Featured Posts Coolbthemes

Wednesday, 21 January 2015

Big State, Middle State and Small State Dari Persepektif Keselamatan Dalam Hubungan Antarabangsa

Dari segi definisi negara ialah sebuah badan yang mempunyai organisasi yang tersusun seperti mempunyai sistem politik, rakyat yang mempunyai latar belakang sejarah yang sama, tradisi dan bahasa yang meletakkan kesemua penduduk di sesuatu kawasan tersebut dalam satu bentuk kerajaan.[1] Selain itu, konsep negara menurut perspektif undang-undang antarabangsa ialah mempunyai empat ciri atau sifat yang membentuk sesebuah entiti atau kawasan tersebut untuk diiktiraf sebagai sebuah negara di mana ia akan mendapat pengiktirafan daripada organisasi antarabangsa dan juga negara lain, iaitu mempunyai penduduk yang tetap, memiliki garisan sempadan, sistem pemerintahan dan akhir sekali ialah mendapat pengiktirafan daripada negara-negara yang merdeka.[2] Oleh itu, setiap negara yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa akan mempunyai status yang berbeza-beza mengikut perspektif hubungan antarabangsa iaitu berdasarkan saiz sesebuah negara, ekonomi, ataupun dasar sesebuah negara tersebut. Walaupun setiap negara mempunyai status yang berbeza ia tetap memainkan peranan yang tersendiri berdasarkan kapasiti sesebuah negara tersebut. Namun begitu, peranan setiap negara amat berbeza disebabkan sifat-sifat yang dimiliki oleh sesebuah negara berdasarkan status negara di peringkat antarabangsa dan status tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu negara kecil, sederhana dan besar. Kebiasaannya status ini melambangkan kuasa yang dimiliki negara tersebut. Kesemua negara yang wujud di dunia ini mempunyai sifat yang sama tetapi telah dibezakan mengikut kapasiti tertentu dimana ia menjadi salah satu faktor yang menentukan status sesebuah negara tersebut. Sifat yang pertama ialah saiz populasi sesebuah negara iaitu jumlah penduduk yang terdapat dalam negara tersebut. Kedua ialah keluasan sesebuah negara tersebut dimana ia turut menjadi penyumbang kepada status sesebuah negara dan akhir sekali ialah ekonomi dimana ia akan menentukan kekuatan sebenar sesebuah negara termasuklah menjadi tunjang kepada sesebuah negara dalam membentuk sesuatu dasar terutamanya dari aspek pertahanan dan ketenteraan.[3] Dengan menilai tiga sifat ini akan dapat memberi perbezaan status setiap negara.

Negara Kecil (Small Power)
Umumnya, negara kecil amat kurang sekali menjadi topik perbincangan hangat dalam arena antarabangsa akibat peranan negara-negara besar yang mewarnai medan poltik antarabangsa dan sering kali terlibat dalam segala isu termasuklah persaingan kuasa-kuasa negara besar. Namun begitu, negara kecil tidak harus dipandang ringan kerana ianya mampu memberi kesan ke atas arena antarabangsa malah menurut Hedley Bull “whether, however viable the small state might be in international politics, it really presents a viable subject of study.”[4]  Ia bererti, sekecil mana pun sesebuah negara itu, ia tetap menjadi subjek dalam sesuatu kajian di peringkat sistem hubungan antarabangsa (level of analysis). Kini, peranan negara kecil turut memberi kesan ke atas sistem antarabangsa malah turut menarik perhatian dunia. Sebelum berlakunya dua siri perang dunia, peranan negara kecil amat kurang sekali malah jumlahnya juga sedikit sahaja kerana pada ketika itu terdapat banyak negara besar serta pemerintahan empayar. Namun begitu, kewujudan negara kecil ini mula bertambah selepas tamatnya siri peperangan besar, era dekolonisasi dan terutama sekali selepas tamatnya era perang dingin.[5] Dengan kewujudan negara-negara kecil telah mengubah arena politik antarabangsa dengan dasar-dasar yang berbeza dengan negara yang lebih besar. Negara kecil lebih banyak memainkan peranan dengan menjalinkan hubungan baik dengan negara besar demi memastikan kestabilan dan juga keselamatan dari negara-negara lain. Contoh negara-negara kecil yang menjalinkan hubungan baik dengan negara besar ialah Singapura-Amerika Syarikat, ataupun Cuba-USSR(Rusia). Kebanyakan negara-negara kecil ini cuba untuk mengimbangi kuasa dan ancaman daripada musuh dengan menggunakan bantuan daripada negara besar yang secara tidak langsung menarik perhatian negara besar untuk meluaskan pengaruhnya.

Sifat Negara Kecil
Berdasarkan sifat-sifat yang telah dinyatakan sebelum ini akan menjadi faktor kepada analisis status negara kecil. Pertama, negara kecil kebiasaannya mempunyai jumlah penduduk yang lebih kecil dan berkemungkinan besar melebihi daripada kepadatan berdasarkan saiz negara kecil tersebut. Contohnya, Bosnia Herzegovina sebuah negara yang baru sahaja merdeka pada 1 Mac 1992 setelah mengalami siri pembunuhan besar-besaran oleh etnik Serbs dan negara tersebut pada tahun 2014 mempunyai sekadar 3 834 944[6] orang sahaja dan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa populasi negara ini terlampau kecil malah jika di pandang dari sudut pertahanan jumlah penduduk sebegitu belum mampu untuk membentuk ketenteraan yang lebih besar iaitu sekadar mempunyai lebih kurang 50 000 orang sahaja.[7] Manakala keluasan Bosnia Herzegovina pula ialah 51,129 km persegi.[8] Berdasarkan saiz Bosnia Herzegovina sudah pasti menjadi ancaman kerana bentuk muka buminya yang tidak besar serta dikelilingi oleh negara-negara lain termasuklah Serbia dan Montenegro yang dianggap sebagai ancaman besar kepada negara tersebut jika dipandang aspek sejarah pembunuhan besar-besaran di negara tersebut. Sifat yang terakhir ialah ekonomi, di mana ia menentukan bagaimana kekuatan sebenar negara tersebut iaitu sebanyak 17.85 bilion USD pada tahun 2013, ekonomi Bosnia Herzegovina menunjukkan peningkatan daripada sebelumnya malah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 18.2% (2007) kepada 17.9% (2011).[9] Namun begitu ia masih belum kukuh lagi dalam membantu pembangunan dalam negara tersebut termasuklah aset-aset pertahanan yang kebanyakan sudah lama digunakan seperti kereta kebal T-34, dan T-54/55, kenderaan berperisai seperti BTR-70, dan banyak lagi aset pertahanan yang lama sebelum kemerdekaan Bosnia Herzegovina lagi.[10]

Peranan Negara Kecil di Arena Antarabangsa
Dengan mengambil contoh seperti Bosnia Herzegovina, negara ini amat aktif sekali menjalinkan pakatan ketenteraan dengan negara besar seperti Amerika Syarikat dan juga menjalinkan hubungan bersama NATO (North Atlantic Treaty Organization) dan tidak banyak melibatkan diri dalam konflik peringkat antarabangsa yang berbeza dengan negara-negara besar yang kerap kali melaksanakan dasar campur tangan ke atas negara-negara lain.

Negara Pertengahan (Middle Power)
Negara pertengahan ini berbeza sekali dengan peranan negara-negara besar tetapi terdapat sesebuah negara pertengahan ini mempunyai kemampuan yang sama seperti negara besar iaitu ekonomi yang kukuh, saiz negara yang besar tetapi jumlah populasi agak kecil untuk saiz negara yang besar. Malah ada juga negara yang mempunyai saiz dan populasi yang kecil tetapi mempunyai  kedudukan ekonomi yang amat stabil kerana faktor ekonomi adalah tunjang utama dalam mengukuhkan status sesebuah negara. Kebiasaannya faktor yang membawa sesebuah negara ini mendapat status negara pertengahan adalah disebabkan dua daripada tiga sifat yang telah dinyatakan sebelum ini serta peranan negara pertengahan ini di arena politik antarabangsa yang kemudiannya membawa negara pertengahan ini lebih dikenali sebagai “good international citizens” yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar diplomasi dengan negara lain dan kurang untuk masuk campur dalam urusan negara lain tanpa usaha diplomasi terlebih dahulu dan juga lebih gemar untuk terlibat dalam International Organization seperti International Monetary Fund, dan World Trade Organization ataupun aktif dalam Intergovernmental Organization seperti persidangan G20.[11]

Ciri-Ciri Negara Pertengahan
Negara Pertengahan biasanya mempunyai dua kelebihan dalam tiga sifat iaitu populasi, saiz negara dan ekonomi yang menyebabkan negara ini tidak menyerlah berbanding negara besar. Sifat Negara Pertengahan ini boleh dilihat melalui Kanada yang mempunyai saiz negara yang besar iaitu berada di tangga ke dua dunia selepas Rusia dengan saiz 9984670 km persegi[12] dan secara tidak langsung memberi kelebihan bentuk muka bumi yang luas dan lebih selamat daripada sebarang ancaman. Malah Kanada juga mempunyai struktur ekonomi yang kukuh dan secara tidak langsung dapat menjamin kestabilan negara serta kadar pendapatan rakyat Kanada. Pendapatan Kanada pada tahun 2013 ialah 1.827 trilion[13] dan secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada Kanada untuk menguatkan lagi sistem pertahanannya iaitu membelanjakan sebanyak 18 000 000 USD demi pembangunan aset-aset pertahanan dan berada di kedudukan ke 15 di dunia antara negara yang paling banyak memperuntukkan bajet pertahanan[14] tetapi Kanada tidak mempunyai populasi yang besar untuk menjadikannya sebuah negara yang lebih kuat kerana penduduk Kanada hanyalah sebanyak 35,540,419[15] orang dimana menyukarkan Kanada untuk memiliki tentera yang lebih besar.

