Asslamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.
Hari ini saya ingin ceritakan hari kedua saya sampai di Istanbul.. Memang terasa kagum and exited nk membuat explorasi di bumi Istanbul... Secara peribadi zief katakan Istanbul ini memang cantik and xmungkin dapat zief lupakan seumur hidup. Kalau zief diberi peluang untuk untuk datang kesini lagi.. Pasti zief tak akan lepaskan untuk menjelajah di Bumi Turkey.
Di hari kedua ni saya terus zief dan rakan gunakan peluang untuk menjejaki lagi keindahan bumi Istanbul. Tempat yang pertama zief lawat ialah Topkapi.Sedikit info tentang Istana Topkapi azief selitkan buat pengetahuan anda semua
Istana Topkapi (Turki: Topkapi Sarayi yang bermaksud “Istana Pintu Meriam”) adalah sebuah istana yang besar di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman utama Sultan Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun (1465-1856) daripada 624 tahun era pemerintahan mereka.
Pembinaannya bermula pada tahun 1459, seperti yang diperintahkan oleh Sultan Mehmed II, penakluk Constantinople pada era Byzantine. Kompleks istana ini terdiri daripada empat laman utama dan bangunan-bangunan kecil yang lain. Pernah pada suatu ketika, istana ini menjadi tempat kediaman seramai 4,000 orang.
Istana ini meliputi kawasan yang sangat luas dengan garis pantai yang panjang. Ia dikelilingi oleh dinding tembok sepanjang 5km dan luasnya mencecah 700,000 meter persegi. Kompleks ini juga telah berkembang sehingga berabad-abad dengan beberapa pengubahsuaian selepas gempa bumi pada tahun 1509 dan kebakaran yang berlaku pada tahun 1665 . Istana ini mengandungi masjid, hospital, kedai roti dan tempat mencetak wang.
Berikutan berakhirnya Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1921, Istana Topkapi telah berubah menjadi muzium atas perintah kerajaan Attaturk pada 3 April 1924 . Muzium Topkapi Palace ditadbir oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Walaupun kompleks istana tersebut mempunyai beratus-ratus bilik dan dewan tetapi hanya kawasan tertentu sahaja yang dibuka kepada orang awam dan ia dijaga oleh pegawai-pegawai kementerian serta pengawal bersenjata tentera Turki.
Jom zief zief bawakan anda dengan gambar2 yang telah azief ambil di sepanjang kawasan Topkapi ni.