Setelah puas menikmati Aya Sophia kemudian azief dan rombongan delegasi bayu ke underground katedral atau Basilika Cistern atau disebut juga Yerebatan Sarnıci. Tempatnya memang tidak terlihat jelas seperti bangunan-bangunan yang menguasi sejarah Turkey di wilayah Istanbul. Tulisan Basilika Cistern atau Yerebatan Sarnıc. Di Saat memasuki ke dalam kawasan dan bahagian ini azief teramat terpegun kerana ada ruang dalam tabah yang amat antik dan cantik, ditambah dengan pencahayaan lampu yang tenang dan redup serta suhu yang segar.
Menurut info yang azief baca dan azief tanya kepada tour guide tempat ini merupakan kawasan tadahan air bawah tanah yang sangat besar yang memiliki kapasiti untuk menyimpan 100.000 tan air. Tempat ini dibangun pada abad ke 6 pada pada masa pemerintahan Kaisar Justinian I atau Kekaisaran Bizantium.
Atap Cistern Basilikai ditunjangi oleh 336 tiang yang berukuran 143 meter panjang dan lebar 65 meter dan dibangun 128 meter dibawah tanah.
Bangunan ini merupakan salah satu bangunan sejarah yang telah hilang selama berabad-abad dan ditemukan kembali oleh seorang warga Francis bernama Peter Gyllius pada tahun 1545.
Disudut kiri hujung bangunan ini kita boleh melihat dua kepala Medusa. Kedua kepala yang digunakan sebagai asas tiang tempat ini; yang mana kepala tersebut mempunyai keunikan tersendiri. Ini kerana sunsunan satu dalam kedudukan terbalik dan Satu berkedudukan biasa. Ada yang mengatakan kedudukan tersebut menpunyai mitos yang tersendiri mcm2 versi cerita boleh kta dengar hehe tapi nk percaya biar Allah S.W.T sahaja yang tahu.
Jom azief bawakan gambar sepanjang azief melawat tempat ni.