Peranan Negara Pertengahan
Jika dilihat peranan Negara Pertengahan seperti Kanada, ia turut menjalinkan hubungan dengan besar tetapi lebih bersifat sebagai sokongan sahaja seperti mengikut dasar perang ke atas Afghanistan dengan menghantar lebih kurang 40 000 tentera telah terlibat bermula daripada tahun 2001 sehingga 2014.[16] Namun begitu, Kanada lebih berminat melakukan persidangan dalam usaha untuk menjaga keamanan di peringkat antarabangsa seperti menjalin hubungan keselamatan dan keamanan di PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).[17] Selain itu, Kanada sebenarnya lebih aktif dalam melibatkan diri dengan misi keamanan dan juga menjalin hubungan bersama NATO tetapi dasar pertahanan Kanada mula dilihat semakin pasif selepas tahun 2006.[18]

Negara Besar (Large States/Super Power)
Negara besar atau lebih dikenali sebagai “Super Power” ialah negara besar yang mempunyai pengaruh besar malah turut dianggap sebagai sebuah negara yang mempunyai kuasa hegemoni yang mampu untuk memberikan kesan ke atas pembentukan sistem antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet semasa era perang dingin (Cold War) yang menyaksikan persaingan kuasa antara kedua buah negara tersebut. Namun begitu, Kedua buah negara ini diangkat status sebagai negara besar adalah kerana kelebihan pada ketiga-tiga sifat yang dimiliki oleh negara besar tersebut yang menjadi faktor dominan di peringkat antarabangsa. Menurut Alice Lyman Miller, “Super Power is a country that has the capacity to project dominating power and influence anywhere in the world, and sometimes, in more than one region of the globe at a time, and so may plausibly attain the status of global hegemony”.[19]  Negara berkuasa besar ini mampu untuk membuatkan negara-negara lain terutamanya negara kecil untuk tunduk dan mengikuti kehendak negara-negara besar. Kini terdapat sebuah negara yang telah dianggap sebagai kuasa besar dan sering mendapat pengiktirafan sebagai negara besar yang mampu untuk menyaingi kuasa besar yang lain seperti Amerika Syarikat dan Rusia iaitu Democratic People of China (DPRC).

Ciri-Ciri Negara Besar
China telah mula mendapat gelaran sebagai kuasa besar selepas berjaya mengukuhkan ekonominya di peringkat antarabangsa malah turut menyaingi kedudukan ekonomi Amerika Syarikat. Ekonomi China telah meningkat terutamanya pada tahun 2003 apabila mencatatkan GDP sebanyak USD 1.159 trillion serta berada di kedudukan keenam dalam ranking dunia malah turut mengalahkan status Kanada dan Itali sebagai negara pengeksport dunia.[20] Pada tahun 2013, GDP China telah meningkat kepada USD 9.240 trillion[21] dalam 12 tahun sahaja China berjaya menjadi kuasa ekonomi besar dunia pada 2014 dengan mengalahkan Amerika Syarikat.[22] Dengan kuasa ekonomi besar ini, China mampu untuk meluaskan pengaruh di peringkat antarabangsa serta berkemampuan untuk membelanjakan sejumlah besar dana untuk membangun ketenteraan dan pertahannya serta melancarkan lagi pergerakan ekonomi China dimana negara ini telah berjaya menghasilkan ramai jutawan setiap tahun. Populasi China yang besar juga turut menjadi faktor kepada kuasa besar apabila mempunyai rakyat seramai 1.3 billion orang[23] dan secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada China untuk mempunyai lebih ramai tentera (749,610,775) dan seramai 2 juta tentera simpanan untuk mengukuhkan pertahanan serta membelanjakan sebanyak 126,000,000,000 untuk mengembangkan sistem pertahanannya.[24] Manakala keluasan yang besar juga memberikan kelebihan kepada China daripada risiko ancaman musuh apabila mempunyai bentuk muka bumi yang besar dan China juga merupakan negara keempat terbesar di dunia dengan keluasan 9596961 KM persegi. Secara tidak langsung, negara yang mempunyai saiz yang besar serta jumlah rakyat yang lebih ramai mampu untuk menjamin keselamatan China sekiranya diserang malah dua sifat inilah yang membuatkan China lebih berjaya untuk membangun serta mencapai status ekonomi yang paling maju.

Peranan Negara Besar
Peranan China tidaklah agresif seperti Amerika Syarikat yang sering melakukan dasar pencerobohan ke atas negara lain tetapi China juga antara negara yang sering mendapat sambutan hangat dalam menjalinkan hubungan keselamatan disebabkan kekuatan China yang mampu mengimbangi kekuatan Amerika Syarikat dimana China banyak menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang tidak sependapat dengan Amerika Syarikat tetapi masih menjalinkan hubungan ekonomi yang erat dengan negara besar itu. Salah satu contoh China yang dikatakan cuba untuk mengimbangi kekuatan Amerika Syarikat ialah dasar China menghalang resolusi untuk mengenakan tindakan tegas ke atas Syria yang melakukan pembunuhan terhadap orang awam serta menghalang campur tangan ketenteraan ke atas Syria dengan menggunakan kuasa Veto.[25] Malah China juga semakin aktif menjalinkan hubungan di rantau lain seperti di Amerika Latin dengan memberi pinjaman kewangan dimana secara tidak langsung melebarkan sayap China ke rantau tersebut[26] dan meluaskan pengaruh lebih kuat lagi berbanding Amerika Syarikat.




[3] Crowards Tom, (2002), “Defining the Category of ‘Small’ States”, Journal of International Development, 14, p. 144-145.
[4] Bull, Hedley (1968). Force in Contemporary International Relations. Survival Vol. 10, Issue 9, p. 302.
[5] Ingrebritsen, Christine et al. (2006). Small States in International Relations. Seattle: University of
Washington Press, p. 3.
[10]http://www.armyrecognition.com/bosnia_herzegovina_army_land_ground_forces_uk/bosnia_herzegovina_army_land_ground_armed_defense_forces_military_equipment_armored_vehicle_uk.html
[11] Cooper Andrew & Jongryn Mo, (Mei 2013), Middle Power Leadership and the Evolution of the G20, Global Summitry Journal, m/s 1-3.
[15] Kanada, Economics and Statistics Branch (Newfoundland & Labrador Statistics Agency), Annual Estimates of Population for Canada, Provinces and Territories, from July 1, 1971 to July 1, 2014, 2014.
[17] Kinsman Jeremy, RETHINKING CANADA’S INTERNATIONAL PRIORITIES, (2010), m/s 41.
[26] http://www.statista.com/statistics/297875/china-lending-to-latin-america-by-country/

Sunday, 22 June 2014

Pakistan: Negara Islamik atau Pengeluar Radikal Jihad

Pakistan ialah sebuah Negara Islam yang mengamalkan sistem sekular dan dipengaruhi kuasa pemerintahan tentera.Namun begitu, selepas kejatuhan Perdana Menteri Pakistan iaitu Zulfiqar Ali Bhutto akibat rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera pimpinan Zia ul-Haq pada bulan April 1979. Sejak itu, Pakistan telah dikuasai pemerintahan tentera, Zia ul-Haq telah mengubah membentuk satu isu baru apabila beliau mula memandang konsep peperangan, konflik dan jihad yang kemudiannya memberikan satu dasar luar yang memberikan perubahan kepada pemerintahan Pakistan sehingga kini dan beliau telah menyatakan bahawa jihad bukan lagi satu bentuk pertahanan (mempertahankan diri) tetapi jihad adalah salah satu bentuk peperangan yang menyerang musuh terlebih dahulu[1]dan selepas itu dasar luar Pakistan mula berubah kea rah lebih Islamik. Kemudiannya, beliau telah mula masuk campur ke dalam peperangan Afghanistan – Soviet Union dengan menyokong gerakan kumpulan militan atas dasar jihad dan dengan sokongan daripada Amerika Syarikat dan Arab Saudi, beliau telah memberi ruang kepada rakyat Afghanistan untuk menjadikansempadan Afghanistan – Pakistan sebagai tempat melahirkan kumpulan militan dan juga lokasi operasi untuk latihan kumpulan militan yang direkrut sehinggalah selepas 1990an selepas kebangkitan Taliban di Afghanistan iaitu hasil daripada bantuan Pakistan dan hubungan ini masih lagi berkekalan sehingga berlakunya peristiwa serangan 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat (pelanggaran pesawat World Trade Centre dan Pentagon) dan kesannya mula dirasai oleh Pakistan apabila Amerika Syarikat menyerang Afghanistan[2] dengan dasar luarnya iaitu “War On Terror”.

Akibat dasar Zia ul-Haq yang menginginkan konsep Negara Islam telah menyumbang kepada kebangkitan besar kumpulan radikal Jihad terutamanya di sempadan Pakistan. Kini, terdapat pelbagai jenis kumpulan radikal yang telah wujud di rantau Asia Selatan terutamanya di Pakistan dan Afghanistan sehingga kedua-dua Negara tersebut dikuasai oleh kumpulan-kumpulan radikal yang telah bertapak di situ serta menjadikan Negara-negara ini sebagai pusat operasi. Kumpulan radikal yang lahir dengan begitu banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan adalah selepas perang Afghanistan pada tahun 1979 serta proses Islamisasi Negara seperti yang dinyatakan oleh General Zia ul-haq dan berikut adalah tiga persoalan yang perlu diperhatikan dalam kajian untuk menjelaskan punca kebangkitan kumpulan radikal ini adalah disebabkan Islamisasi Pakistan ataupun berpunca daripada faktor lain yang tidak diambil kira. Tiga persoalan yang dinyatakan ialah; I) Bagaimanakah bentuk amalan Jihad dan proses Islamisasi yang telah dilaksanakan di Pakistan? II) Adakah hanya faktor amalan Jihad di Pakistan semata-mata yang menyumbang kepada kebangkitan radikal Jihad di Pakistan atau wujud faktor lain yang turut sama menjadi pemangkin?III) Menerusi dua yang persoalan yang telah dinyatakan, (I dan II) adakah ianya memadai untuk meletakkan bahawa Pakistan telah menyumbang utama kepada kemunculan militan Islamis? Menerusi tiga persoalan ini akan menjelaskan sama ada Negara yang mengamalkan Islam sebagai penyumbang utama kebangkitan kumpulan radikal ini.

