Monday, 21 April 2014

Istanbul Aku Datang - Hari KeEmpat - Selamat Tinggal Istanbul

Alhamdulillah selesai saja kami berjalan ke Grand Bazaar ni.. Terus kepenatan... Kami rehat sebentar dan terus menaiki bas dan untuk ke Airport.. Rasa sebak dan sedih meninggalkan bumi Istanbul yang banyak sejarah dan kegemilangan Tamadun yang pernah di Geruni di Dunia... Sampai sahaja di Airport apa lagi angkat barang dan cheak in Flight.. Balik ni bkan terus balik Malaysia tau.. tapi kami akan ke Dubai. Kami punya Tour Guide mamang terbaik siap tolong kami Cheak In terus.. sampai selesai sempat jugalah kami bergambar dan memberikan cenderhati kepada dia.. 











Akhirnya saya mampu mengatakan selamat tinggal kepada Istanbul.. Semoga saya diberikan kesematpatan lagi untuk berkunjung kesini.. Mungkin lepas ini seluruh bumi Turkey akan saya jelajah... Akhir Kata Selamat Tinggal Istanbul..


Istanbul Aku Datang - Hari KeEmpat - Grand Baazar

Ini merupakan hari terakhir kami di Istanbul.. OLeh kerana ini merupakan hari terakhir kami dibenarkan untuk bangun lambat ar sikit.. (sikit je ar) hahhahahaha.. Memulakan dengan sarapan pagi yang terakhir dengan menu yang mngembangkan tekak. Harap tidak jumpa lagi menu ini. Tpi apa2 pun bersyukur ar.. Habis je makan zief pun pergilah ambil gambar2 kenangan di sekitar Hotel...

Makanan Terakhir yang akan dijumpa di Istanbul..



Habis je daripada makan dan bergambar kami terus dibawa terus sebuah restorant masakan asia (China) lebih  kurang jam 12.30 Tengahari.. Bersyukur jugalah akhirnya dapat menikmati makanan dari benua Asia macam terubat sikit rindu kat masakan Malaysia setelah sekian lama makan masakan negara orang.. Hhahahha.. Nama Restorant ini adalah Cheng Cheng.. betul2 berhampiran dengan dengan Masjid Biru dan Pejabat Official Canselor Universiti Marmara..




Habis je makan kami and kenyang zief dan kawan2 terus je pergi menuju tempat yang telah kami tunggu-tunggu. iaitu Grand Bazar. hahahahhaha.. Kali ini kami hanya berjalan kaki saja.. hehehhehe... So sambil berjalan minum air, jadi sepanjang perjalanan banyak jugalah azief dan sahabat yang lain ambil gambar kat sini.. hahahhahahah









Akhirnya setelah penat berjalan kami sampai ke Pintu Masuk ke Grand Baazar.. Sebelum zief masukan gambar sepanjang perjalanan. Mari azief ceritakan serba sedikit mengenai Grand Baazar ni...

Grand Bazaar (Bahasa Melayu: Pasar Agong atau Bahasa Turki: Kapalıçarşı, yang bermakna Pasar Teduh) di Istanbul adalah salah salah satu pasar teduh yang terbesar dan tertua di dunia, dengan lebih daripada 58 jalan diteduh dan 1,200 lebih kedai yang menarik di antara 250,000 dan 400,000 pelawat tiap hari. Dibuka pada 1461, ia terkenal dengan intan-berliannya, seni tembikar, rempah, dan kedai permaidani. Banyak dari gerai di bazaar dikelompokkan oleh jenis barangan, dengan kawasan khas untuk kot kulit, intan berlian dan yang serupa. Bazaar ini mengandungi dua bedesten (struktur pertukangan batu untuk penyimpanan dan penjagaan), pertama dari mana telah dibina di antara 1455 dan 1461 oleh perintah Sultan Mehmed yang Penakluk. Bazaar telah dibesarkan pada kurun ke-16, sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman yang Mengagumkan, dan pada 1894 berada di bawah pemgembalian utama berikutnya suatu gempa bumi.

