Alhamdulillah syukur yang teramat bulan ni zief telah di beri peluang melancong (Lawatan Sambil Belajar) ke Istambul dan Dubai. Bersyukur plus gembira ar gak sebab diberi peluang macam ni. Siapa yang tak mahukan pergi berjalan menimba pengalaman pergi negara orang lain. Lagi pula pergi negara yang jauh berbeza dengan negara kita dari segi bahasa, budaya dan etnik bertambah seronok tempat tersebut merupakan tempat terletaknya 101 sejarah empayar agung Islam iaitu Empayar Uthmaniyah.
Bebeberapa perkara asas yang perlu disediakan sebelum memulakan perjalan ni. Saya dan sahabat telah melakukan beberapa perancangan agar segar perjalanan yang di atur dapat berjalan dengan lancar. Antara perkara yang telah kami lakukan adalah:
Persediaan Passport
Oleh kerana perjalan kami ini tidak memerlukan visa melalui kedutaan Turkey di Malaysia. Kami telah membuat pass perjalanan antarabangsa yang bernilai RM100.00 untuk tempoh sah pengunaan selama dua tahun. Pass ini boleh ar di buat di mana-mana pejabat Imgresen di seluruh negara.
Pakaian
Duit
Mata wang Turkey sekarang mengikut tarikh hari ini ialah 1 TYR = RM 1.49. Oleh kerana kami susah sangat nak dapatkan duit Turkey ini kami telah menagambil keputusan untuk menukar duit kami kepada US Dollar dan Euro dimana kadar pertukaran 1USD= RM 3.30 dan 1 EUR= RM 4.48. So kami bercadang akan membuat pertukaran duit di Turkey. Tapi anda tidak digalakkan untuk menukar duit anda di mana-mana lapangan kapal terbang kerana harga yang mereka jual adalah cukup tinggi.
Flight
Oleh kerana pakej kami ini telah di uruskan oleh travel agent yang cukup berpengalaman (Popular Express Travel) kami telah disediakan dengan penempahan kapal terbang. Untuk perjalanan kami daripada Kota Kinabalu kami akan menaiki Penerbangan MAS pada jam 17.45 dan dijangka tiba di KLIA pada jam 20.20. Namun ada berita yang positif dan negetif mengenai perjalanan nanti. Tapi saya ceritakan benda yang positif dulu ar ye. Yang Positif and buat saya teruja adalah saya akan mengunakan penerbangan Emirates Airline (Syarikat Penerbangan Pertama Dunia Tu) sebab dah lama teringin nak naik Flight ni tapi baru sekarang diberi peluang untuk perjalanan kami ke Turkey. Namun berita yang negative yang terpaksa kami terima dan lalui kami akan melakukan transit ke Dubai dimana Flight kami akan memulakan perjalanan pada 0110 daripada KLIA dan dijangka sampai di Dubai pada 0420 (Lebih kurang 7 jam dalam penerbangan). Manakala penerbangan ke Istanbul akan bermula pada jam 10.55 waktu Dubai dan dijangka sampai ke Istanbul pada Jam 1350. Kami juga telah bertanya kepada agent untuk perjalanan ke Turkey tak boleh ker menggunakan penerbangan MAS, Jawapan yang diberi Penerbangan MAS pada tarikh 18hb telah penuh so nampaknya kepenatan ar kami menunggu nanti.. Tapi nak buat mcam mana ikut je ar.. Dah nasib..
Peta dan guidebook
Sila dapatkan peta semasa di sana. Apa yang kami di beritahu oleh agent travel orang sana banyak yg tak boleh cakap omputeh, so susah nak tanya direction. Nasib baik semua perjalanan kami telah di uruskan oleh agent so kami ikut je di samping kami akan bertemu dengan alumni UMS yang merupakan pelajar daripada Istanbul boleh memudahkan kami untuk berjalan disana nanti tanpa kawalan. .(Upgrte dari blog http://cutifamili.blogspot.com/2013/06/diy-istanbul-aku-datang-part-1.html) Hehhehehhe
Telefon
Bagi yang bercadang nak call Mesia selalu (kami buat video call ngan family 1-2 kali sehari), jangan susah hati sebab ade alternatif yang murah. Gunakan fungsi henfon android atau iphone korang sepenuhnya. Download lah free call/videocall apps macam 'Tango', WeChat, Whatapps, Line dll. Bila nak kol famili, cari je tempat ade internet/wifi, dan buatlah panggilan. Pastikan yang kat Malaysia pon ade installed 'Tango' ni dan ade internet connection.(Upgrte dari blog http://cutifamili.blogspot.com/2013/06/diy-istanbul-aku-datang-part-1.html) Hehhehehhe.
Oklah rasa cukup panjang lebar zief terangkan. Nanti zief akan update perkembangan tentang lawatan zief nanti.. Jumpa lagi.. Bye semua.. Asslamualaikum..
1 comments:
Bole saya tahu brape bajet saudra utk ke sana... Dr segi pnginapan dan pakej yg disediakan... Bole hubungi sy di whatsapp 013-2525380
Post a Comment