Definisi Negara Islam dan Kepentingannya
Banyak percanggahan pendapat yang berlaku apabila sarjana, ilmuwan dan pakar perundangan Islam apabila cuba untuk mencari definisi sebenar berkenaan dengan Negara Islam kerana ada yang menganggap definisi Negara Islam sekadar pelaksanaan undang-undang Islam tetapi terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa Negara Islam adalah berdasarkan populasi majoriti penduduk yang beragama Islam. Selain itu, terdapat juga pihak yang menyatakan bahawa Negara Islam ialah Negara yang melaksanakan undang-undang Islam dan kuasa politiknya berada dalam tangan orang Islam dan terdapat beberapa orang tokoh yang memberikan pandangan yang berbeza dengan definisi Negara Islam seperti Abu Yusuf yang menyatakan bahawa Negara Islam ialah Negara yang menjalankan undang-undang Islam walaupun dalam negaranya terdapat umat bukan beragama Islam tetapi ianya boleh berubah status apabila undang-undang bukan Islam dijalankan walaupun rakyatnya beragama Islam. Manakala Rafaei melalui bukunya iaitu Fath as-Aziz menyatakan bahawa Negara Islam tidak semestinya berdasarkan umat majoriti Islam tetapi memadai jika kuasa politiknya dipegang oleh orang Islam manakala Syed Qutub dalam bukunya Di Bawah Naungan Quran menyatakan bahawa Negara Islam ialah Negara yang menjalankan undang-undang Islam sama ada penduduknya semua Islam ataupun bukan Islam dimana setiap rakyatanya mendapat perlindungan dari segi perundangan Islam. Namun begitu, terdapat seorang lagi tokoh yang menyatakan definisi Negara Islam ialah kuasa mutlaknya terletak pada tuhan iaitu bagaimana undang-undang itu dibentuk dan telah disampaikan oleh Nabi Muhammad dan ianya bercorak teodemokrasi yang memberi kuasa mutlak kepada tuhan dan autoriti terbatas kepada manusia dalam urusan Negara selaras dengan undang-undang Islam. Sehingga kini masih tidak ada lagi definisi tetap berkenaan dengan Negara Islam kecuali teori ataupun ciri-ciri yang terdapat dalam konsep Negara Islam.[3]

Bagi pandangan barat seperti Max Weber yang mengkaji proses urbanisasi bandar telah membandingkan corak pemerintahan Kristian Eropah dengan dunia Islam dan beliau menyatakan bahawa Islam tidak menekankan konsep berpuak dalam sesebuah masyarakat yang hendak membangunkan sesebuah bandar malah sewaktu era pemerintahan Nabi Muhammad dan beliau turut menyatakan bahawa agama Islam adalah struktur utama yang menguasai kepentingan lebih daripada kepentingan puak dalam pembangunan bandar tetapi beliau menyatakan bahawa era tersebut belum dapat mengatasi keadaan sebelum pra-komunal. Namun begitu, pandangan Max Weber hanya sekadar ke atas corak pengurusan sebuah bandar sahaja iaitu Mekah.[4]

Manakala bagi kepentingan Negara Islam ialah berfungsi sebagai jentera pengaman yang memberikan perlindungan kepada rakyat terutamanya umat Islam daripada segala bentuk ancaman ataupun kekecohan yang berlaku sama ada di peringkat domestik mahupun di peringkat antarabangsa. Malah Negara Islam juga dijadikan sebagai satu wilayah yang dapat mendidik dan mengajar umat Islam tentang agama serta menyediakan suasana kondusif bagi sesiapa yang ingin menterjemahkan kepercyaan dan ajaran-ajaran Islam ke dalam bentuk praktikal dan konkrit.[5] Kepentingan lain yang menyebabkan ramai umat Islam yang menginginkan Negara Islam adalah disebabkan pelaksanaan undang-undang Islam yang dirasakan lebih adil bagi mengatasi jenayah yang berlaku.

Konsep Negara Islam
Menurut Ibn Khaldun terdapat beberapa peringkat dalam membentuk sesebuah Negara tetapi Cuma satu sahaja peringkat yang menekankan konsep Negara Islam iaitu peringkat yang pertama ialah berkaitan dengan tempoh penubuhan sesebuah negara iaitu sesebuah kumpulan atau pergerakan yang hendak menubuhkan sebuah Negara memerlukan ikatan kekeluargaan yang erat serta mengikuti ajaran agama dalam kehidupan seharian dan ianya penting dalam menjaga kewujudan sesebuah Negara serta pemerintah juga penting dalam memainkan peranan dalam menjaga elemen pertama tadi kerana peranan seorang pemimpin lebih daripada seorang raja dan beliau perlu mematuhi ajaran agama supaya dapat diikuti oleh para pengikutnya.[6]Negara yang Islamik hendaklah mengikuti ajaran agama supaya selari dengan kehendak Islam tetapi berbeza pula dengan Pakistan yang hanya sekadar menekankan konsep Negara Islam sahaja dan tidak mahu mempraktikkan sebagai sistem perundangan Negara.

Bagi Asghar Ali pula iaitu seorang sarjana Islam moden, beliau menyatakan bahawa idea “Negara Islam” ini merupakan salah satu subjek utama yang sering dibincangkan dan banyak Negara mengakui sebagai sebuah Negara Islam namun begitu apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah Negara Islam? Atau sekadar mengamalkan solat, berpuasa dan zakat sahaja. Menurut beliau, hasil daripada  merujuk kepada hadis dan al – Quran bahawa tiada istilah tetap mengenai Negara Islam dan konsep yang terbaik yang diterapkan ialah konsep ummah berbanding Negara, al – Quran menekankan tentang keadilan dan ihsan serta menentang penindasan dan ketidakadilan. Maka konsep Negara Islam mampu dipertikaikan kerana hanya ada konsep kemasyarakatan sahaja yang ditekankan dalam Islam malah Negara yang mengaku Islam pada masa kini juga tidak mengamalkan corak yang disarankan oleh agama Islam.[7]Beliau menyatakan bahawa konsep Negara Islam tidak wujud kerana disebabkan corak pemerintahan yang ada pada masa kini, selain itu corak pemerintahan yang ditekankan dalam Islam kebiasaannya sistem khalifah.

Bagi pandangan barat iaitu Vatikiotis berkenaan dengan negara Islam ialah sebuah kawasan atau Negara untuk rakyat yang dikenali sebagai umma iaitu sebuah komuniti berdasarkan kepercayaan agama dan juga pembentukan kepercayaan agama untuk Negara, kerajaan dan golongan pemerintah.Berbeza dengan pembentukan Negara bangsa di baratiaitu agama telah diterhadkan kepada kehidupan peribadi individu sahaja manakala dari sudut pandangan Islam, agama mempunyai peranan lebih luas dari segi umum dan peribadi kehidupan seseorang kerana undang-undang agama yang ditetapkan tuhan adalah untuk seluruh umat manusia tanpa mengira batasan kuasa ataupun darjat serta pekerjaan yang dilakukan dan Islam merupakan satu unit asas untuk sesebuah komuniti dan juga Negara malah turut juga menjadi satu unit politik yang melibatkan kesetiaan dan juga kekuasaan.[8]

Peter Mandaville pula menyatakan gerakan yang ingin melakukan penubuhan Negara Islam disifatkan sebagai Islamis dimana ianya dianggap sebagai salah satu pembaharuan dalam politik umat Islam. Islamis diertikan sebagai satu teori bagi menjelaskan matlamat golongan tertentu untuk menubuhkan aturan politik Islam yang menjadi satu bentuk pentadbiran sesebuah kerajaan, institusi dan juga sistem yang kesemuanya berfungsi mengikut syariah dan bagi golongan yang menginginkan agama sebagai tiang pemerintahan Negara menganggapnya sebagai jalan penyelesaian serta berfungsi sebagai sesuatu yang bersifat holistik. Konsep Negara Islam sebenarnya melibatkan proses “Shari’ah-ization” iaitu satu pelaksanaan yang menerapkan agama dalam pentadbiran sesebuah Negara.[9] Beliau juga menyatakan bahawa konsep Negara Islam sering disalah erti ataupun menimbulkan kekeliruan kerana konsep ini melibatkan bentuk pemerintahan dan bukannya berdasarkan populasi majoriti ataupun berlandaskan agama rasmi sesebuah Negara sahaja malah ianya telah diterima oleh lebih 24 buah Negara Islam di seluruh dunia. Terdapat dua terma bagi membezakan konsep yang telah disalah ertikan ini iaitu Negara majoriti Islam dan Negara Islam iaitu Negara yang melaksanakan sistem pemerintahan berdasarkan agama Islam. Berdasarkan dua terma ini dapat membezakan corak pemerintahan kebanyakan Negara yang mengaku sebagai Negara Islam tetapi corak politiknya lebih ke arah sekularisme seperti Mesir atau Tunisia yang sekadar mengaku Negara Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahan bercorakkan syariah ataupun bersumber al-Quran, maka ianya sekadar agama rasmi Negara sahaja dan bukannya sistem pentadbiran Negara manakala terma Negara Islam adalah seperti Arab Saudi yang melaksanakan corak pemerintahan berdasarkan undang-undang agama Islam serta menjadikan al-Quran sebagai perlembagaan Negara dan pihak berkuasa pula bertindak atas saranan agama.[10]

Sistem Khalifah
Khalifah ialah satu sistem pemerintahan yang ditentukan oleh rakyat dimana mempunyai kesamaan sedikit seperti amalan demokrasi barat tetapi menurut mazhab syiah pula khalifah ialah imam yang telah dilantik Allah s.w.t dalam membentuk satu pentadbiran Negara. Namun begitu, sistem khalifah ialah satu mekanisma yang menggunakan undang-undang ke atas muka bumi dimana pelaksanaan undang-undang Islam sebagai satu sistem pemerintahan dan ianya merupakan politik Islam dimana ia akan menyatukan seluruh umat serta dan juga ianya merupakan sebuah Negara yang melaksanakan pemerintahan Negara berlandaskan undang-undang syariah.[11]

Sistem khalifah ialah satu bentuk kerajaan yang mengamalkan perpaduan politik dan kepimpinan dalam dunia Islam, ketua Negara juga dikenali dikenali sebagai khalifah sebagai salah satu bentuk kekuasaan yang dimiliki oleh pemerintah seperti Nabi Muhammad s.a.w dan sistem sebegini telah menjadi keinginan sebahagian umat Islam pada masa kini sehingga menyebabkan berlakunya konflik dalaman sesebuah Negara apabila berbeza ideologi di antara golongan Islamis dan juga nasionalis. Menurut sarjana barat, sistem khalifah ialah satu teori yang mengamalkan pemilihan pemimpin atau pemilihan dalam pejabat serta menyenaraikan kelayakan dalam seseorang bakal pemimpin yang hendak dipilih, berdasarkan sejarah awal sistem khalifah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w iaitu dimana empat sahabat beliau telah mencari jalan untuk memilih seorang pemimpin bagi mengetuai umat Islam dan khalifah pertama yang telah dipilih pada ketika itu ialah Abu Bakar dan kemudiannya diikuti oleh sahabat yang lain, Umar, Uthman dan Ali dimana ketika itu keempat-empat pemimpin ini telah dilantik berdasarkan hubungan antara mereka kerana mempunyai kelayakan yang sesuai dengan kehendak agama.[12] Berikut adalah pemerintahan awal berdasarkan sistem khalifah dan kemudiannya sistem ini semakin jelas corak dan pelaksanaannya apabila semakin berkembang dan diikuti oleh empayar Islam yang lain seperti empayar Umayyah yang menjadikan Islam sebagai badan atau doktrin serta menjadi satu kod amalan kepada pemerintah dan rakyat malah ianya turut disifatkan sebagai satu entiti yang lebih baik daripada organisasi politik.[13] Disebabkan sistem khalifah ini menjadi asas kepada bentuk pentadbiran Negara yang stabil dan sistematik, banyak Negara-negara yang mengamalkan sistem yang berlainan ini mula mengakui bahawa Negara yang dibentuk ini merupakan Negara Islam agar dapat sokongan rakyat dimana mereka percaya bahawa ianya sebagai salah satu pelaksanaan kepada sistem khalifah.