Grand Bazaar mempunyai empat pintu utama terletak di hujung dua jalan utama yang menyilang berhampiran sudut barat daya bazaar. Satu jalan menggabung Masjid Bayezid II dan Dataran Bayezid dengan Masjid Nuruosmaniye.








Sunday, 6 April 2014

Istanbul Aku Datang - Hari Ketiga - Taksim Square and Istiklal Street

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. Terlebih dahulu azief minta maaf sebab tidak sempat hendak habiskan cerita perjalanan zief di Istanbul sebab sebuk mahu kumpul gambar2 sepanjang berada di Istanbul ni. So sekarang azief mahu sambung cerita.. Pada hari ketiga juga kami telah dibawa ke suatu tempat yang dinamakan 'Taksim Square' dan 'Istiklal Street'.. Disini orang kata barang2 sangt mahal so apa yang mampu zief dan kawan buat adalah berjalan cuci mata sahaja.. hahahhahahhahah

Sebelum azief uploadkan gambar.. Biar azief terangkan asal usul dua tempat ni iaitu 'Taksim Square' dan 'Istiklal Street' untuk informasi kawan2 semua k.

BeyoÄŸlu adalah sebuah daerah yang terletak di sebelah Eropah İstanbul, Turki, dipisahkan dari bandar lama (semenanjung bersejarah Constantinople) oleh Golden Horn. Ia dikenali sebagai Pera ('the other side' in Greek) dan pada Zaman Pertengahan nama tempat ini kekal digunakan sehingga abad ke-20 awal penubuhan Republik Turki. Daerah ini merangkumi kawasan-kawasan perumahan lain yang terletak di utara Golden Horn, termasuk Galata (benteng Genoa zaman pertengahan yang BeyoÄŸlu sendiri berasal), Karaköy, Cihangir, ÅžiÅŸhane, Tepebaşı, Tarlabaşı, Dolapdere dan KasımpaÅŸa, dan adalah dihubungkan dengan pusat bandar lama di seluruh Golden Horn melalui Jambatan Galata dan Unkapanı Bridge. BeyoÄŸlu adalah seni, hiburan dan kehidupan malam pusat yang paling aktif di Istanbul. 

Istiklal Avenue (Turki: Istiklal Caddesi, Perancis: Grand Rue de Pera, Bahasa Inggeris:  Avenue Kebebasan) adalah salah satu saluran yang paling terkenal di Istanbul, Turki, Sering dikunjungi oleh hampir 3 juta orang dalam satu hari sepanjang hujung minggu. Terletak di daerah Beyoglu yang bersejarah, ia adalah jalan pejalan kaki yang cantik, kira-kira tiga kilometer jarak laluan pejalan kaki, yang menempatkan butik yang indah, kedai-kedai muzik, kedai-kedai buku, galeri seni, panggung wayang, teater, perpustakaan, kafe, pub, kelab malam dengan muzik secara langsung, patisseries sejarah , chocolateries dan restoran. Laluan ini, dikelilingi oleh yang unik abad kesembilan belas seni bina Turki [rujukan?], Bermula dari kejiranan Genoa zaman pertengahan di seluruh Galata Tower dan akhirnya membawa sehingga Taksim Square. 

Taksim Square (Turki: Taksim Meydanı) yang terletak di bahagian Eropah Istanbul, Turki, adalah sebuah daerah membeli-belah, pelancongan dan riadah utama terkenal dengan restoran, kedai-kedai dan hotel. Ia dianggap tengah-tengah Istanbul moden, dan merupakan lokasi Cumhuriyet Anıtı (Monumen Republic), yang dibina pada tahun 1928 dan memperingati pembentukan Republik Turki.

Selesai and cerita panjang lebar tentang tempat ini. Mari azief upload gambar sepanjang azief berjalan kat sana..




















Malaysia Cheap Web Hosting