Tuesday, 20 October 2009

10 Tanda-Tanda Kiamat Menurut Agama Islam

Kiamat adalah hal yang tidak bisa diramalkan oleh semua mahluk ciptaan Allah, namun Allah telah menerangkan akan adanya 10 tanda sebelum hari akhir atau hari kiamat tiba.


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
H.R Muslimi

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, yaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur
8. Gempa bumi di Barat
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. (Apa ini bahaya Nuklir?)


Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Friday, 25 September 2009

Leteran Syawal

Awal bismillah a'na titipkan pada semua warga pembaca.. agar terukir senyuman bila bicara yang tercoret dipersada maya ini...
Sebelum melangkah ke gerbang ilmu dalam bicara ingin sekali a'na titipkan salam aldil fitri kepada seluruh umat Islam yang ada di malaysia mahupun di luar negara(kawan2 yang berada dirantauan)..
Hari Raya merupakan hari kemenangan kepeda semua warga pelaku yang menjalani ibadah puasa pada tahun ini. a'na ingin titipkan bicara mengenai kehadiran syawal buat a'na sekeluarga.. tahun ini seperti biasa kemaafan yang kami pohon dengan sanak saudara yang dekat dihati..
a'na sedih tahun ini tak dapat balik beraya di kg. kerana nenek ana sudah lama meningal dunia (angkara fitnah).bg diri ini. a'na berasa syukur dengan kehadiran syawal di samping menangisi pemergian bulan ramadan yang akan a'na rindui.

Salah satu perkara yang akn a'na niatkan adalah untuk membuat beberapa puasa sunat(PUASA ENAM)di samping untuk mendapat keredhaan Allah disamping merayakan hari kemenangan seisi umat Islam.

Kerana puasa enam merupakan satu ibadah yang boleh membawa kita kepada keredhaan Allah s.w.t. Ini terbukti berdasarkan hadis dibawah:

Dari Abu Ayub Al-Nasari r.a.,Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa yang berpuasa pada bulan ramadan,Kemudian dia mengiringi dengan puasa enam hari pada bulan syawal.Adalah puasa dia iaitu adalah seperti dia ber puasa setiap masa.(Hadis Riwayat Muslim)

A'na harap kita akan dapat memcari 1001 keredhaan disampaing merayakan kemenang besar kita pada bulan syawal ini.
Akhir kalam.. Selamat Menyambut kedatangan bulan syawal yang mulia.....
Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Maaf Zahir Dan Batin
Dari Ana Sekeluarga

Thursday, 13 August 2009

Assalamualaikum....
Pada semua pembaca yang dihormati,
Adakalanya kita memiliki 1001 kesedihan yang tidak dapt kita kongsikan.Tp keyakinan kita terhadap qada dan Qadar Allah membuatkan kita sedar tentang hikmah disebalik ujian ini. Mungkin an'tum semua terfikir mengapa a'na membuat statement sedemikian.. pernahkah an'tum semua tahu yang a'na akan menangis tatkala melayarkan bahtera di medan coretan maya ini.. kerana bagi a'na semuanya adalah ketentuan tapi a'na tidak tahu sampai bila....

Sehinggalah a'na tidak kuat untuk membenarkan hati ini merintih, dikala mentari masih lagi memberi cahaya. Tetapi cahaya itu belum tentu memberi kita petunjuk arah hidup yang nyata, hanya di bekalkan mentari adalah bayangan mimpi kisah silam yang membuat a'na kembali berteriak...

Pada Insan yang mengerti,
A'na tidak meminta coretan ini dihayati kerana coretan ini akan membuatkan pemikran an'tum akan terbang dibalik keretakkan kaca dunia.. A'na tidak ingin meminta simpati pada sesiapa, hanya yang a'na harap adalah keikhlasan didalam membaca coretan ini..
Ingin sekali a'na titipkan 1001 kisah duka a'na tapi a'na tak menjadikan teratak a'na ini sebagai teratak tangisan hati... Tapi yang a'na hendak pembaca tahu jalan cerita hidup yang penuh onar dan duri..

Pada Mentari dan bulan yang sedah memerhati...
A'na terpaksa pergi buat seketika waktu, kerana a'na dapat rasakan yang hati ini kian sepi dibalik zarah - zarah sepi...
Akhir kalam, salam perindu dari a'na..
Wassalam....