Sehingga kini, terdapat lebih dari 50 buah Negara yang memiliki majoriti penganut beragama Islam tetapi semuanya tidak mengamalkan corak pentadbiran ataupun sistem khalifah kecuali pada 1979 revolusi yang berlaku di Iran iaitu “Islamic Revolution” yang menyingkirkan kerajaan Shah Mohammad Reza Pahlavi dengan menggantikannya dengan struktur kuasa Islam dengan memberi nama baru iaitu Republik Islam Iran yang melaksanakan prinsip Islam beraliran shiah namun begitu para pemimpin agama di Iran tidak menganggap perubahan itu sebagai pembentukan sistem khalifah kerana sedang menantikan ketibaan Imam kedua belas mereka yang dikatakan menjadi ketua perlembagaan Republik Islam Iran malah selepas itu, berlakunya kebangkitan sebahagian umat Islam apabila mereka menyedari bahawa kegagalan mereka dalam kebangkitan sistem khalifah adalah disebabkan tiada amalan agama yang dipraktikkan di Negara mereka secara mutlak dan kurangnya sifat kerohanian umat Islam.

Beberapa parti politik Islam dan kumpulan militant cuba untuk mengembalikan semula zaman keagungan khalifah agar dapat menyatukan semula umat Islam di seluruh dunia dan iniliah yang dikatakan wujudnya kumpulan pengganas apabila terdapat beberapa kumpulan militan cuba untuk melaksanakan sistem perundangan shariah dan juga sistem pemerintahan khalifah sehingga menarik perhatian Presiden Bush yang menganggap bahawa kumpulan radikal ini menggunakan kekerasan dapat mencapai matlamat mereka seperti yang dinyatakan oleh Mubasher Ahmad berkenaan pandangan Presiden Amerika Syarikat tersebut iaitu “open a new chapter in the fight against enemies of freedom, against those who in the beginning of 21st century call Muslims to restore Caliphate and to spread shariah.” President Bush thinks that the so-called Jihadists/militants "hope to establish a violent political utopia across the Middle East, which they call Caliphate, where all would be ruled according to their hateful ideology...This Caliphate would be a totalitarian Islamic empire encompassing all current and former Muslim lands, stretching from Europe to North Africa, the Middle East and Southeast Asia."Dimana Bush menganggap ianya sesuatu yang bertentangan nilai kehidupan masyrakat barat.[14]

Definisi Jihad
Jihad dirujuk sebagai mengikhlaskan amal kerana Allah s.w.t, berjuang demi agama, menurut keratan perbualan yang dinyatakan oleh imam Ahmad, Rasullah telah menyatakan bahawa jihad adalah memerangi orang kafir dalam meletakkan agama Islam sebagai agama yang tertinggi dan mulia, namun begitu Rasullah juga telah menambah bahawa jihad utama ialah berjuang demi ibu bapa sendiri dahulu. Maka, jihad adalah berjuang ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Namun begitu terdapat beberapa lagi maksud jihad seperti Ibnu Hajar rahimahullah “Memerangi orang-orang kafir untuk membela Islam dan untuk meninggikan kalimat Allah.”ataupun menurut Al-Kasani Rahimahullah“Dalam kebiasaan penggunaan istilah syara‘, jihad dipakai untuk makna mencurahkan semua potensi dan kekuatan dengan membunuh (perang) di jalan Allah ‘azza wa jalla, baik dengan jiwa, harta, lisan dan lain sebagainya, ataupun mengerahkan tenaga dalam hal itu.”Dan ada juga yang menyatakan jihad itu sebenarnya mengajak atau berdakwah kepada agama yang benar serta memerangi orang yang tidak mahu menerima ajaran Islam.[15] Manakala menurut keratan akhbar barat pula, jihad sebenarnya perang suci bagi umat Islam dan turut mengklasifikasikan jihad kepada tiga bentuk iaitu: “A believer's internal struggle to live out the Muslim faith as well as possible, The struggle to build a good Muslim society, Holy war: the struggle to defend Islam, with force if necessary” tetapi jika merujuk Nabi Muhammad s.a.w jihad sebenar ialah berkaitan dengan jiwa atau dalaman seseorang iaitu berusaha untuk meletakkan diri kepada Allah s.w.t dan berusaha untuk kembali kepadaNya.[16]Namun begitu, media barat ini lebih memandang corak jihad yang telah berlaku oleh kumpulan-kumpulan radikal pada masa kini dan ianya berbeza dengan pengertian sebenar dari sudut Islam.

          Namun begitu, jihad tidaklah bermaksud peperangan semata-mata tetapi bermaksud berjuang atau berusaha ke jalan yang diredhai Allah s.w.t dan maksud jihad yang sebenarnya ialah “Jihad is an Arabic word from the root Jee Ha Da. It literally means to struggle or strive. Jihad is struggling or striving in the way or sake of Allah. Jihad takes a very important status in the doctrine of Islam and is one of the basic duties for every Muslim. Though, it has nothing whatsoever to do with the term Holy War. Such a term, or its equivalent doesn’t exist in the Islamic doctrine. The Christian Crusaders in the mid-ages invented this ideology of Holy War. There is nothing “Holy” about wars. Wars only involve killings and disasters”dan terdapat beberapa bentuk jihad yang dilakukan iaitu jihad dilakukan melalui Jihad dari hati/jiwa (jihad bin nafs/qalb),iaitu usaha seseorang untuk hidup di jalan Allah s.w.t dan menjauhi segala kemungkaran dan kejahatan, Jihad dengan lidah (jihad bil lisan) pula ialah menyebarkan ajaran Islam iaitu berdakwah, berdebat ataupun menyampaikan dan mempertahankan Islam menggunakan kata-kata, seterusnya ialah Jihad melalui pengetahuan (jihad bil Qalam/ilmu) yang membawa maksud berjuang untuk agama Allah s.w.t dengan menulis, mengkaji agama Islam, memperbetulkan segala pandangan yang salah terhadap Islam dan juga melakukan kajian atau penemuan alam berdasarkan sumber al-Quran, manakala Jihad dengan tangan (jihad bil yad) pula bermaksud melakukan sesuatu amalan demi Islam dan Allah s.w.t menggunakan perbuatan daripada berkata-kata, seperti membayar zakat, menunaikan haji, bersedekah, dan juga membantu orang dalam kesusahan  dan akhir sekali ialah Jihad dengan pedang (jihad bis saif) iaitu berjuang demi agama Allah s.w.t dengan mempertahankan diri atau agama dan menentang kejahatan dan ketidakadilan.[17] Secara tidak langsung, konsep jihad ini telah disalah ertikan oleh kebanyakan kumpulan radikal dan juga kepimpinan Pakistan iaitu general Zia ul-haq dimana mereka memikirkan bahawa jihad ialah berjuang demi agama Islam atau menentang orang kafir sahaja dan kemudiannya diikuti oleh masyarakat barat yang keliru dengan definisi sebenar jihad tetapi ianya ternyata salah dan berbeza daripada ajaran Islam yang sebenar.

Proses Islamisasidan Gerakan Jihad Pakistan
Proses pengislaman Pakistan dikatakan bermula selepas Perdana Menteri ketika itu iaitu Zulfiqar Ali Bhutto menyatakan tegas akan kehendak beliau dengan menjadi Pakistan sebagai Negara sekular serta menentang sebarang unsur keagamaan seperti mengharamkan golongan Ahmadia dan menganggapnya sebagai golongan bukan beragama Islam dan akibatnya beliau telah mendapat tentangan daripada gerakan agama seperti golongan Ahmadia kerana disytiharkan golongan bukan Islam pada September 1974. Namun begitu, selepas berlakunya peralihan kuasa dimana General Zia ul-Haq mengambil posisi Zulfiqar Ali Bhutto, beliau melakukan perubahan segera dengan melaksanakan proses pengislaman bagi mengejar matlamat politiknya serta mendapatkan legitimasi daripada rakyat apabila melaksanakan Islam sebagai ideologi utama bagi Negara tersebut. Beliau telah menggunakan institusi Negara untuk melemahkan fahaman atau golongan sekular serta kuasa-kuasa progresif dengan mengenalkan pelaksanaan undang-undang Islam seperti hudud, qisas dan diyat sebagai undang-undang Negara dan menjadi sistem dalam pentadbiran Pakistan malah turut menubuhkan mahkamah shariah peringkat persekutuan dan ketika itu Pakistan mendapat sokongan kuat apabila pelaksanaan Islamisasi dalam Negara tersebut atas dasar menentang penjajahan Soviet Union ke atas Afghanistan menjelang tahun 1980an dan General Zia ul-haq turut mendapat sokongan daripada sarjana Islam yang kelihatan seperti bertentangan dengan ideologi demokrasi dan juga pilihanraya kerana melihat Islam sebagai jalan penyelesaian dalam membentuk kerajaan Pakistan.[18] Perubahan ini berlaku secara drastik apabila General Zia berkuasa dimana beliau hanya menginginkan Islam menjadi satu entiti penting kepada Pakistan dimana dasarnya ke atas Afghanistan dilaksanakan atas persaudaraan agama yang kemudiannya membawa kepada perubahan dalaman Pakistan dalam meraih sokongan rakyat dan juga tokoh-tokoh Islam yang penting bagi menguatkan lagi pelaksanaan beliau.

Menurut Farooq, General Zia telah memperkenalkan pelan Islamisasi komprehensif dengan menerapkan unsur agama dalam institusi, pendidikan, ekonomi dan juga perundangan dan kesan pelaksanaan sebegini telah menimbulkan kekeliruan dan kekecohan apabila tidak memberi sebarang pembaikan kepada Pakistan kerana ketika itu adalah penjajahan Soviet Union ke atas Afghanistan yang mana menyebabkan kebangkitan kumpulan militan yang disokong Amerika Syarikat, Arab Saudi dan juga Pakistan sendiri.[19] Secara tidak langsung menunjukkan bahawa perubahan dalaman ini adalah disebabkan dasar luar Pakistan yang dianggap Islamik kerana membantu saudara seagama (Islam) dalam memerangi Soviet Union. Pada ketika itu, bantuan Negara luar seperti AS dan Arab Saudi mempunyai matlamat tersendiri berbanding Pakistan yang sekadar menginginkan Jihad dan menurut Ahmed (2003) “Pakistan‟s fundamentalism was mobilized and made sectarian by the government of General Zia. It also became Jihadi and terrorist with a lot of financial support from the United States and Saudi Arabia. The Americans were concerned only with winning the war in Afghanistan and defeating the Soviet Union, but the Saudis had ideological and sectarian aims”[20]dan ini menunjukkan matlamat sebenar Negara-negara yang datang memberikan bantuan dana kewangan berbeza sekali dengan apa yang hendak dilaksanakan oleh Pakistan.

