Kekasihku..
tika waktu terlafaznya kata-kata itu..
aku sedar dan fahami..
kau cuba yakinkan diriku..
bahawa itulah jalan yang pasti
untuk menyelamatkan cinta yang kian layu
tika saat sang bunga cinta sedang memekar..
dengan harapan cintaku
ku sirami bunga cinta dengan desiran air mata yang mengalir deras..
dengan harapan.. kan mekar ia selamanya pasti..
namun detik demi detik.. ku tahu.. ku sedar..
bahawa ianya lemah.. lemah untuk mekar kembali.. racun nafsu dan keinginan sentiasa
menyiram bunga cinta kita..
tika itu.. aku hampir tewas..
tewas dengan ujian cinta..
Namun kini..
ku sedar betapa utuhnya bunga cinta kita..
betapa bersemangatnya ia untuk sentiasa mekar..
dibajai dua hati yang ikhlas mencinta
aku yakin dan pasti
bahawa kasih dan cinta ini tidak akan tewas di tangan mereka..
tidak akan sesekali tewas...
yang pasti sayang..
bunga ini mekar dengan dua jiwa kita..
hidupnya ia dengan dua jiwa kita..
andai salah seorang dari kita..
bertukar menjadi racun yang berbisa..
hanya satu saja yang pasti..
hayat bunga cinta kita kian berakhir
selama-lamanya..
Antara kita jua yang pasti..
hanya tinggal kenangan..
aku yakin dengan janjimu..
aku percaya akan kata kata mu..
aku pasrah dengan setianya dirimu..
aku rela dengan setiap balasan darimu..
hukumlah daku..
sesunnguhnya aku terlalu menyayangi dirimu..
terlalu menyintaimu sayang..
Sunday, 22 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment