro dimana kadar pertukaran 1USD= RM 3.30 dan 1 EUR= RM 4.48. So kami bercadang akan membuat pertukaran duit di Turkey. Tapi anda tidak digalakkan untuk menukar duit anda di mana-mana lapangan kapal terbang kerana harga yang mereka jual adalah cukup tinggi.

Flight
Oleh kerana pakej kami ini telah di uruskan oleh travel agent yang cukup berpengalaman (Popular Express Travel) kami telah disediakan dengan penempahan kapal terbang. Untuk perjalanan kami daripada Kota Kinabalu kami akan menaiki Penerbangan MAS pada jam 17.45 dan dijangka tiba di KLIA pada jam 20.20. Namun ada berita yang positif dan negetif mengenai perjalanan nanti. Tapi saya ceritakan benda yang positif dulu ar ye. Yang Positif and buat saya teruja adalah saya akan mengunakan penerbangan Emirates Airline (Syarikat Penerbangan Pertama Dunia Tu) sebab dah lama teringin nak naik Flight ni tapi baru sekarang diberi peluang untuk perjalanan kami ke Turkey. Namun berita yang negative yang terpaksa kami terima dan lalui kami akan melakukan transit ke Dubai dimana Flight kami akan memulakan perjalanan pada 0110 daripada KLIA dan dijangka sampai di Dubai pada 0420 (Lebih kurang 7 jam dalam penerbangan). Manakala penerbangan ke Istanbul akan bermula pada jam 10.55 waktu Dubai dan dijangka sampai ke Istanbul pada Jam 1350. Kami juga telah bertanya kepada agent untuk perjalanan ke Turkey tak boleh ker menggunakan penerbangan MAS, Jawapan yang diberi Penerbangan MAS pada tarikh 18hb telah penuh so nampaknya kepenatan ar kami menunggu nanti.. Tapi nak buat mcam mana ikut je ar.. Dah nasib..

Peta dan guidebook
Sila dapatkan peta semasa di sana. Apa yang kami di beritahu oleh agent travel orang sana banyak yg tak boleh cakap omputeh, so susah nak tanya direction. Nasib baik semua perjalanan kami telah di uruskan oleh agent so kami ikut je di samping kami akan bertemu dengan alumni UMS yang merupakan pelajar daripada Istanbul boleh memudahkan kami untuk berjalan disana nanti tanpa kawalan. .(Upgrte dari blog http://cutifamili.blogspot.com/2013/06/diy-istanbul-aku-datang-part-1.html)  Hehhehehhe

Telefon
Bagi yang bercadang nak call Mesia selalu (kami buat video call ngan family 1-2 kali sehari), jangan susah hati sebab ade alternatif yang murah. Gunakan fungsi henfon android atau iphone korang sepenuhnya. Download lah free call/videocall apps macam 'Tango', WeChat, Whatapps, Line dll. Bila nak kol famili, cari je tempat ade internet/wifi, dan buatlah panggilan. Pastikan yang kat Malaysia pon ade installed 'Tango' ni dan ade internet connection.(Upgrte dari blog http://cutifamili.blogspot.com/2013/06/diy-istanbul-aku-datang-part-1.html)  Hehhehehhe.

Oklah rasa cukup panjang lebar zief terangkan. Nanti zief akan update perkembangan tentang lawatan zief nanti.. Jumpa lagi.. Bye semua.. Asslamualaikum..


Berakhir Perjuangan Mata Pena Berwarna

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Sepanjang awal bulan ni di UMS rata-rata sahabat kita di kampus tekun dan berempas pulas untuk memikul tanggungjawab yang amat besar dalam berjuang untuk berdepan dengan Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2013/2014. Penat, pening kepala jangan cakap lagi penuh dengan bermacam-macam ragam yang dapat dilihat Cuma xde ar sampai nak study di atas bumbung rumah hehhehhehe…

Macam zief untuk semester ini simple and banyak diberikan luang dan waktu untuk belajar. Itu pun kalau digunakan masa dengan bijak ar.. Adatlah mahasiswa kat Malaysia ni kan suka sangat study last minit itu yang nampak sangat bermacam2 ragam dan perangai pelik yang muncul saat2 akhir untuk exam.. Sampai ada juga kawan zief cakap “ Kalau tak tido, kalau x pening bukan final exam ar macam tu” Ayat ini memnag elik tapi mcm betul juga ark an.. hahahhahahha

Semester lima ni zief kana ambil tujuh subjek dalam program hubungan antarabangsa, antara subjek yang berlajar semester ini seperti Politik Amerika Latin, Politik Antarabangsa Asia Barat, Politik Antrabangsa Alam Sekitar, Sejarah Diplomasi, Keselamatan Antarabangsa, ASEAN dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa. Semua subjek ni agak payah gak ar.. Tapi boleh ar untuk difahami sikit. Kalau nak lebih sikit kita kenalah rajin cari bahan bacaan luar dari kuliah seperti jurnal, dan mana2 artikel yang releven untuk dibaca sekadar untuk tambahkan pengetahuan.

Berbalik  pada cerita tadi berkenaan exam(Jauh dah pengenalan ni). Hehehhehe.. Dah nama penulisan maya ni berkenaan exam so cite pasal exam ar… Untuk exam kali ni zief start pada permulaan peperiksaan dan di awal pagi jugalah… Di ikuti dengan rehat sepanjang satu minggu (Bahagia). Tpi minggu ke dua peperiksaan zieg kana tempoh tiga paper dan Minggu ke empat pun tiga paper gak. Naik angina gak ar ngn minggu akhir ni sebab semua mood nk balik kg. Macam mana nk study semua kawan2 kolej ni dah balik tinggal zief sorang2 dalam bilik so nak tak nak terpaksa ar exam mcam anggan dan sedar hahahhahahahha…..

Now berakhir je exam kali ni, berakhirlah dan tamatlah pengajian zief untuk semester lima. Apa yang zief buat sekarang tawakal dan berdoa agar diberikan keputusan yang cemerlang. Zief dah usaha semampunya cuma nk luahkan sem ni subjek yang di ambil semuanya hard core ar… Pening and pitam buat kita akan fikir dua tiga kali untuk memahami…


Sampai sini je cerita zief hari ni k.. semoga kita semua jumpa lagi untuk cerita yang seterusnya.. Bye..Wassalasam.. Asslamualaikum… 
Malaysia Cheap Web Hosting