General Zia dilihat serius dalam melaksanakan proses pengislaman Pakistan atas situasi yang berlaku di Afghanistan dan Zia ul-haq juga dikatakan sebagai fanatik Islam disebabkan perubahan yang dilakukan oleh beliau tetapi tidak menjadi masalah kepada AS hanya kerana dasar luarnya yang anti – Soviet Union serta segala tindakan beliau mendapat sokongan Amerika Syarikat kerana dasar luar beliau yang memerangi Soviet Union dengan memberi bantuan kepada mujahiden (disokong AS) dan ketika itu pandangan AS terhadap Islam amat berbeza dan lebih mementingkan seteru utamanya semasa era perang dingin.[21]Begitu banyak perubahan yang telah dilakukan oleh General Zia ul-haq seperti zakat, menghapuskan sistem riba, menggunakan sistem PLS (Profit and Loss Sharing), hudud, shariah, mahkamah Qazi, pendidikan berdasarkan ideologi Islam, penggunaan Majlis Shura dan pengharaman parti-parti politik tetapi kesemua pelaksanaan tersebut adalah disebabkan situasi yang berlaku di Afghanistan yang diserang Soviet Union dimana beliau sebenarnya cuba untuk meraih sokongan umat Islam untuk membantu peperangan kumpulan militan jihad di Afghanistan.[22] Akibat daripada berlakunya perubahan di Pakistan telah menyebabkan lahirnya kumpulan-kumpulan radikal jihad di rantau tersebut sehinggakan ada pihak yang menyatakan bahawa konsep Negara Islam yang dilaksanakan Pakistan telah manjadi punca kepada kelahiran kumpulan militan tersebut tetapi kajian terperinci perlu dilakukan ke atas dasar dalam memastikan Pakistan sebagai tunjang kebangkitan kumpulan radikal ini.

Faktor amalan Jihad di Pakistan yang menjadi penyumbang utama kepada kebangkitan radikal Jihad di Pakistan atau wujud faktor lain yang turut sama menjadi pemangkin?
Berikut adalah persoalan kedua yang timbul dalam memahami proses kebangkitan kumpulan radikal jihad di Pakistan. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada kebangkitan jihad secara meluas dirantau Asia Selatan dimana Pakistan telah dikatakan menjadi sebahagian daripada pusat perkembangan gerakan kumpulan radikal ini, antaranya ialah proses globalisasi yang berlaku iaitu menurut Alain de Benoist globalisasi ialah satu peristiwa yang memberi kesan penting ke atas sesebuah Negara dimana proses ini (globalisasi) sukar dikawal dan ianya merebak secara meluas dalam pembangunan sesebuah Negara, populasi dan ekonomi[23]dimana tiada sekatan dalam pergerakan manusia, pembukaan sempadan secara meluas telah di anggap sebagai punca kepada berlakunya keganasan seperti keadaan yang berlaku di Pakistan, menurut Krug dan Reinmoller proses globalisasi telah memberi kesan buruk apabila sesebuah negara barat mengalami proses integrasi ekonomi dan populasi yang menyebabkan kumpulan radikal cuba untuk menyerap masuk kerana tiada halangan atau sebarang diskriminasi.[24] Selain itu, penghijrahan umat Islam ke Negara barat yang mengamalkan nilai kehidupan yang berbeza telah dianggap sebagai ancaman kepada agama Islam yang kemudiannya melakukan sesuatu tindakan diluar batasan demi melindungi agama yang dianggap sebagai perjuangan radikal jihad[25] tetapi ada juga masyarakat yang menyatakan bahawa Islam sebagai agama yang menganjurkan ideologi radikal yang mahukan penyebaran agama Islam dilaksanakan ke atas umat Islam serta menghukum masyarakat bukan Islam, secara tidak langsung sifat radikal ini mula tersebar mengiringi proses globalisasi apabila tiada sebarang sekatan yang dapat dilakukan.[26]

Dalam menganalisis proses globalisasi yang dikatakan telah memberi kesan kepada kebangkitan kumpulan radikal ini dapat dikaitkan dengan satu kajian daripada Ghulam Ali Khan yang mengkaji berkenaan kesan yang dihadapi Pakistan akibat globalisasi dan menurut beliau Pakistan sedang mengalami perubahan budaya apabila wujudnya dunia tanpa sempadan dengan pengguna internet seramai 11.5 juta orang dan kebanyakan pengguna tersebut adalah atas urusan peribadi dan pejabat.[27] Berdasarkan jumlah pengguna yang ramai mungkin telah menyebabkan corak kumpulan radikal jihad berubah dalam usaha untuk meluaskan pengaruhnya serta merekrut ahli baru dalam perjuangan mereka seperti yang dinyata dalam laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dimana terdapat beberapa tujuan utama kumpulan radikal atau pengganas ini turut menggunakan kelebihan proses globalisasi ini iaitu untuk (i) propaganda yang menggunakan komunikasi multimedia yang menyediakan maklumat, pesanan dan ideologi serta promosi kepada aktiviti kumpulan radikal tersebut dan menyebarkan retorik mereka supaya dapat meluaskan pengaruh mereka dimana akan mendatangkan hasil kepada mereka iaitu rekrut baru, menghasut masyarakat luar dan proses radikalisasi terhadap golongan pengguna internet yang terpengaruh. Tujuan kedua pula ialah (ii) Kewangan dimana mereka cuba menggunakan internet untuk memperoleh dana dan sumber kewangan lain dimana mereka telah mendapat sokongan daripada pengguna internet yang terpengaruh akan perjuangan mereka selain menggunakan “online payment” untuk memudahkan lagi proses penjanaan dana mereka. Seterusnya ialah (iii) untuk tujuan latihan dimana kumpulan radikal telah menyebarkan rakaman video, audio, ataupun bahan bacaan manual dan maklumat supaya para pengguna dapat belajar melalui bahan-bahan yang telah disediakan dalam alam maya tersebut dimana mereka telah mewujudkan satu suasana latihan yang baru iaitu “virtual training camp”, berikut adalah contoh penggunaan internet sebagai latihan kumpulan radikal, iaitu Inspire is an online magazine allegedly published by Al-Qaida in the Arabian Peninsula with the stated objective of enabling Muslims to train for jihad at home. It contains a large amount of ideological material aimed at encouraging terrorism, including statements attributed to Osama Bin Laden, Sheikh Ayman al-Zawahiri and other well-known Al-Qaida figures. The fall 2010 edition included practical instructional material on how to adapt a four-wheel-drive vehicle to carry out an attack on members of the public and how a lone individual could launch an indiscriminate attack by shooting a gun from a tower. The publication even suggested a target city for such an attack, in order to increase the chances of killing a member of the Government”. Tujuan terakhir ialah (iv) perancangan dimana kumpulan ini cuba mengatur serangan melalui alam maya dimana mereka akan menarik perhatian golongan yang mengikuti perkembangan mereka dalam setiap aktiviti[28] yang dikehendaki seperti kes Adlene Hicheur iaitu seorang pakar dalam bidang fizik yang telah ditahan pada tahun 2009 atas kesalahan terlibat dalam perancangan siri serangan dalam alam maya dimana segala hak peribadi beliau dalam alam maya tersebut telah diselongkar dan beliau telah dalam tahanan selama dua tahun sementara kes ini masih lagi dibicarakan, beliau dituduh bersubahat dalam kegiatan keganasan atas alasan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai berdebat ataupun berbincang dengan kumpulan yang merancang aktiviti keganasan ke atas orang awam. Berikut adalah keratan laporan kes Adelene Hicheur,

“Moreover, scientists on both sides of that earlier conflict were bound by national origins, ethnicity and religion — something that seems less true today. Western scientists should also ask themselves whether they are less willing to speak out on Hicheur’s behalf because he is a practising Muslim. There has never been a more important time to rally behind scientists such as Hicheur. This year has seen upheaval across the Arab world, as citizens throw off their oppressive regimes. As educated, freethinking members of their societies, scientists can play a part in these political upheavals. These researchers can help to open their societies, and serve as a vital bridge between the Muslim world and the West. Hicheur may have been just such a bridge. In his online debates, he says, he discouraged acts of terrorism against innocent civilians. Whether or not that is true, he should be released until his trial.”[29]

Isu sebenar menyebabkan beliau ditangkap adalah kerana berkomunikasi dengan organisasi pengganas dimana beliau menentang sebarang tindakan keganasan yang telah dilakukan ke atas orang awam tetapi tindakan beliau tersebut mengundang padah apabila niatnya telah disalah ertikan oleh pihak berkuasa Perancis yang menyebabkan beliau terpaksa ditahan dan dibicarakan di mahkamah atas tuduhan menyokong aktiviti keganasan. Kesan globalisasi telah menjadi penyumbang terbesar kepada kebangkitan kumpulan radikal jihad dimana ianya memberi kemudahan kepada mereka untuk melaksanakan segala aktiviti dengan cepat dan mudah.

Menerusi dua yang persoalan yang telah dinyatakan, (I dan II) adakah ianya memadai untuk meletakkan bahawa Pakistan telah menyumbang utama kepada kemunculan militan Islamis?
Dalam menjelaskan persoalan terakhir ini terdapat dua faktor yang menyebabkan Pakistan dianggap sebagai Negara Islam yang menyumbang kepada kemunculan militan Islamis iaitu faktor dalaman (dari Pakistan) dan juga faktor luaran (luar Pakistan) yang menjadi akar kepada kebangkitan kumpulan militan Islamis ini. Faktor dalaman ini akan dianalisis melalui tiga sudut iaitu melalui pemimpin Pakistan itu sendiri iaitu General Zia ul-haq,dasar luar Pakistan dan juga Hubungan Pakistan-Militan jihad (Anti – Soviet Jihad).Manakala faktor luaran pula adalah sejarah awal kewujudan kumpulan militan, peranan aktor asing dan akhir sekali ialah visi dan misi militan Islamis tersebut.

