Sunday, 6 March 2011

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN TA’ZIAH PADA CALON BARISAN NASIONAL

Alhamdulillah Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan Rahmatnya Calon Barisan Nasional (BN) menang dengan mejoriti yang lebih besar berbanding dengan keputusan pilihan raya umum pada tahun 2008.

Keputusan pilihanraya kecil Dun Kerdau telah diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya kecil dun kerdau dan Dun merlimau kira-kira jam 8.20 malam tadi. Bagi kawasan Dun Kerdau calon BN iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak ialah 90.

Berdasarkan undian ini dan azief bandingkan dengan undian pada pilihanraya umum 2008. Yang mana calon Barisan Nasional telah mendapat sejumlah 4,135 undi juga menewaskan calon PAS yang hanya memperoleh 2,520 undi dengan majoriti 1,795 undi. Tetapi kali ini, calon Barisan Nasional telah mendapat jumlah mejoriti yang lebih tinggi. Jika kita bandingkan jumlah undi ini jelaslah pengundi-pengundi di Dun Kerdau mahukan kerajaan Barisan Nasional menjadi wakil mereka ke puncak tertinggi kerajaan menerusi suara Dewan Undangan Negeri.

Manakala keputusan pilihanraya Dun Merlimau calon BN juga memperolehi kemenangan besar pada kali ini yang mana calon BN telah mendapat majoriti 3,643 undi. Yang mana calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi. Jumlah ini juga boleh dikatakan menerima peningkatan yang amat besar iaitu memperoleh 2,154 undi pada 2008.

Oleh itu saya berharap dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka khususnya pada pada kedua-dua kawasan pilihanraya kecil ini. Azief berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan baik tanpa ada penyelewengan atau korapsi. Kerana kepercayaan ini akan hilang jika mereka mengamalkan sikap yang negetif dalam menjalankan tugasnya. Oleh itu azief berharap perjuangan dan semangat ini akan diteruskan oleh calon dalam mengurangkan penderitaan rakyat dan membantu rakyat dalam apa saja keperluan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Malaysia Cheap Web Hosting