Assalamualikum dan Salam 1Malaysia.
Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk bermegah-megah dengan apa yang ada, bukan untuk menyokong pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Tetapi artikel ini ditulis untuk mengemukakan pandangan peribadi saya sendiri yang juga Exco 1Malaysia, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah Sesi 2012/2013.
Sejak akhir-akhir ini saya melihat terdapat pihak tertentu yang sering bersuara kononnya mahu menjaga kebajikan dan mengembalikan hak orang asli. Walhal sebenarnya kerajaan yang sedia ada ini telah memberi layanan yang cukup baik dengan masyarakat Orang Asli. Membaiki taraf hidup masyarakat orang asli, memberi pendidikan kepada orang asli sehingga keperingkat universiti.
Peranan Jabatan Kemajuan Orang Asli atau lebih dikenali sebagai JAKOA sememangnya baik dan selari dengan objektif penubuhannya selama ini iaitu untuk menjaga hak dan kebajikan Orang Asli. Hal ini kerana, saya melihat banyak program yang telah dilaksanakan oleh JAKOA telah memberikan manfaat kepada Masyarakat ini, seperti program motivasi untuk persediaan pelajar orang asli dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti, Penempatan Orang Asli, Pengukuhan Ekonomi Orang Asli dan sebagainya.
Saya tidak berbohong dengan fakta yang ada malah untuk apa saya ingin berbuat demikian? Sedangkan ini adalah masa depan kaum saya. Bahkan saya sendiri adalah Mahasiswa Orang Asli dari "Keturunan Kuala". Sejak di bangku persekolahan lagi, saya telah dibantu oleh kerajaan Malaysia melalui JAKOA untuk bersaing dengan masyarakat lain dari sekolah rendah hinggalah ke universiti sekarang ini. Tetapi saya melihat masyarakat Orang Asli kini sudah mula sedar akan tanggungjawab mereka kepada negara dan masyarakat mereka serta mereka sudah mampu bersaing dengan masyarakat luar. Bahkan ada dikalangan pelajar orang asli mendapat keputusan yang cemerlang di semua peringkat pendidikan negara dan luar negara.Walaupun ada segelintir masyarakat Orang Asli kian terpedaya dengan janji-janji manis sesuatu pihak yang sering mahu gunakan Masyarakat Orang Asli demi kepentingan Politik dan untuk mendapatkan pangkat semata-mata.
Saya rasa sudah tiba masyarakat orang Asli berubah kearah yang lebih baik untuk menempuhi cabaran yang semakin jauh dalam memperlihatkan serta menonjolkan peranan orang asli dalam pembentukan negara. Saya akan cuba membantu masyarakat saya ini dengan apa cara sekalipun agar mereka tidak mudah di tindas dan dipergunakan oleh sesetengah pihak.
Buat semua sahabat dan kaumku yang tercinta. Sudah tiba masanya untuk kita berubah selari dengan tranformasikan permikiran kita, ekonomi kita demi masa depan bangsa kita seperti mana yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita dalam proses Mentranformasikan Negara. Jangan terlalu terikut-ikut serta terpengaruh dengan janji manis sesetengah pihak yang mahukan kuasa. Tujuan mereka ingin menunjukan mereka prihatin terhadap kita sebelum mereka mendapatkan kuasa. Apa yang kita takut selepas mereka berkuasa mereka akan meninggalkan dan mengabaikan kita bagai sampah yang tidak mempunyai apa-apa. Sekian sahaja dari saya. Asslamualaikum. Wassalam