Kepimpinan Zia ul-haq: Pengislaman Pakistan
Regim Zia ul-haq telah menggabungkan mullah dan pakatan tentera dimana beliau menggunakan Islam bagi mengekalkan pemerintahannya, beliau pada ketika itu amat menyokong perjuangan di Afghanistan yang menentang penjajahan Soviet Union dan telah menggunakan tentera Pakistan dalam usaha untuk membantu pergerakan kumpulan jihad untuk memerangi Soviet Union dan bagi memastikan matlamat yang dirancang tercapai, beliau telah melaksanakan satu program iaitu Islamisasi Pakistan agar dapat mengukuhkan kedudukannya serta memperoleh sokongan atas dasar-dasar luar yang telah dilakukannya. Konsep Negara Islam yang hendak diterapkan oleh Zia ul-haq amat berbeza kerana beliau sebenarnya menggunakan pengaruh tentera dalam menjadikan Islam sebagai usaha mendapatkan legitimasi politik-agama.[30] Secara tidak langsung beliau sebenarnya menjadi agama sebagai elemen kebenaran untuk meraih sokongan serta bagi mengekalkan kedudukan politiknya sebagai pemimpin Negara tersebut. Zia ul-haq sebenarnya telah mengikut ideologi politik kumpulan militan yang mempunyai hubungan dengan tentera Pakistan iaitu Jamaat-i-Islami (JI) yang mencampur adukkan agama dengan politik dan ini telah dilakukan oleh Zia atas dua sebab iaitu untuk memastikan kedudukan beliau diterima dan mendapatkan pakatan politik untuk mengekalkan pemerintahan beliau agar lebih lama memimpin Pakistan.[31]

Sepanjang tempoh pemerintahan beliau telah menggunakan tentera untuk menjalinkan hubungan dengan kumpulan radikal Islamis seperti JI dan Hizb-i-Islami (militan Afghanistan) dimana ahli rekrut kedua-dua kumpulan radikal ini akan diberi latihan oleh tentera Pakistan hasil bantuan Inter Services Intelligence (ISI) dimana mereka akan mengeksploitasi kumpulan militan ini dengan penggunaan konsep jihad malah Zia ul-haq memainkan peranannya apabila menyatakan bahawa kumpulan-kumpulan ini bukan sahaja pembela umat Islam tetapi mereka juga adalah umat yang mementingkan “Iman, Taqwa dan Jihad” malah segala dasar beliau diperingkat domestik telah dikaji dan sebenarnya beliau sedang melaksanakan kaedah percambahan Islam dalam Pakistan seperti pendidikan, perundangan, dan juga ketenteraan. Selain daripada agenda politik, General Zia juga cuba untuk melakukan Islamisasi demi agenda sosial dan ekonomi dimana beliau cuba untuk meraih sokongan parti politik Islam agar menyertai beliau dalam membentuk Negara Islam kerana pada asalnya regim beliau tidak popular dan kurang mendapat sambutanmanakala dari segi kepentingan ekonomi pula beliau telah melaksanakan sistem perbankan Islam dalam mengagihkan kekayaan kepada rakyat supaya dapat menjaga kepentingan rakyat yang mungkin akan menyebabkan penentangan mereka sekiranya ekonomi rakyat tidak stabil dan beliau juga cuba untuk mendapatkan perhatian Negara-negara Islam lain agar memberi dana serta menjalinkan hubungan ketenteraandengan Pakistan.[32] Niat General Zia ul-haq untuk mengislamisasikan Pakistan sekadar untuk mendapat keuntungan sama ada dari segi kuasa politik dan juga kewangan dan ternyata proses pengislaman Pakistan yang dilakukan oleh beliau untuk meraih sokongan umat Islam yang berada diluar Pakistan serta memudahkan beliau untuk membentuk kumpulan militan bagi mencapai matlamatnya untuk mengekalkan kedudukannya sebagai presiden Pakistan dan bukanlah untuk membentuk kumpulan radikal jihad semata-mata.

Dasar Luar Pakistan
Semasa era penjajahan Soviet Union ke atas Afghanistan, Pakistan telah menjalankan dasar luarnya untuk meraih sokongan Amerika Syarikat dan Arab Saudi serta Negara-negara Islam yang lain dimana Pakistan pada ketika menikmati keuntungan daripada bantuan ketenteraan, kewangan dan juga sokongan politik dimana Pakistan sudi menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat apabila melihat Soviet Union sebagai ancaman kepada kedaulatan Pakistan setelah Soviet Union menjalinkan hubungan dengan musuh ketatnya iaitu India.[33] Maka Pakistan mengambil langkah berhati-hati kerana tidak mahu negaranya diancam oleh India dan Soviet Union yang baru sahaja menyerang Afghanistan malah Pakistan percaya bahawa kerjasama antara kedua-dua buah Negara tersebut mungkin akan mengancam national interest Pakistan dan Pakistan sebenarnya dilihat takut akan hubungan ini kerana berkaitan dengan sejarah perjanjian Pakistan dengan Amerika Syarikat iaitu musuh Soviet Union dimana Pakistan telah menjadi penggerak kepada pengaruh Amerika Syarikat dalam meluaskan pengaruhnya ke Asia seperti Baghdad Pact dan Southeast Asia Treaty Organization (SEATO) yang dianggap bertentangan dengan Soviet Union kerana perjanjian-perjanjian itu merupakan satu jalan untuk menghalang perluasan kuasa dan pengaruh dari Soviet Union yang menyebarkan fahaman komunis seperti dalam teori domino[34] dan Zia ul-haq telah membentuk dasar dengan membantu kumpulan-kumpulan radikal jihad untuk bangkit untu menentang negara yang dianggap sebagai ancaman iaitu Soviet Union dengan memberikan latihan ketenteraan, mengajar perancangan strategi dan perlindungan kepada kumpulan radikal jihad. Selain itu, punca sebenar Pakistan menyokong kuat gerakan kumpulan radikal ini adalah sebab dasar luarnya yang ingin mendapatkan wilayah yang menjadi rebutan antara India-Pakistan iaitu Kashmir dan sokongan ini masih lagi diteruskan walaupun bertentangan dengan dasar luar Amerika iaitu “War on Terror” malah turut melatih kumpulan-kumpulan ini untuk menghadapi Amerika di Afghanistan dan sebenarnya dasar luar yang dilakukan oleh General Zia dimana yang sebenarnya telah diatur oleh tentera dan Inter-Service Intelligence bagi perancangan masa panjang dan bukan sekadar untuk menangani ancaman Soviet Union sahaja tetapi untuk mendapatkan wilayah Kashmir serta melakukan persiapan sekirany diserang oleh India dimana kumpulan-kumpulan radikal ini telah dilatih untuk menentang kerajaan India yang dianggap sebagai musuh Islam seperti Lashkar-e-Taiyyiba yang dibentuk untuk berperang di Kashmir.[35]

Segala rancangan ini dilaksana melalui dasar “Jihad Anti-Soviet” dimana akan meraih sokongan umat Islam dan juga Negara Islam dan termasuklah Amerika Syarikat untuk menyokong gerakan yang dilakukan Pakistan supaya tidak mendapat sebarang tentangan dalam menyokong kumpulan radikal jihad yang mana akan berubah fungsinya serta memberikan kesan burukpada masa hadapan.[36]Malah, Zia ul-haq juga menjalinkan hubungan baik dengan etnik Pashtun iaitu sebuah etnik yang amat kukuh pegangannya dan bersifat radikal dalam memperjuangkan Islam dengan menjadikan etnik ini sebagai asset pertahanan Pakistan melalui kedudukan mereka di Afghanistan supaya dapat menghalang penyebaran pengaruh kuasa komunis itu ke Pakistan.[37]Dasar luar Pakistan banyak berubah ketika era perang dingin kerana ingin menjaga kedaulatannya dan sokongan ke atas kumpulan militan ini bukan semata-mata untuk perjuangan jihad di Afghanistan tetapi untuk mengejar matlamatnya di India.

Hubungan Pakistan-Militan jihad (Anti – Soviet Jihad)
Dalam kalangan para mujahidin yang berjuang semasa penjajahan Afghanistan pada 1979 menganggap bahawa mereka sedang berjuang memerangi komunis yang merupakan ancaman kepada agama Islam dimana Negara tersebut menentang kebebasan agama bagi wilayah yang berada dalam taklukan Soviet Union serta menentang kerajaan Afghanistan yang baru dibentuk Soviet Union kerana bersifat anti-Islam.[38]Anti-Soviet Mujahideen telah menjadi gelaran bagi kumpulan yang berjihad di Afghanistan semasa taklukan Soviet Union dimana mereka kebanyakannya terdiri daripada golongan penduduk di wilayah yang berperang dan amat sukar bagi tentera Soviet untuk mengenal pasti mereka dan ini menjadi kelebihan buat kumpulan-kumpulan yang terdapat di Negara tersebut.[39]Berbeza pula bagi Pakistan dimana jihad yang dilakukan ini merupakan satu peluang untuk Negara ini mengelak ancaman daripada PDPA (People's Democratic Party of Afghanistan) yang dikatakan aliran komunis serta mempunyai hubungan erat dengan Soviet Union dan Pakistan telah menyokong beberapa kumpulan Islamis Afghanistan untuk bangkit menentang PDPA dengan kempen anti-PDPA melalui wilayah sempadan Pakistan malah menurut menteri luar Soviet Union iaitu Alexander Puzanov bahawa Pakistan telah menyediakan kemudahan untuk gerakan kumpulan Islamis di Afghanistan seperti melakukan propaganda, bantuan senjata serta pembentukan kumpulan Islam yang dibahagi kepada beberapa bahagian di Pakistan dan ISI juga telah mendapat arahan untuk menjalinkan hubungan dengan kumpulan-kumpulan ini dengan memberikan latihan dengan membukakan madrasah.[40]

Sejarah awal kewujudan kumpulan militan
Kewujudan kumpulan-kumpulan radikal jihad ini bermula sejak penjajahan Soviet Union ke atas Afghanistan pada tahun 1979 yang kemudiannya gerakan kumpulan radikal ini mendapat sokongan dari Negara-negara luar seperti Pakistan, Arab Saudi dan Amerika Syarikat yang sentiasa memberi sokongan kuat kepada kumpulan-kumpulan ini, seperti salah satu kumpulan radikal yang terdapat di Afghanistan iaitu Taliban dimana pada mulanya bangkit menentang tentera Soviet Union sehinggalah pengunduran kuasa besar komunis tersebut dan telah menjadikan Taliban sebagai gerakan kumpulan radikal yang kuat pada 1994 serta memerintah Afghanistan dengan menguasai banyak bandar malah turut menjalinkan hubungan dengan Pakistan yang telah membantu mereka dimana kumpulan Taliban ini memberi perlindungan kepada konvoi Pakistan yang ke rantau Asia Tengah dalam menjalinkan hubungan ekonomi dimana mereka akan mendapat ganjaran daripada Pakistan seperti bantuan kewangan dan persenjataan. Kemudiannya Taliban mula meluaskan pengaruh dengan merekrut dan melatih ahli baru.[41] Selain itu, kumpulan radikal ini juga turut menjalinkan hubungan dengan kumpulan-kumpulan radikal di Negara luar seperti membentuk pakatan radikal seperti yang dilakukan oleh wakil al-Qaeda Abu Khalid Al Misir yang membawa pesanan daripada Abu Musab Al Zarqawi untuk menyatakan akan memberi bantuan kepada militan yang terdapat di Iraq dengan memberikan bantuan persenjataan, latihan, kewangan dan juga tenaga pakar serta ahli rekrut bagi menentang tentera Amerika.[42]