Tuesday, 16 June 2009

INI kata HATI!!!!!!!!!

jgn menduga aku andai diri ko xtahan utk di duga..
jgn menuipu aku andai diri ko xtahan ditipu..
jgn menduakan aku andai diri ko juga x mahu diduakan aku..
jgn cuba2 nk mengongkong andai kau juga x suka di kongnong..
jgn memaksa sesuka hati kiranya kau jgk x mahu di paksa..
tapi.. dugalah, duakanlah, tipulah,kongkonglah dan paksalah aku kerana itu satu cara utk aku tinggalkn kau..
aku x pernah jahil pd sesiapa..
jadi.. tlg jgn sampai aku jd manusia yg terlalu jahil..
jgn kacau hidup aku bilamana aku x pernah kacau hidup kau..
pergilah kau..pergi jauh jauh..
aku benci lihat penipuan dan pendusta!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..

Menyesal memilih ko dulu
Hanya kerna kata-kata
Menyesal tak henti melandaku
Tiada keikhlasan
Kau bangga kerna kau ada segala
Sayangnya jiwa ko kosong tak bermakna
Menyesal pada diri ini
Kugadaikan harga diri
Menyesalnya tiada terperi
Untuk kekuatan hati
Aku kalah dalam pertahankan
Semangat diriku hilang
Hanya kerna kasihkanmu
Titian dalam mencari haluan
Tersisih dari kenyataan
Semuanya adalah kerna dirimu
Ku berperasaan cinta jadi dendam
Hanya kerna diriku dipermainkan
Merentas serpihan kaca berbisa
Namun luka tak berdarah
Hanya ada airmata
Tak bisa dibendung lagi
Begitulah aku
Kini rasa menyesal
**lirik lagu kump Qiara:Menyesal

Tuesday, 2 June 2009

Orientasi Fakulti (OF)

Bermulalah satu pengembaraan baru dalam arena pendidikan di campus di Selangor International Islamic University College SIIUC... Cabaran yang dilontarkan bakal mahasiswa mahupun mahasiswi cukup menarik minat a'na selaku perunding cara didalam program tersebut....

Beserta matlamat yang dipikul, bersama ombak tsunami kegagalan silam membuatkan mereka terjaga dari dibuai mimpi....Bermacam acara yang dilakar bagi mengukir senyuman mungkin mengukir ingatan di masa mendatang...

Friday, 15 May 2009

BisikAn APa InI??????

Asslamualaikum w.m.h t

Hari ini aku tak tahu nk tulis apa dalam blog ini.. Perasaan aku amat bercampur-campur anatara gembira, kecewa, rindu, sayang dll... Mungkin aku memang tak layak berdepan denagan semua ini.. Aku bukan rama-rama yang sentiasa kelihatan cantik mahupun mawar yang yang berseri dibalik tangkai yang berduri tajam, tapi aku hanya insan yang sering melakukan kesilapan tak tahu membezakan kaca dan permata, manik dan pasir, bukit dan gunung.

Entahlah.......

Aku cuba untuk menjadi yang terbaik dalam setiap penjuru kehidupan...

Jika dilihat pada mata kasar memang aku cukup sepurna pada fizikal yang Allah kurniakan..

Tp aku cukup lemah utk melupakanNya.. aku tak sekuat Tun Teja yang sanggup mengabdikan diri pada Raja Melaka padahal hati dan cintanya hanya utk Pahlawan Melaka...

Aku berjanji......

Walaupun aku makin jauh padanya dek kerana jarak dan masa..Aku tetap akn menunggu dia sehingga mataku tertutup.. Aku tak tahu nk kata apa lagi.. harap yang membaca luahan hatiku ini..mengerti cinta dan sayangku hanya utk dia....

Ya Allah.....

Aku tidak sekuat pesuruhMu.. Yang sanggup menerima dugaan dengan penuh kesabaran.... aku juga bukan sapa2 tapi aku hanya manusia biasa.. biasa yang tak tahu selemah mana.....

Aku harap dia dapat memberikan padaku 1001 jawapan yang aku harapkan agar aku tenang meniti hidup yang akan datang .Mungkin hati aku lebih rapuh dari dari debu yang sentiasa terbang bila ditiup...

Akhir kalam, Biarlah diri ini menunggu tanpa jawapan cinta dan sayang bersulamkan rindu... asalkan aku sentisa melihat senyumnya...

Sunday, 12 April 2009

Hari LaHir Arul My Classmte

Bermula satu rancangan yang amat baik dari seoarang kawan ni yang di beri nama Farhan & Shah.. Untuk mengenakan arul sekeras2 kerasnya sempena hari lahirnya..
Yang bestnya kami telah di bekalkan tepong gandum n telor....
Disini a'na ada serta kan semua gambar,apa yang berlaku pada hari berkenaan...

Malaysia Cheap Web Hosting