Melalui dua kumpulan ini telah dapat dilihat bahawa kumpulan militan ini yang sebenarnya cuba untuk meluaskan pengaruh sehingga membawa kepada kewujudan kumpulan radikal yang lain kerana mendapat bantuan dan sokongan daripada mereka seperti hubungan antara al-Qaeda dengan Islamic Jihad Union iaitu sebuah kumpulan radikal yang berasal dari rantau Asia Tengah apabila Abu Laith al-Libi yang mewakili Al-Qaeda hendak menjalinkan hubungan rapat dalam usaha untuk mengintensifikasi aktiviti IJU di rantau Asia Tengah dan juga mewakili Al-Qaeda dalam segala operasi serangan di rantau tersebut. Malah IJU juga mula terlibat aktif dalam beberapa siri serangan di Pakistan setelah mendapat sokongan dan kebenaran daripada Al-Qaeda dan antara serangan yang pernah dilakukan oleh IJU ialah pada tahun 2007-2008 dimana mereka telah menyasarkan tentera Pakistan dan Amerika sebagai balasan peristiwa serangan Masjid Merah oleh tentera Pakistan dan Amerika pada bulan Julai 2007.[43]Malah pada awal pembentukan IJU hanya mempunyai sekitar 100-200 orang pengikut yang terdiri daripada warganegara Uzbekistan, Tajikistan, Kyrgyztan dan juga Kazakhstan.Mereka pada ketika itu hanya sebuah organisasi yang lemah sehinggalah membentuk kerjasama dengan Al-Qaeda pada tahun 2006 yang memberi sokongan daripada pelbagai bentuk bantuan termasuklah logistik dan latihan.[44] Kesan daripada hubungan kedua-dua militan ini telah memberi kelebihan kepada IJU dimana mereka kini mempunyai tulang belakang dalam membantu mereka untuk melakukan pelbagai jenis operasi serta mendapat dana daripada Al-Qaeda dan melalui hubungan yang berlaku telah menunjukkan bahawa punca kebangkitan bukan disebabkan Pakistan semata-mata tetapi peranan yang dimainkan oleh kumpulan-kumpulan radikal yang cuba untuk meluaskan kuasa mereka. Selain itu, punca kebangkitan kumpulan radikal ialah disebabkan pelarian Afghanistan ke Pakistan dan eksploitasi agama melalui madrasah semasa perang Afghanistan dimana pertambahan kumpulan radikal ini berlaku selepas ramai rakyat Afghanistan yang menjadi pelarian telah dilatih dan juga turut mempelawa pelajar-pelajar Islam di seluruh dunia untuk pergi berperang di Afghanistan dan dianggarkan seramai 35,000 orang telah direkrut dan pada masa yang sama mereka menggunakan madrasah untuk melakukan jihad sastera, pergerakan public opinion yang kemudiannya untuk meraih sokongan terhadap perjuangan mereka seperti Rangkaian Haqqani dan Jamiat Ulama-i-Islam yang dipimpin Fazulr Rehman yang menjalinkan hubungan dengan madrasah untuk membentuk gelombang kebangkitan kumpulan radikal jihad.[45]Secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa kebangkitan kumpulan radikal ini sebenarnya berdasarkan perancangan yang telah diatur rapi dan diikuti dengan sokongan Negara-negara luar.

Campur Tangan Kuasa Asing
Pergerakan kumpulan radikal ini telah dimudahkan oleh peranan beberapa Negara asing yang mempunyai agenda tersembunyi dalam mencapai matlamat mereka, selain Pakistan, Negara yang sebenarnya memainkan peranan dalam mewujudkan kumpulan radikal ini ialah Amerika Syarikat dan Arab Saudi. Peranan Amerika Syarikat bermula selepas mengetahui bahawa ancaman daripada Soviet Union di rantau tersebut semakin meluas dengan berlakunya peperangan di Afghanistan dan Presidan AS ketika itu Carter telah menghubungi General Zia ul-haq dengan memberi tawaran ratusan juta bantuan dalam bentuk persenjataan dan ketenteraan dengan balasan Pakistan akan membantu kumpulan-kumpulan penentang di Afghanistan yang kemudiannya membawa kepada kerjasama antara CIA (Central Intelligence Agency) dengan ISI (Inter-Service Intelligence) dalam memberi bantuan senjata kepada kumpulan-kumpulan radikal jihad yang berada di Afghanistan sehingga CIA sendiri telah menjalankan kerjasama dengan kumpulan radikal di Afghanistan dengan menawarkan senjata-senjata kepada mereka yang diperbuat daripada Soviet Union dan China yang diperoleh daripada Negara-negara rantau Asia Barat dan dibawa ke Pakistan dan tujuan AS memberi senjata buatan asing adalah sebagai"plausibly deny" agar dapat mengelak tuduhan Soviet Union sekiranya rancangan tersebut Berjaya dan pada 1984 kongres AS telah mengeluarkan sebuah resolusi yang berkaitan dengan bantuan AS untuk kumpulan-kumpulan radikal jihad di Afghanistan atas alasan membantu perjuangan mereka untuk bebas dari kuasa asing. Selain itu, AS cuba menghantar bantuan melalui badan-badan bukan kerajaanseperti melalui bantuan kemanusiaan agar tidak dapat dikesan oleh Soviet Union dan AS juga memberi latihan taktikal seperti “search and destroy” dan juga “hit and run”.[46] Malah, hasil dari bantuan Amerika Syarikat telah menyebabkan kewujudan kumpulan radikal seperti al-Qaeda dimana peperangan 1979 itu telah ditaja oleh CIA[47] dan turut merekrut individu tertentu untuk membantu AS dalam menyingkirkan Soviet Union seperti Osama Bin Laden yang telah direkrut oleh CIA dan diberikan latihan serta memberi dana kepada kem latihan gerilla dan sebenarnya kerjasama CIA dan ISI ini telah mengukuhkan lagi gerakan radikal jihad kerana telah memberikan banyak bantuan dari segi penubuhan kem latihan, bantuan ketenteraan, kewangan dan juga taktikal maka tidak hairanlah sekiranya Osama Bin Laden begitu dikenali kerana beliau adalah hasil daripada didikan CIA pada ketika itu dan beliau telah dianggap sebagai aktor utama yang memainkan peranan dalam memerangi Soviet Union, malah beliau juga Berjaya merekrut lebih daripada 4,000 orang daripada Arab Saudi untuk menyertai perang di Afghanistan dimana AS merupakan Negara yang menyokong kuat gerakan fundementalisme Islam.[48]

Manakala Arab Saudi pula merupakan kuasa ketiga dalam menyokong gerakan radikal jihad ini dengan menjadi pembekal dana terbesar selepas AS dengan menjalinkan hubungan dengan kumpulan radikal di Afghanistan dimana selepas didekati AS untuk menyertai perang ini malah Arab Saudi juga menggunakan pasukan perisik dalam menyokong gerakan kumpulan radikal jihad ini iaitug GID (General Intelligence Directorate) yang menyalurkan dana kepada beberapa kumpulan seperti Ittehad-e Islami, Hezb-e Islami dan Taliban. Arab Saudi hanya berperanan sebagai pembekal dana sahaja dimana bantuan kewangan yang diberikan sukar dikenal pasti kerana Arab Saudi menggunakan dua saluran untuk memberi bantuan dana iaitu melalui CIA untuk membeli senjata dan juga melalui beberapa majlis amal Islam, masjid, individu seperti ahli perniagaan, ahli politik di Pakistan dan juga beberapa parti politik di Peshawar dimana bantuan kewangan ini diberi secara terus kepada kumpulan-kumpulan radikal jihad dan bantuan ini dilakukan atas tiga sebab iaitu Revolusi Iran 1979, rampasan Masjid Besar Makkah oleh militan Islam dan juga membaiki imej Arab Saudi supaya dilihat sebagai watak utama dalam mempertahankan Islam.[49]Amerika Syrikat dan Arab Saudi sebenarnya hanya memainkan peranan di belakang tabir sahaja supaya tidak menimbulkan masalah dengan Soviet Union dan dalam masa yang sama memudahkan kedua-dua Negara ini untuk mencapai matlamat mereka.

Perubahan visi dan misi militan Islamis tersebut.
Pada awalnya kewujudan kumpulan militan ini hanyalah untuk berjuang menentang Soviet Union di Afghanistan dengan menjadikan peperangan tersebut sebagai jihad menentang musuh Islam. Namun begitu hala tuju kumpulan-kumpulan radikal ini telah berubah selepas pengunduran Soviet Union pada 1989 dan telah meluaskan pengaruhnya ke India untuk membantu umat Islam membebaskan Kashmir seperti yang dilakukan oleh Osama bin Laden dan al-Qaeda yang turut membantu perjuangan militan Kashmir menentang India.[50] Walaupun kebanyakan kumpulan radikal ini ditentang oleh Amerika Syarikat selepas dasar “War On Terror”, Pakistan masih memainkan peranan dalam membantu mereka serta mempersiapkan mereka untuk berperang dengan India seperti yang dinyatakan oleh seorang bekas ketua kumpulan militan dimana Lashkar-e-Taiba, Harakat-ul-Mujahedeen, dan Hizbul Mujahedeen merupakan kumpulan yang telah dilatih tentera Pakistan manakala Taliban pula mempunyai rangkaian bersama salah seorang general tentera Pakistan iaituGeneral Abbasi serta mempunyai pengaruh tentera dalam kumpulan al-Qaeda, malah Pakistan juga telah bersiap sedia dengan 12,000-14,000 orang militan Kashmir yang mendapat latihan penuh di sebahagian wilayah bersempadan Pakistan-India sekiranya berperang atau hendak merebut wilayah tersebut dimana majoriti populasi Kahsmir enggan berada dalam pemerintahan India dan ingin merdeka.[51]

Selain itu, sasaran kumpulan radikal ini juga mula berubah apabila tentera Soviet bukan lagi ancaman kepada mereka tetapi golongan bukan Islam yang dianggap kafir dan musuh Islam telah menjadi sasaran kerana bertentangan dengan ajaran Islam seperti Osama bin Laden yang bersifat anti-barat dan anti-Amerika dan telah mengajak umat Islam untuk memerangi mereka. “The ruling to kill the Americans and their allies—civilians and military—is an individual duty for every Muslim who can do it in any country in which it is possible to do it”dan ini telah mengubah hala tuju kumpulan radikal ini kerana mereka cuba untuk mengangkat agama Islam di kedudukan yang tertinggi dan matlamat mereka telah dianalisis oleh Mark Juergensmeyer dimana beliau menyatakan gelombang New Terrorism ini disebabkan faktor ingin mengekalkan identiti dan maruah, tidak memikirkan kekalahan dan juga tidak kisah akan kemenangan yang diperolehi dalam jangka masa yang lama.[52] Disebabkan faktor tersebut menyebabkan kumpulan-kumpulan radikal jihad ini masih lagi mahu berjuang walaupun tiada ancaman sebenar Selain itu, perubahan visi dan misi kumpulan radikal adalah untuk menyebarkan pengaruh ideologi Islam dan menentang sebarang unsur yang bertentangan seperti amalan demokrasi dan budaya barat yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam maka kumpulan-kumpulan radikal ini bangkit dan menentang semula musuh baru iaitu Amerika dan dunia barat kerana mempromosikan demokrasi yang dianggap sebagai amalan sekular yang cuba untuk diterapkan dalam Negara-negara Islam[53] dan paling penting sekali, kesemua kumpulan radikal jihad ini dikatakan berjuang untuk menghidupkan semula sistem khilafah yang dikatakan pemerintahan menurut Islam dan mereka juga sedang mempersiapkan diri untuk kebangkitan Islam melalui sistem ini.[54] Tujuan dan matlamat asal kumpulan radikal ini telah berubah selepas tamatnya era penjajahan Soviet Union ke atas Afghanistan malah kumpulan-kumpulan radikal ini juga menentang Negara yang telah membantu mereka pada suatu ketika dahulu atas alasan mengancam ajaran Islam dan disebabkan perubahan visi dan misi, mereka cuba meluaskan ideologi mereka sehingga banyak umat Islam yang terpengaruh dan terikut akan amalan mereka seperti yang berlaku di rantau Asia Barat, Asia Tengah, Asia Tenggara dan juga di dunia barat.


Kesimpulan
Secara tuntasnya, kebangkitan kumpulan-kumpulan radikal ini bukanlah disebabkan oleh Pakistan atau statusnya sebagai Negara Islam tetapi berpunca daripada peperangan yang berlaku di Afghanistan dimana peperangan tersebut telah menjadi titik permulaan kepada kebangkitan kumpulan radikal jihad yang telah mendapat sokongan dari Negara-negara luar yang anti-Soviet selain faktor-faktor yang telah dianalisis juga menjadi pemangkin kepada kebangkitan kumpulan radikal yang menjadi ancaman kepada sesiapa sahaja. Malah disebabkan kekeliruan dalam pemahaman mereka dalam Islam telah menarik perhatian mereka untuk terus berjuang walaupun cara mereka berjuang adalah salah dan perjuangan mereka tetap diteruskan selagi mereka masih belum memahami konsep sebenar jihad dan juga sistem khilafah menurut ajaran Islam.


Nukilan : Muhammad Latif Khalfi

[1]Toquir Hussian, “Post-1979 Pakistan: What Went Wrong?”,The Middle East Institute Viewpoints: The Islamization of Pakistan, 1979-2009, (n.d.), hlm 9.
[2]Suroosh Irfani, “Pakistan: Reclaiming the Founding Moment”, The Middle East Institute Viewpoints: The Islamization of Pakistan, 1979-2009, (n.d.) hlm 16-17.
[3]Mohd. Rumaizuddin Ghazali, (2004), “Sains Politik Islam”, Percetakan Zafar Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, hlm 63-65.
[4]Peychev, S., “Max Weber and the Islamic City”, academia.edu, hlm 7-8.
[5]Mohd. Rumaizuddin Ghazali, op. cit, hlm  59-60.
[6] Stowasser B., “ıBN KHALDUN'S PHILOSOPHY OF HISTORY: THE RISE AND FALL OF STATES AND CIVILlZATIONS”, Faculty of Political Science, Ankara University, (5 Januari 1984), hlm 186.

[7]Asghar Ali Engineer, (June 1999), “The Concept of Islamic State”, Asia Pasific Human Right Center, http://ww w.hurights.or.jp/archives/focus/section2/1999/06/the-concept-of-islamic-state.html, diakses pada 27 April 2014.
[8]Vatikiotis, P. J., (1987), “Islam and the State”, Routledge, London, hlm 36.
[9]Mandaville, P., (2007), “Global Political Islam”, Routledge, New York, USA.hlm57.
[10]Ibid, hlm 149.
[11]Hassan Ko Nakata, “The deconstruction of Sunnite Theory of Caliphate”, Journal of the Interdisciplinary Study of Monotheistic Religions, Center for Interdisciplinary Study of Monotheistic Religions (CISMOR), Doshisha University, (6 Mac 2010), hlm 67-70.
[12]Arnold, Thomas W., (1924), “The Caliphate”, Oxford University Press, London, hlm 21-22.
[13]Ibid, hlm 23-24.
[14]Mubasher Ahmad, “Khilafat and Caliphate”, Ahmadiyya Muslim Community, (1 Oktober 2007), hlm 9-10.

[15]Azzam Juba, “Definisi Jihad”, http://www.jihad.hexat.com/artikel/definisi_jihad, diakses pada 11 Mei 2014.
[16]“Jihad”, Religion, BBC, http://www.bbc.co.uk/religion/religions/islam/beliefs/jihad_1.shtml, diakses pada 11 Mei 2014.
[17]“The True Meaning of Jihad”, JustIslam, http://www.justislam.co.uk/product.php?products_id=2, diakses pada 11 Mei 2014.
[18]Malik Mohammad Tariq, “THE RISE AND IMPACT OF ISLAMIC FUNDAMENTALISM IN PAKISTAN AFTER THE SOVIET INVASION IN AFGHANISTAN WITH SPECIAL REFERENCE TO KPK AND BALOCHISTAN”, Balochistan Review, Balochistan Study Centre, xxiv no.1, (2011), hlm 2-3.
[19]ibid, hlm 2-3.
[20]Ibid, hlm 3.
[21] Cohen, Stephen P. “The Future of Pakistan”, South Asia Intiative, The Brookings Institution, Washington D.C., (Januari 2011), hlm 9-10.
[22]HistoryPak, “Zia-ul-Haq’s Islamization”, History Pak.com, http://historypak.com/zia-ul-haqs-islamization/, diakses pada 6 Mei 2014.

[23]Alain de Benoist, “Confronting Globalization”, hlm 1.
[24]Keefer Loayza, “Terrorism, Economic Development and Political Openness”, Cambridge University Press, (2008), hlm 122.
[25]Ibid, hlm 95.
[26]Boudreault, S., “4 Were the Events of September 11, 2001, a Manifestation of Political Violence Generated by the Phenomenon of Globalization?”, The Royal Canadian Air Force Journal, Royal Canadian Airforce, vol. 2, no. 2, (2013), hlm 48.
[27]Ghulam Ali Khan, “GLOBALIZATION AND PAKISTAN, SOME REALITIES”, Department of Islamic Studies, University ofthe Punjab, Lahore, (n.d.), hlm 18.
[28]United Nations, (2012), “The Use of the Internet for Terrorist Purposes”, UNITED NATIONS OFFICE ON DRUGS AND CRIME, New York, hlm 3-8.
[29]“The Case of Dr. Hicheur”, Macmillan Publisher Ltd, vol. 478, (13 Oktober 2011), hlm 155.
[30]Jamal Shah, “Zia-Ul-Haque and the Proliferation of Religion in Pakistan”, International Journal of Business and Social science, Vol. 3, No. 21, (November 2012), hlm 310.
[31]Ibid.
[32]Ibid, hlm 310-311.
[33] Muhammad Saleem Mazhar dan Naheed S. Goraya, “Foreign Policy of Pakistan: Internal Challenges”, Journal of Political Studies, Vol. 20, no. 2, (2013), hlm96.
[34]Vojtech Mastny, “The Soviet Union’s Partnership with India”, (n.d.), hlm 55.
[35]Gall C., (3 Julai 2011), “Pakistani Military Still Cultivates Militant Groups, a Former Fighter Says”, The Asia Pacific, The New York Times, http://www.nytimes.com/2011/07/04/world/asia/04pakistan.html?page wanted=all&_r=0, diakses pada 9 Mei 2014.
[36]Power, J., “VIEW: Anti-Soviet jihad cause of present terrors”, Daily Times, http://archives.dailytimes.com.pk/editorial/23-Dec-2005/view-anti-soviet-jihad-cause-of-present-terr ors-jonathan-power, diakses pada 9 Mei 2014.
[37]Rizwan Hussain, (2005), “Pakistan and the emergence of Islamic militancy in Afghanistan”, Ashgate Publishing Limited, England, hlm 95.
[38] Blum, W., “Afghanistan, 1979-1992: America’s Jihad”, http://williamblum.org/chapters/killing-hope/afghani stan, diakses pada 9 Mei 2014.
[39]“Anti-Soviet Mujahideen’, Military, Global Security.org, http://www.globalsecurity.org/military/world/para/ mujahideen.htm, diakses pada 9 Mei 2014.
[40]Rizwan Hussain, op. cit., hlm 102-103.
[41]“History of Taliban”, http://www-pub.naz.edu/~aamghar6/History%20of%20the%20Taliban.htm, diakses pada 11 Mei 2014.
[42]Danahar, P., (17 April 2006), “Afghanistan's new militant alliances”, BBC News, http://news.bbc.co.uk/2/hi/ south_asia/4915692.stm, diakses pada 11 Mei 2014.
[43]Steingberg G., “A Turkish al-Qaeda: The Islamic Jihad Union and the Internationalization of Uzbek Jihadism”,
Center for Contemporary Conflict, (n.d.), hlm 5.
[44]Steinberg G., “The Islamic Jihad Union”, German Institute for international and security affairs, (n.d.) hlm 2.
[45]Kiran Firdous, “Militancy in Pakistan”, (n.d.), hlm 112-115.
[46]Galster, S., (9 Oktober 2001), “AFGHANISTAN: THE MAKING OF U.S. POLICY, 1973-1990”, The National Security Archive, http://www2.gwu. edu/~nsarchiv/NSAEBB/NSAEBB57/essay.html, diakses pada 11 Mei 2014.
[47]Shanzer, J., (2002), “At War With Whom?”, Middle East Forum, http://www.meforum.org/168/at-war-with-whom, diakses pada 11 Mei 2014.
[48]Chossudovsky, M., (9 September 2010), “9/11 ANALYSIS: From Ronald Reagan and the Soviet-Afghan War to George W Bush and September 11, 2001”, Global Research, http://www.globalresearch.ca/9-11-analy sis-from-ronald-reagan-and-the-soviet-afghan-war-to-george-w-bush-and-september-11-2001/20958, diakses pada 11 Mei 2014.
[49] Steinberg, G., & Woermer, N., “Exploring Iran & Saudi Arabia’s Interests in Afghanistan & Pakistan: Stakehol ders or Spoilers - A Zero Sum Game?”,CIDOB Policy Research Project, Barcelona, (April 2013), hlm 2-5 & 10-11.
[50] Moore, J., “The Evolution of Islamic Terrorism: an overview”, Frontline, http://www.pbs.org/wgbh/pages/fro ntline/shows/target/etc/modern.html, diakses pada 11 Mei 2014.
[51]Gall C., (3 Julai 2011), “Pakistani Military Still Cultivates Militant Groups, a Former Fighter Says”, The Asia Pacific, The New York Times, http://www.nytimes.com/2011/07/04/world/asia/04pakistan.html?page wanted=all&_r=0, diakses pada 9 Mei 2014.
[52]Morgan, Matthew J., “The Origins of the New Terrorism”, (2004), hlm 34-35.
[53] “International Terrorism”, Global Focus, http://www.globalfocus.org/GF-Terrorism.htm#today, diakses pada 11 Mei 2014.
[54]Mubasher Ahmad,op.cit., hlm 10.
Malaysia Cheap Web Hosting